Free Delivery on all Books at the Book Depository

Monday, March 15, 2010

Islamic Awareness

Minggu lepas aku sempat hadir ke dua sesi talk bersempena dengan Islamic Awarenes Week. Dah jadi acara tahunan IAW ni. Sesi pertama tentang Islam dan wanita. Sheikh Amer Jamil yang berucap tu ada latar belakang undang-undang. Dia dok buat kajian dan rajin menulis pasal keganasan domestik. Talk ni cuba nak menerangkan kedudukan sebenar wanita dalam. Sheikh Amer memetik ayat-ayat Quran dan hadith yang menerangkan kedudukan wanita, pastu dia bercakap tentang kepentingan team player kena mainkan peranan untuk memastikan kejayaan pasukan memasing.

Lelaki dan wanita dijadikan berbeza daripada segi fizikal untuk memenuhi keperluan tanggungjawab masing-masing, tapi sama dari segi martabat. Islam tak memandang wanita sebagai lebih rendah martabat daripada lelaki. Tanggungjawab lelaki yang utama adalah memenuhi keperluan keluarganya termasuk isteri, anak-anak, dan jugak anak-anak saudara kalau saudara lelakinya dah meninggal. Tanggungjawab wanita yang utama pulak adalah menyediakan generasi muslim masa depan. Ya, tugas utama adalah mendidik, bukan menyediakan makanan, menyediakan makanan termasuk dalam tugas memenuhi keperluan :). Sebab itulah dalam pembahagian faraid, lelaki diberikan dua kali ganda sebab tanggungjawabnya lebih, nak membela mak bapak lagi, keluarga sendiri lagi sedangkan harta wanita adalah untuk kegunaan sendiri. Tak sempat pulak nak bertanya layak ke lelaki tu dapat reta lebih kalau dia tak menjalankan tanggungjawab seperti kebanyakan lelaki yang ada sekarang. Takpa nanti boleh tanya kat bukuwajah dia hehehehe...

Jadinya seorang lelaki yang menumpukan untuk kehidupan luar dan masyarakat sampai keluarganya terbiar boleh dikatakan gagal menjalankan tugas, sama seperti wanita yang berkerjaya tapi anak-anak tidak terdidik. Tiada perbezaan martabat dalam dalam Islam, tapi tak dinafikan perbezaan darjat dan penganiayaan timbul dalam budaya yang kemudiannya ditunding kepada Islam sebagai penyebabnya. Sedangkan dalam al Quran diterangkan kesalahan Adam dan Hawa adalah disebabkan kegagalan kedua-duanya menghalang bisikan iblis, bukannya kesalahan diletakkan kepada Hawa seperti dalam dalam kisah israiliyyat yang turut diambil masuk dalam cerita-cerita islam.

Ada soalan yang dikemukakan berkaitan hijab yang diwajibkan kepada wanita sedangkan lelaki tak pulak kena. Sheikh ni jawab sebab utama adalah telah diperintah dalam Quran supaya wanita memelihara aurat. Dan sebab logik adalah kerana penampilan fizikal yang berbeza, yang keupayaan menahan nafsu yang berbeza. Kalau wanita sembahyang berimamkan lelaki takda masalah, tapi mungkin akan timbul masalah gangguan mental kalau wanita yang jadi imam kepada lelaki. Dan hanya untuk jadi imam solat saja yang memerlukan lelaki jadi ketua, dalam urusan lain takdak masalah kalau wanita jadi ketua pun. Tak tau la pulak para makmum Ameena Wadud dulu adalah masalah ka takdak masalah masa berimamkan dia.

Ada yang tanya hukum kalau sorang wanita berkerjaya yang hantar anak ke day-care, sebab masalah keja. Asalkan pendidikan dan pentarbiyyahan anak tak terjejas takdak masalah nak hantar ke day-care. Cumanya, day-care tu mungkin tak dapat bagi tumpuan kepada anak tu sorang sebab ada ramai lagi bebudak lain yang dihantar. Tapi, kalau boleh memudaratkan anak dari kesihatan dan pembesaran, kena la ambik tindakan sewajarnya.

Simple ja kan...teorinya macam tu la...Islam tu mudah, tapi berapa ramai sangat yang sedar dengan hal-hal macam ni...tak payah nak salahkan orang bukan Islam yang asik salah sangka dengan Islam. Yang Islam pun ramai yang masih kurang kesedaran Islam yang sebenarnya, masih ramai yang keliru amalan budaya tu amalan Islam. Aku pun ada masa terkonpius jugakla, bila dibangkitkan sebahagian amalan yang kita rasa Islamik tu sebenarnya dilandaskan atas hadith palsu. Aiyohhh! Hadith dhaif aku boleh terima lagi, tapi kalau pelesu tu dah melampau jahil nampaknya kita.

2 comments:

khairyn said...

Aku rasa kalau kita ikut bulat2 pasal tanggunjawab ni... lebih ramai orang kat Malaya tak kawen2 huhuhu.. sebab pa? Sebab lelaki tak mampu nak sediakan segala makan pakai yg sedap dan best kepada isterinya. Tertekan sungguh dengan rega barang dan kos of living yang mencanak2 ni huhuhuhu

akuatik said...

Asasnya dah ditetapkan....lepas tu kena bezakan keperluan ngan kehendak..kemampuan dan toleransi...keperluan kita mungkin kehendak ja bagi orang lain...makan pakai yang sedap dan best tu pun relatif...masuk pulak konsep kufu...kalau lelaki nak kawin ngan anak orang jutawan yang dah biasa senang...asasnya biar kehidupan selepas kawin sama ngan sebelum kawin...tapi kalau bini dia kata tak kisah tu ok la...tapi dalam tak kisah tu jangan la pulak orang yang biasa makan ayam seminggu berkali2 terus tak makan langsung...at least seminggu sekali ka...kan kan kan