Friday, August 28, 2009

Puasa dll

Kalau sembang ngan orang kat Malaysia bulan posa ni soalan popular pasai tempoh posa la. Lama mana, rasa camna suasananya. Masa puasa memang la lebih lama, buka puasa jam 840 masa hari pertama tu, subuhnya 4 pagi. Tapi tak la terasa sangat pun, agaknya pasai cuaca nyaman. Tak terasa la nak telan sejag air waktu berbuka tu walaupun ada la bau-bau bacang teringin air tebu tu.
Ni pun Alhamdulillah dah 7 hari puasa, takde la lapar haus sampai menggigil-gigil. Tak lapar sangat tapi hari pertama ngan kedua memang ada la rock n roll sat. Lepas tu ok la.

Aku memang dah daftar jadi ahli tetap untuk iftaar kat SUMSA tu. Malas nak masak dan makan sorang-sorang, aku masak untuk sahur saja. Kat SUMSA boleh sembang-sembang, suasana meriah sikit. Kalau berbuka kat SUMSA nasi briyani dah wajib la, dengan gulai ayam. Setakat ni belum ada lagi gulai kambing, tapi nasi briyani ada la dia masak nasi briyani kambing. SUMSA tak buat iftaar hari Sabtu ngan Ahad, kecuali kalau ada komuniti mana-mana yang nak sponsor. Macam tahun lepas ada beberapa hari la komuniti Libya, Lubnan ngan Iraq sponsor. Keluarga yang jadi ahli komuniti tu nanti bawak juadah memasing ke SUMSA. Tahun ni masa Ahad lepas komuniti Iraq. Komuniti Malaysia pulak alhamdulillah tahun ni reramai pakat buat kutipan derma untuk sponsor iftaar. Nak buat sponsor macam orang lain tu payah la sebab kebanyakannya mai sini memang sama-sama belajar. Kalau dak boleh la komuniti lain merasa nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato, nasi dagang. nasi minyak..aiyoh! The list never ends. Tapi dapat merasa makanan negara lain pun bess jugak. Aku suka kuskus ngan nasi yang digulung dalam daun anggur. Syurbah versi lebih cair berbanding yang Tetah dok buat selalu dan dia tak letak oat pun, letak gandum saja. Manisan semolina yang dipanggil basbusa di Mesir dan harissa di Syria.

Bila duduk beramai-ramai kenal saudara dari pelbagai negara. Bersembang-sembang. Berkongsi cerita dan pengalaman. Perati gelagat orang. Refleksi budaya, pemikiran dan sikap. Seronok, pembelajaran secara tak langsung. Banyak yang kita belajar, pemikiran pun lebih terbuka. Budaya kalau masuk masjid terus solat tahiyyatul masjid tak dipraktikkan sangat kat mesia. Tapi kat sini, masuk masjid sebelum solat wajib 5 waktu tu mesti pakat solat sunat. Hari Jumaat pun semua pi semayang Jumaat. Hari tu la pakat bawak famili berkumpul dan bertanya khabar. Hari lain pakat sibuk belaka. Kalau yang uzur pun akan ada untuk dengar khutbah. Kira macam hari raya mingguan. Di tempat kita tak banyak masjid yang mengekalkan ruang solat muslimat untuk yang nak join solat Jumaat.

Cumanya dalam raya mingguan ni nampak jugakla budaya depa yang sombong, malas ngan tak prihatin. Stroller bawak masuk sampai ruang solat, kasut pun letak kat dalam sebab takut hilang, makan minum kat dapur masjid tinggal pinggan cawan gitu saja sampai penuh sinki. Agaknya terasa bagus la kasi peluang orang lain cari pahala dengan tolong basuh pinggan cawan depa tu. Ataupun sebab semuanya kaya dan tak biasa basuh pinggan dan jaga kebersihan kot. Langsung tak fikir orang lain nak guna cawan dan pinggan jugak.

Kasut pun pakai kasut mahal. Tu yang nak letak kat ruang solat depan mata. Depa lupa kasut digunakan dimerata permukaan, tak terfikir masalah kebersihan ruang solat sebab kasut lebih penting. Takut kasut hilang kan, bawak beg plastik, letak kasut dalam tu. Pastu usungla kasut tu, letak kat tepi masa semayang. Dalam hal ni aku rasa amalan masjid di Istanbul boleh dicontohi. Depa sediakan plastik untuk simpan kasut, nak usung pi mana pun boleh. Kat masjid glemer macam Putrajaya ada dak depa sediakan plastik? Kalau tak dak pun takpa, boleh bawak sendiri kan.

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak! Masa nak balik dari perjumpaan NTI tu aku cakap camtu la kat Sarah, dia kata dia tak faham menatang apa tu. Oh, rupanya dia baru sahaja melafazkan syahadah jadi tak biasa lagi. Aku pun cakap maknanya lebih kurang macam Happy Ramadhan.

Tahun ni SUMSA ada buat iftar. Alhamdulillah, boleh la NTI buat perjumpaan kat SUMSA setiap Rabu. Tahun 2007 SUMSA tak cukup duit, NTI terpaksa cari tempat lain untuk buat perjumpaan masa bulan puasa. Ya lah, kebanyakannya baru nak belajar puasa, tak berapa biasa nak buat periuk bertuah buka posa lagi. Aku pulak kiranya masuk tahun ni dah 4 kali la berpuasa kat Glasgow. Baru tahun ni kami mula berpuasa sama hari dengan orang lain. Sebelum ni memang tak sama la, semangat sungguh ahli majlis masjid-masjid di Glasgow ni. Dare to be different!

Orang kat Malaysia dah mula posa kan, aku sedang menunggu masa nak makan soq. Tak tidoq lagi ni, dah terlepas masa yang optimum nak tidoq terus takleh tidoq sebab takut tak jaga terus. Untuk hari pertama ni, aku masak nasik lemak, sambal bilis dan ayam goreng. Sebenarnya aku masak petang tadi untuk dinner, sebab tengah hari tadi tak makan. Maklumla, nak kena jumpa bos. Kena siapkan keja-keja nak tunjuk kat bos la. Dah selesai jumpa bos baru la rasa lega. Terus la rasa kelaparan sesangat. Dah tu mula la teringin nak makan macam-macam hehehehe Balik terus masak nasi lemak pastu terus membaham. Nasi lemak tetap feberet! Ayam pun abih 3 ketul huhuhuhuhu. Melantak! Kena goreng teloq la satgi pasai ayam ada satu ja lagi.

Teringat masa duduk umah sewa dulu. Kebetulan hari pertama posa tu cuti, tapi aku tak balik kampung. Aku tak mau balik pasai minggu sebelum tu aku dah balik. Merajuk apa ntah, aku cakap kat member baik yang satu umah dan sekampung ngan aku yang aku tak mau balik takut Tetah jemu tengok muka aku balik tiap-tiap minggu. Hahahahaha! Ntah pasai pa ntah zaman tu emosi tak berapa stabil kot. Masa tu kami satu umah amik lauk kat tukang masak asrama. Lauk telur dadar ngan sayur yang macam teratai layu di tasik madu ngan ikan selayang (sardin) goreng kot. Well, ikan sardin yang lebarnya kurang dua jari dan panjangnya kurang sejengkal tu patutnya kena kerat dua. Tapi sebab orang lain pakat balik boleh la makan sorang sekoq. Menitik ayaq mata! Sadis betul.

Takpala, tu pun mujoq bulih makan gak kan, daripada yang takdak makanan langsung macam kat Afrika, betoi dak! Tapi masa member aku balik dari kampung dia cerita la Tetah ada la tanya dia pasai pa aku tak balik. Dia pun bendul. Pi habaq sebijik macam aku cakap kat dia. Bengong! Pastu Tetah aku kata, "Dia memang macam tu. Sensitif sikit." Huhuhuhu terkesima aku. Tu la pertama kali aku dengaq orang cakap aku sensitif.

Rupanya perasaanku sangat halus dan sensitif hehehehe.... patutla...baru aku perasan pasai pa aku dengan spontannya meghimbuk (apa ye nak translate perbuatan macam tumbukan ala tomoi siam tu?) kak aku dulu-dulu bila dia kata kat aku "patutla gemuk, suka makan teloq." Dushum! Masa tu aku darjah berapa ntah, antara darjah 1-3 la sebab kak aku masa tu tak masuk sekolah menengah lagi. Gemuk-gemuk ni sensitip okeh! hahahahahahaha

Apa-apa pun, selamat menunaikan ibadah puasa dan amalan Ramadhan yang lain. Ramadhan Mubarak!

Swiss roll


Dalam banyak-banyak resepi yang aku jumpa, ni la resepi swiss roll yang paling senang. Tak pakai mentega/marjerin/minyak langsung. Resepi ni diambil daripada majalah Somerfield Jun 2008.

Bahan-bahan:
3 biji telur besar (4 biji kalau sederhana)
140g gula caster
115g tepung naik sendiri - diayak
1 cmt esen vanila - ni kalau ikutkan dia tak letak pun

jem aprikot untuk sapuan (asalnya 175g jem stroberi/rasberi - kaler merah nampak berseri kot)
150ml double cream - dipukul sampai berkrim(whipped)
baking paper untuk alas dulang pembakar
minyak untuk gris dulang pembakar

Cara membuat:
1. Oven dipanaskan 180°-200°. Pukul telur dan gula sampai kembang berkrim.
2. Masukkan tepung ke dalam adunan. Kaup adunan dan tepung hingga rata. Masukkan esen vanila.
3. Tuangkan ke dalam dulang pembakar (33 x 23 x 2 cm) yang dah dialas dengan baking paper supaya nanti senang nak keluarkan. Ratakan adunan guna senduk, jangan diketuk-ketuk. Dah rata kasi goyang sikit.
4. Bakar selama 10-12 minit. Dah masak boleh la kek dikeluarkan daripada dulang pembakar. Telangkupkan kat atas sekeping lagi baking paper. Kalau nak manis-manis boleh la taburkan gula caster kat atas baking paper tu. Tanggalkan baking paper yang digunakan untuk membakar kek.
5. Trim sikit tepi-tepi kot ada yang terhangus ke apa. Gulung kek span tu, biaq saja sampai sejuk. Dah sejuk buka gulungan tu, sapu jem ngan krim. Pastu gulung balik. Lepas tu boleh la dibungkus dalam cling wrap, nak makan nanti boleh la potong. Kalau baru-baru masak dia rapuh sikit sebab kuantiti telur yang melebihi tepung, tapi lama-lama dia lembut la sebab ada krim tu.

Sunday, August 16, 2009

Kek Pisang


Kek ni aku bakar minggu lepas, terasa nak makan. Bila dah masak makan sikit saja, nasib baik ada Leyha ngan Yani boleh tolong habiskan separuh lebih. Memandangkan ada keret, jadi boleh la dikira kek keret kan Yani kan. The midlothian carrot cake hehehehehe

Tekstur kek ni lembab dan gebu sebab ada pisang dan keret yang berair. Keret boleh diganti dengan walnut, kismis cip coklat atau choc rice dalam adunan tu, tapi teksturnya lebih kering tapi takla kering sangat sebab ada pisang. Kalau tambah walnut/kismis tambah 1-2 cmb susu/yogurt untuk elakkan tekstur kek jadi kering.

Tapi dah nama pun kek, kalau simpan sampai seminggu kering la jugak kan. Kalau seminggu pun dok lemau aja namanya biskut pisang lemau la kan..ni berdasarkan definisi jaffa cake (feberet aku) dalam kes mahkamah depa dulu. Kena turun naik mahkamah seh McVities siap kena buat jaffa cake yang besar bagak lagi nak membuktikan jaffa cake adalah jaffa cake bukannya biskut supaya tak dikenakan VAT, kalau biskut bersalut coklat kena VAT pulak.

Kek Pisang (Piret-pisang+keret)

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri
1 cmt soda bikarbonat
3 biji pisang
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
3 biji telur
2 batang keret panjang 10cm (kalau keret besar guna sebatang saja)

Cara membuatnya
1. Tepung dan soda bikarbonat digaul rata. Kalau nak guna tepung gandum biasa kena tambah baking powder, selalunya 1-2 cmt untuk 250g tepung. Kat sini rega tepung naik sendiri sama ja ngan tepung biasa, jadi aku guna yang naik sendiri.
2. Parut keret. Lenyek pisang. Masukkan gula dalam pisang.
3. Pukul minyak dan telur sampai kembang.
4. Masukkan tepung sikit-sikit. Gaul rata.
5. Masukkan pisang ngan keret. Gaul lagi.
6. Tuang dalam tin kek, bakar dalam oven lebih kurang 160°-180° lebih kurang 30 minit atau sampai masak.
7. Kalau suka boleh la tabur sikit choc rice atau hiasan lain kat atas sebelum dibakar. Jangan lupa panaskan oven dalam 10 minit sebelum bakar kek.

Friday, August 14, 2009

Pindah rumah

Tuan rumah aku yang ntah hapa-hapa tu dah bagitau dia nak jual rumah ni. Tu pun lepas ditanya nak sambung kontrak ke tak. Patutla plaster untuk bath tub tu dari last year cakap nak tukaq tak tukaq-tukaq. Pintu rumah yang hari tu ditendang pun tak berganti baru walaupun pintu umah lain kat level aku ni semuanya dah ditukar baru. Nasib baikla aku dah dapat umah lain, tak kelam kabut nak mancari lagi.

Aku dah dapat masuk umah baru, tapi belum pindah lagi. Lepas raya baru nak pindahkan semua barang. Sebabnya masalah dengan tepon ngan jalurlebar la, umah ni pakai Tiscali. Bila nak pindah cuma boleh bawak jalurlebar saja, tepon kena mula kontrak baru dengan BT. Tak kuasa aku. Baik aku kensel ja terus. Kensel kena penalti, tapi buat masa ni guna la dulu service ni kat sini. Lepas ni aku pun nak gunakan perkhidmatan Dara jugak hehehehe

Rumah baru kosong saja. Tapi sekarang dah hampir complete la, semuanya dengan ehsan member yang duduk kat situ dulu. Selain daripada tv dan peti ais yang aku beli sekenhen, katil, sofa, meja makan, almari baju, dapur dan meja adalah ehsan member. Cuma tinggal mesin basuh dengan hoover saja la nak kena beli nanti. Tak sabar nak masuk umah baru. Cuma nak kena pikir cemaner nak hapuskan lipas kat situ huhuhuhuhu...

Wednesday, August 12, 2009

H1N1@Selsema babi

Awat depa tak sebut bahasa orang biasa saja? Pasai pa nak pakai bahasa teknikal pula, dulu ok saja selsema burung disebut. Ada orang sensitif sebab makan babi ka?

Tuesday, August 11, 2009

Hari berbasikal

Dah lebih kurang 2 minggu aku beli basikal. Hajat hati nanti nak mengayuh dari rumah baru ke universiti. Nak mengayuh dari rumah la ni tak kuasa la. Daripada dok mengayuh naik turun bukit baikla aku jalan kaki saja, lagipun kunci belum dibeli lagi. Kira sejak aku kayuh bawak balik hari beli tu sampai la Sabtu lepas gerek tu memang duk bersandaq la kat rumah. Dok tidoq saja. Memandangkan Khairyn dan Mimi pun dah beli basikal, kami pun plan hari Ahad nak berbasikal ke Kirkintilloch yang terkenal sebagai pekan terusan.

Ini basikal NHS. Awal-awal pagi dok mamai (Gambar: Mimi)

Perjalanan dari Glasgow ke Kirkintilloch memangla takdak apa masalah, cuma awal-awal tu kena ubah tempat pertemuan sebab pakat dok pusing-pusing kat Sighthill Park tu. Lepas tu lalu kawasan Port Dundas sampai la ke Possil Loch, lepas tu ikut off-road cycling path tepi Forth & Clyde Canal sampai ke Kirkintilloch. Memang jalan kampung, teringat pulak kampung halaman. Kena pulak pagi-pagi Ahad ni depa ada sesi khutbah kat mesjid tepi terusan. Ramai pulak tu jemaahnya, maklumla kat kampung. Kalau kat bandar Glasgow ni pagi Ahad pakat berjemaah kat kedai-kedai la.
Terusan Wan Mat Saman (Gambar: Mimi)


Para kuda tunggangan pun nak rehat jugak!



Pekan Kirkintilloch pun sunyi saja. Kedai-kedai banyak tak buka lagi pun walaupun dah jam 11 pagi. Dalam kul 12 baru depa mula buka kedai, rupanya sesi khutbah Ahad depa habis kul 11, lepas tu pakat sembang tanya habaq la kot.

Dah sampai pun..

Pekan yang sunyi pada pagi Ahad (Gambar: Mimi)


Kami berehat di Peel Park, sesambil tengok tinggalan tembok bersejarah Antonine tu, sesambil mengunyah.

Nak balik tu kami cadang nak naik tren saja ke Glasgow sebab Khairyn dah kekejangan otot kaki. Ye lah, lepas beli basikal tu simpan saja. Lepas tu terus mengayuh jauh-jauh, konpem dah la takdak sesi regangan apa dah tu. Excited la katakan.


Stesen Lenzie ni dekat saja dengan Glasgow, tapi tak banyak tren yang singgah. Dah tunggu setengah jam tapi kami tak dapat naik sebab ruang untuk letak basikal dalam tren dah penuh. Pakcik konduktor tu suh tunggu next train. Lagi sejam! Tu pun belum tentu boleh naik lagi, kot tren lepas tu pun dah penuh tempat basikalnya kul berapa nak boleh balik pulak nanti. Dah la ada janji nak jumpa orang pulak tu. Tiket dah beli (mahal tiket tren kat UK ni), tapi sebab tak sanggup menanggung risiko kami buat keputusan terus mengayuh saja.

Khairyn dah tak sanggup mengayuh ikut tepi terusan tu, jadi kami akan ikut laluan lain melalui Stepps untuk balik. Ikut peta nampak macam sangat dekat, cumanya kat peta tu takdak penerangan bentuk mukabumi tau. Aku saspek jugakla kawasan tu berbukit, tapi redah sajala. Rupanya memang betul la kawasan berbukit, kami dah la sangat kepenatan. Naik turun basikal la. Kalau naik bukit pakat menyorong, turun bukit naik la balik basikal. Sampai kereta yang lalu dok hon huhuhuhuhu.. Hangpa naik keta boleh la nak berlagak ngan aku!

(Gambar: Mimi)

Naik turun bukit, adala 2-3 orang menegur tanya awat tak kayuh gerek tu, gerek tu patut dikayuh bukannya dituntun gitu hahahahaha

Yeay! Dah sampai Glasgow (Gambar: Mimi)

Akhirnya sampai jugak ke Glasgow, tapi kaki punggung semuanya kejang hahahaha! Dah la kejang, lutut aku pun sakit sebab luka masa nak keluaq dari kawasan rumah. Ada ramp, terjatuh la pulak bila aku terjun ala-ala terjunan gerek tua. Sampai hari ni dok sakit lagi walaupun kejang dah ilang.

Lepas ni nak kena bersiap nak ke Clyde Falls di New Lanark pulak. Tapi nak kena beli minyak untuk basikal aku, dah mula bernyanyi sakan. Sat-sat bunyi burung, sat-sat bunyi angin, macam-macam ada.

Wednesday, August 05, 2009

Au revoir!

Cepatnya masa berlalu, dah masuk 4 hari. Nak balik dah. Terkilan sebab masih banyak tempat yang belum dijelajah, tapi excited sebab boleh balik ke Glasgow yang nyaman dan yang paling penting katil aku yang sangat selesa. Mana-mana pi pun Glasgow jugak tetap dihati. Tapi masa ada kat Glasgow komplen memang tak hengat la; hujan la angin la sejuk la. Ada ja yang tak kena, tak bersyukur langsung.

Hari terakhir ni memang tak pi mana-mana. Kami cuma nak pi cari crepe bernutella sebelum naik tren ke aeroport, kira macam tak lengkap la lawatan kalau tak merasa crepe ni. Keluar dari rumah kawan Khairyn terus menuju ke Louvre-Rivoli, dekat-dekat situ ada deretan kedai yang jual crepe ni.Tempat lain pun banyak tapi saja ler nak ke situ jugak, singgah di kedai yang tulis halal. Pastu pakcik tu tanya nak kebab ke tak, kebabnya halal. Kami cuma beli crepe bernutella seperti yang dirancang, kebab-kebab ni kat umah pun leh beli kan hehehehe. Kedai tu jual daging halal tapi kata Khairyn yang boleh baca Perancis tu ada jugak bacon yang dijual. Agaknya bacon halal la kot!

Selesai membeli terus ke aeroport, naik tren RER B kat Les Halles. Bersimpang-siur laluan tren kat Paris ni. Tapi kalau paham konsep takde masalah. Depa nomborkan line tren tu, kalau kat London depa bagi nama. Nasib baik la nombor saja, kalau letak nama jenuh nak menyebut. Boleh kata setiap kali naik tren ada orang mintak sedekah dengan pelbagai cara. Masa hari pertama memang betul-betul minta duit, dia mai bagi kertas kecik yang ada catatan pasai kemiskinan hidup dia. Letak kat setiap seat dalam satu gerabak tu. Lepas tu kutip balik kertas tu sekali dengan duit kalau ada yang sudi bagi. Ada jugak yang buat public speaking, ada yang buat macam basking. Yang jenis ada performance nyanyi-nyanyi ngan puppet show ni aku tengok orang pun tak keberatan bagi duit, sebab menghiburkan depa yang kebosanan dalam tren tu. Kalau yang memang minta duit semata-mata memang tak ramai yang menghulur la.

Kami lunch dengan crepe saja kat terminal. Masa nak ke terminal tu la ada staf aeroport yang mai menyapa tanya nak pi mana. Pastu tanya kami dari Malaysia ka, sambil bercerita dia dah penah ke Malaysia 6 kali. Kuala Lumpur, Pinang..apa ntah lagi dia sebut. Pastu dia bagitau dia French muslim by algerian origin. Risau kami tersilap terminal, tu yang kami bagitau nak ke Glasgow. Sebab dia ingat nak balik mesia hehehehehe...patutla beriya tanya nak ke terminal mana

Dah siap makan masuk pi security check semua...masuk boarding..flight pulak lambat. Almaklumla, lama pulak tu. Penuhla tempat tu dengan orang Scotland yang pi bercuti ke Paris, kebanyakannya dengan keluarga. Dan boleh kata semuanya pi Disneyland, sebab pakat bawak beg plastik Disneyworld tu, pakai baju, topi, cekak, hatta getah ikat rambut pun ada gambaq watak kartun Disney. Pakatla dok menunggu flight yang lewat 45 minit tu. Masa tu la ada announcement. Terasa macam kenai saja nama yang disebut.

Depa ni kan jenis panggil nama bapak kan..huhuhuhuhu rupanya kami tak ikut prosedur imigresen. Patutla masa kat kaunter imigresen tadi dia macam pelik saja dengan kami. Sebenarnya kami dah check-in online, jadi ingatkan dah tak payah la pi kaunter check-in lagi. Rupanya kalau nak travel ke Eropah bagi yang bukan pemegang pasport EU kena verify boarding pass tu kalau yang dah check-in online. Kalau yang check-in kat kaunter takdak masalah la. oooo patutla hari tu masa nak balik dari Istanbul imigresen dia tak kenai boarding pass yang dah check-in online. Siap staf Easyjet dah printkan boarding pass biasa lagi. Jadi lambat la pulak sebab dia nak kena check nama sorang-sorang. Kena pulak tang aku dia tak print boarding pass aku, camna leh tersilap ntah. Dia print boarding pass orang lain pastu dok tanya betoi ka tu bukan nama aku. Dah sah-sah nama tu tak sama ngan nama kat pasport aku kan, siang yang terang tak payah bersuluh lagi pun dok tanya lagi. Adoi la..nasib baik semuanya takda masalah.

Sampai umah, aku terus ke bilik ayaq la konon-konon nak tengok plaster baru kat bath tub. Aku dah pesan kat tuan umah suh mai buat bath tub tu dah mengelupas plaster dia, haram tak buat. Dia ni memang, janji nak tampal plaster tu dari tahun lepas lagi. Kalau aku kata memang jenis bangsa dia suka cakap berbelit bagi janji-janji manis nanti rasis pulak jadinya huhuhuhuhu. Takpa la, janji boleh mandi, lepas tu tidoq. Tak terbanding keselesaan tidoq di katil sendiri. Apa-apa pun, aku dah sampai ke Paris. Ada rezeki kita jenjalan lagi hehehehe..

Monday, August 03, 2009

Lucky

Ada beberapa sebab yang menyebabkan aku suka lagu ni. Susunan muziknya simple dan tak menenggelamkan suara penyanyi. Lagu bercirikan smooth fm. Liriknya pun sangat bermakna, tema jiwang karat merentasi benua hehehehe...



Lucky - Jason Mraz
(feat. Colbie Caillat)

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh