Aku baru balik dinner sempena kolokium anjuran pelajar mesia di sini. Tapi aku pi makan saja la, tak buat presentation pun. 3 hari berturut-turut sejak semalam agak kesibukan. Semalam adalah acara tahunan untuk semua pelajar PhD kejuruteraan di Strathclyde untuk membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Sepatutnya 3 tahun belajar 3 kali la present, tapi aku baru present 2 kali sebab masa kali pertama aku sepatutnya present tu aku takdak kat sini. Aku pi present paper kat Hainan yang cokia itu. Yang bestnya, rezeki aku kali ni dapat best presenter untuk design field hehehehehe...Tetiba rasa excited sebab tak terfikir langsung pasal assessment tu. Aku ingatkan satu saja pemenang untuk semua, student semua ada ratusan jugak la. Jadi tak penah terfikir peluang langsung, dan aku memang purposely prepare slides bebanyak supaya orang tak dan nak tanya. Nampak sangat tak attend majlis penutup last year sebab tu tak tau struktur penilaian hahahahaha! Tu pun semalam aku dah ingat nak balik dah pasai lama sangat tunggu. Anyway, hadiahnya adalah book token bernilai £30, bolehla nanti melancong sambil bersoping ke WHSmith hehehehe...Paola kat opis aku tanya belanja member opis ke menang, aku cakap aku menang book token, kalau nak boleh la aku buat book reading session..hahahaha! Dan jawapan yang sama juga aku tujukan buat Khairyn heheheheheh
Hari ni pulak ada 3rd year review. Kemajuan kerja memang ok alhamdulillah walaupun banyak jugak analisis yang ditanya, cuma bila cakap aku kena submit bulan 10 tu tertekan la jugak. Aku memang target tak dapat nak abih bulan 10 ni...Ntah la..baru bulan 1, harap segalanya ok...
Esok, aku kena jumpa bos pulak. Letih!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment