Tuesday, September 30, 2008

Satu Syawal

Untuk ke sekian kalinya, Glasgow menunjukkan kekuasaan autonomi untuk beraya. 1 Syawal tahun ni disambut pada hari Rabu 1 Oktober 2008. Tu pun mula-mula ada dua tarikh jugak untuk Glasgow, sebelah Govanhill raya Selasa, lepas tu keputusannya raya tu ditarik balik untuk menjaga perpaduan rakyat Glasgow. London pulak raya 30 September. Kalau ikut feedback kat islamiconline, kebanyakan negara memang sambut Aidilfitri pada 1 Oktober. Aku akan bertolak ke KL(Kota London) pada 30 Ramadhan di Glasgow dan tiba pada 1 Syawal di KL. Semoga sempatla pi Open House kat Rumah Malaysia tu nanti.

Sunday, September 28, 2008

Salam Aidilfitri

Thursday, September 25, 2008

Yeay!

Dulu masa mula-mula nak mai Glasgow ada la yang tanya nanti-nanti nak balik cuti dak. Pastu dengan penuh sombong angkuh dan takbur aku bagitau tak mau balik. Rupanya tak ke mana pun, mai tahun 2006, awai tahun 2008 aku pun balik bercuti lepas buat pembentangan persidangan.

Memandangkan dah balik bercuti, aku pun masa nak ke sini hari tu bersemangat ler membungkus ikan, cili, udang dan sotong kering, ikan bilis, keropok, milo, megi dan macam-macam bahan kering untuk stok 2 tahun. Konon-konon la tak mau balik dah lepas ni. Beg aku hari tu penuh ngan segala yang kering, semua aku bungkus dalam kertas, masukkan dalam plastik siap letak daun pandan lagi. Alhamdulillah selamat sampai umah.

Ni stok makanan tak abih, aku dah nak balik lagi. Ada jugak terasa malas nak membuang duit dan masa balik kampung, nak travel saja dah habis 3 hari. Tapi nak kata pa, duk sini pun nanti duk sorang-sorang jugak. Takkan nak pi menempek kat umah orang macam sendiri takde rumah kan. Nak tengok wayang, harusler muntah dok menengok wayang selama universiti bercuti nanti. Rasa malas sungguh nak menghabiskan musim sejuk yang suram di Glasgow ni, hujan berpanjangan, sejuk lagi. Jadi, untuk sesapa kat Mesia tu, bersyukurlah dengan apa yang ada.

Sunday, September 21, 2008

Festive souvenirs

Memandangkan ada desas-desus katanya makanan dah tak boleh pos lagi. Aku suh Kak Fah tulis description kat borang tu as 'Festive Souvenirs'. Kak kata staf pejabat pos tu pun tanya menatang pa festive souvenir tu. Dia bagitau, " Saya pun tak tau la depa pesan suruh tulis macam tu, saya tulis saja la." Tahun lepas dia tulis ja 'Food', pun lepas jugak. Jadi aku pun tak pasti la bila orang cerita makanan takleh pos tu, betul ke tak kisahnya. Kesimpulannya, kuih raya aku dah sampai. Ada tart nenas dan biskut gajus seperti tahun-tahun lepas cuma tahun ni tart amik beli daripada orang lain...keras sikit kuihnya. Ada karas, biskut apa ntah oat ka susu tepung, pastu satu lagi biskut tidak dapat dikenal pasti, rempah peket dan obelet. Kak kata dia dah beli batang buruk sekilo, tapi lupa nak masuk dalam kotak huhuhuhu...

Sila-sila jamu mata..

Pecah taperwer kaler-kaler ni..kak kata dia beli khas untuk pos kuih kat aku..nampaknya kena pakai yang biasa putih tu ja

Feberet aku ni..karas
Hat dalam taperwer merah tu tak tau kuih apa..tahun ni baru dapat..tapi sebelah dia biskut gajus..feberet aku jugak..tiap-tiap tahun kak pos


Aku kirim rempah kuzi, tapi dia tak jumpa, jadi dia pos yang ni huhuhu
Aha...untuk orang Armadale buat apam senyum hehehehe

Tuesday, September 16, 2008

Suddha tukar ka?

Apa citer?

update: datuk bendahara mangkubumi masih belum tukar, cuma jawatan penghulu bendahari yang sebelum ni dia pegang, dia kasi tukar sama dengan datuk laksamana je. tunggu lagi sampai 9/23 ni pulak.

Sunday, September 14, 2008

Kenapa kita masih perlukan ISA?

1 - Malaysia takde skim perlindungan saksi, jadi sesiapa yang polis rasa keselamatan depa terancam akan di diletakkan dibawah skim perlindungan ISA.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesahkan pembebasan itu berkata, penahanan wartawan wanita akhbar berbahasa Cina itu adalah sebahagian daripada tindakan segera polis bagi menjamin keselamatannya selepas beliau menerima panggilan ugutan.

Beliau berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas Hoon Cheng membuat laporan berita yang memetik kenyataan kontroversi bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang berbaur perkauman pada satu kempen sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lalu.

Sumber: "Wartawan Sin Chew Daily dibebas." Utusan Malaysia 14 September 2008

2 - Sesiapa yang dirasakan mempunyai potensi untuk diekstradisi atau dicari oleh ejen kerajaan asing (CIA ler ni) akan diberi perlindungan melalui skim perlindungan antarabangsa ISA.


Berdasarkan justifikasi daripada fasilitator/penceramah BTN aku kenapa mereka yang disyaki KMM diISAkan walaupun tiada sebarang bukti penglibatan mereka dalam aktiviti pengganas.
Errr..sebenarnya takde bukti pun KMM tu ada.


Disclaimer:
Skim ini bagaimanapun tidak terpakai kepada ahli pertubuhan yang telah bersusah payah ke KL (Kota London) untuk menandatangai perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.

Dalam pada itu, beliau menafikan tiada tindakan diambil terhadap Datuk Ahmad Ismail kerana Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu telah menerima akibat digantung keahlian parti selama tiga tahun.

“Sebagai ahli parti dia (Ahmad) telah menerima hukuman tetapi polis masih teruskan siasatan kerana ada laporan hasutan terhadapnya,” ujar beliau.

Sumber: "Tindakan ISA wajar" Utusan Malaysia 14 September 2008.


Saturday, September 13, 2008

Anugerah Sebaran Cinta


Cin bagi award ni. Terima kasih la Cin. Terharu sungguh aku. Rasa macam nak buat ucapan penghargaan pada ahli keluarga dan seluruh penduduk kampung je. Tapi tu ler, aku ni bukan reti nak sebarkan cinta ni. Sapa nak bagitau aku eh. Nasib baik suh kopi pes gambaq ja..kalau suruh jawab tag harus aku peram buat teloq abad dulu soalan-soalan tu. Macam tag Kak Finie huhuhu. Nanti la...soalan tahap tinggi sangat, tak tercapai dek akal nak menjawab kak!

Friday, September 12, 2008

Ramadhan Feed the Fasting 2008 - jazakumullah khairan kathiran

Ingat lagi dengan program ni. Poster kat sebelah tu...Ahaa...tak abih-abih kan aku ni..asik dok citer pasal ni saja. Takpa-takpa, aku nak la jadi orang yang sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan gitu..sambil berpesan-pesan supaya korang bersabar la menjalani ibadah Ramadhan, menghadapi kenaikan rega barang dengan kenaikan tekanan darah, paras gula dan kolesterol. Semoga kenaikan rega barang ni dapat disusuli dengan penurunan berat badan dan paras 3 serangkai itu. Ameeeenn.

Okeh, balik kepada rayuan(?) sumbangan bagi program Feed the Fasting 2008 yang Khairyn ngan aku buat, alhamdulillah kami dapat kumpulkan sebanyak £280. Tolak belanja kiriman wang melalui Western Union sebanyak £9.90, dapatla lebih kurang RM1620.85. Untuk yang berinfaq itu, diucapkan jazakumullah khairan kathiran. Aku pun tak tau sapa yang menyumbang itu, sebab sumbangan dibuat melalui sukarelawan yang lain jugak.

Wiken lepas ada sesi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang layak menerima pada wiken lepas di Chemor dan Bukit Gantang. Ucapan daripada Islamic Relief Malaysia, "Terima kasih atas sumbangan rakan-rakan di Glasgow." Kalau antara yang menyumbang tu bukan orang Glasgow, anggap je la jadi PR Glasgow untuk menerima ucapan tu. Tapi kalau ada lagi yang nak menyumbang sila ler menyumbang, pintu kebajikan tak pernah tertutup. Cumanya, projek ni untuk bulan Ramadhan je, kalau nak menyumbang elok la bagi cepat supaya makanan boleh diedarkan sebelum berakhirnya Ramadhan, melainkan korang bersetuju supaya sumbangan korang tu digunakan untuk projek lain jugak.

Aku menyalintampalkan beberapa gambar sesi menyalurkan sumbangan yang diambil daripada mukasurat-mukasurat bergambar milik aktivis IRM. Kalau nka tengok lebih lagi sila ke sini, dan sini.
















Selain daripada program tahunan Feed the Fasting ni, ada jugak projek menyiapkan kemudahan perpustakaan bagi rumah anak-anak yatim yang agak tersorok daripada menerima bantuan. Jadi, Khairyn dengan aku bercadang nak buat kutipan deposit skim cepat kaya (akhirat) untuk membeli buku-buku yang sesuai untuk diletakkan dalam perpustakaan. Amal jariah ni weh, selagi ada yang membaca dan mengambil manfaat daripada ilmu dalam buku tu, boleh ler buat peneman masa sorang-sorang nanti.

Cadangan buku-buku adalah buku omputeh yang Islami (ada ke buku melayu diterbitkan kat sini?), tapi kalau sesapa ada cadangan buku-buku nak bagi boleh jugak. Harap dimaklumi bahawa buku-buku kabut yang tangan kedua itu tak diterima okeh. Kita cuma nak bagi buku-buku baru saja. Kalau nak berurusan terus pun boleh, sila ke ke sini untuk tengok perkembangan projek perpustakaan, pastu boleh la contact drbubbles - iskandar@irm.org.my untuk maklumat lanjut.

Wednesday, September 10, 2008

It's just personal

Najla mengomel semalam tentang ada sorang pompuan Arab sembang-sembang ngan dia. Bila tanya pasal dia duk mana, dia cakap dia sewa bilik kat rumah sorang laki-laki Scottish. Sekali pompuan tu cakap kat dia, "Do you know that's haraam?"

Dia jawab, "When I first came here, I went around asking for a room to let, I asked muslim brothers and sisters but there was nothing done to help me getting a place to stay. And when I got help from this guy, you're judging me. "

Lepas tu dia mula la membebel-bebel. Tuan umah dia tu walaupun ateis tapi setakat ni masih hormat apa dia buat. Boleh kata tiap-tiap hari berbincang tentang hal-hal agama. Mamat ni dok tanya kalau tuhan ada kenapa benda-benda yang tak elok berlaku. Tentang anak kawan dia yang baby lagi tapi hidup dengan mesin, kalau takde mesin kira mati la. Pastu kawan dia muslim. Kenapa pulak ada orang yang tak baik. Si Najla ni sempoi je jawab, "That's because God wants to improve them."

Banyak lagi perbincangan dia. Tapi dia cakap tuan rumah dia tak la set limit perintah berkurung, open minded. Cuma kalau lewat-lewat dia masih kat luar, mamat ni akan tepon. Jadi dia terasa macam dilayan macam famili yang concern. Kalau duduk dengan muslim mesti banyak batasannya. Dan muslim sekarang pun tak ramai yang betul-betul ikut ajaran Islam pun. Pastu Nabila cakap ler ada sebabnya kalau muslim letak batasan gitu, dengan mat saleh memang la depa tak kisah.

Keluar pulak cerita pasal Pakistani landlords. Dia citer kawan-kawan dia memang pesan elakkan sewa rumah dengan Pakistani sebab tak bertanggungjawab. Dah bayar semua elok-elok, tapi maintenance rumah takde. Tak peduli langsung rumah atau barang-barang rosak. Tapi bila cakap tentang Islam hebat la. Ahh.. ni memang aku dah biasa sangat dengar. Masa nak sewakan rumah bolehla cakap Islam la muslim brothers apa semua, tapi sebenarnya lebih pentingkan duit je.

Citer aku pulak, pengalaman gi masjid kariah aku. Masa tu dah lewat sangat, baru balik keja. Jadi berkejar nak semayang Asar, ingatkan boleh la semayang kat masjid. Ni kes masa spring la ni, aku pi keja belum asar, abih keja ada lagi asar. Tu yang berkejaran tu. Pertama kali ke masjid ni, cari tempat solat pompuan tak jumpa. Sampai termasuk ke tempat wudhuk lelaki. Aku pun jenguk la depa ni rasanya tengah berzikir ke apa dok jalan-jalan dalam bulatan. Nak tanya pasal tempat solat. Bagi salam. Syeikh-syeikh tu pandang tapi buat-buat tak nampak dan terus ja dengan aktiviti depa.

Aku dah bengang gila. Mula la mengutuk dalam hati kan, nasib baik ada sorang mamat Scottish keluar sebab dia ternampak aku. Bila aku cakap aku nak guna dewan solat sebab nak asar, dia cakap ada tempat tapi tempat tu berkunci. Pastu dia cakap nanti dia tanya ajk boleh minta buka tak. Pastu dia datang balik cakap ajk tak mau buka. Aku cakap, dah lewat aku kena solat asar. Dia cakap dia takleh buat pa sebab depa tak mau buka. Agaknya mamat ni tahap keimanan belum tinggi kot, tu yang boleh cakap ngan pompuan. Yang tahap syeikh-syeikh hukumnya dosa sangat kalu cakap ngan pompuan.

OK, dah la buat-buat tak nampak aku, minta suh buka dewan solat pun tak mau. Hangpa menjawab la nanti. Berbeza betul sikap depa dengan sikap orang kat masjid ahmadiyyah yang dikatakan sesat tu. Agaknya Islam yang tak sesat memang kena buat camtu kot. Antara dok berzikir dengan tolong orang dalam keperluan nak solat, mana lagi utama kan. Lagipun buat pa dikunci dewan solat tu, bukannya takdak orang kat masjid tu. Kalau tak kunci tak payah la aku kacau depa.

Mula la Najla menyampuk, depa ingat orang-orang tertentu ja boleh pi masjid, macam kita ni tak layak la. Mengaku Islam tapi tak ikut pun apa Islam suruh. Nak generalise kata semua macam tu memang la takleh, sebab semuanya bergantung pada individu kan. Tapi aku memang banyak betul personal issues dengan depa ni. Daripada yang ejek aku bila aku makan ketam, pastu yang minta aku pulak kupaskan kulit udang untuk dia, ingat orang gaji ka pa. Yang buka kedai makan pulak, elok je kedai makan halal ler takde jual alkohol semua, tapi waktu jumaat dok elok je bisnes. Ada kedai kat Embra tu siap tutup lagi masa jumaat, dan semua pelanggan pun paham. Pastu, jadi warga kelas kedua kat masjid, then nak pi umrah haji mintak travel agent depa carikan mahram pun tak boleh, kena cari sendiri. Kalau dah sebatang kara, mana nak dapat mahram. Walhal boleh je dia matchkan kalau ada kapel yang nak pi, tumpangkan la aku. Dah la Saudi dabel stendet kat pompuan, depa pun sama ja. Lagi mau cakap Saudi corrupt.

Tuesday, September 09, 2008

Great Scottish Run

Acara ini telah menyebabkan Khairyn berhabis £10 untuk membayar tambang teksi ke sepitalnya. Lebih kurang 19000 orang peserta larian dari seluruh dunia, ada 2 sesi; maraton dengan separuh maraton. Nasib posa, kalau dak aku pun tergedik-gedik nak masuk ni.

Lepas pelepasan maraton


George Square - tunggu pelepasan separuh maraton


Stretch bang jangan tak stretch...

Yang berderetan warna kelabu itu tandas sementara, ada 2 baris tu..

Kalau takleh lari takpe..yang penting bagi sokongan padu..satu famili turun bagi sokongan tu..


Depa ni jaga jalan
Pelepasan kumpulan separuh maraton

Persembahan untuk yang tak larat nak lari..



Lepas pelepasan semua kumpulan..lengang

Sunday, September 07, 2008

Fasting or feasting?

Aku tak pasti sama ada dah jadi budaya ke kat Mesia sana, bila sampai bulan posa kita ucap selamat dengan penuh excited nak posa mengalahkan nak raya gitu. Atau sekadar ucap selamat berpuasa sambil tak sabar-sabar menantikan hari raya. Ataupun sangat excited tunggu bulan posa sebab nak memilih makanan yang macam-macam di pasar Ramadhan (Param). Oh, kalau ikut aku, masa dok jauh ni terasa nak makan macam-macam yang ada di param. Pantang disebut terus la terasa-rasa dan terbau-bau gitu. Yang paling terbau-bau adalah murtabak ngan air tebu.

Tapi pengalaman aku, masa kat mesia aku bukannya pi sangat pun param tu. Rasanya boleh dikira berapa hari aku pi sana. Hari Jumaat kalau nak balik kampung aku pi param kat mata ayaq, beli popia basah. Feberet famili aku tu. Beli untuk dua rumah, Alor Setar dan Pendang. Hari lain masak nasi goreng atau masak pasta (feberet kak ana), dengan sayur wajib ulam raja yang bermahajalela kat laman umah sewa aku yang sempit tu.

Kalau balik kampung baru la ada juadah lebih sikit. Kuih-muih dengan nasi berlauk. Kalau kuih ni, aku suka tako. Abang aku beli kat param Stadium Darulaman. Lauk kalau nak beli kat situ, aku suka gulai perut masak minang dengan daging goreng bercili tu. Kalau kat Pendang, ada kuih talam yang sedap. Lauk-pauk selalu abang beli ikan bakar. Sehari dua sebelum raya, famili buat acara buka puasa. Menu wajib murtabak, cucur udang, syurbah dan lai ci kang. Semuanya home-made. Yang lain-lain tu penambahan ler kalau masing-masing nak beli ikut selera.

Bila diingat-ingat, mewah sungguh kita di Mesia dengan makanan di bulan posa, walaupun sebenarnya patutnya kita lebih bersederhana dengan makanan. Yang jadinya, masa posa memang la tak makan, tapi nak buka posa hidangannya mengalahkan masa tak posa. Walaupun selalu kita baca dan dengar, Ramadhan bulan untuk menjadi lebih pemurah, kurang sangat nampaknya aktiviti-aktiviti kebajikan ni. Yang banyaknya, sesi berbuka posa dengan menjemput anak-anak yatim, orang-orang tua. Sampai depa ni pun dah jadi sangat memilih untuk terima jemputan. Sebabnya yang selalu jadi tumpuan adalah rumah-rumah yang dah dikenali. Yang di ceruk-ceruk tu selalunya keadaannya masih sama.

Dan yang paling menyedihkan, walaupun kita dah berlatih jadi pemurah di bulan Ramadhan, hilang Ramadhan hilang jugaklah sifat pemurah tu. Hilang jugak kemakmuran masjid, hilang semangat membaca dan menghayati al Quran, hilang jugak segala tarbiyyah selama sebulan. Tunggu tahun depan la pulak nak buat balik.

Selamat menghidupkan Ramadhan! Selamat membanyakkan tilawah al Quran dan menghayati nya! Semoga segala yang dipelajari sepanjang Ramadhan ini akan dikekalkan sepanjang tahun.

Ramadhan Mubarak! Ramadhan Kareem!

Friday, September 05, 2008

Sembang buka puasa

Hari tu sambil buka posa kami sembang-sembang. Kata Najla yang keja kat Call Centre IBM tu, orang Perancis sangat la berbangga dengan diri sendiri. Kiranya macam bangsa dia yang paling hebat. Najla daripada selatan Perancis, tapi berketurunan Tunis. Hari-hari penat melayan kesombongan orang Perancis. Seolah-olah bangsanya paling superior. Katanya tahap bangga diri orang negara dia tu sama ngan Amerika, jadi bila dua bangsa bertemu masing-masing cuba menonjolkan diri sendiri.

Si Najla ni keja kat Greenock, tapi menyewa di Dennistoun. Setiap hari berulang-alik, jauh jugak perjalanannya. Tapi dia cakap dia tak nak terpisah daripada komuniti muslim. Tu yang sanggup berulang jauh sikit tu. Sebelum ada la menyewa dengan sorang budak dari Tunisia. Tapi dia cakap tak tahan, sebab pemikiran berbeza. Pelik gak ler sebab dia pun asal negara yang sama. Dia cakap kawan dia tu hidup dengan cara Tunis, tak sama ngan dia. Bila aku suh dia jelaskan, dia cakap maksudnya cara tradisional tapi bukan yang mengikut agama. Bila aku tanya berbeza ke tradisional dengan agama tu, dia cakap di Tunisia, Islam bukanla diamalkan sangat. Nama ja Islam, tapi pentadbiran macam Turki ja. Tudung tak boleh pakai, kiranya menutup aurat dan mengamalkan Islam sangatlah dilarang sampai ada undang-undang untuk menghukum sesapa yang cuba menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Jadi Tunisia adalah negara Arab, tapi bukan negara Islam. Islam ditindas oleh yang mengaku Islam sendiri. Bukan takat depa tak mau amalkan, orang lain nak amalkan pun tak boleh. Sapa yang depa dapat maklumat cuba menghidupkan amalan Islam akan ditangkap, masuk penjara. Sebab tu ramai rakyat yang lari dari kampung halaman, kebanyakan memilih Perancis. Ironinya, lebih mudah mengamalkan Islam di negara bukan Islam daripada di negara umat Islam. Ada sorang penghijrah di Perancis yang nama dia dah disenarai hitamkan oleh kerajaan Tunisia. Ada la yang bagitau dia, kalau dia balik tak kena tangkap, jadi dia pun balik la melawat kampung halaman lepas 15 tahun berhijrah. Sekali... balik ja memang hilang, kiranya sama ada maklumat tu salah ataupun nak perangkap dia. Nasib baik dia ada kawan-kawan yang boleh dikira berpengaruh di Perancis, depa ni la yang berusaha untuk bawak dia balik. La ni memang dia kat Perancis, tapi macam Najla cakap, " Can you imagine, his French friends were the ones who saved him." Ah, nilai persahabatan memang melangkaui batas agama, bangsa dan budaya.

Lepas tu bandingkan pulak ngan Arab Saudi. Yang ni mengaku negara Islam, tapi sebenarnya sangat memilih untuk mengamalkan nilai Islam. Zaman kedatangan Islam ramai hamba yang dibebaskan, depa ni pulak jadikan orang merdeka sebagai hamba zaman moden. Wah, dasat makcik ni. Dia cakap dari Malizi pun ada. Aku cakap yang aku tau dari Malizi ni jadi maid, bukan hamba. Dia cakap tu cuma a kind word for slavery di sana. Sebabnya yang dia penah dengar ada kes gaji tak berbayar tapi kena keja teruk, tido kat bilik air dan macam-macam layanan yang takdak pun dalam Islam suh buat macam tu.

Aku cakap yang aku tau kat Saudi ni pompuan takleh drive, dia cakap bukan takleh drive je, semua takleh buat. Orang di sana sangat kaya, sampaikan barang-barang dalam rumah pun daripada ada yang dibuat daripada emas. Oh, aku pun penah tengok gambar sesorang yang dikenali, tangga rumahnya nampak keemasan, tapi tak pasti ler memang emas ataupun sekadar gold-plated. Mana la tau ala-ala barang-barang zhulian ja kan. Belum berkesempatan nak menyiasat lagi. Kat tempat Najla ada sorang berasal dari sana, yang boleh dikira alim la jugak..selalu jugak la mak dia (dan dia sekali la) berkhilaf pendapat. Lupa pulak nak tanya pasai pa, tapi aku saspek antara perkara yang depa khilaf tu mesti melibatkan hal ehwal wanita, jihad pun mungkin ada.

Cerita-cerita macam tu sebenarnya dah biasa didengar dan dibaca. Cerita Najla tu sekadar menambahkan lagi bilangan kes yang aku tau. Ada orang, macam sebilangan Tunis yang terpaksa berhijrah bagi membolehkan depa mengamalkan Islam dalam kehidupan. Ada jugak yang di negaranya mengamalkan Islam berhijrah/bercuti supaya lebih bebas untuk tidak mengamalkan Islam. Ahh, kes kedua ni aku kenal secara peribadi beberapa orang dari Iran dan Saudi, tapi tak la sampai boleh generalisasi semua yang dari sana macam tu. Orang Mesia pulak macam mana?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, September 04, 2008

Iftaar di SUMSA

SUMSA ni singkatan Strathclyde University Muslim Students Association. Tapi kalau sebut Sumsa ni sinonim ngan masjid universiti la. Selain Central Mosque, tahun ni ada pilihan lain untuk yang rajin ke masjid (malas masak) untuk berbuka puasa. Boleh berbuka di Sumsa. Tahun lepas takde sesi iftaar, katanya sebab dana tak cukup.

Hari ni aku pilih untuk berbuka di Sumsa. Hari pertama di Central Mosque, hari kedua di Armadale. Aku sebenarnya tak senang berbuka di Central Mosque. Hidangannya memang la sedap. Nasi briyani dia memang dah masyhur. Tapi kalau ke sana, terasa macam warga kelas kedua pulak. Dia hantar hidangan ke sebelah lelaki dulu. Yang kami ni dok menunggu la, lapar sama je, tempoh puasa pun sama je. Tak tau ler kalau ada kriteria lain pulak, ke puasa pompuan ni kurang mencabar atau kurang pahala ke. Daripada aku dok merungut dalam hati kepada mereka yang berjasa menyediakan hidangan iftaar tu, mudharat la pulak efek posa aku nanti. Kalau kat Sumsa, memang sebelum masuk waktu dah diedarkan hidangan tu. Jadi takla menunggu lama. Posa-posa ni takleh banyak komplen, kena banyak sabar kan, jadi pilihla tempat yang kurang mudharat kepada posa aku hehehhe.

Kebetulan hari ni ada perjumpaan New To Islam. Kalau tak ada grup ni, rasanya aku buka posa sorang-sorang la jawabnya. Sembang-sembang ngan salah sorang penggerak dia, perjumpaan memang selalu dibuat kat Sumsa, tapi untuk bulan puasa tahun lepas terpaksa pindah tempat ke masjid West End. Sebabnya, nak menyenangkan ahli-ahli yang baru mengenali puasa ni, tak payah la nak kena bawak makanan untuk iftaar pulak. Aku sorang je budak Strathclyde, dia ingat aku headsister dan hari-hari berbuka kat situ hehehehe. Pasalnya aku masuk je terus basuh besen plastik la, senduk la..ye la nak isi makanan nanti kan. Macam dah biasa je. Memang biasa pun..tahun 2006 dulu boleh kata hari-hari aku berbuka di Sumsa kecuali wiken kat Central Mosque, sebab wiken takdak iftaar kat Sumsa hehhe

Sempat jugak la berkenalan dengan beberapa orang. Tapi yang aku ingat nama Fatima, Gemma, Rona dan Vanessa. Fatima tu husband dia profesor kat UIA, banyak jugak la dok tanya kat aku pasai Malaysia. Dia suka la duk Malaysia, cantik la, itu ini, tapi yang paling bess katanya makanan la. Oh, dan dia sangat suka 'nasi lamak with dried fish and special sauce'. Dah sampai ke Langkawi, tapi ada pengalaman ngeri sebab dalam perjalanan ke sana dengan ketapi beg nya ilang diambil orang. Hilang semua dokumen, kiranya selain daripada peristiwa tu, Langkawi memang bess! Yang lain tak sempat nak sembang sangat, tapi Vanessa ni bawak anak dia. Biasala budak-budak omputeh sini mana biasa sangat makan nasi briyani. Anak dia cakap takleh makan nasi, rasa nak muntah. Hehehe ye la kecik-kecik ni nak muntah bagai, dah besar nanti tu ler take away yang melambak-lambak sampai ke Tesco, Asda dan Sainsbury's semua tu.

Lepas berkemas-kemas, aku terus je balik. Yang lain tunggu terawih la kot. Awal-awal ni aku tak terawih kat masjid lagi. Isyak pun dah lewat. Dah hujung-hujung nanti boleh la kot, bila isyak dalam kul 9 gitu, jadi tak la lewat sangat balik nanti.

Oh, dan untuk yang berdekatan sini dan berkesempatan, wiken nanti ada kuliah hadith 40 kat Masjid al-Furqan, Carrington St. kat West End sana. Masjid ni dekat dengan Great Western Road, belakang sikit daripada Shell Woodlands tu. Sabtu & Ahad, 2-4 petang. Kuliah ni pun dulu dibuat kat Sumsa, tak pasti pulak bila dah pindah tempat ni. Masjid ni kira masjid kariah aku ler..masjid ni ler yang aku patut pi tahun lepas untuk terawih dan buka posa..tapi masa tu aku baru pindah, tak tau sangat kawasan ni. Masa jenjalan tu, nampak ada masjid lain yang lagi dekat. Aku pun pi la sana. Last-last kena marah ngan member pakistan sebab aku pi masjid qadiani-ahmadiyyah...sesat barat gitu hehehhehe....

Tuesday, September 02, 2008

The quest

Hari Sabtu lepas aku teringin sangat nak makan sub chicken. Ala dok tengok iklan saja memang la teringin. Ada satu kedai Subway yang halal di Glasgow, tapi aku cuma dok dengar cakap orang saja la. Belum penah sampai pun. Lepas nonton Miss Pettigrew Lives For A Day, aku pi solat zohor kat opis sebab SUMSA berkunci pulak. Aku kira-kira sempat lagi kalau nak gi makan sebelum ke jemputan makan jam 5 nanti. Sebabnya tak mau ler gi makan dengan perut yang tersangat lapar. Mesti banyak ler aku makan nanti. Naik bas 38, ingatkan subway halal tu kat Shawlands. Aku dah tanya member la, dia cakap Shawlands tu jauh. Last-last, terlajak sampai ke zon 4, dah masuk East Renfrewshire.


Patah balik tu dah lewat, jadi aku terus ja ler ke jemputan jamuan memanaskan rumah Zaa. Pulak tu, bertukar-tukar bas. Nasib baik sampai jugak. Kempunan ler aku nak makan sub chicken tu. Tapi terima kasih la kepada Zaa, bersungguh-sungguh aku makan sebab tersangat lapar.

Esoknya, hasrat nak makan tu tetap ada. Dah dapat alamat kedai Subway halal tu, semak peta bas di Glasgow nak pastikan nombor bas yang betul. Lepas asar je aku terus keluar rumah. Keputusan yang sungguh spontan. Dalam setengah jam lepas tu aku dah sampai ke destinasi. tak sangka dekat je. Ntah macam mana aku boleh tersesat jauh ke Renfrewshire, nasib baik sempat pulang ke pangkal jalan. Kalau dak tak pepasal je kena bayar tambang lebih, sebab kad bas aku boleh guna untuk zon 1-2 je.

Akhirnya jumpa jugak ngan kedai ni..

Errkk...bukan semua aku punya..tolong belikan untuk orang lain juga
Naik bas yang sama pergi dan balik

Lepas nak kena gi kedai Islamic Relief ni pulak..tengok depa perlukan volunteer ke tak