Cadangnya nak merasa Britain's Best Chipppy ni bulan depan....tapi memandangkan ada sorang ibu mengandung yang aku rasa tak menyempat dah nak tunggu bulan depan, kena la bersegera jugak ke Coatbridge. Tanpa sebarang maklumat lengkap, keputusan last minute pun diambik. Maka bergegas la 3 orang 'gila' (makan) ke suatu tempat bernama Whifflet. Pekan kecil Whifflet, where the streets have no name. Tanpa sebarang petunjuk atau nama jalan, sekadar panduan bahawa tempoh perjalanan menggunakan kaki adalah 8 minit. Perlu diingatkan 8 minit kadar omputeh ni perlu ditigakaligandakan untuk mendapatkan kadar yang tepat untuk kita yang bertubuh comel-comel ini.
Rasa ikannya yang bersalut serbuk roti itu sedap, sesuai dengan kejayaan sebagai best chippy. Masa kami sampai tu memang ramai pelanggan. Order, bayar dan tunggu nombor pesanan dipanggil. Sakan!
5 comments:
Depa tak pakai malt vinegar ka?
Really missed Fish & Chip. Kat Malaysia tak sedap!
vinegar ada tapi semuanya tak nak...ambik salt saja..
fish & chips malaysia pakai ikan frozen kot..sebab tu tak sedap. Tapi kkalau frozen macam Young's tu ok ja..sedap jugak...jadinya kena la selalu balik kampung heheheheh
Hehe. Ibu mengandung ni pun gigihlah berjalan tigakaliganda 8 minit demi the best chippy gituu. :D Pastu tension balik rumah dah tak dapat makan chips dah. Huwahuwa.
aku bagi full marks untuk chippies n, bagi breaded category. Untuk batter, aku bagi 5 stars chippies yg kita makan kat Wick dulu.
yuhuuu.. happy birthday. Ingat nak wish pagi tadi tapi terus terlupa hahahahaha
leyha,
nasib la kan..patut beli dabel hahahaha
khairyn,
tenkiu..tenkiu...aku rasa kan kalau makan pepanas segar dari oven mesti lagi sedap...yang kat wick tu kira panas-panas jugak la..ini dah sejuk gedi fish suppernya bila sampai umah