Wednesday, January 12, 2011

Jual! Jual! Jual!

Mengais mencari rejeki....

Friday, January 07, 2011

Resepi: Cannelloni Ayam dan Bayam (Chicken and Spinach Cannelloni)


Wah! Italiano la pulak kali ni kan. Cannelloni pasta berbentuk tiub dan disumbat isi kat dalam tu. Tapi memandangkan cannelloni agak mahal, dan kat rumah dah ada stok lasagna, aku gunakan kepingan lasagna saja yang digulung. Lagipun pasta ni rasa lebih kurang ja, cuma berbeza bentuk ja kan. Beza pun antara guna jenis tepung la, yg lain tu kalau durum wheat tu sama saja rasanya. Untuk sumbat dalam tu aku guna daging ayam cincang, bayam dan keju. Biasanya orang Itali guna ricotta ngan parmesan, tapi aku guna mascarpone saja sebab dah ada dalam peti es dan nak expired dah. Keju tabur pun aku guna cheddar parut saja, tak beli pun parmesan. Alah rasa lain sikit tapi tetap la keju kan kan kan?



Ok meh kita setat.

Bahan:
6 keping lasagna - rebus untuk melembutkan supaya boleh digulung tapi tak perlu masak sangat.
Segenggam bayam frozen (harusler sukatan ala-ala zaman dulu) - aku guna bayam frozen, kalau nak guna fresh kena celur sikit. Agak-agak 4-5 camca besar kalau yg dah dicelur kot.
Daging ayam cincang-dimasak dengan sedikit minyak
125g Keju mascarpone - lebih kurang setengah tub, biasanya ricotta ngan parmesan
2 cmb keju cheddar parut

sos pasta tomato
keju cheddar untuk ditabur



Caranya:
1. Campurkan isi ayam, bayam dan keju dan gaul sebati.
2. Gulung isi dalam setiap kepingan lasagna.
3. Tuangkan sos pasta tomato dalam bekas nak bakar. Susun cannelloni dalam tu. Tuangkan lagi sos pasta kat atas cannelloni. Taburkan keju parut. Bakar lebih kurang 25-30 minit, 180 darjah.
4. Dah masak boleh la test tengok pasta dah lembut ke tak.

Tuesday, January 04, 2011

Resepi: Nasi Bungkus Daun Anggur (Stuffed Vine Leaves)


Apa ntah nama yang sesuai untuk benda alah ni dalam bahasa kita, kalau ikut terjemahan daun anggur sumbat. Macam tak tersumbat pun, kalau lada sumbat tu nampak sesuai jugak, tak gitu?

Selalu merasa nasi daun anggur masa buka posa di SUMSA, geng-geng Lubnan, Mesir dan Iraq yang dok bawak. Tapi, bila tak bulan posa pun teringin jugak. Kena buat la kan. Nasi ni hidangan di negara Mediteranean/Arab, tapi resepi berbeza ikut negara la. Ala macam laksa la, bahan berbeza ikut negeri kan...selain daun anggur, nasi ni boleh disumbat dalam lada benggala yang bulat tu, bawang atau kentang. Kalau yang tu baru namanya sumbat.


Stuffed Vine Leaves

Bahan
Daun anggur - aku guna yang dah dibotolkan, takdak pokok depan umah
1 1/2 cawan beras - basuh
daging ayam cincang (daging lain pun boleh) - aku main taruk je dalam segenggam gitu
1 labu bawang besar - dicincang
2-3 biji tomato - dicincang
1 cawan daun parsli - dicincang
serbuk kayu manis
daun pudina kering
minyak masak
jus lemon (limau pun ok)
garam
lada serbuk

Cara:
1. Basuh daun anggur. Daun tu depa rendam dalam air garam dan cuka jadi kena la basuh dulu. lepas tu bagi kering airnya.
2. Tumis bawang. Masukkan daging cincang dan masak sampai keperangan.
3. Masukkan tomato cincang. Kacau.
4. Masukkan beras, kacau lagi.
5. Masukkan serbuk kayu manis, parsli, daun pudina, garam dan lada. Kacau lagi dan masak sampai kering. Masukkan jus lemon, kacau. Padamkan api dan sejukkan. Beras tak perlu masak sangat sebab nanti nak kukus pulak.


6. Bentangkan daun anggur, bahagian belakang daun akan dibungkus ke dalam. Buangla tangkai-tangkai yang berlebihan.



7. Bungkus nasi, kalau ada lebih boleh sumbat dalam lada yang dah dibuang biji.
8. Alas periuk/kuali dengan daun kalau ada lebih. Susun nasi bungkus dalam tu. Tutup dengan pinggan supaya daun tak terbuka.


9. Isi air separas nasi, masak lebih kurang 45 minit- sejam. Jangan sampai kering dan hangit pulak.
10. Dah masak, boleh la dihidangkan. Nasi ni tak perlu belah, makan suap gitu je. Aku belah sebab nak tunjuk isinya.


Saturday, January 01, 2011

Beijing: Tinggalan Sejarah

Masa nak balik dari Xi'an ke Glasgow, aku menyinggah ke Beijing sat. Siap buat rombongan cik kiah, kak-kak ngan anak menakan aku pun pi sekali. Beijing antara tempat tumpuan orang Malaysia jugak, kami jumpa ramai orang Malaysia terutamanya kat Silk Market. Setiap tingkat ada orang kampung, penjual kat situ siap boleh cakap Melayu.

Tumpuan utama pelancong Malaysia adalah Tembok Besar China dan Medan Tiananmen. Tempat bersejarah lain tak nampak muka Malaysia pun. Aku ambik pekej pelancongan tempatan, orang dari Malaysia ambik pekej di Malaysia. Salah satu sebab mungkin masalah bahasa, jadi mungkin lebih senang ambik satu pekej siap dengan pemandu pelancong dan depa dah deal untuk makanan halal. Aku pulak, pekej cuma pi jalan-jalan tempat yang luar dari bandar saja, yang lain semua buat sendiri termasuklah jalan-jalan cari kedai makan halal. Tak susah nak cari makanan halal, ada 2 kedai murah dan 1 kedai mahal dekat hotel yang kami duduk. Hotel kami dekat Wangfujing Street, kat situ pun ada beberapa kedai halal.

Dari hotel, lebih kurang 10 minit jalan kaki ke Kota Larangan (Forbidden City). Namanya kota, tapi sebenarnya kawasan istana. Cuma takdak sapa boleh keluar masuk sesuka hati tanpa kebenaran maharaja. Dalam bahasa tempatan, dipanggil Gugong. Jadi, kalau kita pi tanya depa arah Forbidden City, besar kemungkinan depa pun tak tau huhuhuhuhu


Tembok kota dari tepi, parit sekitar kota kebekuan akibat musim sejuk



Dewan ni kalau maharaja nak jumpa pembesar-pembesar, di belakangnya ada lebih banyak dewan untuk acara-acara tertentu
Hari kedua aku ambik pekej untuk ke Tembok Besar di Badaling. Kebetulan hari tu angin kuat, perkidmatan kereta kabel pun diberentikan. Kalau tak berenti pun, orang tak berani naik dengan dok goyang pi mai pi mai. Boleh penin pun.

Tembok sepanjang 6000 km lebih ni mengelilingi China untuk mengelakkan serangan orang Mongolia. Kagum tengok, macam mana orang dulu-kala boleh bina tembok sekukuh tu, di tempat gunung-ganang berbatu dan kekal sampai sampai hari. Orang la ni punya hebat teknologi tapi buat stadium, buat bangunan, buat jambatan tapi runtuh...


Masa makan tengahari, kami dibawa ke satu restoran halal. Perghhh!!! penuh restoran dengan orang Malaysia. Kak aku siap jumpa kawan dia lagi. Restoran tu ada sediakan surau, siap dengan telekung. Hebatnya pengaruh pelancong Malaysia.

Lepas makan, pi melawat kuburan maharaja dinasti Ming, Ming's Tomb. Ada 13 maharaja, tapi cuma 10 saja yang ada kat sini. Maharaja kedua Ming kuburnya di Semenanjung Tanah Melayu, tapi lokasinya tak diketahui. Maharaja tu dikatakan melarikan diri sebab tak tahan dengan pak-pak menakan yang berebut tahta lepas bapak dia mati. Dia lari dengan beberapa pembesar dan orang suruhan ke Melaka, tapi dikatakan meninggal tak lama lepas sampai sebab tak tahan dengan kesusahan masa dalam pelayaran. Maharaja yang ganti dia tu pak menakan dia, hantaq orang ke Melaka masa tu untuk cari dia-Laksamana Zheng He. Daripada 7 kali pelayaran, 6 kali dia pi Melaka sebab nak cari anak menakan maharaja. Tapi tak jumpa sebab orang tu dah mati. Tak tau la pulak dia bagitau ka dak tujuan sebenar kedatangan dia kat sultan masa tu. Rasanya dak sebab tak penah dibaca dalam mana-mana buku.



2 lagi maharaja tak tau la pulak kat mana depa tanam. Kat kawasan ni ada 10 maharaja, sorang permaisuri dan 2 gundik ditanam sekali. Permaisuri ngan gundik tu ditanam dalam kubur maharaja yang ketiga tu la. Gundik-gundik tu ditanam sekali dengan maharaja, kira gundik feberet la. Lepas maharaja mati depa pun diracun. Bak kata Kaklong, "Padan muka! Sapa suruh jadi gundik feberet." (Pengaruh banyak sangat tengok cerita Cina yang ala-ala My Fair Princess tu.)