Thursday, December 20, 2007

Freezin', aye!

Seperti yang kuduga, tak sempat solat raya pun kat Masjid Edinburgh. Cuma solat zohor & asar, dan lunch kat mosque kitchen. Nasi + kari kambing = 3.50. Rega boleh tahan. Rasa pun ok. Cuma tak merasala lassi sebab dia tak jual lassi. Sepanjang perjalanan ke Embra memang nampak padang-padang berais. Memang sejuk sangat dah ni. Cuma Glasgow saja ais tak nampak sangat tapi cuaca memang sejuk. Lepas maghrib dah nampak berkabus saja....dramatik saja nampaknya. Kata Margaret sejuk-sejuk camni ada kemungkinan white christmas huhuhuhu aku tak suka snow sebabnya nanti bila dah cair susah nak jalan...lagipun kalau snow masa krismas takleh gi memana jugak sebabnya transport susah nak dapat masa tu








Visa dah siap. Cuma slidenya saja tak siap-siap lagi. Sempat membeli dalam membelah kesejukan Edinburgh, shortbread dan plate untuk bos yang bakal datang ke Birmingham. Sarung tangan pun dah dicari. Bukan pa, dia suka bersalam jadi aku kenala bersiap sedia apa yang patut. Masa nak ke sini dulu pi jumpa dia, nasib baik dah siap pakai glove huhuhuhuhu

Wednesday, December 19, 2007

Eid Mubarak

Kullu sanah wa ant bittoiyyib bak kata orang Mesir.


Wilayah autonomi Glasgow macam biasa...raya sentiasa lewat daripada semua tempat, termasuk negara jiran, Edinburgh. Glasgow sambut Aidiladha pada hari Khamis, tempat lain semuanya beraya esok. Tapi kali ni aku raya esok, sebab nak ke luar negara ke Edinburgh untuk urusan visa. Kalau bangun awal aku kejar train sebelum kul 8 dari Queen St., solat kat Masjid Edinburgh. Kalau bangun macam hari-hari biasa, alamatnya takbir sorang-sorang dalam train nanti. Dengar kabarnya budak-budak Libya tetap nak buat solat gak esok kat uni, tak tau jadi ke dak.

Aku pulak dah ada jemputan open house khamis nanti. Kalau sempat aku gi lepas keja. Kalau agak-agak kemalasan melanda, dinner di rumah saja depan tele.

Tuesday, December 18, 2007

Make Me a Muslim

Malam ni episod kedua siri ni di Channel 4. Esok ada lagi. Dilema muslim dan pandangan serong masyarakat British terhadap muslim.

Sunday, December 16, 2007

Homegoing Shopping

Berhabisan aku hari ni. Ntah hapa-hapa. Persiapan pembentangan belum buat. Persiapan balik kampung pulak yang lebih. Persiapan mati lagi la....

Baju budak-budak dah beli kat Next Clearance. Handbeg baru beli 2. Harap-harap tak terlebih belanja dari perancangan kali ni.

Wednesday, December 12, 2007

Kepandaian ( dan kebodohan) Melampau

Aku suka program QI. Walaupun ada masanya terasa macam kurang sungguh ilmu aku. Tapi aku suka dengan kandungan dan lawak pesertanya.



Tapi hari ni masa dok merayau-rayau di sesawang, baca blog orang. Tiba-tiba aku terasa pandai tahap langit ketujuh pulak.

Monday, December 03, 2007

Semakan

Oh, telah berjaya menjimatkan 6 jam daripada masa melongo di depan tele. 2 jam itu dihabiskan untuk menyemak buku kira-kira peribadi dan juga akaun bersama. Urusan perlu diselesaikan sebelum vee balik kampung khamis nanti. Buku kira-kira peribadi juga dah lama tak dikemas kini. Belanja selepas ini agak terhad memandangkan beberapa ratus paun perlu diperuntukan untuk perbelanjaan ke hainan nanti.

duit duit dimana kau duit....

~~~~~~~
Hari ni jugak aku berbelanja lagi di Iceland. Macam bess pulak jadi aktiviti mingguan berbelanja di sana. Petang ke govanhell (ikut sebutan glaswegian) makan nasi tomato (tambah 2 kali), laksa (tak banyak sebab aku tak berapa gemar laksa ni, feberet aku laksa kuah lemak resepi famili aku atau laksa johor) dan trifle sebagai pemanis mulut.

ada la sempat pulak mengkritik artikel karya tuan rumah. bukan apa, bidangnya sama dengan bidang aku, jadi aku tau apa kelemahan orang yang sama spesis ngan aku. kami cekap mengendalikan mesin dan peralatan, kami boleh menguruskan segala jenis ujikaji cuma masalah datang bila dapat result tapi tak tau nak sampaikan result. kami juga berharap orang awam mengambil tahu isu-isu dalam bidang kami sebagai mana kami juga perlu mengambil berat tentang isu semasa dalam bidang lain seperti sejarah, keagamaan, ekonomi, politik dll. namun tentulah itu sesuatu yang mustahil kerana katanya bidang kami ini amat istimewa jadi hanya orang yang hebat seperti kami saja yang mampu menguasainya. jadi, tuan rumah tadi aku rasa ini kali pertama menulis kertas kerja kerana banyak lompong-lompong yang perlu diisi. keputusan ujiannya ada, gambarajahnya dilekatkan dalam artikel, tapi penerangannya tiada, dengan alasan "mereka akan memahami, dan tak begitu penting untuk diutarakan." "ok, kalau tak penting mengapa dihabiskan masa membuat ujian perbandingan, dan keputusannya dilekatkan sekali, bukankah ini menunjukkkan ada sesuatu yang perlu kita perkatakan. atau gambarajahnya sekadar hiasan kertas semata?"

oh, aku sangat memahami keadaan itu. batin meronta supaya mereka memahami, tetapi hakikatnya tidak. kerana mereka selamanya tidak akan faham. dan ya, sebab itulah kita perlukan pandangan orang lain. kerana selalunya kita tidak dapat mencari lompong dalam karya sendiri. lebih biasa penilai itu lebih baik, kerana dapatan teknologi hasil ujian ini adalah untuk kepentingan sejagat. jadi kalau hanya tiada siapa yang memahami artikel kita, maka sesuatu perlu dilakukan. ya ya, yang ini peringatan untuk diri aku sendiri. kerana aku sendiri pun masih terkial-kial menulis.

Saturday, December 01, 2007

Resolusi Sebulan Menjelang 2008

Aku sedang berusaha untuk tidak menjadi couch potato esok malam. Kalau masa yang dihabiskan untuk melongo depan tele itu dapat digunakan untuk menghabiskan bacaan aku yang menimbun itu alangkah baiknya. Ketagihan tele pada setiap sabtu malam amatlah sukar dihakis.

BBC1 5.50 - Strictly Come Dancing
BBC1 7.15 - Robin Hood
5 7.50 - NCIS
5 8.45 - NCIS
BBC1 9.40 - Omid Djalili Show
5 10.40 - SVU

Hampir 6 jam melongo depan tele setiap sabtu.