Yiihaaa!! Dah tak perlu nak berkejar-kejar lagi jam 4 setiap hari. Cumanya kena selongkar balik baju lama sebab ada kemungkinan saiz bertukar selepas hilang aktiviti aerobik 3 jam setiap hari huhuhuhu...
Aku dapat kelonggaran lagi seminggu untuk hantar artikel yang diminta. Dah dapat masa tambahan pun masih belum buat apa-apa lagi.
Takde idea..eh bukan takde idea. Idea ada tapi tak tau nak buat macam mana. Tau matlamat tapi selalu sesat mencari laluan untuk melangkah. Ibarat perjalanan Frodo dan sahabat-sahabatnya untuk memusnahkan cincin hikmat di Mount Doom. Dari jauh dah nampak gunung dan apinya, tapi laluan ke sana sungguh mencabar. Ada geng jahat Sauron (geng bas sekolah tak terlibat) lagi yang sibuk ja nak merebut cincin. Ada masa berpusing-pusing di satu tempat yang sama, ada masanya tak nampak jalan. Terus kelam sebab aku dah pejam mata.
Bezanya, pada satu tahap Frodo masih ada Sam, dan aku pulak mengharungi perjalanan ni bersendirian. PhD di mana-mana adalah satu lonely journey. Sorang-sorang menentukan matlamat, sorang-sorang melangkah mengharungi beribu-ribu lemon hujan batu di tempat orang. Supervisor aku? Huh, kirim salam. Tapi takpa, walaupun study aku mungkin lebih daripada satu trilogy (sebab aku sangat yakin tak boleh habis dalam masa 3 tahun), yang penting satu hari nanti semangat Return of the King (without correction) akan tercapai huhuu
Monday, May 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
"Dari jauh dah nampak gunung dan apinya, tapi laluan ke sana sungguh mencabar. Ada geng jahat Sauron (geng bas sekolah tak terlibat) lagi yang sibuk ja nak merebut cincin..
Dan geng armadale datang dan mengajak Fredo pi minum kat costa atau pi tgk wayang atau pi shoping dan sebagainya.Makanya, jalan menuju ke Mount doom masih tidak dijumpai..
p/s: ehehhee..mengarut sattt.
mengarut sekali sekala mimi huhuhu...
kau dah sesat dah ni
mari aku pimpin tangan kau
ke jalan yang benar....
kita pi Tesco
wakakakakakaka
jadi di mana pangkal jalan ke tesco nya
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment