Dah lebih kurang 2 minggu aku beli basikal. Hajat hati nanti nak mengayuh dari rumah baru ke universiti. Nak mengayuh dari rumah la ni tak kuasa la. Daripada dok mengayuh naik turun bukit baikla aku jalan kaki saja, lagipun kunci belum dibeli lagi. Kira sejak aku kayuh bawak balik hari beli tu sampai la Sabtu lepas gerek tu memang duk bersandaq la kat rumah. Dok tidoq saja. Memandangkan Khairyn dan Mimi pun dah beli basikal, kami pun plan hari Ahad nak berbasikal ke Kirkintilloch yang terkenal sebagai pekan terusan.
Perjalanan dari Glasgow ke Kirkintilloch memangla takdak apa masalah, cuma awal-awal tu kena ubah tempat pertemuan sebab pakat dok pusing-pusing kat Sighthill Park tu. Lepas tu lalu kawasan Port Dundas sampai la ke Possil Loch, lepas tu ikut off-road cycling path tepi Forth & Clyde Canal sampai ke Kirkintilloch. Memang jalan kampung, teringat pulak kampung halaman. Kena pulak pagi-pagi Ahad ni depa ada sesi khutbah kat mesjid tepi terusan. Ramai pulak tu jemaahnya, maklumla kat kampung. Kalau kat bandar Glasgow ni pagi Ahad pakat berjemaah kat kedai-kedai la.
Pekan Kirkintilloch pun sunyi saja. Kedai-kedai banyak tak buka lagi pun walaupun dah jam 11 pagi. Dalam kul 12 baru depa mula buka kedai, rupanya sesi khutbah Ahad depa habis kul 11, lepas tu pakat sembang tanya habaq la kot.
Kami berehat di Peel Park, sesambil tengok tinggalan tembok bersejarah Antonine tu, sesambil mengunyah.
Nak balik tu kami cadang nak naik tren saja ke Glasgow sebab Khairyn dah kekejangan otot kaki. Ye lah, lepas beli basikal tu simpan saja. Lepas tu terus mengayuh jauh-jauh, konpem dah la takdak sesi regangan apa dah tu. Excited la katakan.
Stesen Lenzie ni dekat saja dengan Glasgow, tapi tak banyak tren yang singgah. Dah tunggu setengah jam tapi kami tak dapat naik sebab ruang untuk letak basikal dalam tren dah penuh. Pakcik konduktor tu suh tunggu next train. Lagi sejam! Tu pun belum tentu boleh naik lagi, kot tren lepas tu pun dah penuh tempat basikalnya kul berapa nak boleh balik pulak nanti. Dah la ada janji nak jumpa orang pulak tu. Tiket dah beli (mahal tiket tren kat UK ni), tapi sebab tak sanggup menanggung risiko kami buat keputusan terus mengayuh saja.
Khairyn dah tak sanggup mengayuh ikut tepi terusan tu, jadi kami akan ikut laluan lain melalui Stepps untuk balik. Ikut peta nampak macam sangat dekat, cumanya kat peta tu takdak penerangan bentuk mukabumi tau. Aku saspek jugakla kawasan tu berbukit, tapi redah sajala. Rupanya memang betul la kawasan berbukit, kami dah la sangat kepenatan. Naik turun basikal la. Kalau naik bukit pakat menyorong, turun bukit naik la balik basikal. Sampai kereta yang lalu dok hon huhuhuhuhu.. Hangpa naik keta boleh la nak berlagak ngan aku!
Naik turun bukit, adala 2-3 orang menegur tanya awat tak kayuh gerek tu, gerek tu patut dikayuh bukannya dituntun gitu hahahahaha
Akhirnya sampai jugak ke Glasgow, tapi kaki punggung semuanya kejang hahahaha! Dah la kejang, lutut aku pun sakit sebab luka masa nak keluaq dari kawasan rumah. Ada ramp, terjatuh la pulak bila aku terjun ala-ala terjunan gerek tua. Sampai hari ni dok sakit lagi walaupun kejang dah ilang.
Lepas ni nak kena bersiap nak ke Clyde Falls di New Lanark pulak. Tapi nak kena beli minyak untuk basikal aku, dah mula bernyanyi sakan. Sat-sat bunyi burung, sat-sat bunyi angin, macam-macam ada.
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment