Friday, May 25, 2007

Mengaum

Perghhh ..akhirnya dapat jugak aku menikmati ngauman speaker 100W ni...boleh connect ke tv nanti kalau nak nonton dvd

Thursday, May 24, 2007

Hi-Fi

Hi-fi yang ditunggu tak kunjung tiba. Dah tak sabar nak mengaum nih....

Wednesday, May 23, 2007

Kalendar hijrah

Kalendar hijrah camna nak nak tukar setting masa ni eh?

Sunday, May 20, 2007

Filantropi

Perkataan baru hari ni. Terjemahan philanthropy ke bahasa melayu adalah kemanusiaan. Tapi mungkin jugak DBP cuma asimilasikan perkataan tu kepada filantropi. Jargon ni berasal dari Greek, aku pernah dengar perkataan ni tapi tak pasti sangat dengan maksud dia. Bila baca artikel tentang jurang ekonomi di Britain dalam Independent Online, filantropi disebut dalam artikel ni. yang menariknya, artikel ni membincangkan jurang ekonomi di Britain yang dikatakan hampir tak pernah berubah, sedikit melebar.
This sad state of affairs is made worse by the fact that Britain does not have the American tradition of philanthropy. The two richest individuals in the US, Warren Buffet and Bill Gates, are giving away their fortunes to charitable institutions. Which British-based billionaire would do the same?


Hmm, terus terfikir keadaan di Malaysia. Selain mewarisi sistem pentadbiran, undang-undang kolonialisme rasanya Malaysia jugak mewarisi masalah ni. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin tersisih. Lepas tu, yang kaya pulak tak ramai yang bagi sumbangan kepada badan kebajikan, well, except masa bulan puasa la...itupun atas bajet syarikat sebab boleh dapatkan tax exemption untuk bisnes. Dalam keadaan masyarakat yang boleh dikatakan aktif dengan charity & social works pun Britons masih dikatakan takde sifat kemanusiaan ni, aku tak taula camna nak describe the philanthropy of Malaysian society. Nama yang selalu aku dengar aktif pun Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary, yang jutawan hartawan miliana lain-lain tu sangat la low-profile gamaknya. Kadang-kadang elok jugak diceritakan sumbangan orang kaya-kaya ni supaya orang cam aku yang kurang kaya ni bersemangat untuk menyumbang kepada masyarakat. Bukan la suruh tunjuk replika cek tu, TS Syed Mukhtar rasanya jarang ditunjukkan gambar dia serah replika cek kat sesapa, tapi tetap orang tau dia banyak menyumbang. Kadang-kadang tu hantar wakil saja. Jadi inspirasi jugak tu. Nak capai tahap Bill Gates dan Warret Buffet tu mungkin tak la, tapi sumbangan tu setakat kemampuan aku.

Tu isu sumbangan kepada masyarakat, camna lak isu jurang ekonomi dan sosial di Malaysia. Apa hasil DEB? Satu yang aku rasa pasti, DEB memungkinkan syarikat yang hampir ditutup sebab kelemahan pengurusan diselamatkan dengan bail out, atas alasan menyelamatkan rakyat yang bekerja dengan syarikat tersebut. Dengan maksud lain, menyelamatkan pengurusan yang dah menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. DEB itu sendiri murni hasratnya, tapi mungkin ada kelemahan dalam pelaksanaan, mungkin pemilihan pelaksana yang silap. Ntah la, sebagai orang yang takde latar belakang pendidikan dalam ekonomi, dah tentu la pandangan aku adalah berdasarkan apa yang aku nampak. Falsafah dan teori di sebaliknya dah tak penting bagi aku kalau orang yang terlibat secara langsung tu sendiri tak pakai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujung minggu yang biasa. Aktiviti wajib aku hari ni dah tentu la grocery shopping. Untuk bekalan seminggu. Habis jugak lebih kurang £20 untuk beli makanan untuk lebih kurang seminggu di Tesco dan kedai Arab. Hari ni dapat beli ikan kerapu, lamb, olive salad, pasta dan pestonya, crisps untuk jajan sebelum mula kerja, sayur-sayuran, etc.


Semua ni £20 (periuk dan pinggan terkecuali)



Bahan mentah telah diproses jadi bekalan lunch aku selama seminggu, tomyam ayam, masala kambing, kerapu masak masam manis & sayur cendawan + mangout

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Filantropi lagi....kata penceramah kursus media aku hari tu, apabila suatu misteri tiada penyelesaian dan media menghadapi tekanan untuk menyiarkan berita tapi takde bahan, maka akan dicarilah bahan-bahan sampingan supaya berita tetap dapat disiarkan. Dalam kes misteri Madeleine yang dah dua minggu hilang, aku tak tau sapa mempergunakan sapa....Sunday Mail perlukan bahan berita, parents Maddie pulak perlu pastikan kes ni sentiasa high profile..win-win situation la kot...teringat kes kehilangan Yin kat Sogo hari tu.....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau kat Malaysia, agak-agak apa tajuk yang sesuai untuk berita ni......

.
.
.
.
.
.
Penyampai Berita A dari Stesen TiVi X Dilihat Bersama Hartawan K (censor kat mata)

Untuk sekian kali

Setelah gagal di Diary Land, gagal jugak di Oprah's Online Journal, ini adalah percubaan yang ke sekian kalinya untuk merakam kehidupan dan segala isinya. Hoh, susahnya nak bagi komitmen untuk kerja penaipan ni.