Cerita pendek, hasrat nak ke Paris ni memang dah lama, ada jugak la dok buat muka kesian sebab hajat tak sampai kat sapa-sapa yang aku harap dapat temankan aku. "Aku tak penah sampai Paris lagi..." buat muka sedih je. Nasib baikla Khairyn dah malas nak dengar lagi ayat-ayat kesian aku tu. Tu yang bila dia ajak nak temankan dua minggu lepas aku setuju saja walaupun kalau ikutkan hati aku malas nak gi sebelah sana musim panas ni. Pengalaman berpanas-panas dan bersakit kepala di Brussels 2007 masih segar lagi. Tapi memandangkan dah takdak sapa nak temankan aku lain kali, aku setuju saja la :).
Kami bertolak dari Glasgow Airport pagi Selasa, walaupun penerbangan lewat sikit akhirnya mendarat di Charles de Gaulle Airport lebih kurang sejam 15 minit. Dari situ terus beli tiket Paris Visit transport untuk 5 hari. Asalnya nak beli 3 hari sebab kami cuma ada 4 hari, tapi bila dikira hari ke 4 tu pun nak kena naik tren dan metro jugak maka kami beli tiket 5 hari. Tuan rumah dah bagi petua nak ke rumah dia. Adik yang jual tiket pun bagi petua jugak. Dah dapat peta transport link tu aku belek-belek, sudahnya kami ikut laluan sendiri la. Janji sampai :)
Lepas letak beg dan berkenalan dengan keluarga tuan rumah, maka bermulalah penjelajahan kami. Kebetulan 14 Julai hari kebangsaan Perancis, sesak la Paris. Kawasan sekitar Menara Eiffel idaman ramai pulak ditutup sampai la ke Trocadero. Panas lit-lit Paris ni kata orang kampung aku. Dalam panas yang menyengat tu la kena banyak buat detour sebab jalan ditutup. Tak dapat la amik gambar Eiffel dari Jardins du Trocadero.
Kami memang menggunakan kaki pada tahap maksimum. Dari Notre Dame ni kami jalan lagi sampai ke Quartier Latin. Ni kira kawasan intelektual la, ada Universiti Sorbonne yang tersohor itu. Kalau ada sapa-sapa yang dah baca buku Andrea Hirata Laskar Pelangi tau la pasal Sorbonne ni. Dipanggil Quartier Latin pasal universiti kat sini masih menggunakan bahasa Latin sebagai pengantar sehingga kurun ke 18 kot, lepas tu semua universiti guna bahasa Perancis sebagai bahasa pengantar. Cintai bahasa kita!
Merayau-rayau sampai malam baru balik, tu pun terpaksa jalan kaki jauh jugak sebab stesen metro terdekat ngan umah kawan Khairyn tu ditutup. Rumahnya dekat dengan Eiffel, jadi ramai bersesak-sesak nak tengok bunga api. Sampai satu tahap dah takleh jalan langsung, orang ramai la yang dok tolong tolak bagi kami boleh lalu.
Malam tu semua telefon dan teks yang dihantar sangkut. Agaknya terganggu habis gelombang komunikasi dengan bunga api dum-dam dum-dam kat Eiffel tu. Cantik, tapi tak boleh nak snap sebab lokasi kami tak strategik, Eiffel terlindung dengan pokok besar, nampak bunga api yang kat tepi-tepi dia saja. Nak pi panjat tak daya dah. Lepak saja depan pintu. Jadi la..
0 comments: