Saturday, April 25, 2009

Jalan-jalan Easter - Chipping Campden, Stonehenge, Salisbury

Lepas ke Scarborough, destinasi seterusnya adalah ke selatan. Perancangannya nak ke South West dulu, esoknya nak ke South East. Sangatla bercita-cita tinggi gitu huhuhuhu. Kalau tengok kertas multimap yang aku cetak tu macam tak sempat ja nak jelajah semua, takpa tengok dulu macam mana, kalau tak sempat kita pi mana yang sempat ja la. Dari Hull bertolak awal, lepas subuh. Destinasi pertama kami adalah perkampungan Inggeris, Chipping Campden kat Cotswold. Pekannya kecik ja, tapi memang nampak la bangunan jenis yang lain daripada yang biasa. Kalau bangunan yang biasa kita tengok warna gelap-gelap sikit ataupun hitam putih ala Tudor tu, bangunan kat sini daripada batu kekuningan warnanya. Tak tau la depa pi cari batu gunang mana. Ada beberapa tempat lagi kat sini yang binaan dia macam lain sikit. Kalau ajak anak menakan aku yang sorang tu mesti dia suka la kalau suh siasat pasai batu-batu ni. Hat tu saja la dia dok ngadap sejak masuk uni sampaila buat masters la ni.

Pekan omputeh ni selalunya bersih la. Chipping Campden tetap cantik walaupun dalam hujan. Nampak sangat eksklusif. Cumanya yang tak seronok sebab orangnya ala-ala kurang mesra gitu. Maklumla kami ni dari kampung nun di utara, walaupun orangnya macam kasar tapi mesra. Kat sini nampakla suasana yang 'so-called the romantic English town', dan orangnya pun sangatla English - reserved. Rumah kampung pulak ala-ala beratap rumbia gitu.



Masa bertolak dari Chip n Dale (kata Khairyn) dah tengah hari. Memandangkan nak kejar masa, kami lunch dalam keta saja. Kononnya nak sampai awal ke Stonehenge, sekali jalan punya la sesak. Bak kata papan tanda tu - Queues likely. Hari biasa pun queues likely, ni kan pulak hari sebelum cuti Good Friday.

Queues likely

Stonehenge (henge=hanged) ni sebenarnya susunan batu-batu je. Macam-macam teori la depa ni nak terangkan pasai pa la orang dulu-dulu pi letak susunan batu tergantung macam tu. Tapi sudahnya tadak sapa tau tujuan sebenar, ya la sapa nak pi tau kan. Hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tau. Aku tak tau la orang lain macam mana, tapi sampai ke sudah aku rasa macam ntah apa-apa ja pakat pulun pi tengok batu-batu ni. Mungkin, dari perspektif teknologi boleh la nak kaji macam mana orang dulu-kala mengangkut batu-batu ni yang bukan berasal dari sini. Sebahagian daripada batu-batu yang ada kat sini sama dengan batu yang ada disekitar Wales. Jadi, boleh la difikir-fikirkan teknologi yang depa guna, sama macam persoalan yang belum terjawab sampai la, macam mana piramid dibina kan. Takat nak berteori boleh la kan, hakikatnya sampai la ni takdak jawapan.

Again, anak menakan aku hat sorang tu mungkin la sangat berminat kalau aku bawak ke sini. Cumanya dia akan kecewa sebab takleh nak bermesra dengan batu-batu macam yang dia selalu buat. Depa dah tak bagi pi dekat-dekat batu dah, sebab dulu ramai pulak yang cuba nak curi. Buat kenang-kenangan la kot. Pasai pa aku kata buat kenang-kenangan? Pasai orang yang cintakan batu-batan takkan cuba mengalih objek cintanya daripada tempat sedia ada. Hanya yang pentingkan diri sendiri saja dok teringin nak bawak balik buat kenangan. Sama la macam depa dok cuba kekalkan habitat asal binatang yang terancam kan.



Keluaq dari Stonehenge ni terpaksa la kami buat penjadualan semula lawatan hehehehe. Abih melawat Stonehenge dah kul 3 lebih, kalau ikut rancangan tu ada lagi 3 tempat nak pi. Lawatan ke sebelah South East terpaksa dibatalkan terus. Sebabnya mana la dan nak mengharung ke Land's End sebelum malam kan. Dah la nak pi tidoq kat Dartmoor yang 3 jam pulak dari Land's End. Ntah bila la nak sampai. Jadinya laluan bertukar, dari Stonehenge terus ja ke Youth Hostel di Dartmoor National Forest, tu pun jangan. 3 jam jugak. Sambil tu singgah la kalau ada mana-mana tempat menarik. Tengok En Garmin ada satu kastil terdekat, jadi kami pun singgah la kat Old Saruman Castle kat Salisbury yang digelar Medieval Town. Haram tak menunjukkan ciri-ciri medieval pun. Agaknya sebab dekat ngan Stonehenge ngan beberapa tempat lama lain la kot. Lepas tu kami terus ke Bellever Youth Hostel, sampai pun dah jam 9 lebih. Dah gelap, jalan pulak kecik. Ntah utan mana-mana ja Bellever tu. Kata driver, nak bagi sampai cepat ja yang lain tak penting dah. Alhamdulillah sampai jugak, driver yang kepenatan memang la tak tunggu lama, lepas siap semayang terus tidur dengan nyenyaknya.


Kami singgah semayang di sini

Semayang dalam keta

Monday, April 13, 2009

Jalan-jalan Easter - Scarborough

Aku baru sampai malam tadi dari Hull. Kepenatan sungguh. Ada program melancong ke England masa cuti Easter. Asalnya program dirancang untuk bercuti ke Hull, lepas tu ke Lake District. Program ke Lake District terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir atas sebab yang tak dapat dielakkan, jadinya aku ngan Khairyn pun buat program lain, jalan-jalan ke bahagian selatan England.

Awalnya ambitious tak ingat la, dua hari nak cover dari driving dari Hull ke Land's End, lepas tu Devon. Sudahnya destinasi sebelah South East semuanya tak pi, cuma dan pi ke South West saja. Kami ke Hull dulu berehat kat rumah kawan Khairyn. Lepas tu sewa kereta dan jalan-jalan ke Scarborough. Awal pagi esoknya bertolak dari Hull ke Chipping Campden, Stonehenge, Salisbury dan Dartmoor National Forest. Kira tidoq kat Youth Hostel di Dartmoor la. Esok pagi terus ke Tintagel, Port Isaac (lokasi citer Doc. Martin), Port Quin dan Land's End. Ingat balik nak singgah Bath lagi, tapi dah lewat masa dari Land's End tu, jadi terus balik aja. Tu pun sampai rumah dah kul 1 pagi. Driver sorang ja, dengan jarak 1000 batu lebih dalam masa 2 hari, sakit pinggang driver tu hehehehe...aku macam biasa la..tukang baca peta..

Perabih duit











Scarborough-Bandar pelabuhan perikanan di utara Yorkshire



Lunch set kami di Scarborough - Fish supper, mushy peas, roti & mentega, aiskrim dan teh


Tuesday, April 07, 2009

Taman bunga..dan makan

Minggu lepas berkelah dengan Khairyn ke Alexandra Park. Taman ni kalau tengok dari tepi jalan Alexandra Parade tu nampak kecik ja. Tapi jalan masuk ke dalam rupanya boleh tahan la penat kalau nak buat tour. Bawak bekal Pringles ngan susu coklat/stroberi aja. Mengunyah sambil dok bersembang-sembang di tepi taman, membincangkan masalah sejagat.

Sebelum berkelah tu pi makan tengah hari kat PJ's dulu. Dulu namanya Panjea, kat belakang Mitchell Library. Buffet lunch biasa ler £5.95. Pakora ayam dia sedap. Isi ayam lembut dan bersari. Tikka masala dia biasa ja. Cuma dia banyak pilihan untuk dessert, aiskrim, berjenis-jenis kek dan minuman panas ler. Ada kopi, mocha, teh dan coklat panas. Kalau kesedapan lauk dan pilihan menu utama pada aku masih tak dapat menandingi Rawalpindi la. Nasi dan nan satu jenis ja, tak macam Rawalpindi yang ada 3 jenis nasi dan 2 jenis nan. Sebenarnya nak ajak Khairyn ke situ, tapi sebab dia baru ja pi makan kat situ hari sebelum tu, kami cari la tempat lain. nak ke Red Chillies rasa macam tak berbaloi bayar harga yang sama untuk 3-course meal. Tu yang kali ni cuba PJ's pulak. Lain kali pi tempat lain pulak hehehehe..


Friday, April 03, 2009

Jom ke taman bunga

Langit cerah, hari yang indah. Suhu maksimum 16 darjah - gitu kata ramalan cuaca. Aku pun hari ni dah mula pakai jeket musim bunga/panas. Kali terakhir pakai masa jalan-jalan Sekotlen. Lepas tu terus masuk lemari. Gitu la dia, baju pun kena pakai ikut musim. Leceh jugak la, penuh lemari ngan baju untuk dipakai pada musim yang berlainan. Sebab tu kat sini senang nak dapat baju terpakai yang masih elok dan murah, sebab orang malas nak menyimpan bila bertukar musim. Nak jimatkan ruang, tapi takleh la jimatkan wang. Kita lak budaya kalau membeli tu biarler dipakai sampai jadi kain buruk. Kalau charity shop kat kawasan omputih macam kat Partick atau sebelah West End, barang-barang terpakai masih elok. Tetambah kalau masa-masa musim bertukar. Balik pada cerita hari ni, tadi pun pakai sat ja la jeket tu, kat tengah jalan terpaksa buka sebab panas. Kat Dataran George pun ramai dok bersantai-santai, maklumla bukan senang nak jumpa cuaca terang dan panas macam ni, jadi semuanya agak keperakan dengan sinaran matahari ni.

Lepas asar mulanya ingat nak bersantai-santai kat rumah, tapi dok mendengar budak-budak main kat bawah tu. Terus aku amik kamera, keluar ke Kelvingrove. Ramai umat bersantai-santai, ada yang main skateboard, bebudak dah tentula kegirangan main kat taman permainan tu. Patutnya aku berlari-larian anak kat taman, tapi posa dan sangat letih, jadi aku jalan-jalan saja sambil menembak.

Pokok-pokok belum pulih daripada keluruhan daun

Daffodil-bunga musim bunga



Yang nampak macam Big Ben dari kejauhan tu menara University Glasgow

Dah ada putik bunga



Balik dari taman aku singgah kedai, beli samosa berintikan vegetarian haggis. Kena pulak ada offer Kettle Chips, Kellogs dan Pringles, beli la semuanya sekali. Haggis ni makanan, asalnya macam organ dalaman yang dikisar dan dicampur dengan rempah dan bahan lain. Ye la orang d sini dulu-dulu kebanyakannya miskin, jadi haggis ni macam menu utama la. Yang aku beli ni untuk pemakan sayur. Jadinya takdak la organ-organ dalaman binatang semua, dia campur kekacang, kentang, rempat, oat. Satu dah selamat dibaham, ada satu lagi untuk esok :)