Monday, October 03, 2011

Tidur


Penyakit gak ni. Tak cukup pun susah, terlebih pun susah jugak. Tapi aku selalunya terlebih la, jarang sangat tak cukup tidoq ni. Kalau semalam tak tidoq esoknya seharian kena qadha.

Dulu-dulu masa degree ada la jugak, last minute punya kes. Laporan makmal dan tugasan cuma buat pada masa-masa kecemasan yang akhirnya menyebabkan aku tak tidoq semalaman. Lepas subuh print, pagi terus submit. Masuk makmal, lepas makmal pi kelas lepas tu balik terus tidoq qadha sampai petang. Memang betullah malam itu dijadikan untuk kita berehat, sebab tu kalau tak tidoq malam sesi qadhanya akan jadi sangat melampau. Dan kesudahannya otak pun mereng sikit, kepala pun pening.

Aku, kalau dah mengantuk telan Kopiko, minum kopi ka nescafe memang tak jalan. Tengah duk mengulum Kopiko pun aku penah terlelap dalam kelas. Penyelesaiannya aku terpaksa pi toilet, tidoq atas para tempat letak beg. Masa tu budak tak ramai lagi kat uni aku macam la ni, toilet memang lengang. Set masa 15 minit pastu masuk la balik. Tak elok dan tak sopan kan tidoq depan lecture, tidoq dalam toilet takpa ekekekeke...

Masa baru-baru balik, 2 hari lepas sampai aku pi lapor diri. Pagi tu dah berpinau-pinau tahan ngantuk, malam takleh nak tidoq sebab masih jetlag. Selesai semua urusan, dalam kul 2 lebih aku pun balik. Mata terbuntang-buntang dok tahan ngantuk. Bawak keta agak melelong, nak berenti tidoq pun tak padan sebab dekat saja dan takdak R&R pun. Sampai satu tahap, aku terkejut sebab keta belakang hon. Rupanya dah terlelap sat dan keta dah melelong kiri kanan. Alhamdulillah takdak keta lain masa tu. Terus hilang ngantuk. Tapi tak lama lepas tu jadi balik, cuma memang aku buntangkan mata jugak la sampai rumah. Mujur dah dekat masa tu.

Ntah la, asyik mengantuk saja. Pemakanan tak kena kot. Nak kena revise, buat jadual balik agaknya. Tu pun kalau makanan yang jadi punca. Hari Sabtu lepas aku nak pi Sungai Petani, pun sama mengantuk jugak. Takut jadi apa-apa, aku berenti kat R&R Gurun, parking bawah pokok dan tidoq dalam 45 minit. Sadis betul! Tak kisah dah orang dok pandang ka apa ka. Kalau ada yang ambik gambaq aku pastu upload jenuh la nanti huhuhuhuhu...

Jadinya, la ni langkah pertama nak kena tengok balik aku dok makan apa tiap-tiap hari. Kena kurangkan karbo dan lebihkan protein & sayur+buah. Ke tak cukup bitamin? Atau cuaca panas sangat? Adoi!