Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, March 30, 2008

Projek Leyha

Dan ni pulak projek selepas makan-makan di rumah Leyha yang mengidam nak makan karipap. Daripada semua proses nak buat karipap tu yang dia tau nak goreng saja, huh. Tu pun kena paksa mencanai tepung, kalau tidak harus ler semuanya aku yang buat. Lagi mau demand. Siap suruh aku highlight pulak yang dia ler pencanai dan penggoreng. Tu yang macam-macam bentuk ada daripada pokok krismas sampai ler ke kotak kasut huhuhuhu...



Hasil kerja tangan bangku Leyha menggoreng karipap. Kedekut sungguh, minyak nak goreng karipap pi guna minyak bekas goreng daging. Dan karipap yang leper macam lempeng tu Leyha punya kerja jugak, bila kelim tak jadi dia suruh aku repair.



Ni pulak spanish omelette, penyediaan oleh housemate dia. Sebenarnya aku rasa tak la spesel mana pun tapi Leyha beriya-iya cakap spesel sebab taruk kentang tu.


Leyha rasuah aku dengan sekotak coklat, konon la tu kata hadiah besdey heheheheh

7 comments:

MsCinderella said...

hehe...mmg penat buat karipap ni..tambah lagi kalau karipap pusing...tp apa2 pun pues hati kalau makan sbb hasil tangan bangku sendiri...
;p

akuatik said...

cin, ada orang kempunan nak makan, penat tu memang la penat semuanya kerja manual. syyyhhhh jangan sebut lelebih sangat satgi dia mai request pulak kat aku hahhahha

Anonymous said...

Hohoho...memang dihighlight sungguh akan diriku. Menyesal daku mintak dihighlightkan. Kahkah. Biarlah karipap itu rupanya tiada, namun rasanya tetap menjadik pojaan hatiku.:D Hish...marah minah Spain tuh kang kata omelette dia tak special tau! Penat dia promote makanan hebat dia, yang sebenarnya telur dadar kite jek. Haha. Haa...rasuah ada makna, nasi kerabu, roti canai, sfera (betul ka eja ni?), murtabak bila lagi? :D *lalalalaa

akuatik said...

hellooooo...daku tak penah buka kaunter menunaikan permintaan org2 mengidam okeh..sebarang request tidak akan dilayan

tapi sila refer pada janji-janji manis daku pada khairyn wiken nanti huhuhuhu

khairyn said...

yiehah!!!!

makan lagi!

aku rasa apa kata kita tukar blog jadi blog makan jer ni lalalala

Anonymous said...

Saya sokong cadangan khairyn. Sapa lagi menyokong, angkat tangan! Tuan punya blog selaku pemasak makanan, pembaca blog selaku pemakan makanan. Amacam, best tak cadangan ni? :D

akuatik said...

khairyn,
dah itu je yg dibuat wiken2 begini, nanti kalau the restless mind gi travel kita tepek gambar travel pulok

leyha,
cadangan ditolak!!