Free Delivery on all Books at the Book Depository

Saturday, August 30, 2008

Lapisan perak di balik awan mendung


Hari Khamis ada temujanji klinik diabetes. Kira aku ni dah sebelah kaki la melangkah ke kelab orang yang manis-manis belaka ni. Mula-mula kena buat pemeriksaan kaki. Pedorthist (erkk pakar kaki?) tu sangat peramah. Sambil dok periksa nadi saraf dia sembang-sembang banyak jugak la. Bagitau kenapa aku kena amik pemeriksaan tu. Setahun sekali aku akan jumpa dia. Alhamdulillah nadi, aliran darah dan segala saraf kat kaki berfungsi normal. LOW RISK.

Lepas tu jumpa pakar pemakanan pulak. Sembang-sembang pasal menu makanan seharian. Setakat aku dah kurangkan makan nasi, roti pun dah makan wholemeal, lepas tu sayur dan buah pun aku pastikan 5 bahagian sehari. Senang je, aku amik buah 3 bahagian, sayur 2 bahagian. Pagi biasanya bubur oat, campur kismis dan buah sebiji. Dalam kul 11 makan buah lagi, tengah hari buah lagi. Petang pun buah, malam aku buat proper meal. Ada hari-hari tak makan nasi tu rasa macam nak menangis saja..harusler..meratah sayur ataupun salad ja kan..tapi tahan saja la. Yang penting kena turunkan balik paras gula. Cuma rasanya aku takleh nak tukar minum semi-skimmed atau skimmed milk, jadi aku nak kekalkan je whole milk. Terasa macam minum air sejuk dari gelas bekas susu je..warna ada tapi lemak berkrim susu dah takdak.

Pastu jumpa balik misi hari tu. Setakat ni, aku masih dalam peringkat kawalan melalui pemakanan lagi. Belum sampai tahap kena amik ubat.Urine test pun clear hari ni. Harus ler, kawal makan bagai nak rak kan. Kolesterol pun 5.8, kalau orang biasa tu kira normal. Tapi sebab aku kategori luar biasa, target limit tu diturunkan kepada 5.0. Adeh! Satu kerja lagik.

Yang bessnya, aku dapat glucometer free hehhehe. Kira ada la jugak rahmat sekalian alam tu. Kalau kat mesia rasanya rega dia mahal jugak. Yang ni aku dapat, tapi lepas habis lancet dan strip yang dia bagi tu, kena amik melalui prescription la. Bayar la nampaknya. Terus ler mengetest untuk kali pertamanya. Wahhhhhh..udah turun ke 6.4, target aku kena kekalkan <7.0. Boleh tahan la jugak keberkesanan kawalan makan selama seminggu lebih ni.

Tapi lagi 3 bulan kena buat pemeriksaan lagi. Maklumler pra-ahli kelab. Kiranya masalah pemakanan aku dah ok, tapi misi tu kata aku tetap dikira berisiko tinggi sebab genetik. Adoi! Yang tu tak dapek la den nak nolong. Tapi misi tu cakap, kalau aku on medication aku dapat lancet ngan strip tu. Kiranya ada jugaklah rahmat disebalik bala kata misi tu huhuhuhu

0 comments: