Free Delivery on all Books at the Book Depository

Thursday, July 02, 2009

Dame Zoete Sarah




Fuhhh! Akhirnya habih jugak buku Khairyn dibaca. Sila klik nama Khairyn tu kalau nak baca cerita bersiri yang bakal jadi novel Khairyn seterusnya. Buku ni buku kedua. Berapa bintang? Aku kasi 4 bintang. Sebab aku suka dengan pertukaran plot yang pantas, takla mandom macam drama Rashid Sibir a.k.a novel jiwang tahap langit ketujuh. Aku suka penulis yang menulis dengan fakta, bukan setakat menulis dengan imaginasi semata-mata. Tak buat penyelidikan dan takdak kepelbagaian latar cerita. DZS has a blend of fact and fiction. Bagi aku, novel fiksyen janganlah terlalu bergantung kepada imaginasi dan khayalan penulis yang tak tercapai di dunia realiti. Nampak sangat okeh! Lainla kalau komik.

DZS tak menggunakan tema materialistik dan kosmetik untuk kesinambungan cerita. Maksudnya, jalan cerita DZS tak meletakkan tema kereta mewah, bisnes sana-sini, rumah banglo 5 tingkat yang ada lif dan kolam renang, watak penting atau mak bapak orang penting yang hartawan meliana, watak utama yang hensem-cantik/kaya/tak sempurna bertemu dengan pasangan yang miskin/tak hensem-cantik/berbudi mulia untuk menghidupkan cerita.

Soal kehidupan seharian dan persoalan kemanusiaan yang ditampilkan adalah realistik. You see normal people in life. Yang ditonjolkan adalah kegigihan Sarah Adam mengharungi kehidupan, membersihkan nama yang tercemar bersendirian, berdepan dengan peristiwa disangka kebetulan tetapi sebenarnya dirancang. Jangan pernah berhenti berharap gitu. Secara peribadi, aku lebih suka sekiranya apa yang berlaku kepada Sarah kekal sebagai kebetulan, sebab terasa macam teori konspirasi, ala-ala mafia pulak bila polis ada spy dalam sindiket, sindiket ada kaki dalam polis. Banyak sangat kebetulannya! Tapi bukan mustahil la kan elemen hilang integriti ni ada dimana-mana.

Tapi dengan DZS boleh la aku ingat balik hari-hari di Leiden dan Amsterdam terutamanya pasar pagi Sabtu kat Leiden tu hahahaha. Caya la Khairyn, siap describe gerai kain tu hahahahaha. Tapi kain-kain kat situ memang cantik kan, rasa nak pi lagi pasar tu.

3 comments:

MsCinderella said...

mantan...aku dah beli buku DZS ni...beli online kat JS..tp belum baca lagi (sambil jeling2 kat khairyn :P)mood nak baca tak sampai2 lagi ni...tp byk baca review pasti best...hhmmm hang pun bertambah glamer sbb ada nama hang :P

akuatik said...

cin,
hari tu pulun la aku baca..pasai khairyn kata baca sekali jalan, kalau banyak kali sangkut tu baik tak yah baca...tapi mmg betul la baca sekali jalan..baca sekali few pages aku terlelap pasai letih berjalan-jalan cari makan sebelum tu hahhahah

anyway kalau nak baca amik masa wiken la pasai nak kena bersengkang mata study dzs ni..

khairyn said...

Jom! Kita cari lokasi lain plak huhuhu

(jeling kat MisCind)Tunggu mood datang baru stat baca ek. Garenti tak letak hahahaha