Tuesday, July 29, 2008

Dedikasi

Lagu ditujukan kepada Khairyn dan Mimi dan geng the Pipits.




FRAGILE - STING & POLICE

If blood will flow when flesh and steel are one
Drying in the colour of the evening sun
Tomorrow's rain will wash the stains away
But something in our minds will always stay

Perhaps this final act was meant
To clinch a lifetime's argument
That nothing comes from violence and nothing ever could
For all those born beneath an angry star
Lest we forget how fragile we are

On and on the rain will fall
Like tears from a star, like tears from a star
On and on the rain will SEE
How fragile we are, how fragile we are

On and on the rain will fall
Like tears from a star, like tears from a star
On and on the rain will say

How fragile we are, how fragile we are
How fragile we are, how fragile we are

Friday, July 25, 2008

Nonton wayang


Tuesday, July 22, 2008

Glasgow River Festival

Aku ke Pesta Air Glasgow ni Ahad lepas. Berduyun-duyun la manusia...saja ja aku pi sebab tempatnya dekat ngan rumah. Jalan kaki 15 minit saja.

Antara feri/bot/kapal yang jadi bahan pameran. Kat belakang tu Glasgow Science Centre. Kat sini ada IMAX....


ahaaa..ibu pejabat BBC Scotland kat depan pusat sains je


SECC...Glaswegian panggil armadillo


bot laju nyer pertandingan..botcross la kot nama dia..


teringin nak naik yang ni, tapi ada limit umur hehhehe


ahaaa...bila reramai ni kena la ada tempat ni


ada jugak tu yang tengok acara dari dalam kontena saja...












..last but not least, dressed crab dengan smoked mussels dari loch fyne

Sunday, July 20, 2008

Scotland High Country



Nota: Untuk gambar-gambar semasa jenjalan Scotland sila ke blog Cik Mimi. Gambar-gambar dari 5 kamera dia akan pilih dan upload. Nasib baik ada bos yang bertanggungjawab cam Mimi. Aku malas!

Boleh jugak ke sini kalau nak tengok hasil kreativiti, learn and relearn Khairyn.

Friday, July 04, 2008

Sehari lagi

Nampak macam sedap buah ni. Macam blueberry ja...tapi kalau burung pun tak makan, takkan aku nak terpa makan kan..cari pasal


Yang ni pun nampak sedap. Tapi kira makanan mewah kat sini. Sebagai insan tidak berkemampuan, aku telan ayaq liuq saja la......


dengan telan yang ni...jelajah scotland punya pasal....risau takut tertido sambil sembang ngan garmin huhuhu...(psstt...orang dah makan ubat tau...erkk bila nak pos deriyan, rambutan, manggis, dokong, pekasam, tempoyak huhuhuhuh)

Thursday, July 03, 2008

Ruyung dan sagu

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) - Al- 'Alaq 96:1

Invention is 95 percent perspiration and 5 percent inspiration
- Edison

Wednesday, July 02, 2008

Happy Belated Birthday Leyha!

Erkk..besdeynya 1 Jun, aku berhutang dengan Leyha sebiji kek keret. Lepas tu banyak lak songel budak Leyha ni nak kek sebiji tak nak aku potong-potong bagi kat dia sebab tak glemer katanya. Kalau nak bawa ke opis masa hari biasa sah-sah la kena potong kan. Malas nak mengangkut sebiji kek tu bawak meronda Glasgow ni. Jadi kena tunggu wiken, bila buat wiken demand pulak nak ada yang lain selain kek. Takpe Leyha takpe, kutunggu Krispy Kreme dari KL itu huhuhuhu.

Menu:

Laksa Sarawak

Agar-agar santan


Kek keret (ni ja yang aku hutang Leyha)


Tuesday, July 01, 2008

Sakit tekak

Cuaca tak menentu. Tekak tak mula rasa tak selesa. Mungkin sebab cuaca atau mungkin jugak sebab aku dah kurang minum air kosong kat opis, asik aku saja dok berulang alik gi amik air kat dapur kat ujung koridor untuk dimasak, letih la. Botol air kosong yang ditinggal kat atas meja pulak dah dua kali dibuang makcik cleaner yang terlebih rajin, jadi tinggal mug saja. Nak minum air panas lagi, nak isi air kosong lagi.

Kena pulak wiken lepas dok keluar mengharungi panas dan hujan untuk beli barang. Lepas tu sibuk la dok buat kek keret ngan laksa Sarawak untuk belated besdey Leyha. Tak sempat nak minum-minum dan bersenang lenang.

Untuk sakit tekak atau sakit-sakit apa pun aku sebenarnya lebih suka makan ramuan-ramuan alami, kurang berminat nak membeli ubat di kaunter. Jadi untuk sakit tekak kali ni aku terpaksa tanya pakcik google lagi. Hari tu dah cuba tapi terlupa nak catit web address dia. Kali ni dah tak jumpa yang lama tapi yang ni masih menggunakan bahan yang lebih kurang sama.

Natural remedy for sore throat (Alternative Medicine)

Lemon, Apple Cider Vinegar, Cayenne, and Honey Tea

An old home remedy for sore throats is a tea made with lemon, apple cider vinegar, cayenne, and honey.

It is made by adding one teaspoon of apple cider vinegar, a tiny pinch of cayenne pepper, the juice of 1/4 lemon, and one teaspoon of honey to a cup of hot water. Stir.

Typically, up to four cups a day is suggested.

Ni sebenarnya lain sikit sebab yang dulu guna serbuk halia, bukan lemon dan tak bercampur air langsung. Kira yang dulu kuat dan pekat. Lepas tu aku berkumur pulak dengan air campur cayenne. Boleh tahan la kepedasan berkumur ngan air berperisa cili kan. Takpa yang penting nak kena ilangkan sakit tekak. Sora dah mula serak-serak.Harap esok dah ok.

A walk through the fog

Tu Alex punya description pasal pengalaman buat PhD, Raji la yang bagitau. Nak harap Alex cerita kat aku memang takdak la pasai dia bukan bos aku. Tapi Raji ada jugak la suruh aku jumpa Alex kalau rasa macam nak dapatkan nasihat-nasihat berguna. Raji dah dapat PhD dia, lepas 5 tahun lebih. Mark pulak 6 tahun. Fayyaz pun rasanya 5 tahun. Setakat ni rekod kat Design Research Group memang la mengerikan aku. Raji ngan Mark bawah penyeliaan Alex, bos yang sentiasa tanya soalan-soalan membunuh semangat orang yang ditanya.

Kata Raji lagi, Alex selalu bagitau macam tu kat pelajar-pelajar dia yang tengah sesat, kita memang tak tau apa yang ada di depan. Jadi kita kena berani mengambil risiko. Kalau jalan yang kita buat tu tak bawak ke mana-mana, kalau perlu patah balik. Mula semula..erkk...