Baru saja masuk kerja lebih kurang sebulan lepas. Antara Polish yang kat situ dia yang nampak agak berusia dan matang. Rajin dan pantas menyiapkan kerja. dia dan Linda masuk awal tapi Linda selalunya tak dapat habiskan kerja sebelum bermula syif yang berikutnya. Ni la punca utama hoover selalu hilang. Sejak ada dua orang ni Linda dah boleh abihkan cepat sebab Mariola dok cover kerja dia yang tak siap. Tapi aku tak penah berpeluang sembang panjang dengan dia sebab selalunya aku selalunya lone ranger kat level 2 cover area bersendirian. Musim cuti ni orang tak ramai. Jadi tak banyak sangat kerja. Dia dah habis level dia. Mary mintak dia tolong aku. Dah tak banyak kerja pun, cuma aku saja melambatkan kerja, membunuh masa.
Mariola dah tak punya keluarga di Poland. Parents dah meninggal, dia bercerai dan tak dak anak. Nak cari duit lebih dia merantau ke sini. Memang ramai Polish datang mencari rezeki di sini. Katanya dah tak punya sesiapa. dia dah berkahwin semula dengan sorang warga Afrika. Dan suaminya kini berada di Greece, menunggu permohonan visa diluluskan. Kesunyian di sini. Dan dia memberi nasihat kepada yang masih belum berkahwin supaya jangan terlalu berhati-hati. Hidup kena berani mengambil risiko. Mariola tak pernah menyesali perkahwinan pertama walaupun jodoh tak berpanjangan. Kerana kalau tak kahwin, mana nak tau bekas lakinya itu tidak sesuai dengannya. Dan untuk perkahwinan yang sekarang pun dia bersedia dengan sebarang kemungkinan. Cuma agak ralat kerana dalam usia 43 tahun, agak mustahil untuk mendapatkan anak. Dan dia mengaku terasa lonely dan sangat berharap untuk mendapat anak. Dia bercerita supaya yang masih muda tidak menyesal dan kesunyian di hari tua. Tak kisah kalau kita berkahwin dengan orang salah, kerana kita boleh berpisah. Ia lebih baik daripada menanti dan menanti, akhirnya bersendirian. Sekurang-kurangnya kalau berkahwin, ada peluang untuk mempunyai anak, dan itulah cinta sejati.
Dia bercerita dari pengalaman. Susah pulak aku nak bahasakan dia macam aku bahasakan bos aku dulu. Itu cuma situasi ideal. Bukan sedikit jugak parents yang terbiar dek anak-anak yang lupa daratan dan lautan. Yang asalnya berkahwin supaya mendapat dilindungi, bukan sedikit jugak yang dizalimi dan teraniaya di rumah sendiri. Mariola, lain hari kita bicara lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
teori mariola ni ok gak.......kalau takut sentuh api mana tau api tu panas...
mesti ada ilmu kalau nak buat sesuatu..sebab itu kena ikut apa yg Allah suruh dan tinggalkan apa yg Allah larang..pasti selamat.Islam itu sempurna termasuklah dalam soal memilih jodoh...tapi ketentuan tetap ditangan Allah. TAWAKAL ITU MILIK HAMBA RESULT ITU MILIK ALLAH.
hahahaha
apa kata ko ikut cakap Mariola tu. Silalah berkahwin. Tak boleh tunggu Abang Thornton datang kakakakaka
errr... nasihat tu untuk aku juga. Abang Chard!!!!! :)
cucumatlela
betul betul betul betul betul nak sentuh api pun kena ada ilmu dan persediaan jugak
khairyn
aku memang sejak tahun 1999 attend kursus kawin...nasib baik sijil tu for life hahahahahahah
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment