Free Delivery on all Books at the Book Depository

Monday, October 06, 2008

Bermula semula

Hari Jumaat lepas ada pembentangan kumpulan penyelidikan. Aku kena bentang kerja aku. Lepas bentang, memang kena kaw-kaw ler komen. Hari tu masa jumpa bos pun aku dah mula cuak jugak dengan apa yang aku buat selama dua tahun ni. I need to focus on theory research rather than systems research. Aku rasa kalau terus menerus buat keja ni, harus aku kena bantai dek Alex masa RPD nanti. Harusler dia cakap aku layak dapat MPhil je.

Awat la bos tak penah komen sebelum ni. Pembentangan kat Hainan pun dia tak komen, kalau dia bagitau awal-awal takde la aku rasa sia-sia sangat 2 tahun ni. Makan elaun buta saja. Baru aku teringat pesan Prof Fauzi suh pi jumpa bos hari-hari untuk tentukan arah, kalau dak kita akan buang masa. Nampaknya kena betul-betul kat aku sendiri.

Pada tahap dah masuk tahun 3 ni, aku rasa sedih sangat bila kena mula balik literature review. Sebelum ni dok tumpukan pada isu lain, ingat dah betul arahnya. Salah jugak. Silap aku jugak kot terlalu risaukan framework implementation yang melibatkan programming. Jadi aku membazir masa untuk benda alah tu. Dahla ada masa 9 minggu saja sebelum review. Harapnya sempatla nak selesaikan semua dalam masa 2 tahun lagi. Kalau tak siap jugak terpaksa la dipanjangkan lagi tempohnya, dalam keadaan takde elaun atau gaji. Yang penting siap, bak kata Nazri, yang penting penyelidikannya siap, tempoh dah tak penting. Errrrr boleh pakai ka falsafah ni?

Dah masuk tahun 3 pun kena bukak balik buku-buku pasal How to do a PhD research....uwaaaaaaaaaaa

2 comments:

izinni said...

takpe takpe. biar bukak buku 101 balik sekarang dari dah hujung2.

errr ... kalau ak macamana la gamaknya ek. thesis degree pun mengelabah. hehhehe

teruskan usaha, kuatkan semangat .. doa sentiasa mengiringi kamu. insyaAllah.

akuatik said...

aku menggelabah, tensen, compression semua silih berganti. tapi hidup kena teruskan gitu la. makan tetap jugak kena makan..hari ni ada open house lagik hahahhaha