Free Delivery on all Books at the Book Depository

Friday, August 22, 2008

Edinburgh Festival

Hari ni aku, Khairyn, Mimi dan Sue melangkah dengan penuh semangat ke Malaysian Pavilion di Edinburgh (sebutan 'edinb(e)re) Festival. Yang semangatnya sebab dah tentu ada Malaysian Kitchen. Harapan tu besar gak le. Ingatkan ada pesta promosi makanan mesia. Jadi aku dok target nak makan nasi kerabu, atau patin masak tempoyak ke huhuhuhu. Esok hari terakhir, sampai 2 petang je. Kami bajet kalau ada macam banyak makanan mesti la kita perlukan masa yang lama lepak kat situ, sebab dah banyak makanan yang diidamkan. Tu yang semangat pi jugak hari ni sebab ada sampai jam 7 petang.


Kedudukan agak tersorok. Jauh daripada pusat bandar. Mudah untuk yang berkereta sebab ada tempat parkir, tapi seksa ler bagi yang menapak. Dari stesen ketapi nak menapak ke Holyrood tu mau setengah jam jugak.

Khairyn dan Sue, macam biasa ler menggunakan tiket bekas kuli bidang persuratkhabaran untuk menabur janji-janji manis. Temuramah bagai, nak promosi katanya. Dan kami jugak tak lupa mengisi borang peraduan yang menjanjikan hadiah percutian ke Malaysia. Harap-harap menang ler. Boleh la jimat sikit tambang balik nanti.

Makan time! Sangat kecewa la jugak. Pilihan tak banyak sangat. Char kuey tiaw, sate, roti canai dengan kari dan air kelapa muda. Ada jugak minuman panas. Kiranya hancur ler anganku nak makan nasi kerabu dan patin masak tempoyak huhuhuhu. Bersemangat makan sate, kuey tiaw dan air kelapa. Siap dapat rasa teh tarik lagik.


Sate itu sepaun secucuk, tapi kuahnya sedap . Teringat pulak nak makan sate kajang. Oh, dan kuku berwarna seperti jari kesepitan itu adalah fesyen gothic muslimah terkini!


Test main wau. Dah lama sangat tak main. Tapi pegang sat saja la..

Puas ati adik ni. Lepas tengok dayak, dapat makan char kuey tiaw.

Harap-harap menang la percutian ke mesia tu ....

Lepas dah setel semuanya, ke Edinburgh Castle untuk ke sekian kalinya. Aku ngan Khairyn je masuk. Mimi ngan Sue gi jenjalan. Seminggu festival ni orang ramai ler..banyak jugak pertunjukan jalanan. Yang paling menarik adalah Edinburgh Tatoo yang dibuat kat depan Edinburgh Castle. Sebenarnya berhajat jugak nak tonton Edinburgh Tatoo ni, tapi tu la, tiketnya dah sold out sejak bulan 12 tahun lepas. Kiranya untuk pertunjukan tahun depan, kena beli bulan 12 nanti la. Kalau idak, kempunan ler aku ngan Khairyn nak tengok tatoo ni.


3 comments:

Anonymous said...

Seronok baca kisah di Ediburgh. Saya dulu pun ad berhajat mau buat MA di sana tetapi tak kesampaian. Semoga sukses nanti dan terima kasih kerana ke blog saya.

Anonymous said...

Seronok baca kisah di Ediburgh. Saya dulu pun ad berhajat mau buat MA di sana tetapi tak kesampaian. Semoga sukses nanti dan terima kasih kerana ke blog saya.

akuatik said...

Terima kasih juga melawat ke sini. Tak dapat buat MA pun masih boleh datang ke sini. Elok datang sebelum kena buat visa pelancong ni.