Kedua-dua Margaret bersembang tentang belanjawan yang baru dibentangkan. Tentang gaji, cukai, pencen dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Margaret muda merungut sebab dia dah tak larat nak kerja. Rasanya dia ada anak 2 orang. Tak kerja takde la duit menyara anak-anak. Bila nak kerja lebih cukai pula meningkat. Bila kerja lebih daripada 16 jam seminggu dah hilang kelayakan untuk dapat benefit sewa rumah, maknanya sewa rumah kena bayar penuh. Tapi dengan gaji kerja 16 jam seminggu pula tak cukup nak menyara keluarga walaupun katanya partnernya pun kerja jugak.
Kata Margaret senior pula macam tu lah kerajaan menghimpit golongan bawahan Dah kena potong cukai, kena potong jugak untuk tabung pencen. Kalau tak menyimpan tabung pencen nanti bila pencen takde duit pulak. Buat masa ni umur pencen di sini adalah 60 tahun, khabarnya akan dinaikkan lagi hingga 68 tahun menjelang 2050. Ini kerana jangka hayat penduduk yang semakin panjang, takut tabung pencen tak dapat menampung pembayaran la kot. Lambat lagi la nak boleh berehat-rehat di rumah sambung Margaret senior lagi. Dia ni memang berjiwa pemberontak, katanya tak pernah mengundi sebab mana-mana pihak yang menang pun takkan mengubah keadaan hidupnya. Aku dapat rasakan dia mesti tak sabar-sabar nak pencen dan berehat-rehat saja di rumah sebab dia memang jenis yang suka duk rumah saja. Cuti hujung minggu pun duk rumah, cuti-cuti tahunan pun dihabiskan dengan tidur dan berehat di rumah saja.
Aku pun menyampuk perbualan bagitau di Malaysia umur persaraan 55 tahun, boleh dilanjutkan ke 56. Dua-dua terkejut dan cakap beruntungnya rakyat Malaysia tak payah bersusah payah kerja sampai ke tua. Margaret senior cakap seronok kalau dia duk di Malaysia, dah boleh pencen dan rehat-rehat di rumah. Di sini dah tua-tua pun kena kerja lagi. Jimmy si porter tu tahun depan akan pencen, tak payah la dia bersusah payah kerja lagi.
Tu lah dia. Yang di Malaysia minta dilanjutkan, yang disini pulak berharap dapat pencen awal. Hakikatnya bukan semua yang dah pencen tu mampu bersenang lenang di rumah. Ada yang duit simpanan pencen habis dalam masa beberapa tahun saja lepas pencen, jadi terpaksa kembali bekerja. Ada jugak yang jiwanya dah sebati untuk berada di luar rumah, terasa canggung pulak kena duduk rumah jadi golongan ni pun masih bekerja lepas pencen.
Kalau di kampung-kampung, istilah pencen ni rasanya takdak kot. Ramai saja yang melebihi umur pencen masih meneruskan keja macam biasa. Orang yang meniaga pun sama. Lagipun takkan lepas pencen nak makan tidur saja di rumah, atau melepak-lepak main dam sambil membincangkan isu-isu semasa di kedai. Baikla digunakan masa untuk buat amal jariah untuk kemaslahatan ummah. Sudahnya, takdak jugakla pencennya.
Jadi, agaknya kita cuma pencen kerja bila kita berada di bawah sana. Betul la bagai dikata, kerja sampai ke mati.
Tuesday, March 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ahah! sekurang-kurangnya kau pun bakal dapat pencen. Aku? Sejak tahu bekerja, tak pernah mengkulikan diri bawah kerajaan, semuanya prebet. Harapkan simpanan sendiri dan EPF jer la. Itupun sekarang ni dah mudah sangat nak keluarkan duit dari situ.
Kerja sampai mati. ish!
p/s belum dapat sebutharga dari lemon tree tapi dengar cerita dari mulut2 yg pernah bersuap di sana mengatakan harga dan rasa adalah stabil.
epf tu kan simpanan hari tua. cuma dia bagi lump sum. tabung amanah pencen bagi berdikit-dikit. tapi kalau ko dapat keje kat sini kejap je dah boleh cover balik.
pasal food testing nanti konpemkan, aku dah lupa ko takde kelas rabu ke khamis
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment