Sunday, February 15, 2009

Kejap je

Aku dah masuk tahun 3. Macam tak caya. Masa mula-mula sampai, bila sembang-sembang ngan yang dah lama belajar, katanya bila dah masuk tahun 3 selalunya budak PhD duduk kat opis sampai tak tau siang malam. Aku pun cuba la membayangkan diri aku dalam keadaan yang sangat rajin belajar dan menyiapkan kerja sampai tak tidoq gitu, macam kabur aja bayangan tu. Rupanya sampai la dah masuk tahun 3 pun dok kabur gak huhuhuhu...

Cepatnya masa berlalu...tak rasa macam dah tahun 3..walhal dah nak kena minta extension cuti belajar dah ni..ntah apa la yang aku buat sebenarnya...selalu jugak aku rasa macam salah bidang ja...yang dok buat la ni pun sebab bos kat mesia suruh buat..harap aku nak pilih sendiri jangan harap la. Kesan bila buat benda yang kita tak minat jadi macam ni la..bengong!

Tuesday, February 10, 2009

Glasgow Occupation

Hari ni hari kedua occupation kat Glasgow University. Yang dirancang minggu lepas tak jadi sebab takleh masuk bangunan pun. Jadinya, sejak semalam depa protes dan masuk ke bangunan Sains Komputer sebab Principal depa tak mau berunding langsung pasal tuntutan pelajar. Simpati jugak pada depa, hari ni bangunan tu akan dikunci kalau depa tak bersurai jugak. Tak macam kat Strathclyde minggu lepas, keselamatan pun bagi kerjasama dan semua yang terlibat boleh keluar masuk walaupun kena dicop kat tangan tu. Lepas tu, semua urusan kat bangunan tu pun berjalan macam biasa. Rundingan kat Strathclyde pun tak amik masa lama, 24 jam dah selesai.

Rasanya occupation kat Glasgow University mungkin akan berlanjutan samapai beberapa hari, sebabnya depa terlibat dengan lebih banyak syarikat pembuat senjata selain BAE Systems ni. 2 tuntutan utama tu yang banyak universiti bermasalah nak terima; batalkan kontrak Eden Springs dan jangan terima sebarang dana untuk penyelidikan daripada semua syarikat yang terlibat menjual kelengkapan senjata dengan Israel. Demam occupation ni pun dah merebak ke seberang Atlantik. Occupation pertama kat Rochester, lepas ni mungkin lebih banyak universiti di sana pun berhadapan keadaan yang sama.

Krisis di Palestin bukan isu agama. Sebabnya yang tertindas adalah bangsa Palestin yang terdiri daripada Muslim dan Kristian. Lepas tu, ada 2-3 orang aktivis yang aku kenal pulak athiest. Jews Society pun terlibat jugak dalam protes ni. Tengok Occupation 101 dak? Dia ada sebut salah sorang yang terlibat tu Jew dan dia dah disenaraihitamkan dariapda masuk ke Israel sebab dia menentang zionis tu. Lepas tu ada sorang aktivis yang berdemo masa zionis nak runtuhkan rumah penduduk Palestin, mati tertimbus sebab dia antara yang ada dekat dengan jentolak tu. Tu la dia pejuang kemanusiaan, tak takut mati.

Kembali ke situasi kat Mesia, nanti ada PRK Bukit Gantang kan. Aku berdoa sangat supaya yang nak merampas kerusi situ hilang deposit.....

Friday, February 06, 2009

Is Peace Out of Reach?

Perjuangan baru bermula

Sana sini kedengaran pelajar mendesak pentadbiran universiti supaya bersimpati dengan penderitaan rakyat Gaza. Kami di Strathclyde telah berjaya mendesak pentadbiran selepas menguasai bangunan pendaftar, melumpuhkan (lumbuh je, tak mati terus) operasi selama beberapa jam sejak tengah hari semalam sampai tengah hari tadi. Sebenarnya nak dikirakan jumlah yang terlibat dengan semua pelajar memangla kecik, sebab tu depa gagal masa usulkan kat Student Union supaya isu ni dibincangkan. Sebab Student Union tak dan nak amik tau masalah ni, ada beberapa persatuan la buat sendiri-sendiri, lepas sesi tayangan dokumentari Occupation 101 hari tu. Nak tunggu masuk AGM Union lagi pakat tidoq dulu la kan. Wakil Union mai macam boring ja muka huhuhuhu. Akhirnya, ada beberapa tuntutan yang dipenuhi:

1. Membatalkan kontrak membekalkan air minuman oleh Eden Springs ke premis universiti. Selepas 3 kali rundingan barulah Principal mengeluarkan notis pembatalan pesanan serta merta. Mula-mula tu mintak tempoh sebulan lagi sebab nak buat itu ini. Sebenarnya ni la tuntutan utama yang menyebabkan kami sanggup bermalam di situ, tambah lagi mengenangkan mereka yang memberi sokongan dalam kesejukan dan limpahan salji di luar sana. Rasa bersalah pulak kalau nak sampaikan berita yang tak meyakinkan.

2. Biasiswa akan ditawarkan kepada pelajar Palestin antara 1-3 orang. Kami tuntut 50 hehehehe....banyak la alasan universiti pun beroperasi takde untung, sekadar cukup makan ja. Tapi ada komitmen untuk ajak universiti lain di Scotland untuk sama-sama adakan biasiswa tu. Dan universiti pun berjanji nak salurkan bantuan peralatan, buku-buku dan keperluan pembelajaran lain di Universiti Islam Gaza.

3. Menyokong program mengutip derma bagi bantuan rakyat Palestin. Kiranya boleh la buat kutipan secara terbuka di premis universiti. Program ni akan dihebahkan di laman web universiti. Kira publisiti besar-besaran la ni.

4. Universiti akan mengadakan hubungan kerjasama dengan Universiti Islam Gaza. Universiti ni kena bom kan..

Satu tuntutan yang tak dapat dipenuhi adalah membatalkan kontrak dana penyelidikan dengan BAE Systems. Tapi katanya satu debat akan diadakan oleh student union, panggil wakil BAE Systems, panggil wakil pelajar, wakil-wakil aktivis keamanan. Kira nak bagi BAE Systems membela diri la ni. Takpa la..kita tengok la macam mana nanti.

Ada lagi satu tuntutan, pasal BBC ngan Sky yang tak mau siarkan kempen derma untuk Gaza, universiti kata tu diluar bidang kuasa depa, tapi memandangkan kami desak suh depa kondem BBC, depa boleh la buat siaran akhbar kata depa bersimpati dengan isu Gaza ni. Hehehehe..sungguh terkeluar topik kan...

Pasal dakwaan ada penyelidikan pasal senjata yang dibuat kat fakulti kejuruteraan, depa kata tak tau pun pasal tu. Takpa la, kita tunggu aja nanti.

Ada cerita pasal occupation ni kat blog Khairyn, dan jugak oleh geng-geng yang sama-sama tidoq kat McCance semalam.

http://strathclydeunioccupation.wordpress.com
http://occupations.org.uk/?p=334
http://pulsemedia.org/2009/02/05/strathclyde-students-win-agreement/

Hari ni pulak, geng kat Glasgow University pun cuba nak buat demo aman dan occupation. Aku ingat lepas selesai asar tadi nak la meramaikan majlis, sekali depa text bagitau dah selesai demo, dan takleh occupy sebab takleh masuk bangunan pun. Ni mesti sebab depa dapat berita Strathclyde semalam ni. Takpa kengkawan, berundur bukan bermakna kita kalah. Ni la masa untuk susun strategi semula. We retreat, then we fight back victoriously. Ala-ala kat medan Uhud gitu kan. Pesanan ni jugak aku tujukan kepada mereka yang tertewas pada pada hari kami menyambut kemenangan ini. Muhammad al-Fateh dulu pun bersungguh-sungguh berusaha masa mula-mula nak tawan Constantinople (Istanbul ), sebabnya hanya kerajaan yang memiliki pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik saja yang layak membuka kota Constantinople.

Sebenarnya, masa mula-mula nak masuk bangunan tu pun ada la sorang dua kena angkat dek keselamatan, siap nak rampas banner hik hik hik..tiba-tiba nostalgia Sogo 98 menerjah minda gitu (zaman tiba-tiba semua budak kelas aku pakai tag "Justice for Papa!"). Tapi lepas tu semuanya terkawal, semuanya yang tolong berkawal tu sangat la bertimbang rasa. Agaknya, masa mula-mula depa panik kot. Polis pun mai semalam, tapi tak dak apa-apa pasainya memang takdak kerosakan harta benda apa pun. Cuma ada la kaunter urusan tu kami buat kaunter makanan hehehehhe...

Akhir kata, tahniah untuk rakyat Perak kerana bakal dapat pimpinan negeri baru. Ni baru namanya kera-jaan pilihan rakyat gitu.....