Cepatnya masa berlalu, dah masuk 4 hari. Nak balik dah. Terkilan sebab masih banyak tempat yang belum dijelajah, tapi excited sebab boleh balik ke Glasgow yang nyaman dan yang paling penting katil aku yang sangat selesa. Mana-mana pi pun Glasgow jugak tetap dihati. Tapi masa ada kat Glasgow komplen memang tak hengat la; hujan la angin la sejuk la. Ada ja yang tak kena, tak bersyukur langsung.
Hari terakhir ni memang tak pi mana-mana. Kami cuma nak pi cari crepe bernutella sebelum naik tren ke aeroport, kira macam tak lengkap la lawatan kalau tak merasa crepe ni. Keluar dari rumah kawan Khairyn terus menuju ke Louvre-Rivoli, dekat-dekat situ ada deretan kedai yang jual crepe ni.Tempat lain pun banyak tapi saja ler nak ke situ jugak, singgah di kedai yang tulis halal. Pastu pakcik tu tanya nak kebab ke tak, kebabnya halal. Kami cuma beli crepe bernutella seperti yang dirancang, kebab-kebab ni kat umah pun leh beli kan hehehehe. Kedai tu jual daging halal tapi kata Khairyn yang boleh baca Perancis tu ada jugak bacon yang dijual. Agaknya bacon halal la kot!
Selesai membeli terus ke aeroport, naik tren RER B kat Les Halles. Bersimpang-siur laluan tren kat Paris ni. Tapi kalau paham konsep takde masalah. Depa nomborkan line tren tu, kalau kat London depa bagi nama. Nasib baik la nombor saja, kalau letak nama jenuh nak menyebut. Boleh kata setiap kali naik tren ada orang mintak sedekah dengan pelbagai cara. Masa hari pertama memang betul-betul minta duit, dia mai bagi kertas kecik yang ada catatan pasai kemiskinan hidup dia. Letak kat setiap seat dalam satu gerabak tu. Lepas tu kutip balik kertas tu sekali dengan duit kalau ada yang sudi bagi. Ada jugak yang buat public speaking, ada yang buat macam basking. Yang jenis ada performance nyanyi-nyanyi ngan puppet show ni aku tengok orang pun tak keberatan bagi duit, sebab menghiburkan depa yang kebosanan dalam tren tu. Kalau yang memang minta duit semata-mata memang tak ramai yang menghulur la.
Kami lunch dengan crepe saja kat terminal. Masa nak ke terminal tu la ada staf aeroport yang mai menyapa tanya nak pi mana. Pastu tanya kami dari Malaysia ka, sambil bercerita dia dah penah ke Malaysia 6 kali. Kuala Lumpur, Pinang..apa ntah lagi dia sebut. Pastu dia bagitau dia French muslim by algerian origin. Risau kami tersilap terminal, tu yang kami bagitau nak ke Glasgow. Sebab dia ingat nak balik mesia hehehehehe...patutla beriya tanya nak ke terminal mana
Dah siap makan masuk pi security check semua...masuk boarding..flight pulak lambat. Almaklumla, lama pulak tu. Penuhla tempat tu dengan orang Scotland yang pi bercuti ke Paris, kebanyakannya dengan keluarga. Dan boleh kata semuanya pi Disneyland, sebab pakat bawak beg plastik Disneyworld tu, pakai baju, topi, cekak, hatta getah ikat rambut pun ada gambaq watak kartun Disney. Pakatla dok menunggu flight yang lewat 45 minit tu. Masa tu la ada announcement. Terasa macam kenai saja nama yang disebut.
Depa ni kan jenis panggil nama bapak kan..huhuhuhuhu rupanya kami tak ikut prosedur imigresen. Patutla masa kat kaunter imigresen tadi dia macam pelik saja dengan kami. Sebenarnya kami dah check-in online, jadi ingatkan dah tak payah la pi kaunter check-in lagi. Rupanya kalau nak travel ke Eropah bagi yang bukan pemegang pasport EU kena verify boarding pass tu kalau yang dah check-in online. Kalau yang check-in kat kaunter takdak masalah la. oooo patutla hari tu masa nak balik dari Istanbul imigresen dia tak kenai boarding pass yang dah check-in online. Siap staf Easyjet dah printkan boarding pass biasa lagi. Jadi lambat la pulak sebab dia nak kena check nama sorang-sorang. Kena pulak tang aku dia tak print boarding pass aku, camna leh tersilap ntah. Dia print boarding pass orang lain pastu dok tanya betoi ka tu bukan nama aku. Dah sah-sah nama tu tak sama ngan nama kat pasport aku kan, siang yang terang tak payah bersuluh lagi pun dok tanya lagi. Adoi la..nasib baik semuanya takda masalah.
Sampai umah, aku terus ke bilik ayaq la konon-konon nak tengok plaster baru kat bath tub. Aku dah pesan kat tuan umah suh mai buat bath tub tu dah mengelupas plaster dia, haram tak buat. Dia ni memang, janji nak tampal plaster tu dari tahun lepas lagi. Kalau aku kata memang jenis bangsa dia suka cakap berbelit bagi janji-janji manis nanti rasis pulak jadinya huhuhuhuhu. Takpa la, janji boleh mandi, lepas tu tidoq. Tak terbanding keselesaan tidoq di katil sendiri. Apa-apa pun, aku dah sampai ke Paris. Ada rezeki kita jenjalan lagi hehehehe..
Wednesday, August 05, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment