Aku rasa lawatan aku ke kota dua benua sangat bermakna. Sekurang-kurangnya banyak jugak membetulkan salah faham aku tentang Turki, tentang sejarah kerajaan Uthmaniyyah dan yang penting berada di Istanbul sedikit telah mengubah pandangan aku terhadap Mustafa Kemal Ataturk.
Kalau sebelum ke sana, apa yang aku tau tentang Ataturk hanyalah berdasarkan daripada yang ditulis dalam buku sejarah. Selalunya, apa yang ditulis adalah selected items, berdasarkan kecenderungan penulis la kan. Contoh mudah, kita dah biasa baca atau dengar tentang Ibnu Sina sebagai tokoh ilmuwan muslim. Jadi, seantero dunia Islam mengkagumi Ibnu Sina kerana berperibadi mulia, kerana cerita yang dipaparkan adalah yang baik-baik saja. Tapi bila baca biodata Ibnu Sina, dapatlah lebih kenal dengan peribadinya. Orangnya biasa saja. Alcoholic. Memang kerjanya siang malam belajar, tapi wine adalah teman karib semasa bekerja. Ibnu Sina tidaklah sebaik-baik umat rupanya. Jadi, tidak ada manusia biasa yang sempurna dalam dunia ni. Sebaliknya, yang disangka jahat itu tidaklah sejahat mana pun. At least, itulah pendapat aku sekarang terhadap Ataturk ini.
Sebelum ni bagi aku Ataturk ni antara yang paling layak dilaknat. Sampaikan bila orang kata mayat dia tak diterima bumi pun aku cakap padan muka, walaupun aku tak percaya sangat cerita-cerita macam tu. Tapi bila kena kat Ataturk, aku harap cerita tu betul. Sebabnya dia sanggup meruntuhkan kerajaan 'Islam' Uthmaniyyah, membawa Turki daripada sebuah negara Islam kepada sekular, sangat nasionalis sampai azan pun tak mau dalam bahasa Arab. Semua nak dibuat dalam bahasa Turki.
Tapi bila melawat ke istana yang pernah menjadi tempat tinggal khalifah 'Islam' Uthmaniyyah, aku rasa kalaulah aku berpeluang hidup pada zaman tu, ada jugak la peluang aku join gerakan Ataturk walaupun tak semua dasar nasionalis dia yang aku setuju. Kerajaan Uthmaniyyah yang dikatakan kerajaan 'Islam' tu pun sebenarnya tidak lah mempunyai semangat pemerintahan berdasarkan apa yang Islam suruh, melainkan secara kosmetik dan plastiknya saja. Asasnya pun dah tak kena, kerajaan yang kepimpinannya diwarisi oleh keturunan tak layak digelar kerajaan Islam. Dan Islam tidak membenarkan umatnya bermewah-mewahan, apatah lagi pemimpin yang memegang amanah. Istana besar lengkap dengan haremnya, perhiasan mewah dengan kristal, emas, perak rasanya sangat melampau. Pinggan mangkuk bejana daripada emas dan perak, baju khalifah daripada sutera dan buaian putera mahkota daripada emas nampak sangat dah menyalahi apa yang disuruh. Nama saja pemerintah Islam tapi cara hidup sebenarnya macam raja-raja Eropah. Sistem feudal. Konsep asal katanya sultan/khalifah adalah bayang-bayang Allah di muka bumi(berdasarkan penerangan bus sightseeing), tapi lama-lama semuanya lupa dengan tanggungjawab. Pemerintah sibuk bermewah-mewah sedangkan nasib rakyat tak dipedulikan. Patutlah Turki menjadi sebuah republik. Mustafa Kemal mungkin mengubah Turki secara drastik dan ekstrim, tapi secara peribadi aku rasa sikap Bani Uthmaniyyah sendiri sebenarnya yang menjatuhkan kerajaannya.
Pada dasarnya aku kagum dengan semangat nasionalis Turkistan ni. Negaranya tunggal, bahasanya pun bukanlah meluas sangat digunakan, tapi rakyat dia sangat cool. Langsung tak hilang keyakinan dengan bahasa sendiri. Takde rasa bersalah pun bila tak reti bercakap bahasa omputeh, kadar celik huruf lebih tinggi daripada Malaysia. Agaknya pengalaman masa bahasa Arab jadi bahasa rasmi dulu dah mengajar depa supaya cintakan bahasa sendiri. Yelah, sapa lagi nak daulatkan bahasa sendiri kan.
Ada dua istana utama yang digunakan oleh khalifah Uthmaniyyah, Topkapi Sarayi (Palace) yang lebih awal sebelum khalifah-khalifah yang akhir berpindah ke Dolmabahce Palace yang lebih mewah. Mustafa Kemal jugak menjadikan Dolmabahce sebagai pusat pentadbiran masa dia jadi presiden. Bilik tempat dia meninggal pun masih dikekalkan keadaannya. Di Dolmabahce bahan pameran dan tayangan adalah koleksi istana di bahagian harem, banyak kepada pinggan mangkuk (emas, perak, jed) dan perabot. Bahagian Selamyik (pentadbiran cuma tunjuk bilik-bilik dengan perabot).
Di Topkapi ada lebih banyak bahan pameran termasuklah baju khalifah buatan sutera semuanya, harta-harta Ismet (khalifah) di dalam dan diluar negari seperti batu-batu permata berlian, delima, zamrud, jed dan macam-macam lagi. Oh, ada buaian putera mahkota yang dibuat daripada emas.
Ada satu kawasan pameran khas barang-barang kepunyaan nabi-nabi. Ada tongkat Nabi Musa, serban Nabi Yusuf, gigi, janggut, tapak kaki dan pedang Rasulullah dan para sahabat. Ada juga kunci-kunci Kaabah sejak zaman dulu. Kawasan ni memang dikawal ketat. Aku baca kenyataan kat pintu masuk bilik ni yang mengatakan selagi Turki wujud di dunia ni, selagi itulah barang-barang ni akan tetap terpelihara. Secara peribadi, aku bukanlah anti dengan usaha memelihara barangan yang dianggap sangat bernilai dan 'sacred'. Cumanya, Nabi tak berpesan supaya kita jaga pedang, jaga bekas tapak kaki Baginda. Yang disuruh kita jaga adalah agama kita. Pedang, tongkat dan serban hanyalah material. Ntah, sebenarnya aku pun tak berapa yakin dengan kesahihan koleksi tu. Perlu ke kita tengok tongkat tu untuk percaya adanya Nabi Musa? Mungkin jugak lain orang lain pandangan tentang kepentingan adanya koleksi macam ni.
Banyak lagi yang tersirat daripada perjalanan ke sana. Melawat Istanbul di dua benua membuatkan aku terasa bagaikan membaca sebuah lagi buku sejarah, sejarah Turki dan sejarah Islam daripada dimensi yang berlainan.
Wednesday, May 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
jatuhnya sebuah kerajaan, apabila pemimpinnya jauh dari tuntutan agama huhuhu..
sepatutnya kita belajar dari sejarah bukan ulang balik sejarah. but then history does tend to repeat itself.
huhuhu bilalah boleh pi Turkey and Iran ni hehehehe
Sesungguhnya manusia tidak pernah mahu belajar dari sejarah. pada mereka, sejarah adalah sejarah! tak lebih dari itu. padahal sejarahlah penting untuk membimbing kita supaya tidak mengulangi kesilapan orang2 masa silam dan jadikan kejayaan sebagai contoh bagi menjadi orang yg lebih baik. tapi kat malaya sejarah dah tunggang langgang sampai budak pun tak minat belajar sejarah.
huhuhu .. macam bersyarah la pulak! hahahahhaha
khairyn,
jom jom..weiii aku paris tak sampai lagi ni...madrid camna? tren trip tu camna? si iina tu dah kasi hint morocco tu..wahh semangat aku ni...jangan tanya study aku je hahahhaha
izinni,
kalau tengok silibus sejarah zaman aku dulu pun..bukannya dia cerita pasal pengajaran pun..dia suh hafal citer jek..tu pun fakta ntah betul ntah idak
Amboi korg. Haha aku pun tgh survey nk p marakesh. Study? Cam xbiasa jgn tanya soklan cepu emas.
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment