Free Delivery on all Books at the Book Depository

Monday, January 12, 2009

Sains dan Islam - Bahasa Sains

Tajuk entry kali ala-ala macam nak cerita pasai isu penggunaan bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains gitu kan. Tu pun satu hal, tapi yang ni pasai dokumentari kat BBC 4. Aku baru ja nonton kat BBC iPlayer (hanya untuk pemastatutin di UK sahaja). Tengah-tengah bengong membaca artikel yang ntah apa-apa, ni la keja aku kat umah. Sesi memuat turun bahan-bahan menarik. Tele dah lama tak tengok.

Prof Jim Al-Khalili (kacukan Iraq-British) ni balik kampung sebab nka menyiasat sejauh mana sumbangan tamadun islam masa zaman kegemilangan di Baghdad dulu. Ni episod pertama, tak tau ada berapa semuanya. Dulu kan ada jugak rancangan Ilmuwan Islam ke apa kat TV3 tu. Lebih kurang la, cumanya pendekatan rancangan ni bukan kepada individu sebaliknya lebih kepada sumbangan pengetahuan baru pada masa tu.

Jadi ramai la yang ditemuramah selain daripada profesor-profesor sejarah, sebab bila semak buku Ibn Sina Al-Qanun Fit-Tibb, dia tanya pendapat orang yang berkenaan dalam bidang perubatan. Sama ada yang disebut dalam Qanun tu masih relevan atau tak dalam bidang perubatan moden. Kiranya Qanun tu kitab rujukan utama bidang perubatan sampai abad ke 19 sebab dia macam ensiklopedia yang kumpul semua senarai penyakit dan rawatan daripada banyak tamadun, Greek, China, India, walaupun ada satu dua contoh rawatan yang dikatakan macam tak relevan. Ibn Sina ni kira bertuah sebab dia ada banyak bahan-bahan rujukan daripada semua tamadun yang diterjemahkan ke bahasa ilmu masa tu, bahasa Arab. Sebab tu boleh buat 3 siri Qanun tu.

Ada jugak dia bandingkan kandungan kitab al Khawarizmi yang asal tu, pastu tanya pendapat ahli matematik, teknik pembedahan mata, tapi yang paling mengkagumkan tu sebabnya zaman tu lagi rupanya dah ada yang cuba membaca tulisan bergambar kat piramid tu, lebih 60% terjemahan tu tepat.

Perkembangan ilmu pada zaman bani Abbasiyyah masa tu disebabkan khalifah dia sendiri la yang nak rakyat dia menggali segala ilmu yang ada dari semua tamadun dulu-dulu tanpa memilih kasih kepada tamadun-tamadun tertentu saja. Sapa yang dapat cari buku-buku lama, bawa balik ke Baghdad untuk diterjemahkan ke bahasa Arab untuk perpustakaan Khalifah dapat upah emas sama timbangan dengan buku tu. Pastu, banyak jugak perkataan yang dipinjam dari bahasa Arab terus digunakan sampai hari ni dalam bahasa Inggeris, bunyi ja lain sikit.

Selain daripada saintis, ramai penterjemah yang ada masa tu, yang popular saja ada senarai lebih kurang 70 orang. Kira anggaran depa ni kalau termasuk penterjemah amatur boleh la mencapai 500 orang masa tu.

Jadinya pakat la berlumba-lumba cari ilmu dari Greek la, China, India sampai ke Mesir purba, dalam masa yang sama memandaikan bangsa. Syok kan kalau hari ni kita pun dapat upah camtu. Takla pakat berbondong-bondong jadi artis suam-suam kuku saja.

Senario di Malaysia pulak. Pasai kedegilan nak guna bahasa Inggeris untuk pengajaran atas alasan untuk menguasai ilmu pulak, berapa ramai ahli sains/akademik Mesia yang terer omputih dapat masuk jurnal yang berprestij, berapa ramai yang menang hadiah Nobel? Ah, berapa banyak dah paten kita?

Kalau alasan sebab nanti senang nak dapat keja atau memudahkan komunikasi, aku rasa orang ni lagi tak relevan. Agak-agak la, orang biasa paham ka kalau kita dok cerita dalam bahasa jurnal? Atau kalau guna mana-mana istilah tertentu? Lagi senang cerita, ramai rakyat Mesia belajar kat UK, USA, Australia yang dah tentu-tentu pengajaran dalam bahasa tempatan, balik tak dak peningkatan pun komunikasi bahasa Inggerisnya. Kalau ikutkan mesti dah terrorist dah kan cakap accent bagai.

Aku rasa sapa yang boleh belajaq bahasa asing patut buat camtu. Apa-apa saja bahasa, bukan bahasa Inggeris semata-mata. Tu kitab utama engineering design Pahl & Beitz tu, dari 1970-an lagi dah ada. Tapi dalam bahasa Jerman, jadi kemajuan Jerman dalam bidang rekabentuk ni tak dapat dikongsi sampai la ada yang pi terjemah ke bahasa Inggeris. Omputih sendiri pun pakat merujuk buku ni yang diterjemah. Dah ada edisi omputih pun, ada ka kita maju dalam bidang ni? Bukan ka katanya bahasa Inggeris ni memandaikan dan memajukan bangsa kita...

4 comments:

Mimiamilia said...

jgn lupa esok isnin 9.00 mlm ada sambungan lagi kat bbc4

akuatik said...

aku amik kat iplayer saja...mana ada bbc4 kat umah huhuhuhu..ko pun baru tengok ke..ingat yang lama punya

khairyn said...

hohoho malam ni tengok lagi. Oh rumah hang tak dak BBC4 ek? Sky3 ada tak? Movie Channel??? Atau US5? Channel 4? hihihihihi

Kalaulah aku dok zaman tu kan, mesti aku kaya gak lah, walaupun aku cuma boleh translate satu bahasa jer takat ni. hahaha. Ni yang bersemangat nak belajar bahasa Sepanyol ni eh Jarman eh Russia eh macam2 lagi

akuatik said...

ampehhhhh...aku hidup tanpa tele ni...jadi macam kak farid dulu-dulu..bezanya dia takde tele dia setardi..aku lak takde tele nengok iplayer hehhe