Jumaat lepas aku jenjalan cari makan ke Newcastle. Ada perhimpunan musim panas katanya. Adat kita la, kalau ada perjumpaan apa-apa mesti ler berpanggang-panggangan gitu. Makan lagik!
Naik train pagi Jumaat tu. Ada masalah komunikasi tak kesampaian dengan Sanna. Ketapi aku 7.50 pagi, ketapi dia pun 7.50 gak, 7.50 petang. Sempat ler aku berhangin-hanginan dalam ketapi tu sat. Erkk, isu salah masa ketapi tu kecik ja..tapi banyak benda yang aku hangin kumulatif pada pagi Jumaat yang berbahagia itu..maka jadilah aku pengangin sepanjang perjalanan. Oh, dan tiket untuk perjalanan pergi-balik cuma £13.90 aja. Sangat murah! Tapi pagi tu hujan, takleh nak tengok pemandangan apa pun. Sampai lokasi, panas elok. Lepas makan tengah hari terus la keluar menapak ke bandarnya.
Keesokan hari baru bergeder-geder. Sempat la merasa suasana musim panas beberapa ketika sebelum hujan turun dengan lebatnya. Lepas gedering, petang tu tuan rumah bawak ler jenjalan ke Angel of the North, jambatan glemer kat Gateshead dan Tynemouth Priory & Castle ( ni la tempat penggambaran video klip lagu tema Cinta Antara Benua..dulu-dulu masa tengok cerita ni aku pelik apasal nampak cam kubur je..rupanya memang kubur).
Punya banyak sos, sampai aku boleh bawak balik sebotol. Ada jugak gunanya, buat pencicah fish & chips yang dibeli di Tynemouth. Tapi still tak dapat menandingi yang dibeli di Wick.
Aktiviti lain adalah sesi bergambar dengan signboard universiti dan kawasan bandar dengan Sanna, serta memburu barangan murah ni carboot sales pinggiran laut di Seaham sebelum pulang ke Glasgow.
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment