Friday, January 25, 2008

Perjalanan ke Hainan - Hari Pertama

Tujuan utama kedatanganku ke pulau Hainan di wilayah China ni adalah untuk pembentangan kertas kerja. Kalau tak sebab Xiu yang minta aku buat, jangan harap la aku nak datang ke tempat serba asing ni. Masa di Glasgow aku cuba dapatkan panduan perjalanan daripada beberapa warga China dan semuanya meyakinkan bahawa aku tak akan menghadapi sebarang masalah di Hainan memandangkan Hainan merupakan tempat pelancongan yang popular. Awal-awal lagi dah silap langkah. Terbeli tiket ke Haikou, sedangkan tempatnya di Sanya, lebih kurang 450 km ke selatan Haikou. Duh! Itulah, lambat sangat dikeluarkan memo pasal tempat persidangan. Tiger pulak takda service ke Sanya Phoenix. Kalau nak beli tiket baru maknanya hanguslah duit tiket Haikou. Tapi jaminan semua bahawa Hainan mesra pelancong membuatkan aku yakin tiada sebarang masalah besar.

Penerbangan KL-Singapore sehari lepas aku mendarat di KLIA dari Glasgow. Letih tak terkata, penat tak terhingga. Kemudiannya jumpa Kaklong dan Bangah di Kota Singa untuk sama-sama menaiki Harimau Angkasa ke Haikou. Lewat lebih sejam. Berlepas dari Terminal Bajet Changi. Hanya Tiger Airways yang menggunakan terminal ini buat masa ini. Lokasinya berdekatan, shuttle bas disediakan percuma dari terminal utama. Jadi tiada masalah seperti KLIA dan LCCT. Dalam pesawat, hanya kami bertiga penumpang bukan Cina.

Terminal Bajet Changi

Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Sampai di Haikou Meilan Airport, masalah teknikal pula. Hampir 20 minit pintu tak dapat dibuka. Sudah la lambat. Aku risau sebab dah 6 petang, dah mula gelap, kami ada lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Selapas pemeriksaaan imigresen dan kastam, aku mula rasa cuak dengan jaminan rakan-rakan dari china bahawa aku tidak akan menghadapi masalah di sini. Gadis manis di kaunter maklumat pelancong juga tidak dapat berbahasa inggeris, apa lagi yang boleh diharapkan dari orang di luar sana. Komunikasi berlangsung dengan menggunakan pen dan kertas, saat ini aku rasa slogan kepentingan bahasa Inggeris untuk bergerak global tidak berguna langsung. Setelah berkira-kira harga untuk menaiki teksi ke Haikou, bas dari sana ke Sanya dan teksi lagi ke hotel, kami mengambil keputusan untuk menyewa sahaja teksi dari lapangan terbang ke Sanya. Ya, alat komunikasi yang digunakan untuk sesi tawar-menawar harga ialah pen, kertas dan kalkulator di telefon. Mujur juga ada aku cetak nama dan alamat hotel dalam tulisan Cina. Ada juga aku bawa panduan pelancongan Hainan dan Mandarin ringkas untuk pelancong, yang aku rasa seperti kurang saja gunanya pada saat-saat seperti ini.

Akhirnya dapat juga 350 yuan untuk perjalanan ke hotel di Sanya Bay. Kalau ikut kata petugas di kaunter maklumat tadi bayaran teksi 500-600 yuan. Jadi aku setuju saja, itu pun lepas memotong caj 50 yuan yang dia kenakan. Hari dah gelap dan aku pun nak berehat. Dari lapangan terbang kami dibawa dengan teksi ke hotel berdekatan dan kami berpindah ke kereta lain. Dalam gelap tu aku kurang pasti jenis keretanya, yang pasti kereta yang 2000 cc dan selesa. Pemanduannya pada sebelah yang bertentangan dengan di Malaysia. Jalan berbukit tapi kereta tetap dipandu laju. Pemandu cuba bersembang tapi kami "sepatah haram pun tak faham". Aku ingatkan Bangah yang pernah ke Beijing sebelum ni faham tapi katanya dia tak faham langsung. Kami akhirnya tiba di Sanya selepas hampir 3 jam. Hotel terletak agak jauh dari pusat bandar. Aku dah mula risau nak bayar 400 atau 350 dan aku memang takda not 50 yuan langsung. Masa sampai pengawal keselamatan dan bell boy hotel datang, aku pun keluarkan kertas persetujuan harga tadi. Aku tunjukkan harga 350 + 50 = 400 pada pemandu. Dan dia menunjukkan pada angka 400, aku tunjukkan angka 50 yang telah dipangkah itu. Dan pengawal keselamatan datang melihat. Pemandu tu pun memulangkan baki 50 yuan pada aku.

Barang-barang diangkut ke lobi. Selepas mendaftar dengan AJK Persidangan, aku check-in hotel. Lama jugak sebab orang didepan ada masalah yang aku pun tak pasti apa masalahnya. Lepas hampir sejam baru aku dapat check in, kata sorang sahabat peserta tak diberitahu awal bahawa kami perlu membayar deposit hotel 1000 yuan. Oh, aku pun tak tau juga. Selepas berhempas pulas mendaftar (kakitangan hotel pun tak tau berbahasa Inggeris), aku pun dapat kunci bilik untuk berehat. Dah dapat masuk bilik, masalah lagi, iron takde, sudu pun takde. Gi mana mau makan megi dan bancuh milo huhuhuhu. Aku pun cuba call housekeeping nak minta iron. Seksa lagi. Housekeeping tak faham, di passkan line ke bahagian lain, bila tak faham ditolak tolak lagi sampai akhirnya ke receptionist. Lantas dipanggil sorang yang kononnya boleh berbahasa Inggeris.Oh tidak, aku pulak ditanya apa masalah. Dah dieja pun tak dapat difahami, lantas terus diputuskan talian. Aku terpaksa turun dan mencari pertolongan. Di kaunter receptionist aku minta iron dihantar ke bilik, tapi nak minta sudu pulak yang bermasalah. Aku ke meja urusetia. Di meja urusetia pun saling bertolak-tolak untuk berkomunikasi. Adoi! Akhirnya dapat seorang yang membantu, sudu dipinta. Aku pun balik ke bilik.

Lobi

Tak lama kemudian, sudu pun dihantar. Tapi semalaman aku menunggu iron tak kunjung tiba. Tapi tak mengapalah, aku pakai saja baju yang ada. Pasrah, kerana aku dah terlalu penat untuk hari ni. Selamat malam Sanya.

Tuesday, January 22, 2008

Pulang

Aku sedang menikmati cuti di Malaya. Dah dekat dua minggu aku tinggalkan Glasgow dan kedinginannya. Testimonial aku untuk Emirates - Best! Walaupun terpaksa transit 9 jam di Dubai, makanan di long transit lounge yang tak sedap, tapi makanan in flight sedap, banyak pilihan, dan yang penting reganya lebih murah. Cuma urusan luggagenya lambat sikit dekat satu jam setengah, agaknya nak bawak beg dari bangunan satelit ke terminal utama tu jauh sangat. Lama jugak menunggu nak amik beg. Lepas tu naik teksi saja. Malas nak suruh orang mai sebab aku dah agak mesti lambat nak kena tunggu.

Oh, aku dah makan nasi lemak daun pisang, nasi kerabu, keropok lekor, laksa singapura, ayam kfc, sate kajang, nasi lemak ngan sambal paru nyam nyam nyam....esok ada projek lagi kat melaka hehehehe

Sunday, January 06, 2008

Pada Yang Ditinggalkan

Aku dah siap bersihkan bilik air, ruang tamu dan dapur. Dah hoover cuma tinggal bilik saja belum berhoover dan beg belum kemas. Ada sikit lagi shortbread perlu dibeli. Untuk ke Hainan, dah tukar duit dalam 1800 yuan, harap cukup la kot. Landlord pun aku dah hantar mesej, katanya nak mai petang nanti amik duit sewa. oh, Khairyn, coklat tu bila nak abihkan, tau saja la aku kan pemahit orangnya. Tadak sapa nak makan pulak nanti.

Wah, begitu sekali persediaannya sebelum meninggalkan bumi thistle buat sementara. Jadi sebenarnya boleh la aku memprofile diri aku sebagai berfikiran jauh dan tersusun. Cuma kelemahan aku cepat sangat terganggu hahahahha. Plan, plan, plan dan plan tadak masalah. Melaksanakan satu keja lain tu. Sebab tu plan aku nak siapkan slide presentation sampai la tak siap lagi. Outline dah ada, bos kata 10 minit saja cakap. 5 minit lagi soal jawab. Esok punya review lagi.

Adoi, fikiran aku dah melayang ke kampung. Teringin nak makan ikan bakar, sotong tepung, ketam masak lemak yang fresh gitu. Kat umah lak teringin nak makan ketupat ngan rendang pedas, nasi minyak, laksa patani semuanya resepi turun temurun. Nyam nyam nyam...

Azam Maal Hijrah

Aku dah lama nampak ada satu book cafe dekat dengan Central Station, Wesley Owen. Cantik saja pandangan dalam kedai ni dari luar. Sebelahnya kedai muzik dari syarikat yang sama. Aku fikir kedai buku kecik ni buku-buku biasanya tak sama cam keutamaan buku kat kedai-kedai buku popular yang selalunya lebih banyak promosi karya popular, aku bajet kedai ni mesti indie yang berlainan. Taraaaaa.....pilihan bukunya memang banyak aku tak penah tengok tapi tiba-tiba saja aku rasa lain. Mula-mula nampak satu meja tu Bible dengan perlbagai versi. Lepas tu buku-buku lain pun tajuk ada kaitan ngan agama kristian. Lepas tu nampak beberapa buku yang menyanggah buku the God Delusion. Terbukti la sangkaan aku. Memang tu kedai buku agama hak hak hak.

Ada jugak buku-buku motivasi tapi aku tak nampak pun buku chic-lit. Bahagian dalam sikit ada cafe. Semerbak bau kopi pepagi ni. Aku belek lagi buku-buku yang ada. Sesambil tu aku bandingkan susun atur kedai dengan kedai buku agama kat Malaysia. Lain sangat. Kedai ni sungguh kozi gitu. Rasanya kalau toko kat Malaysia cuba buat camni mesti menarik. Yang aku biasa masuk kat Kangar tu susun atur memang out. Ahaks, marah sungguh aku dengan kedai buku ni, sebabnya dia balut bukunya dengan plastik jadi takleh nak buka tengok kandungannya. Dan aku pula masa tu teringin sangat nak baca buku-buku karya pengarang La Tahzan tu. Terus je beli 2 buah buku dia. Expectation aku tinggi sangat agaknya dengan La Tahzan tu. Lepas baca tu aku rasa frust teramat, tak tercapai akal aku nampaknya. Tapi yang heran tu, review untuk buku tu sangat la positif. Konpius aku.

Pilihan buku-buku di Wesley Owen sangat terkini dengan isu teologi semasa. Buku yang sanggah God Delusion, ada yang ditulis oleh ex atheist. Cuba bayangkan reaksi kat Malaysia macam mana kalau orang kecoh-kecoh pasal buku ni. Mesti kena ban. Lepas kecoh-kecoh berdemo, yang berceramah pun sibuk la berceramah pasal buku ni kepada rakyat. Tapi aku rasa mesti tak ramai yang terfikir nak menulis balik buku untuk counter argument. Contohnya, ramai yang belajar comparative religion, ilmu wahyu and all those sort of courses, tapi aku tak jumpa buku yang popular selain The Choice daripada Allahyarham Ahmat Deedat. Ramai yang belajar usuluddin dan syariah, mana hasilnya. Dan aku pun berazam supaya satu hari nanti aku akan menyumbang kepada peradaban manusia. Oh, tapi aku tak bercadang untuk menulis karya kreatif kerana aku memang kurang bab tu, setiap orang ada kelebihan masing-masing dan kelebihan aku bukan kekreatifan. Sejak sekolah memang esei aku kalau kena buat cerita kreatif memang out. Dan aku memang tak penah pilih untuk tulis cerita kreatif unless memang soalannya suh tulis. Tak penahnya dapat lebih baik dari C hahahhaha. Sekali saja penah dapat B+, tu pun sebab buat cerita ala-ala Tamar Jalis, yang mana ilhamnya memang daripada buku TJ dan diubah suai mengikut jalan cerita pilihan aku. Lepas dapat balik esei tu aku siap sujud syukur hahahahaha.

Jadi, satu hari nanti aku nak menyiasat sejarah hidup Ibnu Sina dan Ar Razi. Bukan apa sumbangan kedua-dua tokoh ni kepada bidang perubatan dan sains dan apa bala semua tu. Yang tu dah banyak sangat. Kat Malaysia pun siap ada pameran pasal sumbangan tokoh-tokoh ni kan. Cuma tu la, setakat dok banggakan sumbangan derang, tak payah cerita panjang la. Yang lepas tu adalah sejarah. Masa depan di tangan kita. Aku jugak nak belajar pasal muamalat, tentang kewangan dan keduniaan lain yang ada dalam kitab

Oh, banyaknya kerja yang perlu dibuat, perancangan jangka panjang tu. Yang jangka pendeknya, kena buat slide presentation dan study untuk review esok hari dulu hehhehe.....

Friday, January 04, 2008

Mariola

Baru saja masuk kerja lebih kurang sebulan lepas. Antara Polish yang kat situ dia yang nampak agak berusia dan matang. Rajin dan pantas menyiapkan kerja. dia dan Linda masuk awal tapi Linda selalunya tak dapat habiskan kerja sebelum bermula syif yang berikutnya. Ni la punca utama hoover selalu hilang. Sejak ada dua orang ni Linda dah boleh abihkan cepat sebab Mariola dok cover kerja dia yang tak siap. Tapi aku tak penah berpeluang sembang panjang dengan dia sebab selalunya aku selalunya lone ranger kat level 2 cover area bersendirian. Musim cuti ni orang tak ramai. Jadi tak banyak sangat kerja. Dia dah habis level dia. Mary mintak dia tolong aku. Dah tak banyak kerja pun, cuma aku saja melambatkan kerja, membunuh masa.

Mariola dah tak punya keluarga di Poland. Parents dah meninggal, dia bercerai dan tak dak anak. Nak cari duit lebih dia merantau ke sini. Memang ramai Polish datang mencari rezeki di sini. Katanya dah tak punya sesiapa. dia dah berkahwin semula dengan sorang warga Afrika. Dan suaminya kini berada di Greece, menunggu permohonan visa diluluskan. Kesunyian di sini. Dan dia memberi nasihat kepada yang masih belum berkahwin supaya jangan terlalu berhati-hati. Hidup kena berani mengambil risiko. Mariola tak pernah menyesali perkahwinan pertama walaupun jodoh tak berpanjangan. Kerana kalau tak kahwin, mana nak tau bekas lakinya itu tidak sesuai dengannya. Dan untuk perkahwinan yang sekarang pun dia bersedia dengan sebarang kemungkinan. Cuma agak ralat kerana dalam usia 43 tahun, agak mustahil untuk mendapatkan anak. Dan dia mengaku terasa lonely dan sangat berharap untuk mendapat anak. Dia bercerita supaya yang masih muda tidak menyesal dan kesunyian di hari tua. Tak kisah kalau kita berkahwin dengan orang salah, kerana kita boleh berpisah. Ia lebih baik daripada menanti dan menanti, akhirnya bersendirian. Sekurang-kurangnya kalau berkahwin, ada peluang untuk mempunyai anak, dan itulah cinta sejati.

Dia bercerita dari pengalaman. Susah pulak aku nak bahasakan dia macam aku bahasakan bos aku dulu. Itu cuma situasi ideal. Bukan sedikit jugak parents yang terbiar dek anak-anak yang lupa daratan dan lautan. Yang asalnya berkahwin supaya mendapat dilindungi, bukan sedikit jugak yang dizalimi dan teraniaya di rumah sendiri. Mariola, lain hari kita bicara lagi.

Counting Days

Tadi masuk saja ke opis terus print report aku. Aku print segala dokumen yang berkaitan lepas tu terus pi tingkat 5 jumpa bos. Bincang pasai review minggu depan. Hoh, bukan setakat prepare untuk review. Kena prepare slides sekali dan bincang dengan dia Isnin depan sebabnya 8 hb dia dah fly out. Ceh, ingatkan aku yang awai rupanya dia lagi awai. Apa-apa pun, aku ni menghitung hari saja nak balik. Dah konpem Kak Long ngan Bangah mengikut aku ke Hainan nanti. Ok la, ada teman kat airport nanti, bos pun dah janji nak carikan orang amik aku kat stesen bas dan bawak aku jenjalan sekitar Sanya nanti. Bess bess bess...