Thursday, January 21, 2010

Yeay!

Aku baru balik dinner sempena kolokium anjuran pelajar mesia di sini. Tapi aku pi makan saja la, tak buat presentation pun. 3 hari berturut-turut sejak semalam agak kesibukan. Semalam adalah acara tahunan untuk semua pelajar PhD kejuruteraan di Strathclyde untuk membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Sepatutnya 3 tahun belajar 3 kali la present, tapi aku baru present 2 kali sebab masa kali pertama aku sepatutnya present tu aku takdak kat sini. Aku pi present paper kat Hainan yang cokia itu. Yang bestnya, rezeki aku kali ni dapat best presenter untuk design field hehehehehe...Tetiba rasa excited sebab tak terfikir langsung pasal assessment tu. Aku ingatkan satu saja pemenang untuk semua, student semua ada ratusan jugak la. Jadi tak penah terfikir peluang langsung, dan aku memang purposely prepare slides bebanyak supaya orang tak dan nak tanya. Nampak sangat tak attend majlis penutup last year sebab tu tak tau struktur penilaian hahahahaha! Tu pun semalam aku dah ingat nak balik dah pasai lama sangat tunggu. Anyway, hadiahnya adalah book token bernilai £30, bolehla nanti melancong sambil bersoping ke WHSmith hehehehe...Paola kat opis aku tanya belanja member opis ke menang, aku cakap aku menang book token, kalau nak boleh la aku buat book reading session..hahahaha! Dan jawapan yang sama juga aku tujukan buat Khairyn heheheheheh


Hari ni pulak ada 3rd year review. Kemajuan kerja memang ok alhamdulillah walaupun banyak jugak analisis yang ditanya, cuma bila cakap aku kena submit bulan 10 tu tertekan la jugak. Aku memang target tak dapat nak abih bulan 10 ni...Ntah la..baru bulan 1, harap segalanya ok...

Esok, aku kena jumpa bos pulak. Letih!

Monday, January 18, 2010

Friendship

Pengalaman aku, persahabatan dibina perlahan-lahan. Sembang-sembang, lama-lama sedar tak sedar dah jadi kawan. Jadi bila ada orang tanya, "Do you like friendship?" atau "I'd like to have your friendship" aku rasa pelik la jugak. Memandangkan yang bertanya tu pun bukan orang tempatan, jadi assumption aku orang kat negara dia memang jenis tanya dulu kot kalau nak berkawan ngan orang....Tak tau la kalau depa jenis macam Tasa, "I don't want to friend you!" Hahahahaha!

Cumanya, bila nak friend-friend macam Tasa tu tak perlu la nak bagitau single ka tak single ka, pastu tak payah la cakap "I like to know more about you" atau "I can take care of you, you can take care of me."

First time jumpa sambil tunggu bas dah gitu, yang sorang lagi tengok profile aku kat NTIG, terasa macam masuk match.com pulak hahahaha! Bak kata Khairyn, sangat berterus terang huhuhuhu.. Jadi, adakah di Asia Selatan, friendship=relationship? Cumanya, awat orang sebelah sana saja yang pakat nak friend ngan aku ni, muka aku ni betul ala-ala Kajol kot macam ada orang tu cakap hahahahaha!

Monday, January 04, 2010

Kek Hummingbird (Burung kelicap)

Tiada seekorpun burung kelicap dikorbankan untuk membakar kek ni. Aku pun tak tau pasaipa depa bagi nama hummingbird, agaknya sebab ada buah-buah manis kot. Kek ni macam kek pisang saja, cuma ditambahkan dengan nenas dan kacang pecan. Katanya kek ni berasal dari bahagian selatan Amerika Syarikat, sebelah-sebelah sana kan banyak buah-buah tropika ngan kekacang ni. Frosting kek ni aku guna frosting kek velvet tu, frosting asalnya guna banyak butter. Rasa kek ni lebih kurang kek lobak merah, lembab dan banyak bahan. Tak payah guna mixer, kacau-kacau saja semua bahan. Kek ni takleh makan banyak, cepat muak sebab dia sangat kaya dan berkrim :). Resepinya disalin kat web Joy of Baking.


Bahan-bahan (ada sesetengah bahan aku tukar tengok apa yang ada saja, aku letak resepi asal dalam kurungan tu):
110g pecan, dipanggang dan cincang
420g tepung naik sendiri (tepung gandum)
1 cmt baking soda
1/2 cmt garam
1 cmt serbuk kayu manis
3 biji telur besar, dipukul kasi kembang sikit
180ml minyak sayur (sunflower oil)
1 1/2 cmt esen vanila
230g (8 oz) nenas dalam tin dipenyek
2 cawan pisang lenyek (3-4 pisang sederhana)

Bahan untuk frosting:
115g gula aising
300ml double cream
200g soft cheese
1 cmt esen vanila
55g pecan panggang dicincang

Cara:
1. Ayak tepung, garam, baking soda, serbuk kayu manis. Campurkan gula dan kacau sebati.
2. Kacau minyak, telur, nenas, pisang, esen vanila dan kacang pecan. Tuang adunan basah ke dalam adunan tepung dan balik-balikkan sampai sebati.
3. Tuang adunan ke dalam dulang kek yang dialas kertas dan minyak. Aku guna 2 bekas sebab kek ni banyak bahan dalam dia jadi senang hancur kalau nak potong guna pisau untuk buat 2 lapis. Aku guna bekas 8 inci, jadi kek tebal, seelok-eloknya guna bekas 9 inci.
4. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan 180 darjah, lebih kurang 30 minit. Kalau tak masak lagi tambah masa membakar, check setiap 10 minit. Sejukkan kek sebelum disapu frosting.

Frosting
1. Pukul soft cheese sampai berkrim.
2. Mesin double cream sampai nampak soft peak. Jangan mesin lama sangat, nanti dia terus jadi keras.
3. Campurkan soft cheese dan krim, masukkan gula aising dan esen vanila. Masukkan pecan. Kacau rata.

Tebal sangat ni, nak tutup pun susah. Lain kali kena guna 9 inci.