Aku masukkan sikit update program Feed the Fasting ni, yang drbubbles pos kat kotak komen.
Next weekend we are starting to distribute the food packs in sg choh (kg
koskan) and perkampungan orang asli kg bukit mancung,bukit beruntung.6-7 sept kami akan distribute pula di chemor and bukit gantang.
Kalau kat mesia RM50 mungkin kecik bagi kita, la ni pulak berapa ramai orang dok cakap rendahnya nilai RM50, sekali gi pasar dah boleh habis. Tambah-tambah kalau gi pasar ramadhan. Mau sekali gi dah habis. Nak buka puasa kat hotel lagi la, terus tak cukup. Tapi di sekeliling kita akan ada yang akan menghargai nilai RM50 untuk memenuhi keperluan kehidupan.
Untuk yang ada kat UK ni, kadarnya lebih kurang £7.70 (rate £1 = RM6.50). Tak banyak mana pun kan. Bayangkan situasi biasa masa nak berbuka, kita tak tau nak makan apa sebab tak tau nak pilih yang mana, derang lak tak tau nak makan apa sebab takde apa. Tolak ketepi la yang mengidam air tebu la, kuih tako la, itu ini.
Antara yang teringin nak makan dan yang perlu makan untuk meneruskan kehidupan. Aku rasa kebanyakan kita tak penah la lagi tak dapat makan sebab memang tak mampu nak beli makanan (tolak ketepi la yang elaun tak masuk lagi tu).
Sapa-sapa yang nak menyumbang, boleh salurkan terus kepada Islamic Relief Malaysia. No akaun boleh didapati daripada laman web IRM.
Khairyn dan aku bercadang nak organise kiriman sumbangan, kalau ada yang berminat boleh kami tolong uruskan. Boleh jimatkan kos. Kadarnya £10. Kenapa lebih pulak? Sebab nak mengirim duit tu bukan pakai angin, ada kos pengirimannya ke Malaysia. Oh, perlu dijelaskan perkhidmatan kami adalah percuma. Tiada sebarang caj dikenakan. Dan aku bukan memungut deposit untuk skim cepat kaya. Oh, kalau agak-agak takut kami guna duit tu buat tambang balik, jangan bagi ler..boleh buat sendiri. Dan kalau sesapa yang agak-agak nak bagi cek plastik yang besar bagak tu, kami bukanlah orang yang sesuai kerana takde sapa nak amik gambar masuk berita pun.
4 comments:
erk!
aku memang ada kamera
dan aku adalah bekas pekerja di syarikat persuratkhabaran
dan aku suka glamerkan orang kakakaka
ahaaa...ko nak amik gambar penyerahan ke hahahah
bagus ni mantan...nnt aku try pomot kat blog aku lak..
cin..elok gak hang promote sama..hat dok mesia kot2 rasa tak puas hati nka bagi duit saja boleh pi join sekali aktiviti islamic relief ni
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment