Wednesday, August 29, 2007

Seminggu yang penat

Minggu ni minggu yang memenatkan. Orang makin kurang kat domestic tinggal yang kerja tetap saja. Aku kena cover kerja level lain dan tawaf satu level. Penat seh...badan pun dah lemah. Cold dari last week tak baik lagi dah mula nak batuk-batuk. Agaknya penangan tidur tak menentu sebulan dua ni.

Friday, August 24, 2007

this book will save your life




Tajuk: this book will save your life
Penulis: a. m. homes

Aku habis baca buku ni beberapa hari lepas. Pinjam dari GoMA. Buku ni kira popular jugak, hot spot, dua minggu saja tempoh pinjaman. Aku baca dalam beberapa hari saja. Ceritanya boleh tahan la pada aku, aku kira boleh baca sampai habis. Aku kira ni fiksyen yang serius jugak, tu yang aku boleh tahan baca tu berbanding buku Sophie Kinsella tu, rugi saja beli sampai 3 walaupun masa tu tengah offer. Buku siri Shopaholic tu aku baca sekerat saja sebab rasa boring terus lompat ke ending. Ok, ringkasan buku homes ni. Ceritanya tentang sorang mamat, Richard Novak yang disconnected ngan dunia luar sebab terlalu konsentret ngan share & stock trading (Lucia kata dia takkan jadi cam mamat ni). Dia dah cerai ngan ex wife dia, ada anak remaja sorang yang tak penah jengok sejak dia tinggalkan rumah masa cerai tu. Rumah lamanya di New York. Punca perceraian sebab ex wife dia tak mo berkorban untuk tinggalkan kerjaya dan ikut Richard pindah ke LA. Richard ni memang totally disconnected, setiap hari cuma jumpa Cecilia yang datang bersihkan umah, nutricionist dengan personal trainer. Kisah bermula satu hari bila Richard terasa sakit sangat sampai dia terpaksa call 911. Kat hospital, nurse bagitau Richard supaya call sesiapa yang dia rasa perlu dihubungi. Richard baru sedar yang dia takde sesiapa untuk dihubungi. Akhirnya dia call ex wife dan anak dia. Lepas dibenarkan keluar, dia balik dan singgah satu kedai donut yang dimiliki Anhil, imigran dari India. Bermula perkenalan Richard dengan Anhil, tuan punya kedai donut yang dia singgah tu untuk menikmati donut yang selama ni dialarang dari menu harian dia, seterusnya Richard mula mengenali jiran terdekat. Ancaman lubang di jalan berhampiran rumah menyebabkan Richard terpaksa cari tempat tinggal sementara keadaan dibaiki. Richard mula berkenalan dengan seorang demi seorang manusia di persekitarannya. Ben, anak lelaki Richard lak travel dari NY ke LA berkereta, kena hadiri interview. Kesempatan ini digunakan oleh memulihkan kembali hubungan yang terputus. Dengan mengenali lebih ramai orang, Richard semakin berubah dan menikmati kehidupan dengan lebih terbuka.

Komen: Engaging. Aku sebenarnya amat mencemburui orang yang sibuk bekerja sampai terputus hubungan dengan dunia luar. Aku pulak hari-hari terdedah kepada godaan kerja-kerja yang tak bermanfaat.