Thursday, October 30, 2008

Tentang masa

Kata Che Anon:

Years pass by with beloved ones in happiness,
As if days they were in their briefness,
Came days later of separation from beloved ones,
As if years for their length indeed they were,
Those tenants(of Time) pass away as did those years,
As if the years and the peoples but dream they were.




ps: Lamanya nak menunggu bulan doblas....

Tuesday, October 28, 2008

Warna-warna musim luruh 2008

Gambar-gambar sekitar Glasgow, musim luruh 2008

Jordanhill

Southbrae DriveSouthbrae Drive
Anniesland Road


University of Glasgow
St Vincent Terrace
Drumchapel
Drumchapel
Cathedral Precint
Scotstounhill

Collins Street
Queen Street

Wednesday, October 22, 2008

Flour Tortilla

Flour Tortilla (menunaikan permintaan Cin, aku amik resepi James Martin kot bbc good food ke hapa namanya)

Bahan-bahannya (dalam kurungan tu aku letak sukatan asal):
2 3/4 cawan tepung gandum (350g)
1/2 cawan cornmeal (100g)
2 sudu teh garam
4 sudu teh baking powder (macam banyak sangat, lenkali try buat 2 je)
2 sudu besar minyak zaitun
250 ml air suam, atau lebih kalau adunan keras sangat

Bahan-bahannya sedang mengambil tempat masing-masing


Cecaranya pulak:
1. Gaulkan tepung, cornmeal, garam dan baking powder guna tangan. Pastu masukkan minyak zaitun, gaul lagi sampai agak-agak semuanya sebati.

2. Tambahkan air sesikit sambil menguli tepung. Uli sampai adunan lembut tapi tak mo ler melakat-lekat kat jari. Kalau dah terlajak air tambah je la tepung. Aku buat tadi tak abih pun air tu. Kalau guna tepung atau cornmeal lama kena air lebih sikit la.

3. Uli ler sampai semuanya sebati gitu. Bahagikan adunan kepada bebola kecik. Pastu tutup la sat dengan kain lembab.

4. Canai bebola tepung tadi nipis. Biasa 12 cm diameter, tapi aku buat kecik sikit sebab tadak kuali besar. Kalau ada kuali rata tu boleh la buat besar. Kalau kecik-kecik nanti susah nak menggulung, kena letak intinya sikit la pulak.
5. Masak kepingan-kepingan yang dah dicanai tadi. Ada orang letak sikit minyak kat kuali. Aku tak letak langsung tadi. Rotinya jangan garing sangat, dah la nipis. Kang jadi kepok pulak.

6. Dah masak sebelah bolehlah alihkan pulak. Bila dedua belah dah masak, angkat dan boleh ler dibuat burrito dengan letak sebarang jenis filling yang disukai pastu gulungkan tortilla. Roti yang dah masak ni kalau nak kasi sentiasa lembut kena tutup ngan kain lembab. Boleh dapat 12-13 keping.

Burrito selalunya dihidang panas-panas, sapa nak makan bungkus sendiri ler. Kalau buat layan diri gitu boleh la letak sos salsa, guacamole, salad dip, keju, pastu letak kacang panggang, ayam, salad. Pastu bungkus dan makan panas-panas lagi tuh. Perghhhhhhh sedap seh. Tapinya, yang aku buat ni hanya akan dimakan sorang, pastu nak bawak bekal ke opis, jadi aku masak je la filling campur je apa yang ada. Pastu tortilla yang simpan dalam peti nanti dia susah nak gulung asik patah je, nak gulung tu kena grill sat, ataupun kukus. Tapi tu la tak berbaloi nak mengukus sekeping tortilla je.

Ni filling yang aku buat ler, letak ayam, kobis, capsicum, keret, tumis ngan bawang putih ngan lada hitam
Kepingan kedua makan malam aku, tak letak keju pasainya dah letak kat yang pertama

Bekal untuk esok, letak keju sekeping

Tuesday, October 21, 2008

DESMOND

Diabetes Education and Self Management for Ongoing and Newly Diagnosed

Support group masih baru lagi kat sini. Jadi, aku rasa kat Malaysia dalam 4-5 tahun lagi sampai la idea macam ni. Kenapa aku rasa idea ni belum ada lagi kat Malaysia, at least dalam 2 tahun lepas ler. Sebabnya dikalangan ahli keluarga aku yang disahkan diabetes, takde sorang pun yang aku dengar ada hadir ke sesi bengkel macam ni. Yang selalu dibagitau pada depa, makan ubat, pantang makan. Lama-lama nanti kena amik insulin.

DESMOND buat macam bengkel untuk self awareness. 2 sesi je, satu sesi 3 jam. Kira lepas ni masing-masing diharap boleh buat pengurusan sendiri ler.


Keterangan gambar:
Makanan yang kita makan diproses kat perut kat warna biru tu, karbohidrat dah diringkaskan kepada glukos. Sebahagian besar glukos disimpan kat hati. Tu yang ada gambar stor tu. Simpanan glukos ni akan digunakan pada masa-masa badan kita tak makan.

Baki glukos tu kekal dalam aliran darah untuk dihantar ke sel dan otot. Glukos dalam darah ni pulak hanya boleh diserap kepada sel-sel dengan adanya insulin. Kiranya insulin adalah kunci yang membolehkan glukos digunakan oleh badan. Kata kekunci saya putar halim ni pulak dihasilkan oleh sel dalam kilang pankreas tu. Itu kalau sistem yang normal la. Kiranya kalau banyak glukos dalam darah, makin banyaklah kekunci dihasilkan untuk menormalkan paras gula.

Untuk kes diabetes pulak ada 2 jenis, Type I dan Type II. Senang kan bagi nama camni. Kalau yang Type I ni selalunya disebabkan kilang tu memang takleh nak hasilkan kunci langsung. Maknanya orang yang mengidapnya memang takleh buat insulin sendiri. Jadinya kenala depa ni amik insulin.

Untuk yang Type II pulak, asalnya ada kunci, tapi ada beberapa faktor yang menyebabkan pintu takleh buka. Contohnya macam kunci berkarat. Takleh nak buka pintu. Bila banyak glukos, mekanisme badan akan paksa kilang kunci buat overtime, tapi kunci-kunci yang banyak pun tak berguna. Sampai ke satu tahap kilang pulak dah rosak, asik bekerja tak berenti. Sian kilang tu kan

Sunday, October 19, 2008

Pesta Kek St. Vincent

Semalam memang sakan la aku berpesta membuat kek. Dalam kapasiti domestik la, bukan ikut tarif orang meniaga. Sebab aku pun dikira ahli angkat Dennistoun, untuk rumah terbuka kali kedua ni kena buat kek keret. Aku buat tiga biji kek keret ngan sebiji kek pisang. 2 kek keret untuk jamuan, satu untuk tuan rumah, kek pisang pulak sebab aku teringin sangat nak makan.

Punya la sakan buat kek, kul 3 pagi baru tidoq. Mula membuat tu daripada kul 8 malam. Sebelum tu, dalam kul 5 lebih keluar membeli bahan-bahan buat kek. Balik ja terus mula kerja sebab takut tak sempat siap sebelum subuh. Nasib baik ada bantuan khas pendatang import dari Armadale untuk menguruskan hal parut-memarut dan memesin bahan mentah. Aku pulak bersempena dengan nak peristiwa 4 biji kek satu malam ni dah pi beli hand mixer tu. Mana larat wehh nak memukul adunan dengan tangan. Kira bila mass production ni banyak guna mesin la. Kurang la sikit kasih sayang yang dicurahkan masa buat kek tu pasai banyak pakai mesin ja. Tu pun letih jangan cakap la. Nak mengadun tu sat saja dengan mixer, nak tunggu pembakaran la pulak. Letih dengan mengantuk tak terkata. Tapi puas hati sebab habis semuanya, cuma tinggal ada sikit lagi kek keret ngan kek pisang kat umah, boleh la buat makan-makan sambil minum petang.

Hari ni pulak sakan ler berkampung kat Dennistoun. Sampai ke malam baru balik. Menunya mi kari, soto ayam, buah-buahan, kek keret dan minuman ringan. Hepi sakan tuan rumah sebab semuanya habis. Aku pulak hari ni hilang sat kepantangan huhuhuhu, tapi boleh rasa la kenaikan paras gula dalam darah berdasarkan simptom-simptom yang dialami. Mana tak naik, dok merasa kemanisan frosting, merasa kek, nasi impit, spageti..sakan la berpesta. Esok pun ada jemputan lagi, makan lagi....

Thursday, October 16, 2008

Rancangan


Ni keadaan rumah aku masa balik awal tahun ni. Kosong je kan. Aku memang tadak rancangan pun nak tambah umah, bilik dan sebagainya. Dok ingat tanah sekangkang cucu kera yang ada tu nak buat menanam pokok-pokok herba untuk kegunaan sendiri la. Aku lebih berminat dengan pokok-pokok berdaun dan sesuai untuk kegunaan masak-memasak la (senang sayangku nak masak, rempah-ratus keliling rumah ja..). Pokok bunga ni kurang sikit minat aku, melainkan kalau bunga tu ada kepentingan masakan macam bunga telang untuk buat nasi kerabu, atau bunga raya sebab bunga kebangsaan. Sebagai rakyat kita mesti menanam pokok bunga raya untuk menunjukkan rasa kecintaan kepada raya..ehh negara.

Kak-kak aku dok sibuk gak la tanya ada nak tambah apa-apa ka, aku cakap takde hasrat nak tambah apa-apa. Cuma la ni Kak Fah la dok menguruskan pasang grill, plaster siling, wiring-lampu dan urusan-urusan berkaitan. Aku memang serah sepenuhnya la kat dia. Suh dia buat macam umah sendiri. Pasainya Abang Man kata kalau umah orang ni dia tak tau citarasa macam mana, kalau umah sendiri dia tau la nak pasang lampu-lampi bagai. Tu yang aku habaq kat kak, buatla macam umah sendiri. Sementara aku ada kat sini buatla umah tu macam istana hinggap depa sendiri. Cumanya balik nanti aku kena uruskan plaster siling kat bawah tu, ngan tambah kabinet kat dapur tu. Dapur tu aku dah lama berangan nak buat dua la, kat luar rumah satu lagi. Agak-agak kalau nak masak rendang ka, atau nak kena guna periuk besar boleh masak kat luar. Pastu buat kitchen island. Senang nak letak bungkusan lauk ka nasi ka mi ka sebelum dihidangkan hahahahaha

Kaler merah ni aku tak minat, tapi konsep dia aku suka


Aku suka kaler ni, nampak rustic ja kan
Nak ubahsuai ni pun makan puluhan ribu gak kan, duit lagi....

Wednesday, October 15, 2008

Berangan

Pagi tadi ke pejabat Emirates sebab nak tempah seat untuk flight aku. Ada masalah apa ntah, takleh buat online. Sistem kat pejabat dia pun ada masalah. Dia kena buat tempahan kat dalam, tak tau la guna sistem apa. Sambil menunggu tu aku belek-belek pamplet promosi Emirates. Dalam banyak-banyak tu, teringin sangat nak pi Mauritius. Aku pun bawak balik pamplet pakej percutian Mauritius walaupun tak tau la bila nak boleh sampai sana. Gambar dalam tu memang la cantik. Aku takla terpesona sangat dengan gambar tu. Alah, macam si Mirfat dok puji la, Kuala Lumpur sangat cantik. Aku tanya dia mana pulak dia tau, kata tak penah sampai. Dia cakap selalu tengok kat tivi la. Oooo..aku cakap kat dia, kalau tengok kat tivi memang la, sama la macam gambar poskad. Cantik-cantik semuanya. Tapi Mauritius ni, orang yang aku kenal yang pi sendiri cakap memang cantik. Tu yang teringin sangat nak pi tu. Tapi tu la, teringin saja la buat masa ni, duit nak buat belanja pun puas la berjimat. Bess kan kalau kewangan tak jadi kekangan hidup kita.

Selain tu, aku pun teringin nak buat tour Europe. Aku ketinggalan ni, Paris pun tak sampai lagi. Geng Armadale pun mesti tengah kumpul duit gak, kami rancang nak tour Eastern Europe nanti. Pastu pi jelajah Pakcik Sam pulak, pastu pi Canada. Aku teringin sangat nak pi sana. Sejak belajar geografi masa sekolah dulu, aku sungguh terpesona dengan nama Sasketchewan. Satu lagi nama tempat yang aku suka adalah Ras Tanurah. Terasa macam nak bagi nama anak pulak hahahah. Harusler orangnya panas baran macam kepanasan Ras Tanurah. Seronok dapat jalan-jalan ni. Dulu-dulu aku berangan jugak, nak buat siri mengelilingi dunia. Tapi guna duit sendiri, tak kuasa nak mintak sedekah sponsor bagai. Aku tak mintak la, tapi kalau ada yang nak sponsor tu okeh je hehehheh. Projek jelajah dunia mungkin akan ambik masa lama. Jadi, kalau masa tu aku keja, kena la amik cuti setahun. Cukup ke? Ataupun kena pencen awal la, pastu pi jalan-jalan saja. Boleh jadi Ibnu Battutah kan!

Aku plan jugak, kalau ada masa-masa yang sesuai aku nak amik cuti lagi, lebih kurang 2-3 bulan. Pastu pi duduk kat arab sana. Nak asah balik bahasa. Iman cakap kalau dah ada asas takde masalah, cuma kena mahirkan skil bercakap saja. Buat masa ni, negara pilihan aku Syria la. Saudi tamau pasai diskriminasi dan kebangsaan. Jordan pun ok kan! Lepas tu nak pi duk kat China, belajar mandarin. Tempat pilihan Xi'an. Pasainya situ tempat mula laluan sutera kan. Boleh la jadi tempat mula penjelajahan. Lepas tu pi duduk kat kampung di Switzerland. Pasainya depa kan cakap banyak bahasa kan. Jadi duk satu tempat boleh la belajar banyak bahasa. Sambil tu, aku jugak nak belajar main violin/cello. Aku suka sangat bunyi depa ni. Errr..berapa lama aku nak kena amik cuti neh, tambah setahun lagi kot...nak sedia ongkos lagik.

Tapi, nak pi mana-mana pun, yang penting kena pi haji ngan umrah dulu. Tadi pun Kaklong tanya nak ikut dak rombongan umrah keluarga. Kakak-kakak ngan abang aku dok merancang nak buat umrah tahun depan bulan 5. Aku ni kalau ikut hati memang nak sangat ikut. Masalah kat sini nak uruskan visa la kalau mahram kat Mesia. Tu yang aku ajak Eda pi jugak tu, boleh menumpang mahram ngan laki dia nanti. Tu pun tengok la macam mana, balik mesia bulan 12 ni pun boleh tahan jugak tiketnya. Nak kena masuk bisnes forex la camni, import RM, beli GBP (rate terkini Maybank GBP1 = RM6.08). Murah sikit kalau import la ni. Kalau beli banyak-banyak boleh la tukar masa GBP naik balik nanti. Boleh untung besar huhuhuhuhu kaya! kaya! kaya!

Saturday, October 11, 2008

Raya lagi

Hari Isnin boss nak jumpa, bincang pasal progress. Lepas baca email semalam, termenung gak ler fikir nak citer apa nanti. Tapi kejap je la, lepas tu mental aku normal balik. Rasanya wiken ni kena habiskan baca tesis yang aku tengah baca. Sekurang-kurangnya boleh la merepek sikit-sikit nanti. Tapi hari ni dah tentu tak leh buat keja study ni, pasai nak pi open house. Esok la sambung baca hehheheh...

Monday, October 06, 2008

Bermula semula

Hari Jumaat lepas ada pembentangan kumpulan penyelidikan. Aku kena bentang kerja aku. Lepas bentang, memang kena kaw-kaw ler komen. Hari tu masa jumpa bos pun aku dah mula cuak jugak dengan apa yang aku buat selama dua tahun ni. I need to focus on theory research rather than systems research. Aku rasa kalau terus menerus buat keja ni, harus aku kena bantai dek Alex masa RPD nanti. Harusler dia cakap aku layak dapat MPhil je.

Awat la bos tak penah komen sebelum ni. Pembentangan kat Hainan pun dia tak komen, kalau dia bagitau awal-awal takde la aku rasa sia-sia sangat 2 tahun ni. Makan elaun buta saja. Baru aku teringat pesan Prof Fauzi suh pi jumpa bos hari-hari untuk tentukan arah, kalau dak kita akan buang masa. Nampaknya kena betul-betul kat aku sendiri.

Pada tahap dah masuk tahun 3 ni, aku rasa sedih sangat bila kena mula balik literature review. Sebelum ni dok tumpukan pada isu lain, ingat dah betul arahnya. Salah jugak. Silap aku jugak kot terlalu risaukan framework implementation yang melibatkan programming. Jadi aku membazir masa untuk benda alah tu. Dahla ada masa 9 minggu saja sebelum review. Harapnya sempatla nak selesaikan semua dalam masa 2 tahun lagi. Kalau tak siap jugak terpaksa la dipanjangkan lagi tempohnya, dalam keadaan takde elaun atau gaji. Yang penting siap, bak kata Nazri, yang penting penyelidikannya siap, tempoh dah tak penting. Errrrr boleh pakai ka falsafah ni?

Dah masuk tahun 3 pun kena bukak balik buku-buku pasal How to do a PhD research....uwaaaaaaaaaaa

Friday, October 03, 2008

London - Raya 2008