Free Delivery on all Books at the Book Depository

Wednesday, December 19, 2007

Eid Mubarak

Kullu sanah wa ant bittoiyyib bak kata orang Mesir.


Wilayah autonomi Glasgow macam biasa...raya sentiasa lewat daripada semua tempat, termasuk negara jiran, Edinburgh. Glasgow sambut Aidiladha pada hari Khamis, tempat lain semuanya beraya esok. Tapi kali ni aku raya esok, sebab nak ke luar negara ke Edinburgh untuk urusan visa. Kalau bangun awal aku kejar train sebelum kul 8 dari Queen St., solat kat Masjid Edinburgh. Kalau bangun macam hari-hari biasa, alamatnya takbir sorang-sorang dalam train nanti. Dengar kabarnya budak-budak Libya tetap nak buat solat gak esok kat uni, tak tau jadi ke dak.

Aku pulak dah ada jemputan open house khamis nanti. Kalau sempat aku gi lepas keja. Kalau agak-agak kemalasan melanda, dinner di rumah saja depan tele.

0 comments: