Monday, May 23, 2011

Tat buah...masam!


Selongkar freezer, jumpa puff pastry ready made yang ntah dah berapa lama dibeli. Rasanya tahun lepas, sebab masa buat pai ayam masa krismas hari tu aku guna yang ni la. Pastri dah ada, gelek-gelek saja kasi nipis. Tapi sebab dah lama, tepung tu dah macam keras jadi bila digelek dia pecah-pecah. Takpa la, bukan nak buat masuk pertandingan Masterchef pun kan? Potong sikit-sikit kasi bentuk cam bakul dan bakar.

Bila sejuk taruk double krim dan buah. Arghhh! Masam gila buah ni, buah pun beli frozen summer fruits. Tak kelapaq nak beli dah, baik la beli stroberi dengan peach saja. Yang masam tu sebab ada red currants & blackcurrants (buah ayaq ribena). Nak bagi ilang masam kena la taburkan gula aising kat atas buah tu, sapu jem pun tak jalan!




Saturday, May 21, 2011

Resepi: Kek Coklat Lembab



Resepi ni daripada Internet, sweet^bee IGNet dan ubahsuaian sendiri. Terpaksalah pandai-pandai sendiri mengikut kesesuaian bahan yang ada. Kek ni dikukus, jadi memang sangat lembab, tapi makan banyak jadi muak pulak. Silalah tengok tekstur kek dari dekat hehehehehe


Bahan-bahan: (dulang pembakar 8 inci, kalau tak mau tebal sangat guna la 9, tapi pengukus aku muat 8 inci saja)

1 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan minyak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara
1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam atau sampai masak dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.


Coklat Topping
1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.
2. Tuangkan atas kek. Bolehla hiasa kek sesuka hati.

Tuesday, May 17, 2011

Resepi: Caponata (Terung goreng tomato, seleri, capers dan buah zaitun)

Hidangan Mediteranean dari Sicily, Itali. Rasa macam boleh masuk la makan caponata ni sebab kita pun biasa makan terung kan. Cuma ada la beberapa bahan yang rasanya susah nak dapat kat Melesia. Sekali sekala ada offer terung murah kat Lidl aku pun beli la. Kadang-kadang masak sambal, pernah jugak goreng celup teloq dan makan cicah sambal belacan. Ah, dalca dan pajeri terung jangan dilupa pulak. Rupanya depa kat mediteranean ni lebih pelbagai masakan terung, sayur utama la kiranya. Caponata ni kira makanan sihat, sebab banyak sayoq. Kalau makan dengan nasi pun boleh, nak makan ngan ikan saja tanpa nasi pun boleh.

Aku pernah masak caponata ni dulu, tapi resepi yang aku masak tu ambik dalam sotkabaq saja. Kali ni cuba resepi Rick Stein pulak daripada buku dia Mediterranean Escape. Aku tak ikut sangat sebenarnya resepi dari segi ketepatan berat bahan, dan ada bahan yang ditambah ikut keperluan macam serbuk cili. Rasa hidup tak sempurna tanpa cili hahahahaha!

Tapi kalau ikut kata Nigel Slater, resipi ni sekadar panduan, terpulang la pada kita nak mengolah pun boleh. Sebab tu la satu masakan boleh ada pelbagai versi kan? Tapi kalau nak buat kek, eloklah ikut sukatan dulu, lepas tu baru tukaq mana-mana yang patut. Sebab kita ka kena paham apa fungsi setiap bahan dan kesannya kalau kita tukaq ikut suka hati. Wah! Aku rasa macam salah bidang pulak. Macam kena buat PhD dalam food engineering ni hahahahaha!





sebiji terung-(aku agak dalam 250g kot sebab agak besaq saiznya) potong dadu
1 labu bawang besar di hiris - nak dadu pun boleh tapi kecik-kecik la
2 batang seleri-potong dlm 1cm
4 biji tomato-dicincang (atau boleh guna tomato dalam tin)
1-2 cmb cuka
1 cmb gula
1 cmt capers- rendam dan basuh (capers ni sejenis tumbuhan mediteranean, biji-biji dan selalu dimasak dgn hidangan melibatkan ikan)
segenggam buah zaitun (aku suka buah zaitun jadi letak banyak, boleh kurangkan kalau tak suka) - dipotong suku memanjang
garam dan lada hitam
minyak zaitun - dalam 100ml tapi boleh tambah kalau perlu
chili flakes-aku memandai saja tambah


1. Terung tu potong lebih kurang 1.5cm. Gaul dengan garam, pastu letak dalam penapis sebab nak keringkan.
2. Panaskan separuh minyak, goreng terung sampai lembut (lembut tau bukan lembik). Angkat dan asingkan. Masa goreng terung ni kadang-kadang nampak kering jadi tambah la sikit lagi.
3. Tuangkan baki minyak tadi, goreng bawang lebih kurang 10 minit sampai lembut dan hampir garing (warna cekelat). Masukkan seleri, goreng lagi lebih kurang 5 minit.
4. Tuangkan cuka, masak lagi sampai macam dah mendidih gitu. Masukkan tomato, gula, garam, lada hitam dan cili flakes. Tu dia! Tak cukup lada, masuk cabai lagi.
5. Kacau, tutup kuali dan merenih dalam 20 minit, sebab nak lembutkan seleri tu.
6. Masukkan capers, buah zaitun dan terung. Kacau rata dan sesuaikan rasa supaya tiada yang terkurang mahupun terlebih.
7. Boleh dihidangkan panas dengan nasi, atau macam aku makan tu dengan ikan panggang. Kalau sejuk boleh jadi antipasti.

ini adalah rupa capers tu, gambar kucilok dari sini