Sejak balik sini tetiba teringin nak makan kofta curry yang dipanggil gulai kebab dalam famili aku. Kat umah kalau buat pun makan ngan nasi putih ja, kemarin pun aku cadang nak makan ngan nasi putih. Tapi bila tengok dalam peti sejuk ada dua bijik cendawan yang beli hari Ahad lepas, teringat pulak nak masak nasi minyak cendawan. Pastu dalam dok pikiaq nak menggorang sayur campur, tetiba perasaan malas melanda. Jadi aku buat salad saja la keret ngan seleri tu. Silalah sila menjamu mata!
Kebab
Bahan-bahan:
500g daging cincang (aku campur kambing ngan ayam yang dah lama dibeli)
1 1/2 labu bawang besar
1 inci halia - ukur lilit duit sekupang
7 ulas bawang putih
1 cmb garam masala
2 cmb serbuk rempah
1 cmb serbuk jintan putih (cumin)
2 biji cabai hijau
1/2 cawan daun rempah (ketumbar) - dicincang halus
garam
Cara:
1. Halia dan bawang putih dikisar halus, bawang besar ngan cabai hijau dicincang halus.
2. Gaul semua bahan hingga sebati. Buat bebola saiz buah limau nipis tu.
3. Nak memudahkan proses membolakan daging ni, ada orang gunakan teloq, sos tomato, ataupun roti yang direndam dan dilenyekkan. Aku tak tambah apa-apapun sebab dah cukup lembab.
4. Bebola ni boleh digoreng ngan api sederhana, ataupun dimasak kari, atau dibuat sos pasta, ataupun boleh buat sandwich macam Subway's meatball marinara tu. Kalau nak masak kari atau sos pasta, tak payah la goreng dah.
Kuah Gulai
Bahan-bahan:
1 1/2 labu bawang besar dicincang
3 cmb minyak untuk menumis
1 inci halia - dimayang
7 ulas bawang putih - dimayang
2 cmt serbuk rempah
1 cmt serbuk jintan putih
1/2 cmt serbuk kunyit
1 cmb serbuk cili
1 cmt garam masala
3 biji tomato dipotong dadu
2-3 cawan air
garam
Daun ketumbar dan garam masala untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan bawang putih dan halia.
2. Masukkan segala jenis serbuk rempah.
3. Masukkan tomato. Masak sampai tomato lembut.
4. Kisar bahan-bahan ni dengan 1-2 cawan air.
5. Masak bahan yang dah jadi puri ni, tambah lagi air kalau pekat. Masak api sampai mendidih.
6. Masukkan bebola daging dalam kuah ni, jangan kacau dalam 10-15 minit supaya dia tak lerai. Boh garam dan rasa.
7. Masak dengan api sederhana dalam 30 minit lagi.
8. Masa nak makan tu letak la garam masala sikit ngan daun rempah kat atas dia.
Bahan-bahan:
2 cawan beras
3 cawan air
1 cmb minyak sapi
2 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dimayang
rempah tumis - kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga
1 cmb jintan putih
2 biji cendawan
4 helai daun salam - aku pakai yang kering saja
garam
serbuk kunyit
Cara:
1. Beras direndam sejam jam pastu tapis.
2. Panaskan minyak, tumis rempah, bawang ngan halia. Kacau. Masukkan jintan, kacau lagi sampai garing.
3. Masukkan cendawan, masak sat. Masukkan beras, kunyit. Kacau rata dan masak 2-3 minit.
4. Tuang air, kacau lagi. Boh garam, daun salam. Biarkan mendidih, kacau lagi beras tu.
5. Masak sampai air kering, kacau lagi nasi tu. Pastu tutup la periuk tu sampai nasi masak. Agak-agak dah masak kena leraikan nasi tu. Pastu boleh la makan la ngan gulai kebab ngan salad.
Friday, January 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment