Thursday, January 29, 2009

Sains dan Islam - The Power of Doubt

Jim Al-Khalili (Wikipedia)

Rasanya ni episod terakhir daripada siri Science and Islam ni. Bidang yang dikupas mendalam adalah astronomi. Lepas tu ada macam rumusan daripada semua episod. Kali ni Jim mencari apa yang menyebabkan saintis muslim sangat bersungguh-sungguh untuk mencari penemuan baru, selain daripada duit la. Ada idea yang diasaskan oleh saintis muslim masa zaman kegemilangan Bani Abbasiyyah di Baghdad tapi akhirnya usaha tu dilengkapkan oleh saintis Eropah masa zaman Rennaissance. Bila dah nak masuk cerita Eropah ni menunjukkan kembara dia pun dah nak habis la kan.

Dalam astronomi, Nicolaus Coppernicus dikatakan sebagai ahli astronomi pertama yang menyangkal teori Greek yang kata bumi sebagai pusat sistem suria. Rupanya Coppernicus dalam buku dia banyak merujuk kepada hasil kerja saintis muslim sebelum tu. Banyak data pemerhatian dan diagram yang dia guna pun bukanlah hasil idea dia sendiri. Maknanya, dia bukanlah orang pertama yang meragui teori astronomi Greek tu. Ibnu Haitham yang mula-mula meragui teori tu, lepas tu kerja-kerja dia disambung oleh al-Tusi, al-Battani, Ibnu Shatir yang buat pemerhatian dan mereka alat-alat seperti sun-dial dan astrolab. Kiranya, saintis muslim jugak yang mempolopori teknik pengumpulan data dan analisis data yang tepat, sebab depa merujuk semua buku astronomi dari semua tamadun, Greek, India, Babylon (yang terjemahan ler) secara kritis dan kreatif. Dah lama rupanya pemikiran kritis dan kreatif ni, tapi kita dok ingat semua teknik ni mai daripada omputeh belaka.

Zaman tu jugak, rupanya dah ada usaha mencetak al-Quran yang pertama di Venice. Macam mana boleh sampai ke Venice, dasat kan depa ni berdagang. Ada la si Jim ni pi jumpa orang yang jumpa teks Quran berusia 500 tahun ni masa tahun 1980-an dulu. Tapi usaha ni terhenti sebab masa peringkat proof reading tu, banyak sangat masalahnya dari segi pembarisan perkataan. Ya la bahasa Arab kan ejaan sama, bunyi lain dah makna lain kan. Jadi masalah la bila orang Venice yang tak reti Arab nak menyalin Quran kan. Ada kemungkinan jugak hasil daripada interaksi orang di Eropah dengan dunia Islam masa yang mendorong gerakan Rennaissance ni, sebab banyak pengaruh lain yang meresap kepada tradisi Venice macam kopi, ada tugu-tugu berupa orang yang berserban yang depa panggil the Moors, ada pengaruh senibina arab jugak kat bangunan-bangunan kat sana.

Pengembangan ilmu dan teknologi daripada dunia Islam disebarkan ke Eropah yang masa tu masih dalam zaman kegelapan disebabkan kekangan daripada gereja masa tu yang tak galakkan idea-idea baru yang bertentangan dengan apa yang ada dalam kitab bible dan pegangan gereja masa tu. Kiranya, tak boleh langsung nak menyangkal apa yang gereja cakap. Gereja pulak dah banyak la berkompromi dengan tradisi Roman dan Greek (pasai tu Krismas 25 Disember tu dikatakan hari kelahiran Nabi Isa, dan depa pi ke gereja hari Ahad), tu yang jadi masalah tu. Sangat bertentangan dengan Islam yang membenarkan perbezaan pendapat, malah banyak ayat pun dok suruh kita berfikir dan jadi orang yang berilmu. Cumanya ada ler batas-batas kalau nak berbeza pun, selagi tak menggugat akidah la. Sebab bila kita tak setuju dengan apa pendapat orang lain, kita mesti ada sebab dan alasan tertentu, tak boleh nak ikut membuta dan menuli. Jadi satu cabaran la kepada kita nak cari bukti semua tu kan.

Aku rasa sebab tu ramai kat Eropah terus jadi sekular, sebab rasa agama dah jadi macam halangan untuk memajukan kehidupan. Yang herannya ramai pulak orang Islam pun terpengaruh dengan idea sekular ni. Depa dah takleh cakap banyak, kena ikut saja takleh nak bantah-bantah. Yang kita pulak, Islam dah datang sebagai satu pekej kehidupan, apa lagi masalah kita nak pisah-pisah pulak. Yang lebih ironinya, kita yang disuruh banyak berfikir dan menjadi orang yang mengetahui pulak yang malas nak belajar, berfikir dan memajukan kehidupan sendiri. Walaupun banyak jugak disebut punca-punca kejatuhan kerajaan Islam yang lepas, macam serangan Moghul ke Baghdad, serang Isabella ngan lakinya ke al-Andalus yang paksa semua orang masuk kristian, perang salib dan sebagainya, rasanya sikap orang Islam terutamanya para pemimpin masa zaman akhir kekhalifahan tu yang jadi punca utamanya. Sebabnya bila dah lama bersenang-lenang, dah mula bermewah-mewah, mula la lupa, ingat akan senang selamanya. Bila berpecah-belah, berebut kuasa, serangan luar tu cuma sekadar macam the final blow aja.

Sunday, January 25, 2009

Bihun Goreng Singapura


Aku pun tak tau asal usul namanya. Kenapa Singapura? Kalau tak suka boleh la panggil bihun goreng putih ja. Resepi ni atas permintaan orang Cardiff.

Bihun Goreng Singapura

Bahan nak masak:

250g (1/2 bungkus) bihun- direndam sampai lembut, pastu tapis
1 peha ayam-potong kecik-kecik(sebelah aja kalau beli yang 1 pair tu)
1/2 cawan ikan bilis- direndam
1 cmb udang kering- direndam
1 cmb lada hitam yang ditumbuk kasar (kurangkan lada kalau ada kanak-kanak atau remaja bangka yang tak tahan lada)
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
1cm halia-lilitan 2 kupang
2 cmb minyak
1 batang lobak merah
5 biji (ke butir/kuntum?) cendawan
1 biji tomato
2 helai daun iceberg salad
garam
gula

(sayur tu boleh jugak ganti dengan sawi/kobis, bahan daging boleh nak tambah udang/sotong)

Bahan hiasan:

Daun bawang/sup/ketumbar
Bawang goreng
Telur dadar

Cara memasak:
1. Kisar bawang-bawang, halia. Masukkan udang kering dan ikan bilis. Kisar lagi.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan lada hitam sampai masak.
3. Masukkan ayam, masak lagi 2-3 minit. Masukkan gula dan garam. Masak lagi 10-15 minit.
4. Masukkan lobak merah dan cendawan. Kacau dan masak 2-3 minit. Masukkan bihun. Kacau rata.
5. Masukkan tomato. Kacau, masak sampai bihun lembut, kalau bihun masih keras jugak siram dengan air panas. Jangan jadi bihun kuah pulak.
6. Masukkan daun salad tu, masak sampai kering air dan lembut.
7. Dah masak boleh dihidangkan dengan sambal kicap dan bahan-bahan hiasan.

Friday, January 16, 2009

Sains dan Islam - The Empire of Reason

Errkk..aku tak tau nak terjemah tajuk episod kali ni. Kamus istilah yang aku ada pun kamus istilah teknikal DBP saja. Kamus yang sentiasa kehabisan stok huhuhuhu...

Dalam episod ni Jim temuramah pakar sejarah dan ahli sains tentang penerokaan kaedah-kaedah yang digunakan oleh ahli sains masa zaman kegemilangan Bani Abbasiyyah dulu untuk meneroka dan mencari ilmu baru. Bidang utama yang dibincangkan adalah astronomi, kimia dan optik. Hasil-hasil daripada pengetahuan yang disumbangkan ni digunakan untuk memajukan negara pada masa tu.

Masa dia mengulangi eksperimen yang al Biruni buat untuk menganggarkan ukur lilit bumi tu, dia guna astrolab yang besar dok mengukur sudut permukaan bumi. Masa ni la aku teringat ada belajar pasal ni dalam Sejarah Peradaban Dunia kan masa tingkatan 4 dulu, pasal kegunaan astrolab ni, yang sangat berguna adalah bila nak menentukan arah kiblat. Ni la aku terasa yang kita kurang sangat buat kaedah praktikal, kan bess kalau dapat buat praktikal macam yang Jim ni buat. Tau astrolab tapi tak tau camna guna. Astrolab ni yang mempolopori dan mengubahsuai daripada rakabentuk yang kuno adalah Nasruddin a-Tusi dari Isfahan (aku suka nama Isfahan ni :))Kiranya al Biruni ni la yang memodelkan bumi kita ni kepada model matematik, sebab kalau berdasarkan zaman Yunani, matematik hanya terpakai pada benda yang mempunyai bentuk yang tepat macam bulat atau 4 segi.

Untuk perbincangan pasal kimia dah tentu la takleh meninggalkan al Razi. Dulu Aida cakap besdey dia sama ngan besdey aku, tapi yang ikut tahun hijrah la. Sumbernya pulak tak pasti Aida dapat dari mana, dok cari-cari tapi jumpa tarikh lahir al Razi ni kat mana-mana. takaut tahun kelahiran saja yang dapat. Aku memang kagum ngan dia ni, kiranya dia ni orang yang aku kagum la selain diri sendiri :d

Satu yang aku suka dalam rancangan ni adalah bila berbincang pasal tokoh-tokoh ni, depa menggunakan nama asal. Dah tak macam dulu-dulu, omputih dulu memandai ja tukar nama depa ni, dari Ibn Sina jadi Avicenna, al Razi jadi Rhazes, Ibn Rushd jadi Averrose. Agaknya sebab tu la kita tak jumpa nama tokoh-tokoh ni dalam sejarah perkembangan ilmu. Tapi panel dalam citer ni yang omputih pun sebut elok ja nama al Razi tu, suka aku sebab nama-nama asal lebih sedap.

Balik kepada tokoh yang sama besdey ngan aku ni, dia la yang mempelopori penyusunan unsur-unsur kimia ni walaupun tak setepat jadual atom yang ada pada hari ni. Al Razi ni buat pengelasan unsur berdasarkan sifat bahan dan tindakbalas masa eksperimen. Zaman ni jugak memang bidang kimia sangat berkembang, kira perkataan alkali-alkaline pun sampai hari ni digunakan sejak mula dipinjam dari bahasa Arab. Kira masa tu ahli kimia ni tokoh penting negara la, ibarat budak-budak tingkat 4 la kalau nak banding ngan senario hari ni.

Lepas sembang-sembang pasal kimia yang jadi asas industri logam, minyak wangi, peperangan, Jim pi ke Mesir tengok tempat Ibn Haitham cari ilham untuk teori optik dia tu. Rupanya dia dapat ilham masa dipenjarakan kat al Azhar. Dia kena perintah berkurung sebab masa tu pembesar Mesir minta dia cari idea nak mengatasi masalah kebanjiran sungai Nil. Pastu dia cakap dia tak tau. Terus kena perintah berkurung gitu. Bengong kan pemerintah cenggitu? Tapi tu la dah Allah dah kata dah apa yang ditentukan ada kebaikan untuk kita. Masa takdak keja tu la Ibn Haitham ni dok memikirkan masalah optik, siap buat eksperimen lagi pasai cahaya ni. Teorinya cahaya ni datang dari objek masuk ke mata kita, dalam garisan lurus. Jadi nak membuktikan teori ni dia dok mengulang-ulang buat eksperimen. Daripada situ dia dapat ilham lagi pasai konsep pantulan dan pembiasan cahaya. Bess kan jadi camtu.

Aku teringat Hamka pun menyiapkan 30 jilid tafsir dia tu pun masa dalam penjara jugak kan. Ada lagi sorang aku penah baca hafaz 30 juzuk masa dalam tahanan jugak la.

Berbalik pada dokumentari ni, aku rasa kita patut sedar yang sebenarnya yang mengasaskan kaedah saintifik ni sebenarnya orang Islam, yang sebenarnya dimotivasi oleh banyak ayat Quran yang suruh kita berfikir. Bila kita ada teori, buktikan dulu melalui eksperimen. Dalam Quran Allah larang kita bercakap tentang benda yang kita tak buat kan. Senang cerita, dah disebut dulu-dulu lagi suruh kita jangan percaya cakap orang tanpa pembuktian. Maknanya kaedah ikut buta pada sebarang perkara adalah dilarang, sebab Islam suruh kita mendalami setiap perkara tu betul-betul. Jadi mai mana pulak falsafah "banyak bertanya tanda lemahnya iman"? Aku rasa mesti tok guru yang cakap ni takut anak murid dia tanya banyak-banyak pasai dia pun bukannya reti sangat hahahahahah....

Monday, January 12, 2009

Sains dan Islam - Bahasa Sains

Tajuk entry kali ala-ala macam nak cerita pasai isu penggunaan bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains gitu kan. Tu pun satu hal, tapi yang ni pasai dokumentari kat BBC 4. Aku baru ja nonton kat BBC iPlayer (hanya untuk pemastatutin di UK sahaja). Tengah-tengah bengong membaca artikel yang ntah apa-apa, ni la keja aku kat umah. Sesi memuat turun bahan-bahan menarik. Tele dah lama tak tengok.

Prof Jim Al-Khalili (kacukan Iraq-British) ni balik kampung sebab nka menyiasat sejauh mana sumbangan tamadun islam masa zaman kegemilangan di Baghdad dulu. Ni episod pertama, tak tau ada berapa semuanya. Dulu kan ada jugak rancangan Ilmuwan Islam ke apa kat TV3 tu. Lebih kurang la, cumanya pendekatan rancangan ni bukan kepada individu sebaliknya lebih kepada sumbangan pengetahuan baru pada masa tu.

Jadi ramai la yang ditemuramah selain daripada profesor-profesor sejarah, sebab bila semak buku Ibn Sina Al-Qanun Fit-Tibb, dia tanya pendapat orang yang berkenaan dalam bidang perubatan. Sama ada yang disebut dalam Qanun tu masih relevan atau tak dalam bidang perubatan moden. Kiranya Qanun tu kitab rujukan utama bidang perubatan sampai abad ke 19 sebab dia macam ensiklopedia yang kumpul semua senarai penyakit dan rawatan daripada banyak tamadun, Greek, China, India, walaupun ada satu dua contoh rawatan yang dikatakan macam tak relevan. Ibn Sina ni kira bertuah sebab dia ada banyak bahan-bahan rujukan daripada semua tamadun yang diterjemahkan ke bahasa ilmu masa tu, bahasa Arab. Sebab tu boleh buat 3 siri Qanun tu.

Ada jugak dia bandingkan kandungan kitab al Khawarizmi yang asal tu, pastu tanya pendapat ahli matematik, teknik pembedahan mata, tapi yang paling mengkagumkan tu sebabnya zaman tu lagi rupanya dah ada yang cuba membaca tulisan bergambar kat piramid tu, lebih 60% terjemahan tu tepat.

Perkembangan ilmu pada zaman bani Abbasiyyah masa tu disebabkan khalifah dia sendiri la yang nak rakyat dia menggali segala ilmu yang ada dari semua tamadun dulu-dulu tanpa memilih kasih kepada tamadun-tamadun tertentu saja. Sapa yang dapat cari buku-buku lama, bawa balik ke Baghdad untuk diterjemahkan ke bahasa Arab untuk perpustakaan Khalifah dapat upah emas sama timbangan dengan buku tu. Pastu, banyak jugak perkataan yang dipinjam dari bahasa Arab terus digunakan sampai hari ni dalam bahasa Inggeris, bunyi ja lain sikit.

Selain daripada saintis, ramai penterjemah yang ada masa tu, yang popular saja ada senarai lebih kurang 70 orang. Kira anggaran depa ni kalau termasuk penterjemah amatur boleh la mencapai 500 orang masa tu.

Jadinya pakat la berlumba-lumba cari ilmu dari Greek la, China, India sampai ke Mesir purba, dalam masa yang sama memandaikan bangsa. Syok kan kalau hari ni kita pun dapat upah camtu. Takla pakat berbondong-bondong jadi artis suam-suam kuku saja.

Senario di Malaysia pulak. Pasai kedegilan nak guna bahasa Inggeris untuk pengajaran atas alasan untuk menguasai ilmu pulak, berapa ramai ahli sains/akademik Mesia yang terer omputih dapat masuk jurnal yang berprestij, berapa ramai yang menang hadiah Nobel? Ah, berapa banyak dah paten kita?

Kalau alasan sebab nanti senang nak dapat keja atau memudahkan komunikasi, aku rasa orang ni lagi tak relevan. Agak-agak la, orang biasa paham ka kalau kita dok cerita dalam bahasa jurnal? Atau kalau guna mana-mana istilah tertentu? Lagi senang cerita, ramai rakyat Mesia belajar kat UK, USA, Australia yang dah tentu-tentu pengajaran dalam bahasa tempatan, balik tak dak peningkatan pun komunikasi bahasa Inggerisnya. Kalau ikutkan mesti dah terrorist dah kan cakap accent bagai.

Aku rasa sapa yang boleh belajaq bahasa asing patut buat camtu. Apa-apa saja bahasa, bukan bahasa Inggeris semata-mata. Tu kitab utama engineering design Pahl & Beitz tu, dari 1970-an lagi dah ada. Tapi dalam bahasa Jerman, jadi kemajuan Jerman dalam bidang rekabentuk ni tak dapat dikongsi sampai la ada yang pi terjemah ke bahasa Inggeris. Omputih sendiri pun pakat merujuk buku ni yang diterjemah. Dah ada edisi omputih pun, ada ka kita maju dalam bidang ni? Bukan ka katanya bahasa Inggeris ni memandaikan dan memajukan bangsa kita...

Sunday, January 11, 2009

Kecurian Identiti di PayPal

Aku dah lama dok guna servis PayPal ni. Masa mula sampai sini ada la sekali dua membeli barang kat eBay tu, senang sikit guna PayPal ni. Lepas tu takla bereBay sangat sebab aku dok beli pun buku sekenhen, rasa macam boleh dapat better deals kat Amazon. La ni aku guna PayPal untuk beli kredit online sms ja la. Pastu aku memang tak penah check perjalanan akaun PayPal aku ni.

Dalam sejam yang lepas tetiba ja dapat call dari PayPal ni, nak check aku ada buat transaction dak. Aku pun cakap la ada, 2-3 hari lepas tu bayaq kredit sms, pastu dia tanya ada dak aku buat sebarang pembelian daripada Digital River, 9 dan 10 Januari. Ada 4 pembelian, setiap satu $29.++, lebih kurang £20 lebih. Aku memang konpemkan aku tadak beli apa-apa daripada Digital River tu. Pastu dia cakap akaun aku depa buat limited access, pasai ada unauthorised access. Whoaa!! Aku dengaq saja dah berpeluh. Lepas cakap tenkiu, baru la pi buka akaun PayPal. Tak penah-penah dok check pun. Mula la dok pikiaq, macam mana boleh jadi camni. Aku guna laptop atau komputer aku kat opis ja kalau access PayPal ni, tak penah guna wireless access pun kalau buat apa-apa transaksi. Atau mungkin sistem depa kot ada bocor masa nak upgrade ke apa.

Untuk korang yang ada akaun ngan PayPal, rerajinla mengecheck akaun tu. Kalau unauthorised payment cepat-cepat tekan button report. Dalam kes aku, sib baik la depa call. Kalau dak hilang gak duit aku £80 lebih tu. Yang pastinya lepas ni kena rajin dok check akaun, bukan setakat check akaun bank saja.

Friday, January 09, 2009

Gulai kebab

Sejak balik sini tetiba teringin nak makan kofta curry yang dipanggil gulai kebab dalam famili aku. Kat umah kalau buat pun makan ngan nasi putih ja, kemarin pun aku cadang nak makan ngan nasi putih. Tapi bila tengok dalam peti sejuk ada dua bijik cendawan yang beli hari Ahad lepas, teringat pulak nak masak nasi minyak cendawan. Pastu dalam dok pikiaq nak menggorang sayur campur, tetiba perasaan malas melanda. Jadi aku buat salad saja la keret ngan seleri tu. Silalah sila menjamu mata!


Gulai Kebab

Kebab
Bahan-bahan:
500g daging cincang (aku campur kambing ngan ayam yang dah lama dibeli)
1 1/2 labu bawang besar
1 inci halia - ukur lilit duit sekupang
7 ulas bawang putih
1 cmb garam masala
2 cmb serbuk rempah
1 cmb serbuk jintan putih (cumin)
2 biji cabai hijau
1/2 cawan daun rempah (ketumbar) - dicincang halus
garam


Cara:
1. Halia dan bawang putih dikisar halus, bawang besar ngan cabai hijau dicincang halus.
2. Gaul semua bahan hingga sebati. Buat bebola saiz buah limau nipis tu.
3. Nak memudahkan proses membolakan daging ni, ada orang gunakan teloq, sos tomato, ataupun roti yang direndam dan dilenyekkan. Aku tak tambah apa-apapun sebab dah cukup lembab.
4. Bebola ni boleh digoreng ngan api sederhana, ataupun dimasak kari, atau dibuat sos pasta, ataupun boleh buat sandwich macam Subway's meatball marinara tu. Kalau nak masak kari atau sos pasta, tak payah la goreng dah.



Kuah Gulai
Bahan-bahan:
1 1/2 labu bawang besar dicincang
3 cmb minyak untuk menumis
1 inci halia - dimayang
7 ulas bawang putih - dimayang
2 cmt serbuk rempah
1 cmt serbuk jintan putih
1/2 cmt serbuk kunyit
1 cmb serbuk cili
1 cmt garam masala
3 biji tomato dipotong dadu
2-3 cawan air
garam

Daun ketumbar dan garam masala untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan bawang putih dan halia.
2. Masukkan segala jenis serbuk rempah.
3. Masukkan tomato. Masak sampai tomato lembut.
4. Kisar bahan-bahan ni dengan 1-2 cawan air.
5. Masak bahan yang dah jadi puri ni, tambah lagi air kalau pekat. Masak api sampai mendidih.
6. Masukkan bebola daging dalam kuah ni, jangan kacau dalam 10-15 minit supaya dia tak lerai. Boh garam dan rasa.
7. Masak dengan api sederhana dalam 30 minit lagi.
8. Masa nak makan tu letak la garam masala sikit ngan daun rempah kat atas dia.


Nasi Minyak Cendawan

Bahan-bahan:
2 cawan beras
3 cawan air
1 cmb minyak sapi
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
rempah tumis - kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga
1 cmb jintan putih
2 biji cendawan
4 helai daun salam - aku pakai yang kering saja
garam
serbuk kunyit

Cara:
1. Beras direndam sejam jam pastu tapis.
2. Panaskan minyak, tumis rempah, bawang ngan halia. Kacau. Masukkan jintan, kacau lagi sampai garing.
3. Masukkan cendawan, masak sat. Masukkan beras, kunyit. Kacau rata dan masak 2-3 minit.
4. Tuang air, kacau lagi. Boh garam, daun salam. Biarkan mendidih, kacau lagi beras tu.
5. Masak sampai air kering, kacau lagi nasi tu. Pastu tutup la periuk tu sampai nasi masak. Agak-agak dah masak kena leraikan nasi tu. Pastu boleh la makan la ngan gulai kebab ngan salad.

Peristiwa balik












Menu: Ikan terubuk bakar, masak lemak perut, kerabu paku apa ntah, ikan keli bakar, cendawan goreng ngan ulam dan sambal belacan
Lokasi: Restoran Seri Pumpong, Loq Staq


Saturday, January 03, 2009

Am Back!

Alhamdulillah...dah selamat tido kat katil yang lama kutinggalkan. Flight takdak masalah, segala bungkusan makanan pun tak kena check. Kalau dak harusla beg aku tu kosong.

Sampai saja kat rumah, segala mood yang best terus bertukar. Member umah aku yang balik kampung 2 hari lepas aku balik hari tu pi kunci umah guna kunci yang dah rosak. Dua jam lebih baru leh masuk. Tu pun lepas jadik cam pencuri. Aku tepon tuan umah tanya kot-kot dia yang pi kunci tombol yang rosak tu. Sebab sebelum balik hari tu dia memang janji nak betulkan bathtub yang berlu diplaster balik tu. Dia cakap dia pun takleh bukak pintu, jadi takleh la nak membetulkan mana yang patut. Bila dia sampai ja bermula lah operasi memecahkan pintu rumah sendiri.

Tendangan demi tendangan tuan telah berjaya memecahkan keheningan petang yang permai tu. Orang sebelah pun cemas bukak pintu mai tanya sebab ingatkan ada kes pecah umah hehehhe. Abih rosak pintu umah. Bengang sungguh aku, pasainya dah tau tombol tu rosak dok gatai pi kunci buat pa. Bukannya takdak kunci lain. Bengong!