Friday, February 26, 2010

Perfectionist?

Ada ke orang yang sempurna dalam dunia ni? Pada aku, kalau betul ada yang sempurna, terhentila dunia sebab dah takdak apa yang perlu diperbaiki lagi. Tapi ketidaksempurnaan tu tak bermaksud kita boleh sekadar menyalahkan diri yang serba kekurangan atas apa yang berlaku. Kalau pun tak sempurna, dan sesungguhnya takkan ada manusia biasa yang sempurna, kita kena la sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan bersungguh-sungguh.

Aku bukanlah pandai sangat. Tapi aku rasa ada keperluan untuk sekurang-kurangnya melengkapkan diri dengan ilmu untuk keperluan hidup dan aku tak boleh bergantung kepada orang lain untuk perkara asas kehidupan. Aku sebenarnya tak setuju dengan knowledge secularism ni, klasifikasi ilmu berdasarkan ilmu agama ataupun tak agama. Sistem yang sebenarnya telah memundurkan umat Islam sampai beberapa abad. Kalau dulu-dulu ada sistem sekolah pondok yang mengajar tauhid, feqah, tajwid, tafsir tapi mengenepikan matematik, geografi, sains. Padahal kita lupa subjek sains, matematik dan geografi pun ada dalam al-Quran, bukan setakat tauhid dan ibadah semata-mata. Kita juga lupa dalam pelaksaan ibadah pun memerlukan matematik, geografi dan sains, jadi macam mana pulak ilmu-ilmu ni boleh diklasifikasi sebagai ilmu dunia pulak? Kalau tak belajar matematik macam mana nak buat penentuan zakat, kalau tak belajar geografi macam mana nak tentukan arah kiblat? Macam mana nak jalankan sistem muamalah kalau tak belajar matematik?

Sama jugak, kalau kita belajar sains dan teknologi, matematik, sains sosial dan sebagainya, kita tak boleh pisahkan daripada perkaitannya dalam menjalani kehidupan Islam. Sebab tu aku tak berapa setuju dengan konsep "Apa-apa kena tanya ustaz, ustaz yang pegang tanggungjawab. Aku tak tau sebab aku bukan sekolah agama". Tanggungjawab mencari ilmu adalah wajib kepada individu, kalau tak tau silalah belajar. Dunia sekarang penuh dengan sumber ilmu, kita saja yang tak pandai menggunakan apa yang ada. Bila mencari ilmu, jangan taklid semata-mata pada satu sumber. Jangan belajar daripada seorang ustaz saja, imam-imam yang dulu macam imam Shafie, Hanbali, Maliki, Ahmad dan al-Bukhari merantau merata ceruk untuk mencari ilmu. Sebab tu pemikiran depa kritis dan kreatif, imam Shafie tak pernah pun cakap kalau dah ikut pemikiran dia jangan ikut orang lain dah. Dia cakap kalau ada yang lebih baik, ambikla yang lebih baik. Maksud yang tersirat adalah kaji la pemikiran orang lain dan buat perbandingan mana yang lebih baik. Kalau nak buat perbandingan kita kena la belajar, nak belajar kena la banyak membaca. Bukan ka ayat pertama al-Quran yang diturunkan pun suruh kita membaca?

Pada aku, sistem pendidikan mungkin menyebabkan terpisahnya disipilin ilmu, bila belajar kat universiti dah ada major masing-masing. Tapi menuntut ilmu tak semestinya dengan pi universiti saja kan. Kalau dah belajar Usuluddin kat al-Azhar jangan terhenti setakat tu saja. Buku-buku dan majalah pun banyak tentang sains, ekonomi, perbankan dan sebagainya. Ada kelebihan berbahasa Arab, gunakanlah sebaiknya untuk mengkaji al-Quran dan sumber ilmu lain dalam bahasa Arab. Jangan setakat balik berpuas hati dapat jadi ustaz/ustazah dan sekadar dok taqlid orang lain.

Bagi yang belajar the so-called ilmu dunia pulak, Islam bukan setakat menunaikan rukun islam yang 5 tu (tu pun ada yang tak cukup 5). Kalau dah dikatakan Islam adalah cara hidup, dah tentula lebih daripada sembahyang 5 waktu, sebab sembahyang tu cuma beberapa minit daripada 24 jam kita. Baki masa yang lain tu nak buat apa? Puasa cuma sebulan dalam setahun, 11 bulan lagi macam mana? Macam mana kalau tiba-tiba ada orang bukan Islam yang tanya kita tentang Islam, mampukah kita bela Islam?

Macam mana nak menjadikan Islam sebagai cara hidup? Yang pertama sekali dah tentula kena membaca supaya kita memahami Islam dengan sesungguhnya. Bukan setakat Islam sebab lahir dalam keluarga Islam, bukan setakat ikut-ikutan. Al-Quran bukan sekadar dibaca untuk sedap didengar, itulah kitanya dokumen perlembagaan. Jadi kena tau apa maksudnya, dan belajar juga tafsir dan huraian, kena tau jugak sebab ayat diturunkan (asbab-un nuzzul). Ada juga hadith sebagai sumber kedua, tapi kena berhati-hati supaya tak terambil hadith palsu. Kalau hadith lemah boleh la lagi, tapi kalau palsu tu jangan sampai tersangkut sebab banyak jugak hadith palsu yang disebarkan dalam masyarakat kita. Kalau orang bercakap dengan kita, ambik hadith tu hadith ni, pastu dia cakap hadith sahih, kena tanya sapa yang sahkan hadith tu hadith sahih. Dia memang bandingkan sendiri antara perawi-perawi ataupun sekadar ambik kat mana-mana. Dah dua sumber takdak, kita ada lagi ijtihad ulama'. Maksudnya pendapat orang yang pakar dalam bidang tertentu. Sama la macam kita baca journal. Tak boleh berpegang pada satu pendapat saja, kena bandingkan. Baca jurnal kita kena ada critical analysis kan? Bandingkan la pendapat dengan Quran, mana yang lebih menepati, tengok jugak persekitaran untuk pelaksanaan.

Kita beruntung sebab ada Quran sebagai dokumen perlembagaan, bayangkan kalau takda Quran. Islam akan jadi macam bidang-bidang kajian manusia saja. Tahun lepas ada depa jumpa fosil yang kononnya the missing link kepada teori evolusi kan. Seronok la depa geng evolusi bersorak sakan. Sekali beberapa bulan lepas tu tiba-tiba fosil disahkan pelesu, bukan the missing link. Hah, camna tuh? Sat betoi sat salah. Margaret Thatcher masa tengah pulun nak tumbangkan parti Buruh dulu-dulu masa kempen pilihanraya dietnya sehari-hari teloq saja sampai 2 minggu. Sehari 4 biji, masa kira regim diet teloq ni tengah in la. La ni dietician cakap diet ni sebenarnya tak sesuai, boleh bagi kesan jangka panjang pada sistem badan.

Besar tanggungjawab kita, macam takdak masa nak buat semuanya. Bila difikir balik, macam tak cukup 24 jam nak buat semua kan. Takpa, buat sikit-sikit. Islam tu sempurna, kita pulak tak sempurna. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha sebab Allah bukan takat tengok hasil saja. Usaha pun dinilai jugak kan. Yang penting kena konsisten atau kalau agak-agak nak bunyi macam ustaz/ustazah sikit - istiqamah. Dan Islam pun tak bagi kita berlebih-lebihan kalau nak buat apa-apa kan, biar sederhana supaya dapat dibuat secara berterusan dan tidak menafikan hukum kehidupan untuk memelihara agama, ummah, jasad, jiwa, harta, keturunan dan kehormatan. Pertimbangan kesederhanaan ni pun bagi aku sangat mencabar. Aku pun selalu jugak lalai dan lupa, sebab aku pun tak sempurna. Tapi kena berusaha selagi bernyawa. Cabaran memang la ada, adat hidup ada cabaran. Kalau takdak cabaran matilah namanya.

Tuesday, February 02, 2010

Britain's Best Chippy


Cadangnya nak merasa Britain's Best Chipppy ni bulan depan....tapi memandangkan ada sorang ibu mengandung yang aku rasa tak menyempat dah nak tunggu bulan depan, kena la bersegera jugak ke Coatbridge. Tanpa sebarang maklumat lengkap, keputusan last minute pun diambik. Maka bergegas la 3 orang 'gila' (makan) ke suatu tempat bernama Whifflet. Pekan kecil Whifflet, where the streets have no name. Tanpa sebarang petunjuk atau nama jalan, sekadar panduan bahawa tempoh perjalanan menggunakan kaki adalah 8 minit. Perlu diingatkan 8 minit kadar omputeh ni perlu ditigakaligandakan untuk mendapatkan kadar yang tepat untuk kita yang bertubuh comel-comel ini.

Rasa ikannya yang bersalut serbuk roti itu sedap, sesuai dengan kejayaan sebagai best chippy. Masa kami sampai tu memang ramai pelanggan. Order, bayar dan tunggu nombor pesanan dipanggil. Sakan!

Sos cili tak disediakan. Dia bagi tartar sauce dan lemon saja. Ikan dan kentang dibungkus dalam kotak berasingan.
Chips ni masih selamat sampai ke rumah. Tak seperti sorang tu, chips nya habis sebelum sempat naik tren balik hahahahaha!