Friday, July 31, 2009

Lihat Paris Dari Mata Burung


Yeah!!! Pada pagi yang ketiga akhirnya tercapai hasrat memanjat menara yang sangat terkenal tu. Aku keluar rumah lebih kurang jam 830. Perkhidmatan lif ke atas Eiffel bermula jam 9 pagi tapi kena keluar awal dan beratur. Lewat nanti panjang la pulak, lama kena tunggu kat bawah. Jalan kaki dari rumah kawan Khairyn cuma 10 minit, masa aku sampai dah ramai orang yang tengah masuk barisan tapi masih dikira awal lagi. Kebanyakan yang ada pelancong, luar Perancis. Hari ni agaknya hari Amerika. Ramai pulak yang datang dari seberang Lautan Atlantik yang sama-sama memanjat menara. Dalam masa setengah jam lepas lif mula beroperasi aku dah boleh naik. Bayaran untuk ke atas sekali €13.Dalam lif yang aku naik tu semuanya orang sana kecuali abang yang jaga lif tu dan aku la. Cuaca Paris cerah dan sangat nyaman. Ya la hari pun pagi lagi. Sedang elok la menikmati pemandangan aerial kota Paris.

Struktur tapak menara. Struktur menaranya simple truss saja tapi tengokla joint dan bentuk trussnya.

Lift mechanism


Ni naik lif dari tingkat 2 ke tingkat 3. Lifnya menegak. Daripada bawah ke tingkat 1&2 lif menyendeng sebab melalui kaki menara pada dua penjuru.

Menara yang masih hidup

Turun dari Eiffel, terus pi jumpa Khairyn yang sedang menikmati pemandangan berdebu di tepi sungai Seine sambil bersembang dengan dua akak Malaysia yang datang dari London. Depa nak ke masjid, jadi Khairyn la tolong terangkan metro mana nak naik nanti. Kami pulak nak ke destinasi seterusnya, La Defense. Tempat ni kira Paris yang moden la. Pusat teknologi di Paris. Sebabnya aku nak ke gerbang gergasi yang dibina berdasarkan konsep 4 dimensi. Aku tau gerbang ni sebab tengok dokumentari, jadi teringin nak la nak tengok sendiri. Rupanya kat bahagian gerbang yang atas tu ada muzium informatik. Yang bahagian gerbang yang menegak tu merupakan pejabat. Struktur gerbang ni kira canggih la. Mesti perah otak arkitek dia pikir nak bina bangunan yang boleh menandingi bangunan yang sedia ada.

Yang besi-besi tiang kat bawah gerbang tu la lifnya




Bangunan sekitar La Defense moden. Kira New Paris la ni

Dah puas berpanas di La Defense, kami bergerak ke destinasi seterusnya. Menziarah kubur hahahahaha! Sebabnya nak cari patung yang berjalan keluar dari dinding tapi bila tanya penjaga kubur dia cakap patung tu takdak kat situ. Tapi kawasan kubur ni memang terkenal sebab ramai orang terkenal yang dikebumikan kat sini. Siap ada papan maklumat penghuni kubur lagi, nama, pekerjaan, tahun bila mati dan nombor plot kubur. Tapi kami tak berminat dengan kuburnya, cuma dok mencari sculpture tu saja. Dah letih, yang dicari tak jumpa. Kami pun teruskan pencarian lagi. Cuma kali ni yang dicari adalah restoran KFC halal hehehehehe. Dengan klu awal ditekskan oleh Mama Tasa dari Glasgow, akhirnya jumpa jugak dengan restoran KFC halal. Tak tau ler restoran yang sama atau lain. Nampak ada orang Arab bertudung kat dalam tu, terus masuk dan pi ke meja depa. "Assalamualaikum. Halal?" " Halal." Hahahaha! Senang ja kan. Apa lagik, beli satu bucket untuk 2 orang. 6 ketul ayam, 6 ketul kepak ayam, 2 bungkus kentang dan minum. Kenyang! Puas makan walaupun ayamnya masin. Kira kenyang sampai bila lalu KFC kat Glasgow pun tak teringin la. Ha la, sampai sejam lebih dok melepak sebab nak abihkan jugak ayam-ayam tu huhuhuhu

Bila semua perasaan kebuntangan perut lega sikit barulah kami bergerak ke destinasi terakhir untuk hari ni - Musee de Louvre.


Yang terkenal dengan binaan piramid kaca seperti yang dilihat dalam filem Kod Da Vinci dan jugak terkenal sebab ada potret senyuman misteri Monalisa tu. Panas-panas pun tahan saja. Siap berjemur-jemuran sambil merendam kaki dalam kolam air kat depan tu. Sesi ni dibuat secara berjemaah. Panas sangat dan kepala aku dah mula berdenyut. Aku ajak Khairyn balik, tak tahan kepanasan. Nasib baik dah selesai aturcara majlis, boleh la kami balik berehat sebelum balik esok. Khairyn pun boleh la bersembang-sembang dengan sahabat lamanya, catch up cerita-cerita dulu, kini dan perancangan masa depan :).


Jam 11 malam, lampu berkelip-kelip kat menara selama 10 minit, kalau tunggu kul 1 pagi boleh tengok lampu merah tu padam, tinggal yang kelip tu saja. Malangnya hajat tak kesampaian. Jadi kena la berpuas hati dengan yang ni saja.



Thursday, July 30, 2009

Refleksi

Daripada nota bengkel "Communication and Personal Impact"

The do's and don'ts of well meaning friends
1. Do listen when I want to talk about my pain

2. Do acknowledge my pain
3. Do say you are sorry
4. Don't give me advice from your perspective. Remember your perspective on my life and my experience is not relevant

5. Don't tell me it's for the best
6. Don't tell me to be strong

7. Don't ask me questions about my situation or emotions. I will open my heart to in my own good time.

8. Don't tell me you understand because you have had a similar experience and then go to tell me about it.

9. Don't tell me you know how it feels.

10. Don't judge me

Bengkel ni aku masuk rasanya setahun lepas, atau mungkin tahun sebelum tu. I was so relieved when I realised I wasn't all a cold fish. The fact is, I'm terrible at consoling people with words. I really am. Kalau ada orang terdekat yang ditimpa musibah, selalunya aku make sure aku ada dengan dia. Supaya dia tau aku sentiasa within the reach, tapi aku cuma diam saja. Aku cuma boleh pi peluk (kalau boleh la) pastu tepuk bahu, tepuk belakang. Boleh la kupinjamkan bahuku untuk menangis, tapi memang tak cakap apa-apa. What to say? Aku tak berani nak cakap apa-apa sebab aku pun tak suka orang bagitau aku supaya bersabar. Tak payah bercerita tentang sabar dengan aku. Sabar tu dah jadi entry dalam kamus hidup aku sejak kecik, belum masuk sekolah mengenal huruf lagi aku dah kenal makna sabar. Aku rasa pun aku tak layak nak nasihat orang supaya bersabar, ntah-ntah orang tu lebih bersabar daripada yang kita nampak.

Aku belajar untuk tak penah memberi nasihat tentang sabar bila ditimpa musibah daripada kakak aku yang kedua. Dalam lingkungan keluarga terdekat saja, dia menyaksikan kematian mama, baba, 5 orang anak lelaki, 7 orang adik, sorang anak sedara. How about that? Kematian sorang anak saja dah cukup menyedihkan, apatah lagi 5 orang anak mati depan mata kan. Anak-anaknya semua nya dirawat dihospital, semuanya meninggal semasa kecil atas masalah kesihatan, paling tua yang meninggal tu umur 8 tahun. Tapi memang hospital tu dah macam rumah sendiri. awal-awal lagi doktor dah berpesan supaya sentiasa bersedia, rupanya kakak dan abang aku telah bersedia untuk kehilangan kelima selama 8 tahun. Alhamdulillah, kata kakak aku sempat jugak meminjam selama 8 tahun, kalau lama pun anak itu menderita hidupnya bergantung dengan ubat. Aku diam saja bila dia bercerita. Nak cakap tentang kesabaran pun bukan tahap aku. Sehebat-hebat dugaan aku, hebat lagi dugaan kakak aku. Dan sehebat-hebat dugaan kakak aku, pasti ada orang lain yang kita tak kenal, yang lebih hebat dugaan hidupnya.

Sedih tak pass exam? Arwah abang aku tengah exam SPM masa baba aku meninggal. Dia tinggalkan sekolah tanpa menghabiskan exam untuk balik buat bendang di kampung. Dia ada sorang ibu, 2 kakak yang sedang belajar dan 5 orang adik yang masih kenit-kenit yang perlu dijaga. Dan sampai ke akhir hayat, abang aku tak pass SPM pun.

Masa abang ipar aku meninggal, aku peluk saja kakak aku, genggam tangan dia. Tak layak rasanya nak cakap tentang sabar pada orang jaga adik dia sejak kecik lepas parents meninggal, and now suaminya pulak meninggal. Beberapa bulan lepas tu dia drive ke stesen ERL Putrajaya nak hantar aku. Bila dekat dengan Hospital Putrajaya dia dah mula teresak-esak sebab teringat abang ipar aku yang penah duduk kat situ selama sebulan. Aku cuma genggam tangan dia. Masa tu rasa bersalah sangat sebab aku memang tak tau nak cakap apa.

Masa adik kawan aku meninggal, aku cuma peluk dia masa dia nangis. Macam aku cakap la, aku pinjamkan bahu untuk menangis, pegang tangan dia. Tapi sepatah pun tak bercakap. Memang aku gitu. Setakat gosok-gosok belakang dia. Diam. Lepas tu bila member lain datang, siap bersembang-sembang pastu dok cakap those usual words yang orang selalu cakap la "Banyak-banyak sabar", "Sabarlah" "Kami faham perasaan awak", aku terasa akulah the worst friend one would ever have.

Lepas-lepas tu, bila terasa macam aku ni tak memahami. Aku pun belajar la cakap "Sabarlah banyak-banyak" bila orang yang aku kenal ditimpa musibah. Tapi rasa macam fake sangat hahahaha. Tak boleh jalan.

Aku lebih suka cakap Innalillahi wainna ilaihi raajiuun, tak kisahla sebarang bahasa pun. Barang dipinjam takleh nak cakap kalau tuan dia nak ambil balik kan. Kalau dah dia decide nak bagi short term loan pun, short term loan la.

Kalau orang tanya pendapat aku tentang sesuatu pilihan, aku lebih suka membincangkan isu secara pro kontra, sebab dan akibat. Pendek kata, kena buat feasibility study, lepas tu baru boleh buat decision yang mana depa suka. Sebabnya banyak perkara yang berkaitan dengan kita, selalunya melibatkan jugak orang lain. Bila kita lambat buat keputusan, boleh meninggalkan kesan pada hidup orang lain jugak. Tapi ada perkara yang memang melibatkan kita saja, jadi pandai-pandai la buat keputusan.

Tapi ni hanya untuk perkara-perkara harus la, kalau dah yang melibatkan wajib, halal haram tu tak payahla nak bersoal jawab semata-mata nak mengelat.Lainla kalau bersoal jawab untuk lebih memahami. Perkara wajib dibuat atau wajib ditinggal, hukum pemberatan dia dah tentu tak sama dengan perkara-perkara harus kan. Sebab tu sangat penting bagi kita berilmu, kalau tak tau kena la belajar. Baru kita boleh membuat keputusan untuk diri dan jangan ikut-ikut orang lain. Dan yang penting, apa saja pilihan kita adalah pilihan kita bukan pilihan orang lain. Hargailah perbezaan yang ada. Mesti boring kalau semua orang sama ja kan. Aku suka Sandra Bullock, takde la aku expect kawan-kawan aku pun suka dia jugak. Tapi kalau dah suka boleh la kita berbondong-bondong pi tengok movie dia. Kalau tak suka pun takpa, aku masih boleh pi tengok sorang hehehehe

Sekarang ni, back to the old me. Aku bukan takda perasaan, aku rupanya sangat normal kalau berdasarkan tips kaunseling itu.

Monday, July 27, 2009

Pinggiran Paris

Hari kedua di Paris, perut senak sikit. Dah lama tak buat keja makan nasi jam 1 pagi lepas tu gosok gigi dan tidoq hehehehe. Bangun pagi ingat nak terus jalan-jalan, tapi tuan rumah suruh makan dulu. Jadi makan la lagi :). Buat bekal nak merayau jauh. Maklumla beli tiket sampai zon 6, rugi kalau tak gunakan sepenuhnya kan.

Kami pi Versailles, nak melawat chateau nya yang sangat terkenal. Bila kena bertukar tren, aku tak perasan rupanya stesen tu stesen pertukaran jugak. Ada la yang nak pi Seremban tapi naik tren Pelabuhan Kelang huhuhuhu..nasib baik ada pelancong Amerika yang perasan, pastu dia bagitau kawan-kawan dia. Kami pun dengar je la, pastu sampai stesen lepas tu pakat-pakat la turun berjemaah hehehehe. Kalau dak, jalan-jalan la kami ke Pontoise pulak. Dari stesen tren Versailles tu memang berjalan ikut orang je, peta apa pun tarak. Memang terkenal Versailles ni dengan chateau nya. Tumpuan pelancong. Apa yang gelemer sangat Chateau de Versailles ni? Istana tempat raja duduk, binaannya cantik, hiasannya cantik, hatta ke taman larangan dan tasik pun cantik.Tapi pelancong macam kami malas nak bersesak-sesak beratur beli tiket di tengah panas. Lepas bergambar ala kadar kat luar pagar tu, kami ikut jalan tepi taman chateau. Luas kawasan taman, memang itu la yang terkenal pun. Jalan punya jalan masuk kawasan bandar dia.
Foto: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Versailles_Palace.jpg

Versailles ni macam ada dua pusat bandar, satu yang jadi tumpuan pelancong. Satu lagi tempat orang tempatan berurusan. Yang kami masuk kawasan Versailles orang tempatan, memang sunyi ja kawasan pekan dia. Perut pun dah mula lapar, masuk la satu patissier. Nampak semua kek dan pastrinya sangat menarik. Aku pun amik pastri lapis vanila, nama sebenar aku pun tak ingat dah. Ingat vanila saja. Khairyn pulak amik Rose des Sables. Menatang apanya pun tak tau tapi nampak menarik. Dah abih order makan, dok la menunggu nak order minum. Mai waitress dia, "Bonjour!" Ah, yang ni ok lagi. Kami pun ,"Bonjour!" kan jugak si waitress ni. Sekali bila nak order minum, dia pun sebut la segala minuman yang ada. Khairyn ngan aku cakap "Latte", malas nak pikir apa dah. Dia pulak ingat "un th'e" pulak. Pastu duk sebut jenis-jenis teh yang depa ada. Pastu siap pi amik menu lagi hehehehe. Malas nak cerita panjang dah, aku mintak je chocolat. Khairyn pun sama. Jadinya, "Deux chocolat?" "Oui, deux chocolat." Hahahaha!

Coklat panas yang sangat pekat dan mahal. €4.80 secawan


Ada sesapa tau pastri ni? Filo pastry yang dilapisi krim vanila. Sedap sangat! €3.50 sepotong.

Dah makan, dok tunggu orang sebelah abih sebab tak tau nak kena pi bayar kat kaunter ataupun mintak bil kat dia. Ye la kan, nka cakap banyak nanti aku rasa baik cakap bahasa kampung aku saja, idgham nya dah ada hahahaha! Bila nak bayar, dia pun semak bil, dia sebut nama pastri yang kami makan sekali lagi, aku angguk saja. Tapi, nak mengkonpemkan, "Deux chocolat." Hahahaha! Pastu dia pun angguk, dan proses bayaran pun berlangsung. Dua pastri dan dua minuman coklat panas yang sangat pekat itu reganya €19.60. Mak ai! Pastri vanila €3.50, Cik Rose tu reganya €4.20, coklat panas €9.60, baki tu untuk service charge ngan tax. Aiyoh! Sangat mahal kan.

Lepas makan jalan-jalan lagi. Peta takdak, jadi jalan ikut suka hati saja. Nak cari stesen tren, sudahnya berpusing-pusing dalam bandar. Nak beli souvenir pun mahal. Fridge magnet 3 for €50. Dah tak jumpa jalan pulang, terpaksa la patah balik ke chateau tu, jauh la berjalan. Tu la penangan malas nak beli peta kan. Lepas tu baru jalan-jalan ke pekan Versailles bahagian pelancong pulak. Memang ramai orang. Lepas tu terus la bergerak ke destinasi seterusnya, Rambouillet. ya, kami pun tak tau apa ada kat sini. Yang penting pi zon 6. Kiri kanan laluan tren memang dah nampak kampung, bukan lagi metropolitan Paris. Hutan ngan ladang bersilih ganti. Lama sungguh nak sampai, sempat tidoq lagi. Rambouillet ni stesen terakhir la untuk zon 6 bagi laluan tren ni. Terpinga-pinga kami, dah la panas. Jalan ikut kaki saja, sampai la jumpa carousel. Memang orang Perancis ni gila naik merry go round agaknya. Merata-rata ada carousel ni. Dah berpanas-panas, kami masuk Monoprix beli lunch ngan minuman. Masa nak bayar tu macam biasa la. Aku konpiden ngan "Bonjour!" saja. Lepas tu berbuih-buih cashier tu cakap aku boleh tangkap sikit-sikit saja: "Monoprix" "Madamme" ngan "carde". Hat lain langsung tak paham. Dia ulang dua tiga kali, last aku cakap sorry ja. Sudahnya baru dia tanya omputeh ada kad Monoprix ke tak. Oooo....


Lunch dah beli tapi tak tau nak makan kat mana. Memandangkan destinasi seterusnya nak meninjau Paris dari Montparnasse, cadangannya nak makan kat sana. Balik ke Paris naik tren ekpress, dalam 20 minit dah sampai. Tak sempat nak tidur langsung dalam tren. Tour Montparnasse ni sebenarnya naik bangunan 59 tingkat, lepas tu tengok la pemandangan paris dari sana.


Reganya mahal jugak la tapi dapar diskaun 35% sebab ada tiket tren tu, jadi €6.80 saja. Naik pun sampai tingkat 56 saja, nak naik ke 59 kena guna tangga la. Tak lama pun kat sini, sebabnya takdak tempat sesuai nak makan, walhal sangat kelaparan. Lagipun misi terakhir ada lagi. Nak kena pi cari Wanita Keamanan tu. Konon-konon nak amik gambar kat situ ler dengan berlatarbelakangkan Wanita Keamanan dan Eiffel. Dan menunaikan hajat Khairyn melakukan apa yang telah dibuat oleh hero pujaan hatinya dalam cerita Jepun, ntah apa tajuk cerita tu nama heronya. Berkali-kali dia bagitau pun aku tetap tak ingat jugak huhuhuhu

Foto: http://www.parislogue.com/featured-articles/hidden-paris-little-known-attractions-in-the-city-center.html

Konon-konon nak amik gambar camni la. Pusing sana sini tak jumpa lokasi, gambar ni diambil dengan menggunakan kamera yang sangat canggih daripada jambatan terdekat. Jambatan tu pulak ditutup pada sebelah yang pandang ke Wanita Keamanan ni. Frust tau!

Dapat amik camni saja huhuhuhuhu

Lepas bergambar dengan Wanita Keamanan ni, kami pun duduk bawah jambatan ditepi sungai untuk makan kus-kus yang sepatutnya jadi lunch tu. Bawah jambatan tu pun keadaannya macam bawah jambatan kat KL jugak la. Walaupun dapat spot yang paling bersih, sesambil makan tu ada jugakla rasa nak termuntah sesekali terbayang apa yang ada kat situ. Lepas makan kami terus balik. Aku kena dapatkan rehat yang cukup sebab esok kena keluar awal. Nak kena beratur panjang sebab nak memanjat menara telekomunikasi yang paling popular di dunia tu. Khairyn malas dah nak panjat since dia dah penah panjat dulu, jadi dia akan berehat saja di bilik sambil menunggu aku siap memanjat nanti. Jadinya, lepas makan aku terus beradu.

Saturday, July 18, 2009

Paris 2009

Musim panas di sini musim orang berjalan-jalan untuk menggelapkan badan. Balik dari Istanbul hari tu memang dah takdak plan nak pi mana-mana sebab aku reserve bulan Julai untuk balik kampung. Tapi takdak rezeki nak balik kampung. Tiba-tiba saja pi Paris. Tu la dia. Lain dirancang lain yang jadi. Tapi memang la dah lama nak pi sangat tempat ni. Masa buat masters dulu tak sempat nak pi,masa tu kalau nak pi Paris kena naik bas dari Coventry ke London, dari London naik bas ataupun ketapi ke Paris. Aku pulak memang sangat malas kalau nak kena naik bas bersambung-sambung. Lagipun masa tu kelas ikut modul, takleh nak bercuti lama-lama.

Cerita pendek, hasrat nak ke Paris ni memang dah lama, ada jugak la dok buat muka kesian sebab hajat tak sampai kat sapa-sapa yang aku harap dapat temankan aku. "Aku tak penah sampai Paris lagi..." buat muka sedih je. Nasib baikla Khairyn dah malas nak dengar lagi ayat-ayat kesian aku tu. Tu yang bila dia ajak nak temankan dua minggu lepas aku setuju saja walaupun kalau ikutkan hati aku malas nak gi sebelah sana musim panas ni. Pengalaman berpanas-panas dan bersakit kepala di Brussels 2007 masih segar lagi. Tapi memandangkan dah takdak sapa nak temankan aku lain kali, aku setuju saja la :).

Kami bertolak dari Glasgow Airport pagi Selasa, walaupun penerbangan lewat sikit akhirnya mendarat di Charles de Gaulle Airport lebih kurang sejam 15 minit. Dari situ terus beli tiket Paris Visit transport untuk 5 hari. Asalnya nak beli 3 hari sebab kami cuma ada 4 hari, tapi bila dikira hari ke 4 tu pun nak kena naik tren dan metro jugak maka kami beli tiket 5 hari. Tuan rumah dah bagi petua nak ke rumah dia. Adik yang jual tiket pun bagi petua jugak. Dah dapat peta transport link tu aku belek-belek, sudahnya kami ikut laluan sendiri la. Janji sampai :)

Lepas letak beg dan berkenalan dengan keluarga tuan rumah, maka bermulalah penjelajahan kami. Kebetulan 14 Julai hari kebangsaan Perancis, sesak la Paris. Kawasan sekitar Menara Eiffel idaman ramai pulak ditutup sampai la ke Trocadero. Panas lit-lit Paris ni kata orang kampung aku. Dalam panas yang menyengat tu la kena banyak buat detour sebab jalan ditutup. Tak dapat la amik gambar Eiffel dari Jardins du Trocadero.

Menara Eiffel, jalan clear saja polis dok berkawal sebab persediaan pertunjukan bunga api

Ni pulak replika obor yang dipegang Wanita Keamanan New York, depa letak obor ni kat atas terowong yang Puteri Diana kemalangan tu. Kalau bulan Ogos ramai la mai sini letak bunga kat terowong tu. Di Paris pun ada replika Wanita Keamanan ni, jadi misi untuk hari seterusnya adalah mencari Wanita Keamanan ni.


Sempena hari kebangsaan jugak depa buat pameran kat Les Invalides. Banyakla segala peralatan ketenteraan dan mat-mat dan minah-minah terap yang ada kat sini.

Ni pulak Notre Dame Cathedral yang disebut-sebut dalam cerita The Hunchback of Notre Dame tu. Masuk gratis tapi kalau nak naik tower tu kena bayar la. Aku tak masuk pun sebabnya dah banyak masuk cathedral lain. Rasanya takdak la kelainan apa sangat pun, mungkin ukiran saja yang lain. Jadi tengok sajala ukiran-ukiran dari luar tu. Nampak lain berbanding kat sini, ukiran dia nampak lebih halus dan detail.

Kami memang menggunakan kaki pada tahap maksimum. Dari Notre Dame ni kami jalan lagi sampai ke Quartier Latin. Ni kira kawasan intelektual la, ada Universiti Sorbonne yang tersohor itu. Kalau ada sapa-sapa yang dah baca buku Andrea Hirata Laskar Pelangi tau la pasal Sorbonne ni. Dipanggil Quartier Latin pasal universiti kat sini masih menggunakan bahasa Latin sebagai pengantar sehingga kurun ke 18 kot, lepas tu semua universiti guna bahasa Perancis sebagai bahasa pengantar. Cintai bahasa kita!

Institut Arab, negara Arab di utara Afrika banyak dijajah oleh Perancis. Jadinya ramai la pendatang dari sana yang sekarang dah jadi warga Perancis sampai diwujudkan institut khas untuk memahami dunia/masyarakat Arab. Institut ni dekat dengan Quartier Latin. Ada jugak kedai buku Ibnu Sina dan kedai buku al Kindi dekat ngan institut ni.

Hiasan bangunan institut ni pun macam seni ukiran Arab saja dari jauh.

Bila tengok dekat rupanya cuma kepingan logam yang disusun berlapis. Kreatif jugak.


Merayau-rayau sampai malam baru balik, tu pun terpaksa jalan kaki jauh jugak sebab stesen metro terdekat ngan umah kawan Khairyn tu ditutup. Rumahnya dekat dengan Eiffel, jadi ramai bersesak-sesak nak tengok bunga api. Sampai satu tahap dah takleh jalan langsung, orang ramai la yang dok tolong tolak bagi kami boleh lalu.

Malam tu semua telefon dan teks yang dihantar sangkut. Agaknya terganggu habis gelombang komunikasi dengan bunga api dum-dam dum-dam kat Eiffel tu. Cantik, tapi tak boleh nak snap sebab lokasi kami tak strategik, Eiffel terlindung dengan pokok besar, nampak bunga api yang kat tepi-tepi dia saja. Nak pi panjat tak daya dah. Lepak saja depan pintu. Jadi la..

Friday, July 10, 2009

Jom merojak

daripada Utusan Malaysia hari ni

Ditanya sama ada keputusan pemansuhan PPSMI itu adalah salah, Dr. Mahathir menegaskan bahawa tujuan PPSMI diperkenalkan adalah supaya para pelajar dapat menguasai ilmu yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.

Ia bukan mengenai cuba belajar bahasa Inggeris atau Melayu...ia semata-mata untuk pengetahuan kerana pengetahuan pada hari ini datang kepada kita dalam bahasa Inggeris.

“Hari ini pengetahuan berada dalam kalangan orang yang menulis dalam bahasa Inggeris dan atas sebab itu kami mahu belajar bahasa Inggeris untuk mendapatkan pengetahuan, bukan untuk belajar bahasa Inggeris tetapi Sains mempunyai istilah khas dalam bahasa Inggeris. Sebab itu kenapa penting untuk kita menggunakan bahasa Inggeris untuk belajar Sains dan Matematik,” katanya.


Oh, okey maknanya aku dah salah faham dengan niat murni PPSMI ni. Aku ingat depa ni nak mantapkan penguasaan bahasa Inggeris dah kata budak-budak la ni susah nak dapat kerja sebab takleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Siap bagi contoh orang zamam penjajah dulu belajar dalam bahasa Inggeris jadi senang nak berkomunikasi ngan syarikat-syarikat luar negara yang melabur kat Malaysia.

Kalau kita nak mendapatkan pengetahuan elok lah, tapi penggunaan bahasa Inggeris saja untuk Sains dan Matematik tak tepat. Cadangan aku, bahasa-bahasa lain ada yang lebih wajar digunakan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan untuk menjayakan wawasan Malaysia sebuah negara maju dan berteknologi tinggi menjelang 2020. Macam ni barulah kita boleh jadi negara maju tau, kalau berharap kat bahasa Inggeris saja lambat la kita boleh buat knowledge transfer sebab bukan semua penemuan terkini yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

1. Subjek Fizik - bahasa Jerman + Rusia
2. Biologi/Perubatan - bahasa Rusia + Inggeris
3. Teknologi/Kejuruteraan - bahasa Jerman + bahasa Jepun
4. IT - okey yang ni aku setuju diajar dalam bahasa Inggeris walaupun orang Bulgaria pun terrorist gak bab IT ni, cuma kita mungkin tak cukup sumber.
5. Rekabentuk Industri - bahasa-bahasa campuran antara Finland, Sweden, Denmark dan Norway
6. Pengurusan Perniagaan - Mandarin + Jepun
7. Kimia - bahasa Rusia
8. Kejuruteraan Sivil - Mesir Purba (Hieroglifik)/Inca

Opsyen

Ada cadangan supaya aku mempertimbangkan pilihan lain kalau keadaan sekarang masih tak berubah. Mungkin lebih sesuai beralih kepada sumber yang sedia ada, tak payah susah-susah fikir masalah logistik lagi. Tapi kalau dengan sumber tempatan, still kena fikir logistik bila balik Perlis nanti.

Aiyoh! Fikir lagi. Takpa, kita survey dulu....

Thursday, July 02, 2009

Dame Zoete Sarah




Fuhhh! Akhirnya habih jugak buku Khairyn dibaca. Sila klik nama Khairyn tu kalau nak baca cerita bersiri yang bakal jadi novel Khairyn seterusnya. Buku ni buku kedua. Berapa bintang? Aku kasi 4 bintang. Sebab aku suka dengan pertukaran plot yang pantas, takla mandom macam drama Rashid Sibir a.k.a novel jiwang tahap langit ketujuh. Aku suka penulis yang menulis dengan fakta, bukan setakat menulis dengan imaginasi semata-mata. Tak buat penyelidikan dan takdak kepelbagaian latar cerita. DZS has a blend of fact and fiction. Bagi aku, novel fiksyen janganlah terlalu bergantung kepada imaginasi dan khayalan penulis yang tak tercapai di dunia realiti. Nampak sangat okeh! Lainla kalau komik.

DZS tak menggunakan tema materialistik dan kosmetik untuk kesinambungan cerita. Maksudnya, jalan cerita DZS tak meletakkan tema kereta mewah, bisnes sana-sini, rumah banglo 5 tingkat yang ada lif dan kolam renang, watak penting atau mak bapak orang penting yang hartawan meliana, watak utama yang hensem-cantik/kaya/tak sempurna bertemu dengan pasangan yang miskin/tak hensem-cantik/berbudi mulia untuk menghidupkan cerita.

Soal kehidupan seharian dan persoalan kemanusiaan yang ditampilkan adalah realistik. You see normal people in life. Yang ditonjolkan adalah kegigihan Sarah Adam mengharungi kehidupan, membersihkan nama yang tercemar bersendirian, berdepan dengan peristiwa disangka kebetulan tetapi sebenarnya dirancang. Jangan pernah berhenti berharap gitu. Secara peribadi, aku lebih suka sekiranya apa yang berlaku kepada Sarah kekal sebagai kebetulan, sebab terasa macam teori konspirasi, ala-ala mafia pulak bila polis ada spy dalam sindiket, sindiket ada kaki dalam polis. Banyak sangat kebetulannya! Tapi bukan mustahil la kan elemen hilang integriti ni ada dimana-mana.

Tapi dengan DZS boleh la aku ingat balik hari-hari di Leiden dan Amsterdam terutamanya pasar pagi Sabtu kat Leiden tu hahahaha. Caya la Khairyn, siap describe gerai kain tu hahahahaha. Tapi kain-kain kat situ memang cantik kan, rasa nak pi lagi pasar tu.