Thursday, May 29, 2008

Pra-kembara bumi thistle

Niat asalnya nak keluar membeli ayam cuti Bank Holiday 25 Mei lepas. Sebelum tu ke Armadale dulu sebab Mimi masak nasi lemak. Huhuhu senang ja nak ajak aku bertandang, kalau ada makanan dan aku pulak kelapangan maka tak semena-mena sampaila aku nanti.

Contoh terkini sanggup naik bas dari Lancaster ke Manchester, tukar bas di Preston sebab terpengaruh dengan promosi 2 ketul ayam goreng dan kentang dengan harga £1.30 je. Pastu beger ayam £1 je. Murah sungguh. Kalau di kedai doner dekat Sainsbury's tu begernya £2.50, kentang saja dah £1.90, masuk ayam lagi la bertambah reganya. Aku rasa Glasgow patut masuk kategori Band B dalam ranking elaun huhuhu

Balik pada cerita Bank Holiday, lepas kekenyangan dan hampir kebuntangan nasi lemak, geng Armadale ajak ke The Forge dan berpiknik di Alexandra Park. Satu lagi pantang aku huhuhuhu pantang diajak bersoping...

Dari The Forge Shopping Centre tu konon-konon nak naik bas yang lalu Alexandra Park, malas nak lalu Retail Park sebab tak nak jalan jauh. Jadi kami naik bas yang lalu Edinburgh Road, sebab seingat aku jalan ni bersambung ngan Cumbernauld road yang bersambung dengan laluan Alexandra Park tu. Sekali keempat-empat terdampar di kawasan ntah mana-mana ja bas pun tak banyak yang lalu situ...mujur la jalan punya jalan terjumpa la satu taman...dah memasing tak larat nak cari Alexandra Park..singgah je la piknik kat sini...

vandalism di mana-mana


sisi lain bandaraya industri glasgow


bekalan piknik dari asda the forge


di tengah medan yang hijau

Lepas tu ada acara makan lagi di Armadale..nasi ayam pulak. Sudahnya sampai ke malam tak tercapai juga matlamat asal aku keluar umah...nak beli ayam huhuhu

Wednesday, May 28, 2008

Tribute kepada sang juara


Tarikh: 24 Mei 2008

Nota: Aku bukan peminat sang juara.

Friday, May 23, 2008

Strathwomen-social-events berpiknik



Tarikh: 22 Mei 2008
Tempat: Rottenrow Garden
Kehadiran: 7 orang je...meraikan sekali Dr Rosilah amik berkat katanya huhuhu

Saturday, May 17, 2008

Masih di sini

Dah seminggu aku menghabiskan hari-hari dengan masa yang lebih lepas berenti keja. Yang aku nampak output study masih macam dulu jugak. Cuma lebih ligat merayau saja. Kalau dulu mana-mana aku merayau pun jam 4 petang dah kelam kabut naik bas balik, la ni sudah pandai menambah lagi destinasi perayauan. Dan yang penting paper yang diminta tak jugak siap-siap.

Dan aku menyalahkan perpindahan opis sebagai punca keadaan ni huhuhuhu..yang penting bukan salah aku. Kami kena pindah ke tempat lain sebab opis lama akan di ubahsuai selaras dengan proses penjenamaan semula unit-unit penyelidikan di jabatan aku. Tak, tak...bukan pindah tu yang menimbulkan masalah. Tapi suasana opis baru yang sangat tak kondusif untuk aku. Dapur dengan mikrowave takdak. Erkkk mana mau panaskan nasi nak makan tengah hari? Sumsa? Selalu gak gi Sumsa tapi kena lewat sikit la sebab selalu dok panaskan nasi semerbak saja baunya memenuhi maya pada Sumsa tu. Mesti depa kat ruang solat tu terbau punya la. Terpaksa dok menyembur-nyembur Airwick la pulak. Nak masak air di opis pun kena merentasi opis lain nak amik air. Huh, ada je yang tak kena. Opis pulak panas, kerusi tak bess...lagi lagi

Lagi...apa lagi alasan aku dengan kegagalan menyiapkan apa yang Xiu mintak. Ahaaaa...cuaca panas mengganggu proses kreativiti aku..boleh gitu..tahun ni rasa lebih panas dari tahun lepas...hari-hari kebelakangan ni suhu mencapai 20°-21°C...sampai kepala pun mula sakit. Kalau ikut ramalan cuaca minggu depan dah turun balik. Tapi mendekati summer solstice ni tak tau la macam mana. Apa? 20°C pun panas ke, kat Mesia lagi panas tau! Ya, ya suhu di Mesia sana memang panas, tapi keadaan lain kena juga diambil kira. Di Mesia tu panas pun kelembapannya tinggi, dan cahaya matahari tak terik . Terasa sungguh berbahang. Aku kalau boleh nak duduk rumah saja, kat rumah sejuk sikit. Tapi kalau duk rumah bukan ada keja lain, tak abih-abih nak makan, makan, makan dan makan. Pagi, mid-morning snack, tengah hari tea time. dinner, supper...elok ja jadual makan aku.

Sedar tak sedar dah seminggu habis macam tu saja. Banyak lagi alasan lain ..sakit kepala, angin ..dalam banyak-banyak alasan tu satu pun tadak berpunca dari aku kan...huhuhuhu escapism...lagi mau banyak cakap. Nampaknya lambat lagi nak sampai ke Mount Doom ni.

Oh, Kak Sofinie menge'tag' pulak. Nak kena senaraikan 7 perkara yang pelik pasal diri sendiri. Aiseh, setau aku takdak benda yang pelik semuanya normal ..kira average person saja la aku ni...jenuh la nak bermeditasi cari idea nanti.

Rasanya tujuan tag mengetag ni sebab nak bagi idea untuk buat entry blog kan...dak pun nak bagi orang kenal kita...erkkk perlu ke..

Monday, May 12, 2008

Aku penganggur

Yiihaaa!! Dah tak perlu nak berkejar-kejar lagi jam 4 setiap hari. Cumanya kena selongkar balik baju lama sebab ada kemungkinan saiz bertukar selepas hilang aktiviti aerobik 3 jam setiap hari huhuhuhu...

Aku dapat kelonggaran lagi seminggu untuk hantar artikel yang diminta. Dah dapat masa tambahan pun masih belum buat apa-apa lagi.

Takde idea..eh bukan takde idea. Idea ada tapi tak tau nak buat macam mana. Tau matlamat tapi selalu sesat mencari laluan untuk melangkah. Ibarat perjalanan Frodo dan sahabat-sahabatnya untuk memusnahkan cincin hikmat di Mount Doom. Dari jauh dah nampak gunung dan apinya, tapi laluan ke sana sungguh mencabar. Ada geng jahat Sauron (geng bas sekolah tak terlibat) lagi yang sibuk ja nak merebut cincin. Ada masa berpusing-pusing di satu tempat yang sama, ada masanya tak nampak jalan. Terus kelam sebab aku dah pejam mata.

Bezanya, pada satu tahap Frodo masih ada Sam, dan aku pulak mengharungi perjalanan ni bersendirian. PhD di mana-mana adalah satu lonely journey. Sorang-sorang menentukan matlamat, sorang-sorang melangkah mengharungi beribu-ribu lemon hujan batu di tempat orang. Supervisor aku? Huh, kirim salam. Tapi takpa, walaupun study aku mungkin lebih daripada satu trilogy (sebab aku sangat yakin tak boleh habis dalam masa 3 tahun), yang penting satu hari nanti semangat Return of the King (without correction) akan tercapai huhuu

Wednesday, May 07, 2008

Panas

Dah 2-3 hari cuaca panas di Glasgow ni. Suhu lebih kurang 20 darjah. Boleh la merasa jalan-jalan tanpa perlu berjeket bagai. Dengan angin bertiup nyaman, terasa selesa sungguh. Tapi kalau takdak angin terasa la kepanasannya tu. Sangat terik dan perit sampai sakit kepala la pulak.

Dah pertengahan musim bunga dah ni. Siang pun makin panjang. Ada yang seronok dan tak seronoknya bila siang panjang ni. Yang seronok dulu. Kalau nak ke mana-mana tak kelam kabut sangat nak solat. Jam 8 masih ada asar lagi. Jadi sepanjang hari kalau berjalan-jalan tu cuma perlu solat zohor saja. Subuh awal-awal lagi jam 3 pagi.

Yang tak seronoknya, pattern tido aku dah bercelaru waaaaa...kalau terlajak sikit je berjaga sampai kul 1 pagi terpaksa ler terus tahan mata sampai kul 3, kalau tido jugak harus ler bersubuh di waktu dhuha gitu. Jam 530 pagi dah syuruk. Pastu petang-petang dah rasa ngantuk akibat tido tak menentu waktu malam. Dan aku pulak kena tido terus, kalau tido lepas maghrib dan jaga untuk isyak dan subuh, masa tido sebelum tu tak diambil kira oleh jam biologi aku. Haru-biru sungguh ...