Free Delivery on all Books at the Book Depository

Sunday, January 06, 2008

Azam Maal Hijrah

Aku dah lama nampak ada satu book cafe dekat dengan Central Station, Wesley Owen. Cantik saja pandangan dalam kedai ni dari luar. Sebelahnya kedai muzik dari syarikat yang sama. Aku fikir kedai buku kecik ni buku-buku biasanya tak sama cam keutamaan buku kat kedai-kedai buku popular yang selalunya lebih banyak promosi karya popular, aku bajet kedai ni mesti indie yang berlainan. Taraaaaa.....pilihan bukunya memang banyak aku tak penah tengok tapi tiba-tiba saja aku rasa lain. Mula-mula nampak satu meja tu Bible dengan perlbagai versi. Lepas tu buku-buku lain pun tajuk ada kaitan ngan agama kristian. Lepas tu nampak beberapa buku yang menyanggah buku the God Delusion. Terbukti la sangkaan aku. Memang tu kedai buku agama hak hak hak.

Ada jugak buku-buku motivasi tapi aku tak nampak pun buku chic-lit. Bahagian dalam sikit ada cafe. Semerbak bau kopi pepagi ni. Aku belek lagi buku-buku yang ada. Sesambil tu aku bandingkan susun atur kedai dengan kedai buku agama kat Malaysia. Lain sangat. Kedai ni sungguh kozi gitu. Rasanya kalau toko kat Malaysia cuba buat camni mesti menarik. Yang aku biasa masuk kat Kangar tu susun atur memang out. Ahaks, marah sungguh aku dengan kedai buku ni, sebabnya dia balut bukunya dengan plastik jadi takleh nak buka tengok kandungannya. Dan aku pula masa tu teringin sangat nak baca buku-buku karya pengarang La Tahzan tu. Terus je beli 2 buah buku dia. Expectation aku tinggi sangat agaknya dengan La Tahzan tu. Lepas baca tu aku rasa frust teramat, tak tercapai akal aku nampaknya. Tapi yang heran tu, review untuk buku tu sangat la positif. Konpius aku.

Pilihan buku-buku di Wesley Owen sangat terkini dengan isu teologi semasa. Buku yang sanggah God Delusion, ada yang ditulis oleh ex atheist. Cuba bayangkan reaksi kat Malaysia macam mana kalau orang kecoh-kecoh pasal buku ni. Mesti kena ban. Lepas kecoh-kecoh berdemo, yang berceramah pun sibuk la berceramah pasal buku ni kepada rakyat. Tapi aku rasa mesti tak ramai yang terfikir nak menulis balik buku untuk counter argument. Contohnya, ramai yang belajar comparative religion, ilmu wahyu and all those sort of courses, tapi aku tak jumpa buku yang popular selain The Choice daripada Allahyarham Ahmat Deedat. Ramai yang belajar usuluddin dan syariah, mana hasilnya. Dan aku pun berazam supaya satu hari nanti aku akan menyumbang kepada peradaban manusia. Oh, tapi aku tak bercadang untuk menulis karya kreatif kerana aku memang kurang bab tu, setiap orang ada kelebihan masing-masing dan kelebihan aku bukan kekreatifan. Sejak sekolah memang esei aku kalau kena buat cerita kreatif memang out. Dan aku memang tak penah pilih untuk tulis cerita kreatif unless memang soalannya suh tulis. Tak penahnya dapat lebih baik dari C hahahhaha. Sekali saja penah dapat B+, tu pun sebab buat cerita ala-ala Tamar Jalis, yang mana ilhamnya memang daripada buku TJ dan diubah suai mengikut jalan cerita pilihan aku. Lepas dapat balik esei tu aku siap sujud syukur hahahahaha.

Jadi, satu hari nanti aku nak menyiasat sejarah hidup Ibnu Sina dan Ar Razi. Bukan apa sumbangan kedua-dua tokoh ni kepada bidang perubatan dan sains dan apa bala semua tu. Yang tu dah banyak sangat. Kat Malaysia pun siap ada pameran pasal sumbangan tokoh-tokoh ni kan. Cuma tu la, setakat dok banggakan sumbangan derang, tak payah cerita panjang la. Yang lepas tu adalah sejarah. Masa depan di tangan kita. Aku jugak nak belajar pasal muamalat, tentang kewangan dan keduniaan lain yang ada dalam kitab

Oh, banyaknya kerja yang perlu dibuat, perancangan jangka panjang tu. Yang jangka pendeknya, kena buat slide presentation dan study untuk review esok hari dulu hehhehe.....

1 comments:

khairyn said...

Pernah dengar pasal Wafa Sultan?

Aku teringin pulak nak baca buku dia. Ada satu latest tapi aku tak ingat tajuk. Aku check kat amazon tak de lagi.