Dah 2-3 hari cuaca panas di Glasgow ni. Suhu lebih kurang 20 darjah. Boleh la merasa jalan-jalan tanpa perlu berjeket bagai. Dengan angin bertiup nyaman, terasa selesa sungguh. Tapi kalau takdak angin terasa la kepanasannya tu. Sangat terik dan perit sampai sakit kepala la pulak.
Dah pertengahan musim bunga dah ni. Siang pun makin panjang. Ada yang seronok dan tak seronoknya bila siang panjang ni. Yang seronok dulu. Kalau nak ke mana-mana tak kelam kabut sangat nak solat. Jam 8 masih ada asar lagi. Jadi sepanjang hari kalau berjalan-jalan tu cuma perlu solat zohor saja. Subuh awal-awal lagi jam 3 pagi.
Yang tak seronoknya, pattern tido aku dah bercelaru waaaaa...kalau terlajak sikit je berjaga sampai kul 1 pagi terpaksa ler terus tahan mata sampai kul 3, kalau tido jugak harus ler bersubuh di waktu dhuha gitu. Jam 530 pagi dah syuruk. Pastu petang-petang dah rasa ngantuk akibat tido tak menentu waktu malam. Dan aku pulak kena tido terus, kalau tido lepas maghrib dan jaga untuk isyak dan subuh, masa tido sebelum tu tak diambil kira oleh jam biologi aku. Haru-biru sungguh ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
aku pulak sekarang bakal mewarisi kegilaan. Tidur lepas asar, bangun untuk maghrib stay sampai isya' baru tidur balik. Bangun subuh kul 5am. Time bukan setakat gajah ngan dinasour.
esok 20C gerimis .. Khamis 21C mendung hahaha..
p/s kulit aku pun dah terbakar dah ni ish.
wahh 21 panasnya..oh, aku mewarisi kepapaan, lps subuh tido balik.aku dah start sakit pala ni tak tau ler sebab panas ke sebab tensi
SORANG GILA...SORANG PAPA..
AKU JER NORMAL..AHAHAHAHAHA
Haha. Macam2! Kegilaan dan kepapaan. Elokler tu. kehkeh.
mimi,
normal pun satu penyakit hahahaha
leyha,
sebab daku papa ler daku xtau cemaner rupa karipap IKEA tu...bila lagi leyha boleh introduce pada daku ni
Akuatik,
Err..daku dah bertahun2 jadi peminat fanatik karipap Ikea tu tapi manalaaaa daku reti buat!!! Cuma reti mengidam, beli & makan jek <- Syarat sah ini applies to all kinds of food. :D
Dakukan dah describe rupa dia, bayangkan jela. Saiz karipap besar sket dari normal pastu di samping inti kari ayam, letak telur rebus separuh kat dalam. Kalau baik hati nak buatkan pon cantekk jugak tu. Kehkeh..
bayang2 je tak cukup..kena rasa jugak...kalau tak dapat jugak kita makan kat Ikea udah ler bila balik nanti huhuhu
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment