Sunday, January 03, 2010

Kek Hummingbird (Burung kelicap)

Tiada seekorpun burung kelicap dikorbankan untuk membakar kek ni. Aku pun tak tau pasaipa depa bagi nama hummingbird, agaknya sebab ada buah-buah manis kot. Kek ni macam kek pisang saja, cuma ditambahkan dengan nenas dan kacang pecan. Katanya kek ni berasal dari bahagian selatan Amerika Syarikat, sebelah-sebelah sana kan banyak buah-buah tropika ngan kekacang ni. Frosting kek ni aku guna frosting kek velvet tu, frosting asalnya guna banyak butter. Rasa kek ni lebih kurang kek lobak merah, lembab dan banyak bahan. Tak payah guna mixer, kacau-kacau saja semua bahan. Kek ni takleh makan banyak, cepat muak sebab dia sangat kaya dan berkrim :). Resepinya disalin kat web Joy of Baking.


Bahan-bahan (ada sesetengah bahan aku tukar tengok apa yang ada saja, aku letak resepi asal dalam kurungan tu):
110g pecan, dipanggang dan cincang
420g tepung naik sendiri (tepung gandum)
1 cmt baking soda
1/2 cmt garam
1 cmt serbuk kayu manis
3 biji telur besar, dipukul kasi kembang sikit
180ml minyak sayur (sunflower oil)
1 1/2 cmt esen vanila
230g (8 oz) nenas dalam tin dipenyek
2 cawan pisang lenyek (3-4 pisang sederhana)

Bahan untuk frosting:
115g gula aising
300ml double cream
200g soft cheese
1 cmt esen vanila
55g pecan panggang dicincang

Cara:
1. Ayak tepung, garam, baking soda, serbuk kayu manis. Campurkan gula dan kacau sebati.
2. Kacau minyak, telur, nenas, pisang, esen vanila dan kacang pecan. Tuang adunan basah ke dalam adunan tepung dan balik-balikkan sampai sebati.
3. Tuang adunan ke dalam dulang kek yang dialas kertas dan minyak. Aku guna 2 bekas sebab kek ni banyak bahan dalam dia jadi senang hancur kalau nak potong guna pisau untuk buat 2 lapis. Aku guna bekas 8 inci, jadi kek tebal, seelok-eloknya guna bekas 9 inci.
4. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan 180 darjah, lebih kurang 30 minit. Kalau tak masak lagi tambah masa membakar, check setiap 10 minit. Sejukkan kek sebelum disapu frosting.

Frosting
1. Pukul soft cheese sampai berkrim.
2. Mesin double cream sampai nampak soft peak. Jangan mesin lama sangat, nanti dia terus jadi keras.
3. Campurkan soft cheese dan krim, masukkan gula aising dan esen vanila. Masukkan pecan. Kacau rata.

Tebal sangat ni, nak tutup pun susah. Lain kali kena guna 9 inci.

Friday, December 25, 2009

Happy Winter Solstice! Happy Shopping!

Tadi aku ada family dinner. Kami panggang ayam turki itu dengan sayur-sayuran, kentang lenyek, kek, sparkling juice...konon la macam omputih sangat...sekali ada pulak kepok lekor liat tu hahahaha! Rilek la...omputih la ni pun beli pakora ngan onion bhaji buat starter dinner depa hehehehe... Ayam turki tu dah ditempah awal...sebenarnya bila-bila pun boleh makan ayam ni, cuma lebih banyak yang halal boleh didapati masa sambutan hari Natal ni.

Krismas atau hari Natal ni sebenarnya takdak kaitan pun dengan hari kelahiran Nabi Isa walaupun namanya Christ's-mass tu memang la dinasabkan kepada "Jesus Christ" dan Natal bermaksud kelahiran semula. Asalnya orang pagan Rom meraikan malam yang paling panjang dan siang yang paling singkat, atau dikenali sebagai Solstis Musim Sejuk. Saturnalia disambut selama seminggu, meraikan dan menyambut tuhan matahari depa, Saturn sebab lepas solstis waktu siang akan memanjang semula, malam pun makin singkat.

Kira sejak dulu kala memang musim dah silih berganti, pastu bila maharaja Rom nak jadikan kristian agama rasmi kerajaan Rom, dia pun mintak kelonggaran supaya Saturnalia masih boleh disambut, nak pujuk rakyat pagan dia supaya sama-sama jadi kristian dan nak pujuk penganut kristian masa tu, kalau tak guna alasan agama satgi mesti depa memberontak. Tapi bila guna alasan agama mesti depa pun tunduk dan patuh kan. Pandai depa reka cerita. Kena pulak golongan alim ulama kangkung macam tu, sampai berabad depa disesatkan dengan cerita dongeng.

Tapi la ni Krismas tu lebih kepada hari untuk bersama keluarga, hari yang persediaannya menyenangkan hati tokei-tokei kedai sebab kena bagi hadiah. Asalnya Sinterklaas ni cuma bishop yang bagi hadiah pada budak-budak miskin supaya dapat bergembira di hari raya. Tapi lama-lama tradisi ni dikomersialkan, jadilah musim krismas adalah musim bersoping hadiah. Setiap tahun bila dekat-dekat nak krismas, masa Buchanan Street Glasgow tu penuh dengan orang yang berpusu-pusu membeli-belah untuk hadiah, adalah orang yang bagi ceramah terbuka supaya depa ni sedaq tentang perayaan krismas yang 'sebenar'nya. Supaya orang meraikan kelahiran semula Jesus Christ dan tidak terpengaruh dengan golongan kapitalis yang dah mengubah krismas. Di kalangan mazhab kristian lain selain katolik sendiri pun ramai yang tak sambut Krismas. Jehovah Witness dan Puritan tak sambut krismas sebab cerita rekaan kelahiran semula ni.

Aku masih lagi belum ada pendirian tentang anak-anak Muslim menyertai pementasan Nativity, walaupun sebenarnya cerita Nativity tu pun hanya dongengan. Dan aku pun tak terlibat dengan sebarang pementasannya, anak-anak yang bersekolah pun takdak (biasa sekolah buat pementasan Nativity, jadi mungkin ada dilema mak bapaknya).Tapi sebab melibatkan Nabi Isa as Jesus, tak bolehla dipaparkan dengan ada pelakonnya yang jadi Nabi Isa tu. Unless kita rasa Nativity adalah sekadar satu lakonan, Jesus itu adalah Jesus dan bukan Isa Ibnu Maryam, yang takdak kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati, jadi terpulang pendapat masing-masingla. Sebelum buat apa-apa keputusan silalah mengkaji dengan lebih mendalam tentang kesan cerita ni terhadap pemikiran anak-anak. Apapun ceritanya memang pasal kelahiran Isa yang sangat berlainan dengan cerita yang kita tau. Lagi satu cerita rekaan golongan alim ulama dulu. Jadinya, cuti 25 Disember pada aku adalah sekadar cuti umum solstis, 26 Disember (Boxing Day) pulak cuti umum soping hahahaha!

Tapi tahun ni aku telah mengawalkan hari membuka kotak ni, ala 3-4 hari saja. Tak boleh nak tunggu 26 Disember dah, sebabnya kedai buku Borders UK ditutup pada 23 Disember. Tutup kedai dah rangkaian buku gergasi dari seberang Atlantik ni. Zaman gawat ni, dari kecik sampai ke besaq, bukan senang bisnes nak survive. Bala bagi Borders, rahmat la bagi pembeli kan...(bala jugak la sebab duit abih huhuhuhu)..2 hari aku pi Borders ni sebelum dia tutup kedai. Hari pertama tu (2 hari sebelum ditutup) kebanyakan buku ada diskaun 80% walaupun ada lagi yang 70%. Tak boleh nak konsentret sangat soping sebab ada janji nak jumpa dekan aku.

Hari pertama soping £17.33 untuk 9 buku (ada 70% &80% diskaun)

Esoknya aku pi lagi Borders, kali ni lama la menengok buku. Makin lama belek banyak la yang masuk bakul. Bacanya tak tau la bila lagi, lepas abih study kot hahahaha!

Hari kedua (diskaun 90%) £34.24 untuk 30 buku

Sunday, December 13, 2009

Pekej kehidupan

Pernah tengok dak klip interview mana-mana rancangan realiti tv, yang tanya peserta pasai pa depa masuk rancangan tu, pasai pa nak menang? Aku rasa jawapan paling kerap selain daripada nak bantu keluarga adalah nak jadi bintang terkenal kan (kecuali Britain's Got Talent yang jugak rasa paling hebat kalau dapat perform depan sang Ratu masa Royal Gala Variety). Tu jawapan masa kanyiaq lagi la. Masa tu kira kalau pi merkit orang kenai pun dah excited sangat. Ironinya bila dah impian depa nak jadi terkenal tercapai, tiba-tiba ayat dah bertukaq -"Saya perlukan privasi", "Jangan ganggu keluarga saya."

Dah tu, masa mula hari tu angkut satu keluarga kan tunjuk kat orang, bagi orang tengok segala ruang privasi. Nak menagih simpati? Dah lupa kot dia yang pi bagi peluang untuk orang melangkau batas ruang privasi dia. Dan dia jugak tak belajar daripada sejarah. Sejak berzaman, orang bertukar, faktanya sama saja. Populariti tu bukan percuma, ada harga yang perlu dibayar. Ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Kita nak dikenali, nak ramai peminat. Tapi dalam ramai-ramai yang kenai kita tu takkan la semuanya nak minat kita kan, dah tentu ada yang minat, ada yang rasa kita ni biasa-biasa saja (ada pun takda kesan, takdak pun tak mati), ada yang tak minat dan ada jugak anti. Tak boleh la nka expect orang yang kita suka saja yang mai kat kita kan. Nak buat camna, terima saja la.

Realitinya, kalau bukan dalam program realiti pun, apa saja yang berlaku, setiap pilihan yang kita buat sebenarnya ada kesan dan akibat yang datang dengan pekej. Pada aku, ni la gunanya akal dan kaitannya dengan takdir. Akal gunanya untuk mempertimbangkan semuanya, dan bila pilihan dah dibuat kita kena la terima kesan dan akibatnya walaupun bukan semuanya yang kita suka. Jadi kalau kita saja-saja pi buat pilihan yang terang-terang banyak kesan buruk, jangan la pulak disalahkan takdir. Life is about making decisions, whatever consequences come with them are beyond your control. You can't have the best of everything, you can only optimise. Just face them! Most importantly, make informed decisions.

Katakan kita kurang bijaksana. Kita ada pilihan sama ada terus duduk mengeluh dengan kekurangan kita tanpa berusaha memperbaiki apa yang kurang, ataupun belajar supaya kita keluar daripada kekurangan. Kalau dah kita pilih nak terus mengeluh, jangan salahkan takdir yang kita ni bodoh. Sebab kita yang pilih nak jadi bodoh, dah la bodoh sombong pulak tu. Kita pilih nak jadi ignorant, sedangkan dah disuruh Allah supaya jangan jadi ignorant, salah takdir jugak ka?

Friday, December 11, 2009

Mereka yang terbiar

Entah malam bila aku nonton dokumentari pasal anak-anak kat Britain yang tak sempat nak kenal mak bapak sendiri, mostly bapak la. Depa ni sama ada jadi mangsa perceraian, unwanted pregnancy ataupun teenage pregnancy. Fokus dia lebih kepada psikologi anak-anak yang tak sempat nak kenal mak bapak sendiri ni. Selalunya anak-anak ni menyimpan rasa, ada yang rasa berdendam sebab ditinggalkan, the feeling of being unwanted. Ada yang bapaknya tak mau jumpa dengan alasan nak jaga hati keluarga baru, jadi budak ni dok terfikir kalau tak bersedia nak jadi bapak apesal tak amik sebarang langkah berjaga-jaga kan. Anak-anak pun tak kenal adik-beradik lain, ada kemungkinan dua beradik nanti kawin.

Ada jugak yang dibantu dalam siri ni untuk cari bapak dia. End up jumpa keluarga baru lepas 8 tahun berusaha cari bapak dia. Segala keletihan terus diganti dengan perasaan gembira sebab dah jumpa, dan yang penting bila dapat tau bapak dia pun dok mencari dia selama ni terus hilang segala susah payah mencari bapaknya selama 8 tahun.

Dalam perbincangan pasal masalah anak-anak terbiar ni, antara punca yang disebutkan adalah takdak hukuman kepada ibu bapa yang mengabaikan anak-anak. Jadinya, kalau bapaknya angkat kaki pun takdak sapa boleh kata pa. Selalunya bapakla yang tak bertanggungjawab, dan persepsi umum pun macam satu perkara biasa kalau sorang bapak mengabaikan anaknya. Tambah-tambah kalau anak tu anak luar nikah. Sedangkan kalau mak yang buat macam tu, jenuhla orang mengata.

Pengacara ni jugak interview sorang lelaki 24 tahun, ada 8 orang anak hasil intercourse di merata-rata tempat. Tak pernah pun jenguk anak-anak dia, sebabnya dia tak mau bertanggungjawab, dan dia sendiri pun takdak keja. Bayangkan nak menyara 8 orang anak, sedangkan hidup dia sendiri pun tak stabil. Memandangkan suasana kat sini yang sangat open, jadi memangla takdak sebarang soalan berkaitan kawin tak kawin. Tapi pengacara tu ada tanya sebab dia tak jumpa anak-anak dia, tak penah fikir perasaan anak-anak dia. Dia cakap dia tak bersedia, jadi terusla ditanya apesal lepas sedar dia tak mau anak, dia tak pakai sebarang protection. Dia cakap dia tak suka. Jadi ada kemungkinan anak dia akan bertambah lagi atas sikap pentingkan diri sendiri dia ni. Ada la nampak muka pengacara tu macam dah bengang, tapi ditahan saja sebab dia kena jadi neutral kan.

Masa depa ni abaikan anak-anak, depa dah tentu la tak fikir tentang anak-anak, kesan perbuatan depa pada psikologi anak-anak. Kalau fikir takkan la buat kan. Lepas tu bila dah tua, anak-anak dah mula lupakan penderitaan ditinggalkan, depa pun muncul dalam hidup anak-anak. Bila anak-anak tak boleh terima depa mula la diungkit bahawa walau apa pun yang jadi, depa adalah bapak. Jadi, anak-anak kena tetap terima depa sebab depa la anak-anak tu ada di dunia. Ha, masa depa tinggai anak-anak dulu tak pulak difikirkan depa tu bapak. Takda pulak fikir tanggungjawab sorang bapak bukan setakat menyediakan sperma saja, banyak lagi tanggungjawab menanti.

Ingat lagi cerita sorang yang kawin-cerai ntah berapa kali, anak-anak ada di merata-rata dan dia sampai lupa berapa anak dia, kat mana anak-anak dia. Apalah agaknya yang jadi kalau ada antara anak-anak dia yang tak tau depa adik-beradik, pastu kawin.

Sambil menonton dokumentari tu, aku terfikir kita ada undang-undang keluarga, yang kalau dipraktikkan akan mencegah masalah-masalah yang dipaparkan. Depa cuba mengkaji punca dan macam mana nak mengatasi masalah anak-anak yang terabai. Sedangkan kita sebenarnya dah diberikan penyelesaiannya pun. Apa yang dipaparkan adalah jawapan kepada persoalan kenapa Islam dah menetapkan undang-undang keluarga. Kenapa perlu memelihara keturunan, kena jelas siapa mak bapak, adik-beradik perlu kenal antara satu sama lain. Pasai pa prinsip keadilan sangat penting dalam Islam, kita selalu bercakap tanggungjawab anak-anak kepada mak bapak, tapi adakah mak bapak dah menjalankan tanggungjawab masing-masing. Mak bapak tak boleh menzalimi anak-anak. Walaupun dah bercerai, hubungan ngan anak-anak sepatutnya terjaga. Kita ada semuanya, ada hukum dah disediakan. Mak bapak kena menunaikan tanggungjawab ngan anak-anak. Kalau bercerai pun bapak kena sediakan nafkah sampai anak-anak dah boleh bertanggungjawab ngan diri sendiri, dan jangan diabaikan saguhati untuk bekas isteri yang menjaga anak tu. Kalau bapak yang berpoligami pun kena adil kepada semua isteri dan anak-anak. Ada kedua-dua mak bapak tapi anak-anak terbiar pun zalim jugak namanya. Ada yang tak jumpa anak-anak langsung, jadi bila masanya nak menunjukkan kepimpinan melalui teladannya.

Malangnya, kita yang ada panduan tu pulak takdak penguatkuasaan yang berkesan. Atau mungkin nak tunggu jadi macam depa ni kot, baru nak sedar diri..

Wednesday, December 02, 2009

Bank oh bank

Bank utama yang aku guna adalah NatWest, kira pelanggan setia la sejak tahun 2000. Kira masa orang lain bermasalah nak buka akaun 2-3 tahun kebelakangan ni, aku memang tak dak masalah sebab dah ada akaun lain. Pernah jugak try nak buka akaun ngan RBS masa mula-mula sampai Glasgow sebab cawangan NatWest tak banyak kat sini. Ada masalah sebab nama dalam pasaporte tak sama dengan nama kat rekod universiti, nama kat kontrak student hall lak sama ngan nama kat rekod universiti. Pi mai-pi mai aku pun malas dah, jadi menapak jugak la mencari cawangan NatWest kat financial district tu, NatWest kat student union cuma buka masa semester saja.

Masa sampai tu aku check akaun aktif, lagi cuma alamat kat bangi. Aku mintak la dia hantar kad debit, pastu tukar alamat ke Glasgow. Pastu, dia pun tak tanya apa dah lepas tu, aku pun assume semuanya ok. Seminggu aku tunggu tak sampai-sampai kad, pi la check lagi pasai pa lambat sangat. Rupanya dia bagitau kad dah dihantar ke rumah di mesia, no pin pun dah hantar sana. Bengong! Aku cakap aku dah tukar alamat sini. Rupanya staf dia request kad debit dulu, pastu baru dia tukar alamat. Dah tukar alamat tu tak kensel kad yang dah order tu. Adoi la...kalau ya pun ada SOP takkan takleh tanya aku nak kensel ke tak kad yang nak hantar ke mesia kan. Terpaksala kensel kad tu, order semula kad baru. Tapi lepas kad sampai PIN pulak tak sampai-sampai. Dah malas nak pi order PIN baru, aku tepon umah je la tanya no PIN yang dah dihantar tu. Barula boleh guna kad dengan aman.

Cerita lain, seminggu sebelum dompet aku hilang (masih belum ada apa-apa yang dipulangkan), aku pi NatWest untuk tukar alamat. Lepas isi semua borang, depa bagitau akaun aku due untuk review. Takpa la, buat appointment untuk review akaun. Punyala la kelam kabut aku print dan cari segala rekod kad kredit ngan akaun bank lain sebab kat notis tu dia cakap kena prepare semua dokumen. Sekali masa review tu aku rasa amik masa berapa minit ja, sat sangat sebab dia kata based on rekod akaun aku takdak masalah. Masa dompet hilang aku tepon bagitau dan mintak hantar kad baru. Rupanya alamat aku tak ditukar lagi. Dia cakap kad akan dihantar ke alamat lama. Esoknya aku pun pi la bank nak amik duit since kad takdak, staf dia cakap akaun aku due review. Aku pun bagitau baru ja pi review, pastu dia pun tanya kot-kot akaun ada masalah. Aku cakap takdak masalah apa pun, semuanya ok saja. Dia cakap patutnya kalau dah review akaun aku clear la. Mana aku tau. Yang aku tau dah pi review.

Kad yang ditunggu tak sampai-sampai walaupun ke alamat lama. Jadinya pagi semalam aku tepon la bank tanya pasai pa kad tak sampai. Rupanya, sebab masa tepon request tu aku cakap alamat la sedangkan alamat aku masih belum update, depa tak hantar kad. Ampeh! Awat tak tepon bagitau. Dah la tu, masa tepon tu kan ada security questions, tanya PIN ngan password. Aku sampai lupa masa tu, banyak sangat nombor nak kena ingat, customer number, PIN nombor ngan password. PIN tu pulak aku terlupa langsung, aku ingat PIN kad ATM ja, asik bagi nombor salah. Sampai dia cakap, "This is your last chance." 3 kali try saja. Lupa, nak buat camna kan...

Jadinya, la ni aku sedang menunggu ketibaan kad debit dan kad kredit. Kad debit dan kad kredit yang ditunggu, bil kad kredit jugak sampai. Sekurang-kurangnya depa dah update rekod alamat kan. Pastunya, bila sampai bank statement aku pun membelek la kan. Ada debit interest charge pulak dah. Bila pulak aku ada overdraf, kalau ada pun aku memang ada dapat free interest overdraf pun. Tak puas hati betul!

Hari ni aku pi bank tanya pasal interest tu. Lama jugakla depa dok belek akaun aku, dalam 10 minit jugak kot. Pastu staff dia cakap depa pun tak tau pasal pa kena charge, memang takdak overdraft. Dia mintak nombor tepon, sebab nak kena belek sampai jumpa kat mana aku kena charge tu. Tunggu la lagi 4-5 hari, depa tepon balik. Sabar sabar sabar saja la sabariah......

Monday, November 30, 2009

Kek Marmar Oren (Orange Marble Cake)

Kek ni ada oren tapi takdak secebis pun serpihan marmar. Kek ni disediakan untuk sahabat seperjuangan di arena pewayangan, Effa yang menyambut raya di Glasgow untuk kali terakhir. Asalnya Effa nak request kek keret, tapi memandangkan jemputan yang ramai dia pun dalam dilema, teringin nak makan kek keret tapi kalau boleh tak mau yang leceh-leceh nak hidang. Nak yang simple saja. Jadi aku cakap kat dia aku buat kek simple saja. Tak la pulak aku cakap nak buat kek ni, tapi tu la orang kata telepati kan. Dia kata dia pun sebenarnya teringin gak kek yang namanya macam ada batu marmar ni. Resepi adalah berdasarkan buku Step-by-Step Cakes & Desserts.
Kek marmar bergaya di rumah Effa

Bahan kek
225g mentega
225g gula kaster
3 biji telur besar (asalnya 4 biji telur sederhana)
225g tepung naik sendiri-diayak
parutan kulit (rind) dan jus daripada sebiji oren
25g serbuk koko- diayak
30-50 ml susu/double cream (aku tambah ni sebab susah nak sebatikan jus oren ngan serbuk koko)

Bahan topping
Parutan halus (zest) dan jus daripada sebiji oren
1 cmb gula

Cara membuat
1. Sapu tin pembakar kek dengan minyak/butter/marjerin, pastu alas ngan baking paper. Boleh guna tin bulat diameter 8 inci. Aku buat 2 adunan, satu guna tin bulat, satu lagi guna tin patsagi. Panaskan oven 10 minit sebelum letak adunan untuk dibakar. Suhu lebih kurang 170-180 C. Kalau ikut buku tu dia suh 190C, tapi aku risau kang hangit la pulak kan.
2. Mesin mentega ngan gula sampai berkrim. Aku mesin mentega dulu sampai kembang sikit, dah bawak keluaq awai pun dok membeku lagi. Agaknya kena sehari semalam awai baru ok kot.
3. Masukkan sebiji telur pastu pukul sampai adunan sebati. Ulang la sampai habih teloq tu. Jangan lupa kikis adunan yang terpercik kat tepi mangkuk tu.
4. Masukkan tepung sikit-sikit, guna senduk ka apa nak kaup dan balik-balikkan adunan kasi sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2, satu bekas tu campurkan dengan kulit oren dan sedikit jus. Pukul kasi adunan sebati.
6. Campurkan serbuk koko dengan baki jus oren. Kalau agak-agak susah nak kacau tambah la susu atau double cream. Aku tambah double cream sebab ada yang tu dalam peti ais. Susu/coublem cream akan menjadikan tekstur kek lebih lembab.
7. Sendukkan kedua-kedua aduna ke dalam tin pembakar berselang seli. Adunan dia agak pekat jadi letak setompok sana setompok sini. Pastu guna lidi/garpu untuk kasi pusing-pusing untuk meratakan dan campur adunan tapi jangan over excited pusing-pusing pulak. Satgi kengkonon nak dapat efek marmar sekali dah jadi granit kan.
8. Bakar lebih kurang 45-55 minit. Eloknya lepas 45 minit tu test la ngan lidi, takut hangit pulak nanti.
9. Dah masak tu boleh la dikeluarkan daripada tin dan sejukkan. Tuangla sirap topping kat atas dia. Topping ni kasi macam berkilat-kilat gitu. Dah sejuk topping tu bolehla dihidangkan.

Untuk topping
1. Campurkan jus dan parutan kulit oren dengan gula dalam periuk kecil. Panaskan dan kacau sampai gula larut. Kasi mendidih, pastu perlahankan api, masak 5-6 minit atau lama lagi, sampai pekat sikit.
2. Dah pekat sikit boleh la tuang atas kek.

Saturday, November 28, 2009

Kek Baldu Merah

Eid Mubarak! Sangat la sibuk pi open house, kalau kat kampung aku hari ni orang dah sibuk menyembelih korban. Kat sini takleh buat korban terbuka, kena buat kat rumah sembelihan atau abattoir. Alasannya untuk kebersihan. Tahun ni ada Scottish Islamic Foundation buka penyertaan korban untuk diserahkan kepada homeless dan refugee di sekitar Glasgow. £100 sorang. Aku tak masuk pun, buat masa ni belum lagi ada rezeki berlebihan. Insyaallah. Mungkin bukan di sini.

Atas permintaan, dipaparkan resepi yang diambil daripada Hummingbird Bakery, aku guna resepi ni sebab yang paling mudah berbanding yang lain-lain yang boleh didapati kat Internet. Ada resepi yang gunakan tepung kek, yang ni pakai tepung biasa saja. Ada yang sapu nutella antara lapisan kek, resepi menggunakan krim yang sama yang digunakan untuk topping. Senang gitu. Kalau tak suka warna merah, boleh la cuba buat warna hijau ka biru ka ungu ka, lagipun baldu ada macam-macam kaler kan...

Mentega perlu dikeluarkan awal-awal daripada peti ais, kalau dak nanti susah nak mesin. Macam aku, lupa nak kuarkan awal-awal. Keras memang takleh nak mesin. Jadi aku letak tepi heater hahahahaha


Kek Baldu Merah
(resepi ni boleh menghasilkan 24 kek cawan)

Bahan kek
120g mentega-biarkan pada suhu bilik (tanpa garam, kalau guna mentega biasa tak yah letak garam)
300g gula kastor
2 biji telur
20g serbuk koko
1 botol pewarna merah (aku guna Dr Oetker 38ml sebotol)
1 cmt ekstrak vanilla
240ml buttermilk*
300g tepung gandum
1 cmt garam
1 cmt soda bikarbonat
3 cmt cuka putih (aku guna cider vinegar, tu ja yg ada, expired pulak tu hahahaha)

Bahan krim frosting
360ml double cream (resepinya guna whipping cream, tapi double cream Asda ada offer, so aku guna yang mana murah hehehehe)
1 bekas- 200g soft cheese (asal 227g) - letak kat luar macam mentega
1 bekas- 250g keju mascarpone** (asal 227g) - pun letak kat luar
1 cmt ekstrak vanilla (3/4 cmt-aku malas nak sukat-sukat, letak ja secamca)
115g gula aising (atau boleh kasi mesin gula biasa saja)

* Buttermilk boleh dibuat sendiri guna 1 cmb cuka atau limau nipis/lemon yang dicampur dengan 240ml susu. Biarkan sejam pastu boleh guna dalam resepi.

** Mascarpone ni soft cheese dari Itali, boleh saja digantikan dengan soft cheese, tapi mungkin kena guna 2 tub la kot sebab soft cheese yang murah-murah tu setub 200g. Kalau philadelphia tu 250g boleh la guna 2 tub.

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 170C 10 minit sebelum mula membakar. Alas tin kek dengan mentega/ marjerin/minyak, pastu alas ngan baking paper. Aku guna bekas 9 inci, dapat nipis sikit. Kalau nak lebih tebal guna la bekas 8 inci. Ada yang guna 2/3 bekas nipis sebab tak payah nak potong-potong dah kek tu untuk buat lapisan, tapi aku malas nak guna banyak bekas.
2. Kacau serbuk koko, pewarna dan ekstrak vanilla sampai jadi pes dalam mangkuk kecik.
3. Mesin mentega ngan gula sampai kembang. Aku mesin mentega kasi lembut sikit, pastu baru masukkan gula untuk elakkan gula bertempiaran sebab mentega dok mengeras lagi.
4. Masukkan telur sebiji. Pukul kasi rata. Masukkan telur sebiji lagi. Pukul kasi sebati semuanya.
5. Campurkan pes merah coklat tu ke dalam adunan mentega-gula. Pukul sampai warna rata. Kalau nak senang guna spatula yang getah tu untuk scrap adunan yang bertempiaran kat tepi-tepi mangkuk.
6. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan sebahagian buttermilk, pukul sampai rata.
7. Masukkan sebahagian tepung, pukul lagi.
8. Ulangkan tuang buttermilk ngan tepung ni sampai habis dan pukul sampai semuanya sebati.
9. Masukkan garam, soda bikarbonat cuka. Pukul lagi sampai sebati. Pastu pukul guna kelajuan tinggi dalam 2-3 minit.
10. Tuangkan dalam bekas pembakar kek tu, masak 35-45 minit. Guna lidi nak tengok kek dah masak ka dak. Kalau tak masak lagi tambah lagi masa 5-10 minit, kalau atas dia dah garing tutup ngan kertas aluminium masa nak sambung bakar tu.
11. Dah masak, boleh la sejukkan kek, kalau nak senang potong & sapu krim boleh la letak dalam peti ais barang sejam sebelum memulakan proses memotong dan menyapu krim.
12. Aku bahagikan kek tu 3 lapisan. Krim tu dibahagikan kepada 4, satu untu setiap lapisan, 2 untuk atas sekali ngan tepi keliling kek.

Untuk krim
1. Mesin kedua-dua keju sampai berkrim.
2. Mesin double cream sampai jadi soft peak, pastu tuangkan ke dalam keju. Masukkan gula aising ngan vanilla. Kacau sebati. Sedia untuk disapu.