Free Delivery on all Books at the Book Depository

Tuesday, May 17, 2011

Resepi: Caponata (Terung goreng tomato, seleri, capers dan buah zaitun)

Hidangan Mediteranean dari Sicily, Itali. Rasa macam boleh masuk la makan caponata ni sebab kita pun biasa makan terung kan. Cuma ada la beberapa bahan yang rasanya susah nak dapat kat Melesia. Sekali sekala ada offer terung murah kat Lidl aku pun beli la. Kadang-kadang masak sambal, pernah jugak goreng celup teloq dan makan cicah sambal belacan. Ah, dalca dan pajeri terung jangan dilupa pulak. Rupanya depa kat mediteranean ni lebih pelbagai masakan terung, sayur utama la kiranya. Caponata ni kira makanan sihat, sebab banyak sayoq. Kalau makan dengan nasi pun boleh, nak makan ngan ikan saja tanpa nasi pun boleh.

Aku pernah masak caponata ni dulu, tapi resepi yang aku masak tu ambik dalam sotkabaq saja. Kali ni cuba resepi Rick Stein pulak daripada buku dia Mediterranean Escape. Aku tak ikut sangat sebenarnya resepi dari segi ketepatan berat bahan, dan ada bahan yang ditambah ikut keperluan macam serbuk cili. Rasa hidup tak sempurna tanpa cili hahahahaha!

Tapi kalau ikut kata Nigel Slater, resipi ni sekadar panduan, terpulang la pada kita nak mengolah pun boleh. Sebab tu la satu masakan boleh ada pelbagai versi kan? Tapi kalau nak buat kek, eloklah ikut sukatan dulu, lepas tu baru tukaq mana-mana yang patut. Sebab kita ka kena paham apa fungsi setiap bahan dan kesannya kalau kita tukaq ikut suka hati. Wah! Aku rasa macam salah bidang pulak. Macam kena buat PhD dalam food engineering ni hahahahaha!





sebiji terung-(aku agak dalam 250g kot sebab agak besaq saiznya) potong dadu
1 labu bawang besar di hiris - nak dadu pun boleh tapi kecik-kecik la
2 batang seleri-potong dlm 1cm
4 biji tomato-dicincang (atau boleh guna tomato dalam tin)
1-2 cmb cuka
1 cmb gula
1 cmt capers- rendam dan basuh (capers ni sejenis tumbuhan mediteranean, biji-biji dan selalu dimasak dgn hidangan melibatkan ikan)
segenggam buah zaitun (aku suka buah zaitun jadi letak banyak, boleh kurangkan kalau tak suka) - dipotong suku memanjang
garam dan lada hitam
minyak zaitun - dalam 100ml tapi boleh tambah kalau perlu
chili flakes-aku memandai saja tambah


1. Terung tu potong lebih kurang 1.5cm. Gaul dengan garam, pastu letak dalam penapis sebab nak keringkan.
2. Panaskan separuh minyak, goreng terung sampai lembut (lembut tau bukan lembik). Angkat dan asingkan. Masa goreng terung ni kadang-kadang nampak kering jadi tambah la sikit lagi.
3. Tuangkan baki minyak tadi, goreng bawang lebih kurang 10 minit sampai lembut dan hampir garing (warna cekelat). Masukkan seleri, goreng lagi lebih kurang 5 minit.
4. Tuangkan cuka, masak lagi sampai macam dah mendidih gitu. Masukkan tomato, gula, garam, lada hitam dan cili flakes. Tu dia! Tak cukup lada, masuk cabai lagi.
5. Kacau, tutup kuali dan merenih dalam 20 minit, sebab nak lembutkan seleri tu.
6. Masukkan capers, buah zaitun dan terung. Kacau rata dan sesuaikan rasa supaya tiada yang terkurang mahupun terlebih.
7. Boleh dihidangkan panas dengan nasi, atau macam aku makan tu dengan ikan panggang. Kalau sejuk boleh jadi antipasti.

ini adalah rupa capers tu, gambar kucilok dari sini


5 comments:

Cik Liza said...

wow!!!! (salin2)
i should learn from u kak.. huhuhu
akak ada resipi bestest cheesecake tak?

akuatik said...

haaa salin jangan tak salin ekekekeke...

resepi cheesecake mcm mana layd nak? baked, chilled, plain tak plain? resepi byk tapi tak try...nanti bebila akak try akak letak...

Cik Liza said...

wokeh!
i follow.. keh keh keh
i nak buat puding roti tapi xsuka kismis.. :P

cek chun said...

capers ada gak masia nih :p
kat tesco. selalu potong kecil2 masuk dalam mayonis. cecah fish n chips.
best gak.

menarik hg punya dish ni.

akuatik said...

layd,
boleh je jangan letak kismis, puding roti tu sebenarnya macam bingka je heheheh..tepung, gula, susu (santan)...

cek chun,
betul, capers ni boleh letak dalam mayonis cicah ngan ikan...match dia selalu mmg dgn ikan...hari tu tgk river cottage fish sandwich dgn salad tomato ada dia letak caper dlm mayonis...sandiwch tu nampak sedap sgt..