Oh, telah berjaya menjimatkan 6 jam daripada masa melongo di depan tele. 2 jam itu dihabiskan untuk menyemak buku kira-kira peribadi dan juga akaun bersama. Urusan perlu diselesaikan sebelum vee balik kampung khamis nanti. Buku kira-kira peribadi juga dah lama tak dikemas kini. Belanja selepas ini agak terhad memandangkan beberapa ratus paun perlu diperuntukan untuk perbelanjaan ke hainan nanti.
duit duit dimana kau duit....
~~~~~~~
Hari ni jugak aku berbelanja lagi di Iceland. Macam bess pulak jadi aktiviti mingguan berbelanja di sana. Petang ke govanhell (ikut sebutan glaswegian) makan nasi tomato (tambah 2 kali), laksa (tak banyak sebab aku tak berapa gemar laksa ni, feberet aku laksa kuah lemak resepi famili aku atau laksa johor) dan trifle sebagai pemanis mulut.
ada la sempat pulak mengkritik artikel karya tuan rumah. bukan apa, bidangnya sama dengan bidang aku, jadi aku tau apa kelemahan orang yang sama spesis ngan aku. kami cekap mengendalikan mesin dan peralatan, kami boleh menguruskan segala jenis ujikaji cuma masalah datang bila dapat result tapi tak tau nak sampaikan result. kami juga berharap orang awam mengambil tahu isu-isu dalam bidang kami sebagai mana kami juga perlu mengambil berat tentang isu semasa dalam bidang lain seperti sejarah, keagamaan, ekonomi, politik dll. namun tentulah itu sesuatu yang mustahil kerana katanya bidang kami ini amat istimewa jadi hanya orang yang hebat seperti kami saja yang mampu menguasainya. jadi, tuan rumah tadi aku rasa ini kali pertama menulis kertas kerja kerana banyak lompong-lompong yang perlu diisi. keputusan ujiannya ada, gambarajahnya dilekatkan dalam artikel, tapi penerangannya tiada, dengan alasan "mereka akan memahami, dan tak begitu penting untuk diutarakan." "ok, kalau tak penting mengapa dihabiskan masa membuat ujian perbandingan, dan keputusannya dilekatkan sekali, bukankah ini menunjukkkan ada sesuatu yang perlu kita perkatakan. atau gambarajahnya sekadar hiasan kertas semata?"
oh, aku sangat memahami keadaan itu. batin meronta supaya mereka memahami, tetapi hakikatnya tidak. kerana mereka selamanya tidak akan faham. dan ya, sebab itulah kita perlukan pandangan orang lain. kerana selalunya kita tidak dapat mencari lompong dalam karya sendiri. lebih biasa penilai itu lebih baik, kerana dapatan teknologi hasil ujian ini adalah untuk kepentingan sejagat. jadi kalau hanya tiada siapa yang memahami artikel kita, maka sesuatu perlu dilakukan. ya ya, yang ini peringatan untuk diri aku sendiri. kerana aku sendiri pun masih terkial-kial menulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment