Friday, June 26, 2009

Persepsi

Aku kalau baru berkenalan dengan orang, aku cuba elakkan percaya dengan first impression. Memangla lepas jumpa dan sembang-sembang akan timbul sedikit sebanyak persepsi berdasarkan pengalaman, tapi abaikan saja persepsi tu. Rasionalnya, bila kita berhadapan dengan orang yang tak dikenali mungkin kita juga menampilkan personaliti yang berbeza dengan personaliti yang biasa kan. Oh, bukan semuanya. Ada orang tak kisah pun pasal ni. Aci main redah saja, tak hipokrit katanya.

Well, kalau hang rasa hang tak hipokrit, that doesn't give you the right to being judgemental to those who do not follow the same path as being sedara-mara hipocratus kan! Somehow, some values are only suitable within certain environment kan, kalau suasana yang memerlukan aku menjadi lebih bertanggungjawab, takkan aku nak buat perangai huha huha kan. Perangai aku masa bersuka-ria dengan kawan-kawan tak sama dengan perangai aku masa ada ngan anak-anak menakan aku. Aku memang ada personaliti berbeza, bergantung pada tempat dan keadaan. Tapi takla sampai bipolar disorder hehehehe.

Sebab tu aku tak bergantung kepada first impression. Aku cuma percaya kepada persepsi dan intuisi aku. Kedua-duanya adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Kalau setakat baca berita atau dengar cerita pulak aku kena tau maklumat pro dan kontra. Maklumat seimbang katanya. Jangan sebelah pihak saja, propaganda pulak jadinya. Kadang-kadang bila melibatkan intuisi susah nak terangkan kepada orang lain, tambah-tambah bila melibatkan yang negatif.

Contohnya tahun lepas masa digembar-gemburkan cerita 16 September aku sangat tak yakin dengan kejayaannya. Puas jugakla berdebat dengan beberapa orang yang sangat yakin dengan janji 16 September tu. Intuisi aku berdasarkan beberapa pemerhatian. Ada sikit persepsi yang dibina berdasarkan 'design history'. Malas nak cakap apa, dan akhirnya 16 September pun berlalu dengan tenang, perubahan yang dijanjikan tinggal janji ja la. Dan selepas tu kita mula dengar pelbagai alasan. Apa pun alasannya, bukan semua orang mahir dengan helah politik. Aku senang ja, kukuhkan dulu pertahanan sebelum menyerang. Having said that, aku tak percaya dengan serangan peribadi, melainkan ada bukti yang jelas. Kalau yang menuduh pun dok uh ah uh ah, apa kes kan...

Dan aku sangat tak suka serangan peribadi. Selalunya serangan peribadi dibuat sebab orang yang menyerang dah takdak hujah nak berdebat tentang sesuatu isu, since perangai nak menang jugak, terus la diserang peribadi orang lain. Somehow, aku rasa orang yang suka buat camni ada masalah rendah diri. Inferiority complex ataupun tak yakin dengan diri sendiri. Ada pulak yang kata saja-saja nak tengok reaksi orang tu bila kena serangan peribadi. Siapa kamu, yang perasan bagus yang boleh suka-suka hati nak menguji orang lain? Dah selesaikah semua masalah di dunia ni yang tak dak keja sangat nak buat? Kalaupun dah bosan dengan hidup sendiri, pi la buat keja lain yang lebih berfaedah.

Apa pun, itulah persepsi. Persepsi aku, pengalaman aku. Dan untuk orang yang baru dikenali, aku sentiasa bersangka baik tapi berhati-hati. Persepsi aku dibina berdasarkan kajian latar belakang jugak. Aku tak membina persepsi berdasarkan drama ataupun filem. Once dah ada persepsi yang berasas, memang susah nak ubah. Jadi kalau rasa persepsi aku salah, tunjukkan aku di mana salahnya. Tunjukkan aku hakikat yang bertentangan dengan persepsi aku. Aku tak malu mengaku kalau aku salah, aku bukannya ego nak minta maaf kalau aku buat salah. Aku cuma payah sikit nak minta maaf kalau bukan salah aku, sebabnya kalau aku tak malu ngaku salah, kenapa orang lain takleh se'humble' aku (takbur seh!) hehehehehehe

Friday, June 19, 2009

Pasembor

Cerita makan lagi ni. Kali ni pasembor pulak, atau bahasa orang kampung aku pasembot. Bukan pasemboq walaupun selalunya perkataan yang diakhiri dengan abjad 'r' akan menghasilkan bunyi lebih kurang bunyi 'q'. Tapi perkataan sembur, menyembur, subur memang dibunyi dengan akhiran 'q'. Teringat dulu masa study ada member nama Amir, bila member lain sembang ngan aku, depa sebut nama dia 'Ameq' gitu. Bila aku tanya pasai pa bunyi gitu, depa kata sebab aku orang utara mesti sebut macam tu. Aku pun bagitau kalau nama Amir kat kampung aku dipanggil Ame (silent 'r') ataupun Amet. Ni dah melalut cerita loghat pulak huhuhuhuhu..

Aku pun tak tau apesal sejak datang sini aku teringin nak makan pasembor ni. Sebabnya masa kat mesia aku jarang makan sangat pun. Masa kat Perlis pernah beli sekali saja, tu pun masa bulan puasa. Pasembor Kodiang tapi jual kat pasar malam Arau la. Rasanya tak mencapai seperti yang aku harapkan. Lepas tu ada la sekali dua masa bulan puasa abang aku beli kalau balik kampung. Buat sendiri memang tak pernah la. Even rojak mamak yang disebut-sebut tu pun seingat aku la, penah makan 2-3 kali ja. Yang paling aku ingat masa balik cuti la, 'mengepow' si Ha makan rojak kat Padang Kota. Mula-mula makan sotong kangkung, pastu kerang bakar. Pastu aku mintak kat Ha nak beli rojak mamak buat bekal dinner hehehehe. Pilih-pilih punya pilih, pastu si Ha bayar. Terkejut dia pasal reganya RM18 hahahahaha...Jangan marah Ha! Sikit je, tapi aku amik cucur udang ngan ketam hehehehehe.... Sejak datang sini dekat 3 tahun rasanya dah 4-5 kali makan pasembor. Kira lagi hebat la daripada masa kat kampung. Belum kira yang buat dua kali tu. Kak aku pun kagum sebab selama ni tak pernah buat pun kat rumah. Ye la dah ada orang jual kan, kalau kita tak beli macam mana bisnes depa nak maju, kan kan kan .....

Okeh, resepi pasembor ni adalah hasil rujukan silang internet dan biras kakak aku (untuk cucur keras). Ni resepi yang dibuat minggu lepas, seperti dalam gambar.



Bahan untuk kuah
450g keledek - direbus dan lenyek
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering
sedikit belacan
1 liter air
air asam jawa
1-2 cmb minyak untuk menumis
2 cmb gula perang
garam
sedikit kicap pekat manis
1/2 cawan kacang tanah - dipanggang dan kisar/tumbuk kasar
2 keping biskut digestive (boleh guna rich tea/biskut marie) - dihancurkan

Nota: Biskut ni untuk memekatkan, kalau masuk lebih dalam 5-6 keping tak yah masuk keledek dah, tapi tambahkan kacang tanah. Aku masukkan jugak biskut ni sebab memang ada kat rumah. Teknik memasak begini dinamakan 'masakan ala menghabiskan stok'.


Cara:
1. Kisar cili, bawang besar, bawang putih dan belacan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan masak sampai naik bau.
3. Masukkan air asam jawa. Masak lebih kurang 5 minit.
4. Keledek boleh dikisar dengan air kalau malas nak melenyek. Masukkan keledek dan air. Masak api sederhana. kalau mendidih tu perlahankan kasi merenih je.
5. Masukkan kacang tanah dan biskut yang dihancurkan. Masak lagi.
6. Masukkan gula, garam dan kicap.
7. Renihkan sampai kuah pekat.


Bahan-bahan lain:
Nota: Kuantiti bahan-bahan ni letak ikut selera memasing je.
3 biji kentang - dipotong besar dan direbus
50p taugeh - dicelur (hehehehe aku pun tak ingat berapa berat taugeh ni, tapi sebungkus tu 50p :))
sebatang timun
5 biji telur direbus
3 keping tauhu

Bahan untuk cucur keras
Cucur keras siap digoreng
1 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
3/4 cmt garam
1 cmt yis
1/2 cmt gula
160-170 ml air suam
1 labu bawang besar dihiris nipis dan kecik atau cincang halus (opsyen)
1/2 cawam kelapa parut kering (opsyen)

Cara:
1. Larutkan gula dalam air suam. Masukkan yis dan kacau sampai yis larut.
2. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan garam.
3. Tuangkan cecair ke dalam campuran tepung. Kacau sebati. Adunan dia pekat tak cair macam cucur biasa.
4. Tutupkan adunan dan biarkan selama lebih kurang sejam.
5. Lepas sejam adunan macam naik. Gaul balik. Masukkan kelapa parut dan bawang. Gaulkan sampai sebati. Bentukkan panjang-panjang. Tarik-tarik adunan untuk bentuk panjang dan terus goreng dalam minyak panas. Bentukkan nipis kalau nak cucur keras dan rangup. Kalau nak yang rangup-rangup gebu bagi la panjang membulat.
6. Cucur yang siap digoreng keras dan rangup macam keropok. Kalau tak nak keras-keras boleh buat semuanya dengan tepung gandum. Lebih senang masa menarik adunan untuk menggoreng sebab tepung gandum liat tak putus-putus macam tepung beras.

Bahan untuk cucur lembut
2 1/2 cwn tepung gandum
1 cmt baking powder
2 cmt gula
250 ml air
1 cmt serbuk kunyit
1 biji telur
1 labu bawang besar dicincang
6 ekor udang

Cara:
1. Bancuh semua bahan kecuali telur, bawang dan udang. Biarkan lebih kurang sejam.
2. Masukkan telur dalam adunan. Kacau sebati.
3. Cucur ni digoreng lepas cucur keras. Celupkan kentang dan tauhu dalam adunan tepung dan goreng. Aku tak goreng pun telur rebus. Kalau nak goreng pun boleh.
4. Masukkan udang dan bawang besar. Goreng macam cucur-cucur yang lain jugak.
5. Potong semua bahan cucur, timun dan telur.
6. Masukkan dalam mangkuk dan siramkan kuah ke atasnya ikut citarasa memasing sama ada nak banjir (gambar yang awal tu) atau gerimis je. Kalau suka boleh letakkan sikit bijan panggang sebelum tuang kuah tu. Aku terlupa nak letak. Esoknya baru perasan bekas bijan kat atas mikrowave. Tapi kira ok la sebab kata Mama Tasa dia tak suka bijan.

Le cucur


Siraman kuah pasembor teknik gerimis

Tuesday, June 16, 2009

Kek Coklat Pisang


Resepi asal yang aku amik kat sini. Kalau ikut resepi asal banyak jugak la bahannnya. Aku tak letak pun emulco, non-dairy whipping cream dengan serbuk agar-agar/gelatin tu. Mana nak cari barang-barang tu semua. Bahan baking kat sini semua yang asas je, jenis-jenis tepung yang pelbagai macam kat mesia pun takde kat sini. Kalau nak buat kek sama ada guna plain flour atau self-raising flour je. Takde jual pun tepung kek ke, superfine ke apa.

Komponen 1: Kek Span Coklat


Bahan A
4 biji kuning telur size sederhana
100 gm. gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 cmt Baking powder
1/2 cmt Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak sayur (boleh jugak pakai minyak jagung)
1 cmt vanilla essence

Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.

Bahan C

4 biji putih telur size sederhana
1/4 cmt Cream of Tartar
60 gm. gula kastor


Cara-caranya (ni cara aku ler, korang boleh ikut cara sendiri kalau tak suka):

1. Timbang dan sediakan bahan-bahan A, B dan C. Seeloknya tepung, baking powder dan soda diayak sekali. Pastu putih telur tu pastikan jangan bercampur langsung ngan kuning, minyak atau bahan-bahan lain yang tak berkaitan.
2. Pukul bahan C sampai kembang berkrim, kira kalau angkat whisker tu adunan tak menitik la. Pastu ketepikan.
3. Pukul minyak, kuning telur dan gula daripada bahan A sampai kembang. Masukkan campuran tepung dan bancuhan coklat berselang-seli dan masukkan esen vanila. Kaup ngan senduk je kasi sekata. Pastu campurkan dengan adunan putih telur tadi. Boleh jugak nak kacau ngan senduk je bahan A + B tu.
4. Tuang dalam kebas pembakar, aku guna yang bulat diameter 9". Aku alas dengan baking paper. Bakar dalam oven, suhu 160 darjah (oven aku ada kipas, kalau takde boleh guna lebih kurang 170) selama 40 minit ataupun sehingga masak la.
5. Dah masak sejukkan lebih kurang 10-15 minit sebelum tanggalkan daripada dulang pembakarnya. Sejukkan kat atas redai. Dah sejuk boleh la dipotong, aku potong 3 lapis. Kalau malas buat 2 pun boleh.


Komponen 2: Krim coklat

400 gm Whipping Cream
1 cmt essence vanila
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
4 cmb Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
3 cmb makan air panas }
6 biji pisang dihiris - 3 biji untuk setiap lapisan

(boleh kurangkan nescafe kepada 1 1/2 cmb, 1 1/2 cmb air panas untuk kurangkan kepekatan warna nya, atau tak letak langsung)

Cara-cara (krim ni aku prepare selepas kek dah sejuk):

1. Pukul whipping cream sampai kembang dan berkrim. Jangan over excited pukul pulak, kang dia mencair semula.
2. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Kacau sebati.
3. Bahagikan krim ni kepada 6 bahagian (agak-agak je la, takde la tepat sangat pun).
4. Sapu 1 bahagian krim atas lapisan pertama. Pastu susun la pisang kat atas tu (sepatutnya pisang tu dipotong memanjang, bukan bulat-bulat cam yang aku buat. Ni pertama kali buat, lepas tu aku potong memanjang).
5. Sapu lagi satu bahagian krim. Pastu letak kepingan kek kedua.
6. Sapu lagi satu bahagian krim. Susun pisang. Pastu sapu krim lagi.
7. Letak lapisan atas sekali. Pastu sapu baki krim kat atas dan keliling kek. Sejukkan. Aku letak dalam fridge. Esoknya baru disapu choc coating.



Komponen 3: Salutan Coklat

35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm whipping cream (aku campur je sikit dengan susu segar sebab cream dah abih)
80 gm chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm Butter

Cara-cara:
1. Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat.
2. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek. Aku letak dalam fridge sekejap kasi sejuk, kalau tak dia cair je.
3. Dah siap boleh la dipotong dan dinikmati bersama keluarga dan rakan taulan

Update:
Ni satu lagi cara menyusun pisang, lebih cepat siap. Anak menakan aku yang buat ni.




Monday, June 15, 2009

(Masak + Makan)*2

Hari ni aku terbongkang kepenatan lepas bermaraton masak dan makan sempena hujung minggu. Hari Sabtu ajak member yang mai jalan-jalan dari Newscastle mai makan kat rumah. Asalnya nak ajak hari Ahad tapi sebab Sabtu dia dah balik, tukar ke pagi Sabtu. Aku memang tak penah ajak orang mai makan pagi ni, jadi kelam risau gak la satgi orang dah sampai umah aku dok terbongkang lagi hehehehehe

Makanya, petang lepas jumpa bos terus la buat lawatan ke Aldi, Farmfoods, Baraka dan kedai kat bawah umah aku ni. Peti ais memang kosong, tu yang kena pi banyak tempat. Berkilo-kilo jugak muatan, dah la jalan kaki ja. Masa ni la mula berangan ada kereta, takla sakit kaki berjalan dari East End ke West End. Menu yang dirancang tu nasi lemak, dalca sayur ngan karipap. Roti prata aku dah ada, tu yang buat dalca tu. Saja la buat variasi. Masa dok menggelek tepung karipap pun berangan jugak nak beli mesin gelek tu, ala berangan tak kena bayar kan heheheh Pi mai pi mai, kul 3 pagi jugak baru siap berkemas. Pagi tu kul 6 dah bangun mengemas-ngemas, masak nasi dan siapkan sambal. Aku jemput depa mai kul 9, nasib baik la dan siap semuanya. Saja aku ajak awai, lepas makan boleh la depa pi jalan-jalan tempat lain sebelum terus balik ke Newcastle.

Sabtu malam start projek lain pulak. Kek coklat pisang hehehehe. Aku teringin nak makan kek coklat pisang dan pasembor.


Stroberi dicilok daripada agar-agar stroberi hehehe

Kek ni aku penah makan kat Secret Recipe, sedap. Kat sini tak jumpa lagi depa jual kat kedai kek. Jadinya, aku ajakla 2-3 orang buat sesi 'periuk bertuah' hehehehe. Ye la, kek tu kalau nak makan sorang dah sah-sah makan minggu jugak kan, sama la ngan pasembor pun. Jadi, eloklah kita makan berjemaah kan. Ahli periuk bertuah lain pun dijemput secara berantai. Sembang-sembang ja, pastu terus set masa semua. Biasa la kat sini kalau pasal projek makan daripada cakap-cakap kosong terus menjadi. Kalau projek belajar tu lambat la hehehehehe. Nasib baik sesi ni petang, tu pun kelam kabut jugak. Banyak pulak keja nak buat pasembor ni, nasib baik menjadi resepi 'rujukan silang' pasembor aku tu. Ada laksa, agar-agar stroberi, tengkorak goreng, kentang goreng dan karipap. Tengok menu macam banyak gila. Penuh meja. Aku risau tak abih ja, tapi macam biasa la. Nama pun maraton, slow and steady hahahahaha Boleh la bertahan kempunan pasembor dan kek coklat untuk beberapa bulan kot.

Amik ko! Penuh meja, abih kuar semua set pinggan mangkuk. Bekas kentang goreng tu set baru, tak penah kuar lagi dalam mana-mana parti tupperware hahaha


Cucur-cucur pasembor

Pasembor (Pinjam gambar Mimi)

Kek dah separuh jalan

Yeay! Potongan terakhir


Dah mengemas dapur baru teringat baju ngan tudung belum gosok lagi, dengan bilik yang bersepah (hari tu kemas tak abih sebab masalah bocor tu dah selesai hehehehe). Mau tak terbongkang pagi ni, jadinya petang la aku pi universiti. Nak berehat lebih-lebih pun bos dah tanya chapter huhuhuhuhu...

Thursday, June 11, 2009

Bocor

Awal pagi tadi air menitik-nitik daripada siling bilik aku. Ah, sudah! Aku dengar bunyi bising orang atas pi mai pi mai. Orang atas ni memang aktif pagi-pagi, betul-betul atas bilik aku ni dapur campur sekerat ruang tamu. Kalau kul 5 pagi dah dengar dia buat keje dapur tu. Tapi pagi tadi dalam kul 1 lebih, takkan awal sangat kot. Aku mula la pikir bukan-bukan. Mula la dok fikir sebelum ni ada ke takde air menitik tu. Memang tak perasan pun. Pastu bau something macam sulfur, bau macam masa pemanas air aku rosak dulu. Paip bocor ke, takkan dia pasang paip merentasi lantai kot. Jangan runtuh sudahla huhuhuhuhu

Air tu menitik dalam setengah jam lebih ja. Tapi takleh tido aku dibuatnya. Aku pi check satu rumah, pemanas air, bilik stor tempat semua main switch ok. Pastu mula la dok karang text nak hantar kat tuan umah pagi ni bagitau pasal bocor tu, maklumla tuan umah bukannya paham kalau tulis melayu. Siap amik gambar air tu menitik dan tempat kena tu. Ada dua tempat. Pastu dok fikir camna kalau siling aku a.k.a lantai umah atas kena repair. Alamatnya takde bilik la aku kan. Pastu, takkan nak tido kat ruang tamu. Sejuk tu. Abih tu kata la amik masa nak repair, takkan aku nak kena kuar umah kan. Kena cari umah lain la pulak.

Aku fikir jugak dalam borang assessment masa nak mintak rumah majlis dulu ada dia letak mata kalau rumah sekarang ni bocor ke sistem pemanasan rosak ke apa. Jadi mungkin aku boleh isi semula borang tu, dapat la mata lebih. Peluang nak dapat umah majlis yang murah tu pun lebih tinggi la. Dalam dok fikir tu, lama jugak la baru dapat tido kul 3 lebih.

Bangun pagi aku dah mula nak mengemas bilik, ye la nak suh tuan umah mai kan. Semalam dah siap pindahkan separuh buku-buku aku ke rak buku bawah. Risau gak kot banyak lagi yang bocor. Rak bawah dah penuh kena buat double parking. Entah berapa kotak la nak kena siapkan masa nak pindah nanti. Dengan kertas research bersepah-sepah, yang mana dah buat summary yang mana belum pun tak perasan dah. Tak paham satu baca yang lain pulak. Melompat-lompat baca sana-sini.

930 pagi.
Belum hantar text lagi kat tuan umah. Petang nanti la ingat nak hantar. Dok fikir gak mungkin ke nak kena tunggu malam ni tengok macam mana. Dalam dok fikir tu (tiba-tiba aku jadi ahli fikir yang sangat progresif, aktif, intensif dan pro-aktif pagi ni), ada orang mai. Ingatkan courier service sebab aku beli barang amazon, rupanya orang majlis. Dia mai nak check ada apa-apa kerosakan kat umah , sebab rumah atas banjir semalam, karpet semua basah. Depa dah buat laporan, jadi kena check la rumah bawah mana tau ada apa-apa yang rosak disebabkan air dari umah atas. Takdak apa-apa la, cuma 2 tempat ja air menitik. Sembang punya sembang dia kata tak payah risau apa-apa. Banjir kat atas pun dah kering. Alhamdulillah semuanya selamat. Cumanya otak aku letih la sangat. Letih jadi ahli fikir huhuhuhuh

Kesimpulannya, aku akan terus duk umah ni sampai abih kontrak bulan 9 ni. Tiada sebarang perubahan berlaku dan tiada kecemasan apa-apa. Cuma pengajarannya, bilik air kat sini bukannya macam kat mesia boleh berbasah-basah kat lantai. Bilik air sini kering. Kalau dibuat mandi macam kat mesia harusler banjir dan menitik-nitik kena orang bawah. Ni cuma salah satu punca bocor ni ja, tiada kaitan dengan kejadian banjir orang atas awal pagi tadi. Penat ai tau!

Wednesday, June 10, 2009

Make Your Own

Ada masa-masa terasa nak makan itu ini, nak minum itu ini. Kempunan aku yang terkini adalah air soya. Soya dalam kotak yang dijual kat kedai tak sedap. Aku penah rasa susu soya Sainsbury's, ASDA. Alpro pun tak menepati citarasa. Terasa sangat cair dan tak berperisa. Terasa macam minum skimmed milk tu.

Hari tu masa pi Chung Ying dah nampak soya dalam botol tu, mahal la pulak. Sudahnya aku beli kacang soya. Rendam semalaman, pastu proses la. Ingatkan nak guna juicemaker tu, tak payah la tapis-tapis lagi tapi melantun-lantun pulak kacang kat dalam tu. Terpaksa la guna pengisar serbaguna tu. Tu la jugak aku guna nak mesin bawang, cabai dan rempah. Leceh jugak la, nak kena mesin air kosong dulu, tak mau la nanti soya berperisa bawang kan. Nak kena tapis lagi. Tapi hasilnya, yummy! Susu soya yang lemak berkrim. Dapat 3 mug, dah abih pun.

Letih jugak la camni, apa yang teringin nak makan atau minum semua kena MYO. Ni yang nak balik kampung sangat ni, boleh beli ja hehehehe.. Bukan takat susu soya, apam balik, pasembor, nasi kerabu, kuey tiaw sup, sotong goreng tepung, udang goreng mentega ngan cucur ikan. Pastu, bila kat kampung teringin la pulak nak makan sandwich ngan pasta hahahaha...

Sunday, June 07, 2009

Puding Roti

Hidangan puding roti dengan aiskrim :)


Ni pasai ada setengah buku roti yang tak abih dalam peti ais. Beli 2 buku roti sebab offer, sekali tak larat nak makan la pulak kan hehehehe. Terpaksa kensel projek lain sebab kena abihkan roti ni. Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera memasing.

Bahan-bahan
400g roti
700ml susu segar (boleh tambah atau kurangkan)
2 cmb gula (ni untuk versi kurang manis. Boleh la tambah lagi 2 cmb kalau nak)
garam
segenggam kismis
50g mentega - dicairkan
2 biji telur
choc rice untuk ditabur

Cara membuatnya
1. Roti dikoyak-koyak dan direndam dalam susu. Aku letak susu sampai tenggelam roti. Ada orang tak koyak pun roti ni. Kasi rendam ja.
2. Pukul telur dan tuangkan ke dalam campuran roti+susu.
3. Tuangkan mentega dan garam. Masukkan gula. Kacau adunan.
4. Masukkan kismis dan kacau lagi sampai sebati semuanya. Jangan lupa pre-heat oven.
5. Masukkan dalam bekas nak bakar. Aku tabur choc rice sikit kat atas tu. Ada extra dari tahun bila ntah. Bakar dalam oven lebih kurang 170 darjah lebih kurang 30 minit. Tapi lepas 20 minit tu check la tengok kot-kot dah masak dan garing sebab kadar pembakaran ni ikut bekas yang kita guna.

Puding roti dan bekasnya

6. Dah masak tu jangan lupa sejukkan dulu ye..tak elok makan manisan panas-panas ni. Ada yang melecur nanti hehehhehe. Oh, hidangkan ikut selesa masing-masing ye...


Enak dimakan begitu saja...




Lebih enak lagi dengan ekseseri heheheheh...

Ghendang Ijo


Resepi daripada Kak Ana. Dia kata resepi Banjar Perak pasai mak dia orang Banjar yang duk di Perak hehehehe. Bahan-bahan lebih kurang macam rendang pedas arwah tok aku. Agaknya memang resepi Perak la kot pasai arwah tok aku orang Selama. Tapi aku rasa keperakan orang Selama ni agak kurang berbanding orang Sungkei hehehehehe..

Bahan-bahan ikut resepi Kak Ana tadak sukatan. Resepi ISA la ni. Jadi, boleh la dikurangkan atau ditambah ikut suka aku jugak...Anggaran masa memasak sejam setengah lebih la, letih jugak menunggu yang tu masak, tunggu yang ni kering dan mengacau semuanya.


Berlinangan minyak tu, baru ja cakap pasai nak mulakan pemakanan sihat hehehehe

Bahan-bahan
500g ayam (boleh digantikan dengan daging)
500ml santan
100ml susu (aku pepandai tambah yang ni)
2 cmb kerisik
garam
serbuk kunyit (ni ganti kunyit hidup, patutnya masuk kunyit hidup dimesin dengan bahan lain)
1 cmb minyak
2-3 helai daun limau purut (ni pulak ganti daun kunyit)

Bahan untuk dikisar
10 biji cabai melaka
2 labu bawang besar (ni ganti bawang merah)
1 inci halia
1 batang serai
1 cm lengkuas

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan masak hingga dah masak dan naik bau.
2. Masukkan ayam. Masak hingga kering air.
3. Masukkan santan, susu dan garam. Masak dengan api kuat sikit pun takpa masa ni. Jangan lupa kacau sekali sekala.
4. Dah mendidih perlahankan sikit api, satgi terpercik sana-sini pulak. Masak sampai agak kering, santan pun dah pecah minyak.
5. Masukkan kerisik. Daun limau purut boleh la masukkan sikit bagi wangi. Kacau sebati la semua sekali. Dah agak masak boleh la padam api, lepas tu boleh la dimakan dengan nasi putih yang panas-panas tu.

Saturday, June 06, 2009

10 cara menurunkan berat badan

Ni 10 perkara yang lain pulak. 10 alternatif menurunkan berat badan dengan tak payah tak makan. Dok berlapar berlebihan-lebihan pun tak elok, sebabnya sekali jumpa makanan makan lagi, dah masuk tahap melantak dah. Cuma nak kata 10 cara menguruskan badan pun tak berapa sesuai sebab ada orang badannya kategori biasa-biasa aja tapi kalau ikut BMI dikira berat berlebihan ataupun mencapai obesiti. Ada orang yang BMI normal tapi sebenarnya ada masalah kesihatan.

Dan lagi, kalau ikut pengalaman pengacara dokumentari ni, ada orang takde masalah berat badan tapi badannya menyimpan lemak tersembunyi (visceral fat). Kiranya orang yang nampak kurus pun sebenarnya berisiko dapat penyakit jantung dan diabetes. Jadinya, meh tengok kaedah menurunkan berat badan dengan scientific verification dalam dokumentari ni.

1. Okeh, petua yang mula-mula sekali ni rasanya dah banyak digembar-gemburkan kalau orang bercerita pasal makanan sihat. Jangan skip meal. Yang selalunya orang buat adalah tak menyorok :). Apa jadi kalau kita melaparkan diri? Kita jadi sangat teringin nak makan makanan yang manis-manis dan tinggi kalori. Ni melibatkan segala signal ke otak kita. Ala tengok ja la bulan posa. Masa posa tu macam-macam yang kita teringin kan. Mostly yang manis dan berlemak. Bulan posa ja teringin nak makan kuih tu la kuih ni la, ayaq tebu la, cendol la.....sikit sangat la yang teringin nak makan salad kan. Kalau yang terasa nak makan kangkung goreng belacan, kailan ikan masin pun sebab tiba-tiba kita terbau aroma dia kan. Bau minyak ditumis tu la. Tu yang buka posa kena makan buah kurma tu, sebab kurma tu manis kan. Pastu minum ayaq kosong ataupun susu suam.

2. Aha, yang ni bukan rahsia lagi. Kalau nak kurangkan kuantiti, kena guna pinggan kecik sikit. Sebabnya kalau portion lebih besar, kita ada tendency akan makan lebih. Kecuali la kalau dah makan sampai perut pun membuntang kan, dah ketat sangat dah konpem berenti makan :)

3. Kalau pinggan kecik tapi tinggi kalori pun tak guna gak kan. Jadi, petua seterusnya kena tau buat calorie counting la. Contohnya kalau 2 biji epal lebih kurang 120 kcal, 1 bar coklat 300kcal. Cumanya, makanan yang berkalori rendah sangatla tak menarik kan. Macam bland gitu huhuhuhu. Makan salad pun kalau ditambah dengan sos, mayonis, salad dressing semua dah menambah kalori. Haiyyaaa..

4. Dia kata jangan salahkan kadar metabolisma kalau berat berlebihan. Ni kesimpulannya la. Kalau ikutkan depa ni cakap jangan amik kalori berlebihan daripada yang diperlukan. Salah satu cara nak make sure tak makan lebih daripada kalori yang diperlukan, kena amik kira sekali apa yang kita makan termasuk snek, buah, sos dan minuman. Jangan ingat semua tu macam ayaq kosong..salad buah semangkuk pun dah 300 :) Kadang-kadang kita rasa macam dah amalkan pemakanan sihat dengan banyak makan salad tapi rupanya tinggi jugak kalorinya kalau kita tambah salad dressing.

5. Makan lebih sedikit protein untuk mengekalkan rasa kenyang untuk jangka masa lebih lama. Dia cadangkan 10% je lebih, jadi menyorok pagi-pagi boleh la tambah dengan baked beans, lean meat ataupun telur hancur (jangan lupa kuantiti dan cara masak boleh tambah kalori). Boleh la mengurangkan kemungkinan makan berlebihan masa tengahari nanti. Tapi jangan pulak sampai tak amik karbohidrat langsung macam satu jenis diet yang langsung eliminate karbohidrat. Sebabnya nanti organ lain dalam badan pulak yang overload nak memproses protein dan lemak berlebihan ni.

6. Lepas tu, apa lagi cara nak kasi kenyang lama sikit? Blender makanan jadi bubur/sup pekat. Tapi ni tak sama tau dengan makan nasi, lauk dan ayaq kosong sebab kalau solid food dengan ayaq ni dia penuhkan perut sat saja. Kena mesin semua sekali. Tapi kena sup pekat la, bukan bihun sup ka laksa ka. Yang tu pun cepat kenyang, tapi cepat lapaq balik.

7. Kurangkan variasi makanan. Kalau banyak pilihan nanti kita nak rasa semua kan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Contohnya kalau makan buffet la kan, kita nak rasa semua hehehehehe

8. Kalsium dalam produk tenusu boleh membantu badan menyingkirkan lemak daripada badan. Jadinya kena la minum susu, makan keju ngan yogurt. Tapi kena amik yang rendah lemak ye :)

9. Ah, yang ni memang dah popular sejak sekian lama. Senaman :). Senaman aerobik berkesan untuk membakar lemak badan. Pembakaran lemak berterusan sehingga 24 jam selepas senaman.

10. Orait, yang ni berkaitan cara hidup sihat dan aktif. Ala, macam kena banyak berjalan, goyang-goyang sikit, guna tangga tak yah guna lif . Tapi bila dah banyak bergerak jangan pulak pi makan lagi banyak pulak :).

Wednesday, June 03, 2009

10 perkara tido

Ni dokumentari BBC beberapa minggu lepas pasai aktiviti seharian kita yang boleh menimbulkan kesan kepada sleep pattern. Kesemua 10 benda adalah berdasarkan eksperimen dengan menggunakan orang yang sebenar termasuklah pengacaranya sendiri. Boleh la kalau sapa-sapa nak try :)

Kalau nak nonton boleh la try kat sini, tak sure kalau yang luar UK boleh access ke dak.

1. Mandi sebelum tidoq
Hehehehe ni memang sejak kecik kita biasa buat kan. Ada orang cakap lepas mandi rasa fresh, nak tidoq pun rasa selesa. Tapi kadang-kadang lepas mandi rasa fresh dan takleh tidoq la pulak kan. So, mandi yang macam mana nak mudahkan senang lelap ni? Aaaa..kena mandi ayaq suam la...lebih kurang sejam sebelum tidoq. Tu pun kalau ada masalah la..kalau takde masalah tak buat pun takpa, contohnya omputeh kat sini kadang-kadang seminggu tak mandi takla sampai insomnia pun hehehehhe..

2. Untuk yang insomnia, limitkan masa kat bilik tidoq untuk tidoq saja. Kalau dah tetapkan 12-6, then 12 mesti dah start baring, kul 6 saja mesti terus bangun. Orang yang try ni eksperimen ni amik masa 4 minggu, mula-mula memang teruk sikit sebab nak biasakan diri. Kalau summer la ni harus la pengsan kan, kul 3-4 dah kena bangun subuh.

3. Masa tengahari sila lah tidur sekejap. Oh, ni memang dah disebut dalam sunnah kan. Tidoq sat masa tengah hari lebih kurang 30 minit, seeloknya kita tidoq sebelum zohor la. Siesta kata orang kat continent, orang kat sini pulak tak buat sebab depa kata pemalas. Biasa la, depa ni suka kutuk orang kat continent, depa saja yang best yang Europe ni. Pastu bila buat banyak kajian, depa la antara yang paling teruk. Siesta ni jangan la pulak lepas melantak terus tidoq kan, yang tu dah lain pulak jadinya. Kalau takleh tidoq sebelum zohor, makan awai sikit pastu semayang. Petang sikit boleh la tidoq sat, 2-3 jam lepas makan.

4. Macam mana nak hentikan dengkuran. Dia suggest beli solution over the counter, nose strip. Dua orang yang try solution ni sorang ja yang berkesan, yang sorang lagi tak berapa masuk dengan teknik ni. Jadi dia suggest sapa yang ada masalah berdengkur ni jumpa doktor sebab kadang-kadang ada penyakit lain yang menyebabkan dengkuran terutamanya penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan, yang memang takleh nak buat pa la. Kalau yang penyakit macam ni tak tidoq pun boleh berbunyi kan, ni kan pulak kalau berbaring. Kak aku yang ada asthma dah berapa lama tidoq malam tak baring, kena duduk saja. Tu pun masih sesak nafas jugak. Harapnya aku nanti takla sampai kena tidoq sambil duduk bersandar ja, tidoq tak jerap kata orang kampung aku.

5. Kalau dah ada masa tidoq yang tetap, jangan tukaq sesuka hati. Ala macam yang budak-budak selalu buat la, hari-hari tidoq kul 12, sekali dekat nak exam ada yang berjaga sampai pagi. Pagi exam tu rasa macam ok saja, tapi lepas tu terus pengsan 2-3 hari kan. Tido yang terganggu boleh menyebabkan mood swing. Kalau yang tak penah minum kopi tiba-tiba teringin kopi maknanya susah la nak tidoq. Lain pulak kalau memang dah biasa minum kopi, cuma kaffein berlebihan boleh menyebabkan kita selalu terjaga malam kan. Atau kata lainnya tidur yang tak berkualiti sebab 4 peringkat tidur yang terganggu.

6. Pencahayaan. Kalau jenis yang kena bangun awai, pastu semangat kuat boleh la buat get used to it kan. Tapi kalau nak lagi senang alert pagi-pagi kenalah expose mata dengan cahaya. Ah, mesti orang cakap common sense la kan, ada cahaya mesti la fresh. Sebenarnya cahaya spektrum biru yang buatkan kita senang bangun pagi. Kalau nak senang tidoq, pakai langsir yang tebai, barulah cahaya takleh masuk. Tu yang masa aku menyewa kat Taman Melati dulu aku susah nak bangun hehehehe...rumah tengah, pastu tuan umah buat extension depan belakang. Bilik tidoq yang patut ada tingkap dia pi buat bilik ayaq. Jadinya bilik aku sentiasa gelap, siang-siang pun kena buka lampu. Terasa macam dalam gua, bangun kul 1 tengah hari pun rasa macam gelap lagi hehehe

7. Nak cepat mengantuk silalah makanan yang kaya karbohidrat. Kalau nak aktif kena pilih makanan yang berprotein tinggi. Orang selalu cakap kita cepat ngantuk kalau makan nasi lemak, makan nasi masa tengah hari kan. In a way, claim ni betul sebab aku percaya dibuat berdasarkan pengalaman kita ngantuk lepas makan nasi tengah hari dan nasi lemak kan. Cuma, kita bukan mengantuk sebab makanan berlemak, tapi sebab karbohidrat. Kalau makan kentang pun sama jugak. Jadi, penyelesaian untuk hilangkan ngantuk lepas makan tengah hari bukanlah terus tak makan, tapi kena pilih makanan berprotein tinggi. Lepas ni kita meratah lauk je la kan.

8. Dalam semua-semua perkara, yang ni la yang aku rasa baru bagi aku. Yang lain tu macam dah biasa, cuma disokong bukti saintifik saja. Yang ni pulak cara nak reset jam biologi badan untuk melawan jetlag. Patut la baru pun, sebenarnya solution ni masih dikira teori lagi. Tak penah dicuba pada manusia, asik dok try kat tikus je hehehehe.Kiranya, dua orang yang jadi guinea pig eksperimen ni tak tau yang depa adalah bahan eksperimen pertama. Katanya semua haiwan ada food clock yang kawal sleep pattern. Jadi kalau kita berjaya trigger food clock, kita boleh atasi masalah jetlag yang disebabkan gangguan sleep pattern. Masa dalam flight tu jangan makan langsung, minum saja. Bila dah sampai ke destinasi baru kita makan ikut masa makan kat zon masa yang baru. Jadi, untuk sesapa yang berminat nak lawan jetlag, balik mesia jangan makan apa-apa dalam flight. Harusler, terkebil-kebil ja pandang meal yang airline sediakan tu. Sampai ja KLIA terus pi cari lunch ataupun dinner, depends kita sampai masa bila, tu pun kalau sanggup berkorban ler hehehehe.

9. Rileks. Dengan kata lainnya jangan stress lebih-lebih. Memalam tu buat la regangan badan sikit. Maklumla kepenatan seharian kan. Ala, yang ni pun macam common knowledge ja kan. Cumanya kita ingat selalu jangan fikir lebih-lebih supaya senang tidoq, fizikal pun kena rileks jugak tau.

10. Aromaterapi. Lavender dah popular sangat. Tak payah tunggu nak tidoq, kalau bath shower bau lavender pun dah rasa nak tidoq kan hehehehehe. Tapi kena la pilih herba mana yang sesuai, bukan semua herba sesuai untuk rileks. Lagi satu yang sesuai adalah valerian. Sorry, kalau herba tempatan kat mesia aku tak tau. Agaknya bunga melur, tanjung, kenanga ke sedap malam yang sesuai eh?