Sunday, May 31, 2009

Fermat's Room Vs Angels and Demons


Think inside the box!


Hari ni 'terpaksa' menonton lagi. Dah jadi terpaksa sebab dah buat kad cineworld unlimited. Kalau tak nonton rugi la kan dok bayar bulan-bulan. Filem Fermat's Room ni dari Sepanyol. First time jugak dengar filem walaupun kat Sepanyol sana dah ditayangkan tahun 2007.

Plotnya lebih kurang macam Setan dan Malaikat :), cerita progress dengan penyelesaian satu demi satu enigma. Empat orang ahli matematik telah dijemput oleh Fermat ke satu tempat, lepas tu dikunci dalam satu bilik yang macam kotak dan dikehandaki menjawab enigma dalam masa seminit. Ikut jemputan tu semua orang kena guna pseudonyms, masing-masing kena buat-buat tak kenal. Kalau dalam AAD dia bagi sejam untuk selesaikan dengan menjawab soalan berkaitan sejarah ahli sains yang dihukum bunuh oleh gereja, dalam FR enigmanya adalah persoalan seharian yang berasaskan matematik. Cuma bezanya dalam FR, tekanan lebih sebab kalau jawab salah bukannya orang lain yang kena bunuh, sebaliknya mereka sendiri sebab setiap kali jawapan salah diberi saiz bilik semakin berkurang.

Ceritanya ada twist sikit, yang disangka merancang pembunuhan tu pun sebenarnya tak bersalah, perkara yang berlaku secara kebetulan nampak macam dirancang. Walaupun AAD pun ada sedikit twist, nampak tak suspense. Sebelum menonton AAD, aku tak pernah baca pun bukunya, dan dua-duanya aku tak tau sinopsis. Jadi kiranya dua-dua pun main redah saja. Yang mana aku lagi suka? Tentulah FR, dengan setting yang sangat simple, tak perlu special effect lebih-lebih pun berjaya mencipta suspense. Dan bagi aku, persoalan konflik perhubungannya lebih ekslusif, berbanding FR yang lebih bersifat umum.

Filem ni tak popular sangat kot, dalam panggung tu pun ada 2 saja penonton :)

Monday, May 18, 2009

Gatal

Muka aku sangat gatal sekarang ni. Kegatalan bermula sejak di Isketambola. Hari kedua dah mula menggatal. Aku pun tak pasti sama ada sebab cuaca, pencemaran udara ataupun makanan yang tetiba mengejutkan eczema yang tidur ni. Balik Glasgow sekejap je baik, jadi balik dah. Leceh sungguh la...

Atopic eczema (aka infantile e., flexural e., atopic dermatitis) is an allergic disease believed to have a hereditary component, and often runs in families whose members also have hay fever and asthma.

Ketiga-tiga yang disebut kat atas tu ada kat aku, cuma asthma ngan hay fever tengah tidur la takde lagi yang mengejutkan. Kalau yang tu pun ter trigger tak jadi apa kerja la jawabnya.

Nampak tak pipi si comel ni...macam tu la pipi ngan dahi aku sekarang ni. Kering dan gatal :(

Wednesday, May 13, 2009

Learn, unlearn, relearn

Aku rasa lawatan aku ke kota dua benua sangat bermakna. Sekurang-kurangnya banyak jugak membetulkan salah faham aku tentang Turki, tentang sejarah kerajaan Uthmaniyyah dan yang penting berada di Istanbul sedikit telah mengubah pandangan aku terhadap Mustafa Kemal Ataturk.

Kalau sebelum ke sana, apa yang aku tau tentang Ataturk hanyalah berdasarkan daripada yang ditulis dalam buku sejarah. Selalunya, apa yang ditulis adalah selected items, berdasarkan kecenderungan penulis la kan. Contoh mudah, kita dah biasa baca atau dengar tentang Ibnu Sina sebagai tokoh ilmuwan muslim. Jadi, seantero dunia Islam mengkagumi Ibnu Sina kerana berperibadi mulia, kerana cerita yang dipaparkan adalah yang baik-baik saja. Tapi bila baca biodata Ibnu Sina, dapatlah lebih kenal dengan peribadinya. Orangnya biasa saja. Alcoholic. Memang kerjanya siang malam belajar, tapi wine adalah teman karib semasa bekerja. Ibnu Sina tidaklah sebaik-baik umat rupanya. Jadi, tidak ada manusia biasa yang sempurna dalam dunia ni. Sebaliknya, yang disangka jahat itu tidaklah sejahat mana pun. At least, itulah pendapat aku sekarang terhadap Ataturk ini.

Sebelum ni bagi aku Ataturk ni antara yang paling layak dilaknat. Sampaikan bila orang kata mayat dia tak diterima bumi pun aku cakap padan muka, walaupun aku tak percaya sangat cerita-cerita macam tu. Tapi bila kena kat Ataturk, aku harap cerita tu betul. Sebabnya dia sanggup meruntuhkan kerajaan 'Islam' Uthmaniyyah, membawa Turki daripada sebuah negara Islam kepada sekular, sangat nasionalis sampai azan pun tak mau dalam bahasa Arab. Semua nak dibuat dalam bahasa Turki.


Tapi bila melawat ke istana yang pernah menjadi tempat tinggal khalifah 'Islam' Uthmaniyyah, aku rasa kalaulah aku berpeluang hidup pada zaman tu, ada jugak la peluang aku join gerakan Ataturk walaupun tak semua dasar nasionalis dia yang aku setuju. Kerajaan Uthmaniyyah yang dikatakan kerajaan 'Islam' tu pun sebenarnya tidak lah mempunyai semangat pemerintahan berdasarkan apa yang Islam suruh, melainkan secara kosmetik dan plastiknya saja. Asasnya pun dah tak kena, kerajaan yang kepimpinannya diwarisi oleh keturunan tak layak digelar kerajaan Islam. Dan Islam tidak membenarkan umatnya bermewah-mewahan, apatah lagi pemimpin yang memegang amanah. Istana besar lengkap dengan haremnya, perhiasan mewah dengan kristal, emas, perak rasanya sangat melampau. Pinggan mangkuk bejana daripada emas dan perak, baju khalifah daripada sutera dan buaian putera mahkota daripada emas nampak sangat dah menyalahi apa yang disuruh. Nama saja pemerintah Islam tapi cara hidup sebenarnya macam raja-raja Eropah. Sistem feudal. Konsep asal katanya sultan/khalifah adalah bayang-bayang Allah di muka bumi(berdasarkan penerangan bus sightseeing), tapi lama-lama semuanya lupa dengan tanggungjawab. Pemerintah sibuk bermewah-mewah sedangkan nasib rakyat tak dipedulikan. Patutlah Turki menjadi sebuah republik. Mustafa Kemal mungkin mengubah Turki secara drastik dan ekstrim, tapi secara peribadi aku rasa sikap Bani Uthmaniyyah sendiri sebenarnya yang menjatuhkan kerajaannya.



Pada dasarnya aku kagum dengan semangat nasionalis Turkistan ni. Negaranya tunggal, bahasanya pun bukanlah meluas sangat digunakan, tapi rakyat dia sangat cool. Langsung tak hilang keyakinan dengan bahasa sendiri. Takde rasa bersalah pun bila tak reti bercakap bahasa omputeh, kadar celik huruf lebih tinggi daripada Malaysia. Agaknya pengalaman masa bahasa Arab jadi bahasa rasmi dulu dah mengajar depa supaya cintakan bahasa sendiri. Yelah, sapa lagi nak daulatkan bahasa sendiri kan.



Ada dua istana utama yang digunakan oleh khalifah Uthmaniyyah, Topkapi Sarayi (Palace) yang lebih awal sebelum khalifah-khalifah yang akhir berpindah ke Dolmabahce Palace yang lebih mewah. Mustafa Kemal jugak menjadikan Dolmabahce sebagai pusat pentadbiran masa dia jadi presiden. Bilik tempat dia meninggal pun masih dikekalkan keadaannya. Di Dolmabahce bahan pameran dan tayangan adalah koleksi istana di bahagian harem, banyak kepada pinggan mangkuk (emas, perak, jed) dan perabot. Bahagian Selamyik (pentadbiran cuma tunjuk bilik-bilik dengan perabot).


Di Topkapi ada lebih banyak bahan pameran termasuklah baju khalifah buatan sutera semuanya, harta-harta Ismet (khalifah) di dalam dan diluar negari seperti batu-batu permata berlian, delima, zamrud, jed dan macam-macam lagi. Oh, ada buaian putera mahkota yang dibuat daripada emas.

Ada satu kawasan pameran khas barang-barang kepunyaan nabi-nabi. Ada tongkat Nabi Musa, serban Nabi Yusuf, gigi, janggut, tapak kaki dan pedang Rasulullah dan para sahabat. Ada juga kunci-kunci Kaabah sejak zaman dulu. Kawasan ni memang dikawal ketat. Aku baca kenyataan kat pintu masuk bilik ni yang mengatakan selagi Turki wujud di dunia ni, selagi itulah barang-barang ni akan tetap terpelihara. Secara peribadi, aku bukanlah anti dengan usaha memelihara barangan yang dianggap sangat bernilai dan 'sacred'. Cumanya, Nabi tak berpesan supaya kita jaga pedang, jaga bekas tapak kaki Baginda. Yang disuruh kita jaga adalah agama kita. Pedang, tongkat dan serban hanyalah material. Ntah, sebenarnya aku pun tak berapa yakin dengan kesahihan koleksi tu. Perlu ke kita tengok tongkat tu untuk percaya adanya Nabi Musa? Mungkin jugak lain orang lain pandangan tentang kepentingan adanya koleksi macam ni.


Banyak lagi yang tersirat daripada perjalanan ke sana. Melawat Istanbul di dua benua membuatkan aku terasa bagaikan membaca sebuah lagi buku sejarah, sejarah Turki dan sejarah Islam daripada dimensi yang berlainan.

Tuesday, May 12, 2009

Kota dua benua

Dah dekat 2 minggu balik dari Isketambola tapi gambar-gambar baru saja dipindahkan daripada kamera ke komputer. Banyak sangat gambar, sakan memukul gambar sampai 2 kali bateri kamera habis. Nak letak semua kat sini lambat pulak jadinya nanti.

Landmark terkenal

Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru




Medan Sultanahmet dan Aya Sofia di Istanbul Lama

Muzium Aya Sofia-Gereja di zaman Justinian, masjid di zaman al-Fateh



Aya Sofia lagi
Bisilica Cistern - Takungan air dari zaman Rom








Turki rupanya tanah asal tulip, patutlah banyak sungguh tulip di merata-rata. Tulip hanya diperkenalkan ke Eropah pada kurun ke 16 oleh duta kerajaan Uthmaniyyah ke sana. Masa ni baru ja lepas festival tulip kat taman ni.












Pintu pagar Dolmabahce Palace
Hiasan dalaman Dolmabahce Palace

Bangunan pentadbiran Dolmabahce Palace - Selamyik



Bot yang menjual sandwich ikan

Istanbul yang padat

Selalu amik gambaq bangunan dan bunga, ada la orang tu komplen sebab aku tak amik gambaq orang..jadi kali ni aku try amik gambaq orang Turki di Medan Taksim

Medan Taksim di Istanbul Baru


Jambatan Galata dan menara Galata di daerah Beyoglu, Istanbul Baru





Topkapi Palace

Rumah di pinggiran Bosphorus

Tuesday, May 05, 2009

Jalan-jalan Easter - Land's End

Lepas sarapan baki nasi goreng, roti naan dan sardin goreng terus bertolak dari Youth Hostel. Baru la nampak pemandangan sekeliling, nasib baik tak lalu jalan masa masuk ke sana. Sempat la tengok dartmoor pony yang ada kat luar hostel, dengan anjing yang mengawal.



Ni la dia kawasan taman negara depa. Takdak la pokok-pokok macam taman negara kat Malaysia

Destinasi pertama adalah Tintagel, nak tengok kastilnya. Aku pun tak ingat sebenarnya kat mana aku penah tengok, tapi tempat ada la kaitan dengan Arthur, Merlin kan kawan-kawannya pahlawan meja bulat tu. Pekan Tintagel kecik saja, rumah-rumah pun kecik, jalan berbukit curam. Nak ke kastil rupanya kena berjalan jauh, rupanya tinggal runtuhan saja. Di sinilah dikatakan tempat lahir King Arthur. Letih jugakla memanjat bukit nak sampai ke atas, tak sempat nak menengok sangat sebab kesuntukan masa. Tapi sempat jugak la merasa cornish pastry yang sangat popular tu, inti cheese n onion la, takkan nak makan yang ada daging pulak. Terasa macam makan karipap yang sangat besar, cumanya pastrinya dibakar bukannya bergoreng macam karipap. ala karipap tu pun bukannya makanan tradisi kita kan, namanya pun curry puff, dah tentula lebih kurang ja kan.








Pernah tengok Doc Martin? Lokasi citer ni kat kawasan Cornwall ni la. Kat Port Isaac. Jadi si Khairyn sangatla teringin nak menengok tempat yang nampaknya sangat cantik dalam drama tu. Malangnya ruang letak kereta sangat terhad, takdak langsung kosong. Maklumla pekan kecik. Jadi sebagai ganti aku cadangkan kat Khairyn suh ke Port Quin saja. Yang penting ada port jugak kat depan tu, kan Khairyn kan....


Lepas tu terus bergerak ke Land's End. Ala..tempat paling hujung kat England, kalau di sebelah utara tempat yang paling hujung adalah John O'Groat. Ni kali kedua aku ke sini, kali pertama aku ke sini dengan arwah Efa dan Hamdani, pasangan suami isteri yang terkorban dalam tsunami Acheh dan Faza. Bayu Atlantik masih macam dulu, cuma dulu masa mai sini hujan jadi ombak dan angin kuat. Kali ni pengunjung lebih ramai, dan jambatan gantung dah ditutup sebab tali jaringnya dah terkoyak. Dan aku terkenangkan Efa, sungguh apa yang terjadi ada hikmahnya. Rupanya hikmah tidak dikurniakan anak kerana ajal kedua-duanya ditakdirkan mati pada usia muda. Dan aku jugak yang terkilan sebab sentiasa bertangguh melawat Efa di Acheh walaupun dah beberapa kali dok jumpa dia di Tanjung.

Land's End dan kenangannya ditinggalkan. Cadangan asalnya nak menyinggah ke Bath. Tapi masa tu dah pukul 5, kalau singgah pun boleh tengok bandarnya saja. Jadi terus balik ke Hull, masa kat tengah jalan tu singgah solat lagi. Lepas solat driver kata nak tidoq sat, aku pun lelap la sekali. Dah tu nak buat pa lagi kan. Kononnya nak bangunla bila kereta mula bergerak, tapi tu la. Kalau dah lelap berat sungguh nak buka mata, sudahnya driver memandu dengan menggunakan auto co-pilotnya iaitu akak garmin sejam lepas tu baru aku terjaga hehehehe...

Pakcik tukang pukul gambar tu agak kecewa sebab kami tak letak nama tempat yang exotic kat signpost ni, kiranya Glasgow tak seexotic muka kami heheheh

Last/First House ni dah ditutup

Land's End dalam bahasa Inggeris dan Cornish, bendera dia pun ada


Atlantik yang membiru