Tuesday, March 16, 2010

Selekoh tajam

Sejak balik dari kampung baru semalam aku jumpa bos. Sebenarnya dia nak jumpa 2 minggu lepas, tapi email dia tu aku baca keesokan hari. Jadi aku cakap kat dia aku tak masuk uni sebab ada tanda-tanda selsema. Tu yang jadinya semalam baru jumpa.

Benda pertama yang aku tanya dah tentula pasal responden untuk case study aku. Ikut perancangan lepas habis analisis case study ni boleh la mula menulis sepenuh hati untuk tesis. Poyo ja..orang lain masa-masa ni dah nak submit tesis aku baru nak menulis hahahahah

Yang tak syok tu, sampai la responden yang jugak kenalan bos ni tak bagi jawapan bila kami boleh pi ke tempat dia. Dok menunggu saja dari bulan 1. Tu yang tarikh aku balik kampung dulu pun sangkut sebab dok tunggu respon depa, rupanya sampai 3 bulan pun senyap jugak. Jadinya, bos cakap kalau macam ni kena cari responden lain la untuk case study, sebab kena ada 2 case study. Yang pertama dah siap hujung tahun lepas. Ok, apa nak kecoh kalau kena buat case study lain kan? Sama macam kena buat eksperimen lain ja kan? Masalahnya, bila pakai responden lain, maknanya aku kena mula study design untuk produk lain pulak. Untuk kosi roda tu aku rasa dekat 2 bulan dok study. Daripada konsep sampai la mechanism, sekali dengan rehabilitation cases kena study. Ya la kalau nak bantu designer mendesign kita kena la tau lebih lagi, bukan ka? Lebih mudah kalau aku saja yang buat design tu kan, kot mana pun aku memang kena tau jugak. Sebelum tu study Mars rover. Majnun hahahahaha!

La ni kena buat design pam hydraulic untuk minyak pelincir basikal. Tak terkata pa dah. Aku balik opis terus edit sajala template untuk wheelchair design, tapi fikiran serabut jugak la. Last-last pi sembang ngan Hisham yang dah nak submit tesis dia, dia dok gempaq aku takleh siap dah la nampaknya tahun ni. Aku sengih ja la. Nak buat camna, bukan kemahuan fikiran gitu..

Terasa macam nak patah pinggah pulak ikut selekoh kali ni....

Monday, March 15, 2010

Islamic Awareness

Minggu lepas aku sempat hadir ke dua sesi talk bersempena dengan Islamic Awarenes Week. Dah jadi acara tahunan IAW ni. Sesi pertama tentang Islam dan wanita. Sheikh Amer Jamil yang berucap tu ada latar belakang undang-undang. Dia dok buat kajian dan rajin menulis pasal keganasan domestik. Talk ni cuba nak menerangkan kedudukan sebenar wanita dalam. Sheikh Amer memetik ayat-ayat Quran dan hadith yang menerangkan kedudukan wanita, pastu dia bercakap tentang kepentingan team player kena mainkan peranan untuk memastikan kejayaan pasukan memasing.

Lelaki dan wanita dijadikan berbeza daripada segi fizikal untuk memenuhi keperluan tanggungjawab masing-masing, tapi sama dari segi martabat. Islam tak memandang wanita sebagai lebih rendah martabat daripada lelaki. Tanggungjawab lelaki yang utama adalah memenuhi keperluan keluarganya termasuk isteri, anak-anak, dan jugak anak-anak saudara kalau saudara lelakinya dah meninggal. Tanggungjawab wanita yang utama pulak adalah menyediakan generasi muslim masa depan. Ya, tugas utama adalah mendidik, bukan menyediakan makanan, menyediakan makanan termasuk dalam tugas memenuhi keperluan :). Sebab itulah dalam pembahagian faraid, lelaki diberikan dua kali ganda sebab tanggungjawabnya lebih, nak membela mak bapak lagi, keluarga sendiri lagi sedangkan harta wanita adalah untuk kegunaan sendiri. Tak sempat pulak nak bertanya layak ke lelaki tu dapat reta lebih kalau dia tak menjalankan tanggungjawab seperti kebanyakan lelaki yang ada sekarang. Takpa nanti boleh tanya kat bukuwajah dia hehehehe...

Jadinya seorang lelaki yang menumpukan untuk kehidupan luar dan masyarakat sampai keluarganya terbiar boleh dikatakan gagal menjalankan tugas, sama seperti wanita yang berkerjaya tapi anak-anak tidak terdidik. Tiada perbezaan martabat dalam dalam Islam, tapi tak dinafikan perbezaan darjat dan penganiayaan timbul dalam budaya yang kemudiannya ditunding kepada Islam sebagai penyebabnya. Sedangkan dalam al Quran diterangkan kesalahan Adam dan Hawa adalah disebabkan kegagalan kedua-duanya menghalang bisikan iblis, bukannya kesalahan diletakkan kepada Hawa seperti dalam dalam kisah israiliyyat yang turut diambil masuk dalam cerita-cerita islam.

Ada soalan yang dikemukakan berkaitan hijab yang diwajibkan kepada wanita sedangkan lelaki tak pulak kena. Sheikh ni jawab sebab utama adalah telah diperintah dalam Quran supaya wanita memelihara aurat. Dan sebab logik adalah kerana penampilan fizikal yang berbeza, yang keupayaan menahan nafsu yang berbeza. Kalau wanita sembahyang berimamkan lelaki takda masalah, tapi mungkin akan timbul masalah gangguan mental kalau wanita yang jadi imam kepada lelaki. Dan hanya untuk jadi imam solat saja yang memerlukan lelaki jadi ketua, dalam urusan lain takdak masalah kalau wanita jadi ketua pun. Tak tau la pulak para makmum Ameena Wadud dulu adalah masalah ka takdak masalah masa berimamkan dia.

Ada yang tanya hukum kalau sorang wanita berkerjaya yang hantar anak ke day-care, sebab masalah keja. Asalkan pendidikan dan pentarbiyyahan anak tak terjejas takdak masalah nak hantar ke day-care. Cumanya, day-care tu mungkin tak dapat bagi tumpuan kepada anak tu sorang sebab ada ramai lagi bebudak lain yang dihantar. Tapi, kalau boleh memudaratkan anak dari kesihatan dan pembesaran, kena la ambik tindakan sewajarnya.

Simple ja kan...teorinya macam tu la...Islam tu mudah, tapi berapa ramai sangat yang sedar dengan hal-hal macam ni...tak payah nak salahkan orang bukan Islam yang asik salah sangka dengan Islam. Yang Islam pun ramai yang masih kurang kesedaran Islam yang sebenarnya, masih ramai yang keliru amalan budaya tu amalan Islam. Aku pun ada masa terkonpius jugakla, bila dibangkitkan sebahagian amalan yang kita rasa Islamik tu sebenarnya dilandaskan atas hadith palsu. Aiyohhh! Hadith dhaif aku boleh terima lagi, tapi kalau pelesu tu dah melampau jahil nampaknya kita.