Tujuan utama kedatanganku ke pulau Hainan di wilayah China ni adalah untuk pembentangan kertas kerja. Kalau tak sebab Xiu yang minta aku buat, jangan harap la aku nak datang ke tempat serba asing ni. Masa di Glasgow aku cuba dapatkan panduan perjalanan daripada beberapa warga China dan semuanya meyakinkan bahawa aku tak akan menghadapi sebarang masalah di Hainan memandangkan Hainan merupakan tempat pelancongan yang popular. Awal-awal lagi dah silap langkah. Terbeli tiket ke Haikou, sedangkan tempatnya di Sanya, lebih kurang 450 km ke selatan Haikou. Duh! Itulah, lambat sangat dikeluarkan memo pasal tempat persidangan. Tiger pulak takda service ke Sanya Phoenix. Kalau nak beli tiket baru maknanya hanguslah duit tiket Haikou. Tapi jaminan semua bahawa Hainan mesra pelancong membuatkan aku yakin tiada sebarang masalah besar.
Penerbangan KL-Singapore sehari lepas aku mendarat di KLIA dari Glasgow. Letih tak terkata, penat tak terhingga. Kemudiannya jumpa Kaklong dan Bangah di Kota Singa untuk sama-sama menaiki Harimau Angkasa ke Haikou. Lewat lebih sejam. Berlepas dari Terminal Bajet Changi. Hanya Tiger Airways yang menggunakan terminal ini buat masa ini. Lokasinya berdekatan, shuttle bas disediakan percuma dari terminal utama. Jadi tiada masalah seperti KLIA dan LCCT. Dalam pesawat, hanya kami bertiga penumpang bukan Cina.
Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Sampai di Haikou Meilan Airport, masalah teknikal pula. Hampir 20 minit pintu tak dapat dibuka. Sudah la lambat. Aku risau sebab dah 6 petang, dah mula gelap, kami ada lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Selapas pemeriksaaan imigresen dan kastam, aku mula rasa cuak dengan jaminan rakan-rakan dari china bahawa aku tidak akan menghadapi masalah di sini. Gadis manis di kaunter maklumat pelancong juga tidak dapat berbahasa inggeris, apa lagi yang boleh diharapkan dari orang di luar sana. Komunikasi berlangsung dengan menggunakan pen dan kertas, saat ini aku rasa slogan kepentingan bahasa Inggeris untuk bergerak global tidak berguna langsung. Setelah berkira-kira harga untuk menaiki teksi ke Haikou, bas dari sana ke Sanya dan teksi lagi ke hotel, kami mengambil keputusan untuk menyewa sahaja teksi dari lapangan terbang ke Sanya. Ya, alat komunikasi yang digunakan untuk sesi tawar-menawar harga ialah pen, kertas dan kalkulator di telefon. Mujur juga ada aku cetak nama dan alamat hotel dalam tulisan Cina. Ada juga aku bawa panduan pelancongan Hainan dan Mandarin ringkas untuk pelancong, yang aku rasa seperti kurang saja gunanya pada saat-saat seperti ini.
Akhirnya dapat juga 350 yuan untuk perjalanan ke hotel di Sanya Bay. Kalau ikut kata petugas di kaunter maklumat tadi bayaran teksi 500-600 yuan. Jadi aku setuju saja, itu pun lepas memotong caj 50 yuan yang dia kenakan. Hari dah gelap dan aku pun nak berehat. Dari lapangan terbang kami dibawa dengan teksi ke hotel berdekatan dan kami berpindah ke kereta lain. Dalam gelap tu aku kurang pasti jenis keretanya, yang pasti kereta yang 2000 cc dan selesa. Pemanduannya pada sebelah yang bertentangan dengan di Malaysia. Jalan berbukit tapi kereta tetap dipandu laju. Pemandu cuba bersembang tapi kami "sepatah haram pun tak faham". Aku ingatkan Bangah yang pernah ke Beijing sebelum ni faham tapi katanya dia tak faham langsung. Kami akhirnya tiba di Sanya selepas hampir 3 jam. Hotel terletak agak jauh dari pusat bandar. Aku dah mula risau nak bayar 400 atau 350 dan aku memang takda not 50 yuan langsung. Masa sampai pengawal keselamatan dan bell boy hotel datang, aku pun keluarkan kertas persetujuan harga tadi. Aku tunjukkan harga 350 + 50 = 400 pada pemandu. Dan dia menunjukkan pada angka 400, aku tunjukkan angka 50 yang telah dipangkah itu. Dan pengawal keselamatan datang melihat. Pemandu tu pun memulangkan baki 50 yuan pada aku.
Barang-barang diangkut ke lobi. Selepas mendaftar dengan AJK Persidangan, aku check-in hotel. Lama jugak sebab orang didepan ada masalah yang aku pun tak pasti apa masalahnya. Lepas hampir sejam baru aku dapat check in, kata sorang sahabat peserta tak diberitahu awal bahawa kami perlu membayar deposit hotel 1000 yuan. Oh, aku pun tak tau juga. Selepas berhempas pulas mendaftar (kakitangan hotel pun tak tau berbahasa Inggeris), aku pun dapat kunci bilik untuk berehat. Dah dapat masuk bilik, masalah lagi, iron takde, sudu pun takde. Gi mana mau makan megi dan bancuh milo huhuhuhu. Aku pun cuba call housekeeping nak minta iron. Seksa lagi. Housekeeping tak faham, di passkan line ke bahagian lain, bila tak faham ditolak tolak lagi sampai akhirnya ke receptionist. Lantas dipanggil sorang yang kononnya boleh berbahasa Inggeris.Oh tidak, aku pulak ditanya apa masalah. Dah dieja pun tak dapat difahami, lantas terus diputuskan talian. Aku terpaksa turun dan mencari pertolongan. Di kaunter receptionist aku minta iron dihantar ke bilik, tapi nak minta sudu pulak yang bermasalah. Aku ke meja urusetia. Di meja urusetia pun saling bertolak-tolak untuk berkomunikasi. Adoi! Akhirnya dapat seorang yang membantu, sudu dipinta. Aku pun balik ke bilik.
Tak lama kemudian, sudu pun dihantar. Tapi semalaman aku menunggu iron tak kunjung tiba. Tapi tak mengapalah, aku pakai saja baju yang ada. Pasrah, kerana aku dah terlalu penat untuk hari ni. Selamat malam Sanya.
Friday, January 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
masalah bahasa ni kadang2 buat aku berangan nak jadi inspector gadget
dari kau balik mesia sampai hari ni balik glasgow... masih lagi hari pertama kat Hainan ke??
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment