Sunday, August 31, 2008

Sambut bersambut

Untuk yang berada di Malaysia, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Tanah Melayu. Rutin tiap-tiap tahun, mesti akan ditunjukkan dengan bangga betapa orang terdahulu telah berjuang mempertahankan negara daripada penjajah. Tapi yang selalu kita lupa, kalau takdak penjajah pun belum tentu kita aman. Sesama sendiri pun pun boleh gaduh, gila kuasa semuanya. Psiko semuanya.

Sekarang ni pun, ada ke mana-mana negara paksa kita ikut dan patuh pada budaya dia, tapi kita cedok jugak dengan sukarela dan senang hatinya budaya orang lain. Yang heran tu, yang baik-baik tak mau dicedok, yang tak elok jugak nak diikut. Jadi, adakah kita sebenarnya dah merdeka? Sendiri mau ingat la..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sampai ketika aku menaip ni, belum dapat berita tarikh nak mula puasa di Glasgow. Walaupun katanya Masjid di London dah isytihar puasa bermula Isnin, kami di wilayah autonomi Glasgow akan tetap mengikut keputusan masjid setempat walaupun ada kebarangkalian kami akan berpuasa lewat sehari macam tahun-tahun lepas.

Tahun ni insyaallah dapat buka puasa dengan lebih proper. Tak macam tahun lepas, buka dengan melanggah segelas air kosong sambil pegang buffer. Lepas tu, baham Snickers tak ingat punya. Tapi masih tak pasti dapat join tarawih berjemaah ke tak, isyak lewat jugak ni. Risau jugak aku nak balik lewat-lewat malam ni.

Semoga kita sama-sama mengambil kesempatan menambahkan apa-apa yang masih tercicir dalam kehidupan pada Ramadhan kali ini, gunakan hari-hari yang ada sebaik mungkin. Kerana belum pasti kita akan bayar fitrah pada tahun ni, dan kalau berkesempatan membayar fitrah tahun ni, belum tentu lagi kita akan bertemu Ramadhan selepasnya.

Ramadhan Mubarak!

Saturday, August 30, 2008

Lapisan perak di balik awan mendung


Hari Khamis ada temujanji klinik diabetes. Kira aku ni dah sebelah kaki la melangkah ke kelab orang yang manis-manis belaka ni. Mula-mula kena buat pemeriksaan kaki. Pedorthist (erkk pakar kaki?) tu sangat peramah. Sambil dok periksa nadi saraf dia sembang-sembang banyak jugak la. Bagitau kenapa aku kena amik pemeriksaan tu. Setahun sekali aku akan jumpa dia. Alhamdulillah nadi, aliran darah dan segala saraf kat kaki berfungsi normal. LOW RISK.

Lepas tu jumpa pakar pemakanan pulak. Sembang-sembang pasal menu makanan seharian. Setakat aku dah kurangkan makan nasi, roti pun dah makan wholemeal, lepas tu sayur dan buah pun aku pastikan 5 bahagian sehari. Senang je, aku amik buah 3 bahagian, sayur 2 bahagian. Pagi biasanya bubur oat, campur kismis dan buah sebiji. Dalam kul 11 makan buah lagi, tengah hari buah lagi. Petang pun buah, malam aku buat proper meal. Ada hari-hari tak makan nasi tu rasa macam nak menangis saja..harusler..meratah sayur ataupun salad ja kan..tapi tahan saja la. Yang penting kena turunkan balik paras gula. Cuma rasanya aku takleh nak tukar minum semi-skimmed atau skimmed milk, jadi aku nak kekalkan je whole milk. Terasa macam minum air sejuk dari gelas bekas susu je..warna ada tapi lemak berkrim susu dah takdak.

Pastu jumpa balik misi hari tu. Setakat ni, aku masih dalam peringkat kawalan melalui pemakanan lagi. Belum sampai tahap kena amik ubat.Urine test pun clear hari ni. Harus ler, kawal makan bagai nak rak kan. Kolesterol pun 5.8, kalau orang biasa tu kira normal. Tapi sebab aku kategori luar biasa, target limit tu diturunkan kepada 5.0. Adeh! Satu kerja lagik.

Yang bessnya, aku dapat glucometer free hehhehe. Kira ada la jugak rahmat sekalian alam tu. Kalau kat mesia rasanya rega dia mahal jugak. Yang ni aku dapat, tapi lepas habis lancet dan strip yang dia bagi tu, kena amik melalui prescription la. Bayar la nampaknya. Terus ler mengetest untuk kali pertamanya. Wahhhhhh..udah turun ke 6.4, target aku kena kekalkan <7.0. Boleh tahan la jugak keberkesanan kawalan makan selama seminggu lebih ni.

Tapi lagi 3 bulan kena buat pemeriksaan lagi. Maklumler pra-ahli kelab. Kiranya masalah pemakanan aku dah ok, tapi misi tu kata aku tetap dikira berisiko tinggi sebab genetik. Adoi! Yang tu tak dapek la den nak nolong. Tapi misi tu cakap, kalau aku on medication aku dapat lancet ngan strip tu. Kiranya ada jugaklah rahmat disebalik bala kata misi tu huhuhuhu

Tuesday, August 26, 2008

Randy Pausch's Last Lecture

Randy Pausch ni Professor di Carnegie Mellon Uni. Dia dah meninggal sebulan lepas.


Monday, August 25, 2008

(Juara+Juara+Juara)^2

Gambar disalin tampal dari laman web hijaukuning.com

Tahniah untuk pasukan Kedah. Dabel treble eh depa kata. Tahun lepas menang tiga, tahun ni pun menang tiga jugak. Jugak tahniah kepada penyokong-penyokong yang setia bersama jatuh bangun pasukan Kedah. Aku dah lama tak ikut perkembangan bola sepak di Malaysia. Errr..sebenarnya perkembangan bola kat mana-mana pun aku tak ikut sangat pun huhuhuhu

Aku memang bukan penyokong setia. Dulu-dulu ada gak la amik tau, sebab abang ipar selalu pi tengok kalau ada perlawanan yang melibatkan Kedah. Fanatik tu tak la sangat. Tapi adik abang ipar aku penah ler cat keta dia sebelah hijau, sebelah kuning. Muka dia aku tak pasti dia cat ke tak masa pi tengok perlawanan tu. Tapi yang best tu, masa aku kat sekolah dulu bila balik dari kampung lepas habis cuti sekolah. Kebetulan masa tu Kedah menang Piala Malaysia, aku lalu kat mana ntah, tiba-tiba dengar bunyi sora orang nyanyi lagu Hijau Kuning. Ingatkan sapa. Budak-budak tingkatan aku. Rupanya depa nyanyi untuk aku. Bangga siot! Pe lagik, siap senyum sambil buat lambaian juara la aku pun hahhahah

Friday, August 22, 2008

Edinburgh Festival

Hari ni aku, Khairyn, Mimi dan Sue melangkah dengan penuh semangat ke Malaysian Pavilion di Edinburgh (sebutan 'edinb(e)re) Festival. Yang semangatnya sebab dah tentu ada Malaysian Kitchen. Harapan tu besar gak le. Ingatkan ada pesta promosi makanan mesia. Jadi aku dok target nak makan nasi kerabu, atau patin masak tempoyak ke huhuhuhu. Esok hari terakhir, sampai 2 petang je. Kami bajet kalau ada macam banyak makanan mesti la kita perlukan masa yang lama lepak kat situ, sebab dah banyak makanan yang diidamkan. Tu yang semangat pi jugak hari ni sebab ada sampai jam 7 petang.


Kedudukan agak tersorok. Jauh daripada pusat bandar. Mudah untuk yang berkereta sebab ada tempat parkir, tapi seksa ler bagi yang menapak. Dari stesen ketapi nak menapak ke Holyrood tu mau setengah jam jugak.

Khairyn dan Sue, macam biasa ler menggunakan tiket bekas kuli bidang persuratkhabaran untuk menabur janji-janji manis. Temuramah bagai, nak promosi katanya. Dan kami jugak tak lupa mengisi borang peraduan yang menjanjikan hadiah percutian ke Malaysia. Harap-harap menang ler. Boleh la jimat sikit tambang balik nanti.

Makan time! Sangat kecewa la jugak. Pilihan tak banyak sangat. Char kuey tiaw, sate, roti canai dengan kari dan air kelapa muda. Ada jugak minuman panas. Kiranya hancur ler anganku nak makan nasi kerabu dan patin masak tempoyak huhuhuhu. Bersemangat makan sate, kuey tiaw dan air kelapa. Siap dapat rasa teh tarik lagik.


Sate itu sepaun secucuk, tapi kuahnya sedap . Teringat pulak nak makan sate kajang. Oh, dan kuku berwarna seperti jari kesepitan itu adalah fesyen gothic muslimah terkini!


Test main wau. Dah lama sangat tak main. Tapi pegang sat saja la..

Puas ati adik ni. Lepas tengok dayak, dapat makan char kuey tiaw.

Harap-harap menang la percutian ke mesia tu ....

Lepas dah setel semuanya, ke Edinburgh Castle untuk ke sekian kalinya. Aku ngan Khairyn je masuk. Mimi ngan Sue gi jenjalan. Seminggu festival ni orang ramai ler..banyak jugak pertunjukan jalanan. Yang paling menarik adalah Edinburgh Tatoo yang dibuat kat depan Edinburgh Castle. Sebenarnya berhajat jugak nak tonton Edinburgh Tatoo ni, tapi tu la, tiketnya dah sold out sejak bulan 12 tahun lepas. Kiranya untuk pertunjukan tahun depan, kena beli bulan 12 nanti la. Kalau idak, kempunan ler aku ngan Khairyn nak tengok tatoo ni.


Wednesday, August 20, 2008

Fennel head

Hari ni kali pertama aku merasa fennel head (atau fennel bulb). Nak terjemah ke bahasa melayu pun tak tau. Kepala/tongkol/ubi jintan manis? Aku tengok mula-mula dok terbayang rasanya macam bawang. Agaknya sebab pengaruh rupa dia macam bawang. Tapi sebenarnya takde pun, sangat rangup, takde rasa. Tapi ada bau jintan manis la. Jadi, aku buat salad je campur ngan timun.


Dah lama teringin nak makan ikan, hari-hari makan ayam pun rasa jemu. Tu yang tadi gi kedai ikan, angkat salmon sekor..harusle tahan sebulan ikan tu. Jadi, menu hari ni adalah ubi ketela (keledek-ketela ni bahasa kampung aku) lenyek(ke lecek?), ikan salmon panggang dan salad fennel head campur timun.

Tuesday, August 19, 2008

RM50 je wehhh


Aku masukkan sikit update program Feed the Fasting ni, yang drbubbles pos kat kotak komen.




Next weekend we are starting to distribute the food packs in sg choh (kg
koskan) and perkampungan orang asli kg bukit mancung,bukit beruntung.


6-7 sept kami akan distribute pula di chemor and bukit gantang.


Kalau kat mesia RM50 mungkin kecik bagi kita, la ni pulak berapa ramai orang dok cakap rendahnya nilai RM50, sekali gi pasar dah boleh habis. Tambah-tambah kalau gi pasar ramadhan. Mau sekali gi dah habis. Nak buka puasa kat hotel lagi la, terus tak cukup. Tapi di sekeliling kita akan ada yang akan menghargai nilai RM50 untuk memenuhi keperluan kehidupan.


Untuk yang ada kat UK ni, kadarnya lebih kurang £7.70 (rate £1 = RM6.50). Tak banyak mana pun kan. Bayangkan situasi biasa masa nak berbuka, kita tak tau nak makan apa sebab tak tau nak pilih yang mana, derang lak tak tau nak makan apa sebab takde apa. Tolak ketepi la yang mengidam air tebu la, kuih tako la, itu ini.


Antara yang teringin nak makan dan yang perlu makan untuk meneruskan kehidupan. Aku rasa kebanyakan kita tak penah la lagi tak dapat makan sebab memang tak mampu nak beli makanan (tolak ketepi la yang elaun tak masuk lagi tu).


Sapa-sapa yang nak menyumbang, boleh salurkan terus kepada Islamic Relief Malaysia. No akaun boleh didapati daripada laman web IRM.

Khairyn dan aku bercadang nak organise kiriman sumbangan, kalau ada yang berminat boleh kami tolong uruskan. Boleh jimatkan kos. Kadarnya £10. Kenapa lebih pulak? Sebab nak mengirim duit tu bukan pakai angin, ada kos pengirimannya ke Malaysia. Oh, perlu dijelaskan perkhidmatan kami adalah percuma. Tiada sebarang caj dikenakan. Dan aku bukan memungut deposit untuk skim cepat kaya. Oh, kalau agak-agak takut kami guna duit tu buat tambang balik, jangan bagi ler..boleh buat sendiri. Dan kalau sesapa yang agak-agak nak bagi cek plastik yang besar bagak tu, kami bukanlah orang yang sesuai kerana takde sapa nak amik gambar masuk berita pun.


McDonald’s



Dari laman web Make Up Your Mind, beberapa persoalan aku dah terjawab. Khairyn, konpem fries mekdi kat tempat kita boleh dimakan sebab vegetarian society dah sahkan huhuhuhu. Derang dah tak letak beef talon dah. Tapi yang kat US memang fries dia bersalut lemak lembu. Yiihaaa! Lepas ni boleh kita ronggeng kat mekdi semula...

Just a question on your French fries,where do you actually get the fries themselves from?? Many thanks


The majority of McDonald’s French Fries are made by McCain’s. Russet Burbank, Pentland Dell and Shepody potatoes are used for their quality, taste and long shape when cut. The fries are cooked in dedicated frying vats in a new non-hydrogenated blend of sunflower and rapeseed oil which is suitable for vegetarians. The new oil has been developed without raising the saturated fat content or altering the taste. There are no animal fats or lards added of any kind, all that is added is a pinch of salt after cooking for taste. You can find extensive information of all McDonald's menu available in the 'Eat Smart' section of www.mcdonalds.co.uk and at www.mcdonaldsmenu.info. (July 2008)


Q. Your fries are coated in pig lard before being sent to restuarants around the world (including islamic countries) and then fried in vegetable oil. Is this true?

Firstly, many apologies for the very slow response to your question, as the site went through a few changes and technical updates some questions had slipped through so thank you for your patience. Please continue to send in your questions and check back on the site from time to time for all the latest on Make Up Your Own Mind. Regarding your question, No, this is not true. You will be happy to know that the French Fries sold in McDonald's UK are suitable for vegetarians. McDonald's UK uses new non-hydrogenated, GM free cooking oil. This reduces the levels of Trans Fatty Acids (TFAs) to their lowest possible levels - less than two percent (naturally occurring TFAs make it impossible to reach zero percent). The oil (a blend of sunflower and rapeseed) has been carefully developed to ensure it does not raise saturated fat content, or change the taste. If you are ever in doubt, you can always check the full list of ingredients at www.mcdonalds.co.uk.


Q. This is a copy of a reply email from Macdonalds in the US - "For flavor enhancement, McDonald's French fry suppliers use a very small amount of beef flavor as a natural flavoring during the par-frying process at the potato processing plant. In the restaurant, the French fries are cooked in vegetable oil." Does it apply to the UK market? thanks
No, it does not. The French Fries used by McDonald's UK are made from potatoes and a blend of non-hydrogenated sunflower and rapeseed oil. The only things that are added are dextrose at the beginning of the harvesting season, and salt, which is added in the restaurant after cooking. FEBRUARY '08 UPDATE: McDonald’s UK now do not use any hydrogenated oil in any food items across the entire menu (October 2007)

Q1. Plz clarify whether your outlets coat their french fries in pig fat. There is a nasty rumour doing the rounds and it is affecting your business. Until proper clarification most muslims wont touch your fries. Q2. Another favourite amongst Muslims is the Mcdonalds strawbery milkshake which is surrounded in controversy. Plz clarify exact ingredients. Many thanks for your co-operation.
McDonald's Strawberry Milkshake used to contain E120 cochineal, which is a natural colour sourced from animals, making this unsuitable for vegetarians or those concerned about products of animal origin. But you will be happy to know that McDonald's no longer uses this ingredient. The colouring used is a natural beetroot juice concentrate (E162) which makes the Strawberry Milkshake suitable for all to enjoy. Also you will be happy to know that there are no animal fats used in the sourcing, preparation or cooking of McDonald's French fries. (February 2008)

Monday, August 18, 2008

Untuk yang cukup (berlebih?) makan


Aku tau masing-masing pun mengeluh rega barang naik. Bila segalanya naik, yang ketara tentulah rega makanan. Nak tak nak, dah jadi keharusan tiap-tiap hari untuk makan. Dalam rega barang dok naik tak turun-turun (rega petrol dunia dah turun, mesia bila lagi?), rasanya takdak antara kita yang sampai tahap tak cukup makan kan...

Kalau ada yang rasa ada rezeki lebih (kalau dah berlebihan tu bukan hak kita lagi tuh!), jom la sama-sama ketepikan sedikit reta untuk yang lebih memerlukan. RM50 untuk satu keluarga berbuka sepanjang bulan Ramadhan. Buat masa ni Islamic Relief Malaysia (IRM) yang dah lancarkan program ni. Kat UK belum lagi.

Seruan daripada aktivis IRM, blogger drbubbles

It is just for RM50.
For that, you can ease the burden of a poor family of five during this Ramadhan. You give, Islamic Relief Malaysia buy and deliver the food package containing rice,flour,sugar,tea,canned food,salt and dates to them.
Not only you can feed the poor in Malaysia,we can also deliver it to the poor in 25 countries where we currently work to help them.


Klik sini untuk web IRM.

Saturday, August 16, 2008

Cabaran baru

Azam baru adalah nak kurangkan pengambilan karbohidrat. Tapi dinner semalam sempat jugak membaham 2 keping prata bawang dengan ayam. Sarapan oat memang dah dari semalam. Kira hari ni baru mula betul-betul nak kawal makan ni. Jadi, semalam aku masak sup keret dengan ubi merah untuk lunch hari ni. Dicicah dengan submarine loaf tu, dengan epal. Sedap? Haram! Tapi telan jugak la, memikirkan tak mau susah di kemudian hari.

Terasa sangat letih hari ni. 2-3 kali jugak la hampir terlungkup depan PC di opis. Ngantuk! Daripada dok tersengguk-sengguk, baik aku balik. Tu pun tak daya nak mendaki bukit sepanjang St. Vincent Street, rasa macam nak pensan. Bas pulak tak nampak bayang. Tapi ada ler bas dok lalu masa aku berjalan kaki tu.

Balik umah siapkan dinner. Hari ni memang tak amik nasi langsung. Ganti roti ngan jagung. Tak tau la lama mana aku boleh bertahan camni. Harap-harap lepas ni badan aku dapat terima.

Thursday, August 14, 2008

Wake up call

Hari ni seharian menguruskan pendaftaran ke GP(General Practioner a.k.a. dokter) yang dekat ngan umah. Dah dekat setahun duk sini baru teringat nak daftar. Dengan GP lama pun daftar ja tapi takde apa-apa susulan melainkan dia hantar pamplet untuk buat pap smear test huhuhu.

Tadi masa ambil borang, misi tu cakap masa hantar borang nanti boleh buat appoinment untuk check-up. OK, yang ni GP dulu tak buat pun. Dapat appointment petang tadi jugak, tapi berulang la 3 kali pi GP. Ambil borang, hantar borang dan check-up sekali. Semua elok-elok saja, tekanan darah takde masalah, yang lain-lain pun ok.

Tak cerewet sangat la sebab non-smoker, teetotal lagik. Sekali urine test tak lepas...glukos tinggi huhuhuhu...misi cakap nanti dia tanya dokter nak bagi aku balik ke tak. Sebabnya memang ada family history untuk diabetes. Arghhh sudah! Kena tunggu dokter la pulak sebab dia tengah ada orang. Tunggu punya tunggu misi cakap dokter nak jumpa, sebabnya glukos tinggi dan aku ada ahli keluarga yang terlibat.

Jumpa dokter, biasa ler dokter sini manis je muka. Sembang-sembang...dia cakap nak kena buat blood test pulak. Adeh! Blood test pun tak lepas. Bacaan 13.xx, aku tak ingat dah, nampak 13 ja huhuhuhu..dokter pun dah mula ler bertanya soklan-soklan lebih serius..maklumler dua-dua screening tak lepas. Pastu dia cakap nak amik sample darah lagik, hantar untuk ujian makmal pulak untuk pengesahan walaupun result yang dah ada tu tinggi gak kadar ketepatan nya. Besar kemungkinan ler keputusannya nanti sama jugak.

Adeh! Kena pi lagi Isnin nanti untuk menyembang, bergantung pada keputusannya nanti. Langkah pertama dia cakap kena buat meal plan, aiyakkk! Dia cakap takla sampai kena injek lagi. Pastu dia tanya famili aku ada yang injek insulin, aku cakap ada - makcik aku. Walaupun dalam rekod yang ada diabetes tu abang, pak sedara dan mak sedara, aku cakap mak cik ja la...sebab yang dua lagi yang dimaksudkan dah meninggal. Tapi sebelum meninggal tu memang depa injek la. Tu pun aku terlupa pak ngah aku pun injek jugak, kalau bagitau yang tu, sampai 4 orang harusler aku berada pada tahap sangat kritikal huhuhuhuhuh


Balik ja, aku pun apa lagi..terus la muhasabah (ingat depa ja tau guna muzakarah, muqabalah, mukhaffafah, mughallazah... aku pun reti gak).

Pagi-pagi: crunchy nuts ngan susu - kene benti sat..amik oat balik
Minum pagi: kopi - tukar teh herba je
Tengah hari :nasi secawan - nasi ni kena kurangkan
Petang: kopi - tukar teh herba je
Malam: La ni aku selalu makan nasi, lepas ni kena makan capati pulak
Rengan-rengan: Biskut, kek, coklat, aiskrim - kena benti sat...waaa baru jek semalam beli aiskrim..stok coklat, biskut ngan kek ada lagihuhuhuhu

Baru perasan dah banyak berubah pemakanan aku, dulu-dulu tak makan manis-manis sangat. La ni pantang jumpa. Dulu-dulu ada gak dok buat tortilla, makan capati, roti pita, oat...la ni asik nasi ja. Oh, beras nak kena pakai brown rice ke, beras taj mahal takde kat sini.

Pastu bila cakap ngan hosmet, dia pun mula la komplen, katanya:
1. Dulu aku makan nasi sehari sekali. La ni selalu aku makan nasi lunch ngan dinner. Pastu dia tengok nasi yang aku makan lunch tadi, 2 cawan beras - 3/4 abih huhuhuhuhu.
2. Dulu aku tak makan manis-manis, sekarang ni banyak sangat stok aku.
3. Dulu aku kerja, logik la kalau makan banyak. Dah tak kerja pun makan banyak jugak.
4. Dulu-dulu selalu makan pisang je, jarang beli anggur, stroberi dan buah-buah yang manis. La ni asik nampak anggur je.

Komen JH (si jantung hati):
1. Jaga makan, lepas ni benti dulu makan manis-manis sampai paras gula normal.
2. Kena mula senaman, pi la main badminton tu..ni pasai aku habaq Shima ngan Eda ajak main badminton tapi aku tamau huhuhuh

Komen Khairyn:
1. Result tu mungkin tak berapa tepat sebab darah diambil petang, aku siap lunch sebelum tu. Lega sikit memang pagi tadi makan semangkuk crunchy nuts (cornflakes, madu, gula dan kacang), waffle..tengah hari lak makan nasi (agak banyak), tapi masih la tinggi dan perlu dinormalkan. Sebabnya yang aku tau..selalu nak amik darah kena posa lebih kurang 8 jam ke apa..tadi memang amik on the dot la...


ps: mimi, crunchy nuts aku ada setengah bungkus lagi...nak ke?

Wednesday, August 13, 2008

Lurus

Pernah sekali masa aku pi rumah mak sedara aku gi Charuk To'Kun, aku ikut la sepupu aku pi pasar malam dekat-dekat umah dia. Masa tu aku kira kategori budak kecik la, belum sekolah lagi pun. Nak beli laksa. Sepupu aku suh aku yang bagitau kat abang man laksa tu. Pastu siap pesan tak mau otak udang ngan otak ayam. Aku pun dengan inesennya bagitau abang tu, "Laksa hat satu tu tak mau otak udang, hat satu lagi tak mau otak ayam." Masa tu abang laksa tu terus gelak, sepupu aku pun gelak, orang lain yang ada situ pun gelak.

Zaman tu otak udang kira macam status halal dia masih tak konpem lagi, jadi kononnya tak mau la makan. Otak ayam pulak, aku tau ler kadang-kadang masak gulai ataupun sup ada ler letak separuh kepala ayam. Jadi aku takdak la syak apa-apa. Ingatkan memang ada depa letak dalam laksa tu. Mana aku tau kan, nak kata tak sekolah memang pun masa tu aku tak sekolah lagi. Dan aku pun heran pasai pa depa gelak kat aku.

Abang laksa tu tanya aku, " Dik, satu tak mau otak udang kan, satu otak ayam. Pasai pa tak mau otak ayam?" Dan aku dengan selambanya cakap, "Tak makan." Depa gelak lagi. Pastu masa bagi bungkus laksa tu, abang tu ckp "Hat ni takdak otak udang, hat ni takdak otak ayam pasai abang pun tak dak otak ayam, pastu hat lain tu laksa biasa la." Sambil dok gelak-gelak kat aku.


Gambar dipinjam dari: http://www.rasamalaysia.com

Balik dari pasar malam sepupu aku tak abih lagi gelakkan aku. Pastu siap balik cerita kat semua orang, aku pi pesan laksa tak mau otak ayam. Dan semuanya gelakkan aku. Bila aku tanya pasai pa, dia cakap mana aku orang buat laksa masuk otak ayam. Takdak orang yang makan otak ayam. Pastu dia gelak lagi. Aku pun tanya balik dah tau takdak makan otak ayam pasai pa suh aku pesan camtu. Dia cakap saja je nak tengok aku camna bendul ke tak.

Dan dari mula aku pesan laksa kat abang tu, sampai la bila sepupu aku ngaku saja nak kenakan aku, aku langsung tak gelak. Aku rasa sangat teraniaya. Dan aku tak penah lupa peristiwa otak ayam tu. Sebab tu masa aku lepas SPM kot, bila sepupu aku tu asik tak lepas untuk dapatkan degree, merantau ke merata-rata, aku bersorak "Padan muka!".

Thursday, August 07, 2008

Jalan-Jalan Newcastle

Millenium Bridge waktu malam

Rasanya ketapi lalu jembatan ni..kat Quay


Millenium Bridge

Jumaat lepas aku jenjalan cari makan ke Newcastle. Ada perhimpunan musim panas katanya. Adat kita la, kalau ada perjumpaan apa-apa mesti ler berpanggang-panggangan gitu. Makan lagik!

Naik train pagi Jumaat tu. Ada masalah komunikasi tak kesampaian dengan Sanna. Ketapi aku 7.50 pagi, ketapi dia pun 7.50 gak, 7.50 petang. Sempat ler aku berhangin-hanginan dalam ketapi tu sat. Erkk, isu salah masa ketapi tu kecik ja..tapi banyak benda yang aku hangin kumulatif pada pagi Jumaat yang berbahagia itu..maka jadilah aku pengangin sepanjang perjalanan. Oh, dan tiket untuk perjalanan pergi-balik cuma £13.90 aja. Sangat murah! Tapi pagi tu hujan, takleh nak tengok pemandangan apa pun. Sampai lokasi, panas elok. Lepas makan tengah hari terus la keluar menapak ke bandarnya.


Keesokan hari baru bergeder-geder. Sempat la merasa suasana musim panas beberapa ketika sebelum hujan turun dengan lebatnya. Lepas gedering, petang tu tuan rumah bawak ler jenjalan ke Angel of the North, jambatan glemer kat Gateshead dan Tynemouth Priory & Castle ( ni la tempat penggambaran video klip lagu tema Cinta Antara Benua..dulu-dulu masa tengok cerita ni aku pelik apasal nampak cam kubur je..rupanya memang kubur).

Daging kambing ni sangat sedap!


Punya banyak sos, sampai aku boleh bawak balik sebotol. Ada jugak gunanya, buat pencicah fish & chips yang dibeli di Tynemouth. Tapi still tak dapat menandingi yang dibeli di Wick.


Angel of the North

Tynemouth Priory

Sebuah rumah api di Tynemouth


Aktiviti lain adalah sesi bergambar dengan signboard universiti dan kawasan bandar dengan Sanna, serta memburu barangan murah ni carboot sales pinggiran laut di Seaham sebelum pulang ke Glasgow.

Tuesday, August 05, 2008

Dedikasi II

Lagu ditujukan untuk Mimi dan Leyha yang sedang berbunga-bunga hati mereka.




Semoga Abadi - Mehah

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir daku sedari
Sekian lama kunanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya kujalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Kupersembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau kumiliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan kubawa sampai akhir nanti