Tuesday, June 12, 2007

Millionaire Upgrade





Buku ni sampai pagi tadi. Habis baca tengah hari tadi. Kiranya memang menarik la buku ni. Tapi buku ni bukan buku panduan menjadi jutawan, maka akan kecewalah sesapa yang ingat dengan beli buku ni boleh upgrade diri memasing untuk jadi jutawan. Bukan, sama sekali bukan. Kisahnya rekaan, tapi berdasarkan cerita benar sedara penulis buku ni penah la dapat naik flight, pastu dapat upgrade ke business class, duduk sebelah Richard Branson, tokei rangkaian bisnes Virgin tu. Tapi watak jutawan dalam cerita ni bukan Richard Branson, tapi Tom Hunter jutawan Scottish yang mengasaskan Pusat Usahawan Hunter kat Univ Strathclyde. Sama ada Tom Hunter ni ada kaitan atau tidak dengan Hunterian Museum kat Glasgow Univ tu masih belum dapat disahkan lagi.

Diringkaskan cerita, ada 8 prinsip untuk menjadi usahawan yang berjaya, boleh jugak diaplikasi dalam kehidupan seharian. 8 prinsip tu ada dalam ayat I BELIEVE yang mana setiap huruf tu akan ditafsirkan.

I I believe in myself

B Be passionate and want it
E Extend your comfort zone
L Lies and Luck don't work
I Install goals
E Enjoy hardwork
V Very, very persistent
E Expect failure

Tadak isu baru dalam buku ni, 8 prinsip tu pun bukanlah isu baru. Tapi ulasan dia amat menarik. Asbabunnuzul adalah buku Think and Grow Rich by Napolean Hill. Adehh malas nak ulas pepanjang la pulak.