Yeah!!! Pada pagi yang ketiga akhirnya tercapai hasrat memanjat menara yang sangat terkenal tu. Aku keluar rumah lebih kurang jam 830. Perkhidmatan lif ke atas Eiffel bermula jam 9 pagi tapi kena keluar awal dan beratur. Lewat nanti panjang la pulak, lama kena tunggu kat bawah. Jalan kaki dari rumah kawan Khairyn cuma 10 minit, masa aku sampai dah ramai orang yang tengah masuk barisan tapi masih dikira awal lagi. Kebanyakan yang ada pelancong, luar Perancis. Hari ni agaknya hari Amerika. Ramai pulak yang datang dari seberang Lautan Atlantik yang sama-sama memanjat menara. Dalam masa setengah jam lepas lif mula beroperasi aku dah boleh naik. Bayaran untuk ke atas sekali €13.Dalam lif yang aku naik tu semuanya orang sana kecuali abang yang jaga lif tu dan aku la. Cuaca Paris cerah dan sangat nyaman. Ya la hari pun pagi lagi. Sedang elok la menikmati pemandangan aerial kota Paris.
Struktur tapak menara. Struktur menaranya simple truss saja tapi tengokla joint dan bentuk trussnya.
Ni naik lif dari tingkat 2 ke tingkat 3. Lifnya menegak. Daripada bawah ke tingkat 1&2 lif menyendeng sebab melalui kaki menara pada dua penjuru.
Turun dari Eiffel, terus pi jumpa Khairyn yang sedang menikmati pemandangan berdebu di tepi sungai Seine sambil bersembang dengan dua akak Malaysia yang datang dari London. Depa nak ke masjid, jadi Khairyn la tolong terangkan metro mana nak naik nanti. Kami pulak nak ke destinasi seterusnya, La Defense. Tempat ni kira Paris yang moden la. Pusat teknologi di Paris. Sebabnya aku nak ke gerbang gergasi yang dibina berdasarkan konsep 4 dimensi. Aku tau gerbang ni sebab tengok dokumentari, jadi teringin nak la nak tengok sendiri. Rupanya kat bahagian gerbang yang atas tu ada muzium informatik. Yang bahagian gerbang yang menegak tu merupakan pejabat. Struktur gerbang ni kira canggih la. Mesti perah otak arkitek dia pikir nak bina bangunan yang boleh menandingi bangunan yang sedia ada.
Bangunan sekitar La Defense moden. Kira New Paris la ni
Dah puas berpanas di La Defense, kami bergerak ke destinasi seterusnya. Menziarah kubur hahahahaha! Sebabnya nak cari patung yang berjalan keluar dari dinding tapi bila tanya penjaga kubur dia cakap patung tu takdak kat situ. Tapi kawasan kubur ni memang terkenal sebab ramai orang terkenal yang dikebumikan kat sini. Siap ada papan maklumat penghuni kubur lagi, nama, pekerjaan, tahun bila mati dan nombor plot kubur. Tapi kami tak berminat dengan kuburnya, cuma dok mencari sculpture tu saja. Dah letih, yang dicari tak jumpa. Kami pun teruskan pencarian lagi. Cuma kali ni yang dicari adalah restoran KFC halal hehehehehe. Dengan klu awal ditekskan oleh Mama Tasa dari Glasgow, akhirnya jumpa jugak dengan restoran KFC halal. Tak tau ler restoran yang sama atau lain. Nampak ada orang Arab bertudung kat dalam tu, terus masuk dan pi ke meja depa. "Assalamualaikum. Halal?" " Halal." Hahahaha! Senang ja kan. Apa lagik, beli satu bucket untuk 2 orang. 6 ketul ayam, 6 ketul kepak ayam, 2 bungkus kentang dan minum. Kenyang! Puas makan walaupun ayamnya masin. Kira kenyang sampai bila lalu KFC kat Glasgow pun tak teringin la. Ha la, sampai sejam lebih dok melepak sebab nak abihkan jugak ayam-ayam tu huhuhuhu
Bila semua perasaan kebuntangan perut lega sikit barulah kami bergerak ke destinasi terakhir untuk hari ni - Musee de Louvre.
Yang terkenal dengan binaan piramid kaca seperti yang dilihat dalam filem Kod Da Vinci dan jugak terkenal sebab ada potret senyuman misteri Monalisa tu. Panas-panas pun tahan saja. Siap berjemur-jemuran sambil merendam kaki dalam kolam air kat depan tu. Sesi ni dibuat secara berjemaah. Panas sangat dan kepala aku dah mula berdenyut. Aku ajak Khairyn balik, tak tahan kepanasan. Nasib baik dah selesai aturcara majlis, boleh la kami balik berehat sebelum balik esok. Khairyn pun boleh la bersembang-sembang dengan sahabat lamanya, catch up cerita-cerita dulu, kini dan perancangan masa depan :).
Jam 11 malam, lampu berkelip-kelip kat menara selama 10 minit, kalau tunggu kul 1 pagi boleh tengok lampu merah tu padam, tinggal yang kelip tu saja. Malangnya hajat tak kesampaian. Jadi kena la berpuas hati dengan yang ni saja.
2 comments:
wauuu...jelesnyer aku....
bila la aku berpeluang jalan2 sambil bercuti ni..kalau jalan2 pasal kerja maknanya telan ayaq liur saja la tgk tempat ni semua...
bestt..
cantik la gambar menara tu waktu malam..
btw..mcm mana naik lift menyendeng arr..aku tak pernah rasa...hehe
cin,
hang bukan gheja tourism ka? bukan depa selalu ada trip, takkan abih keja terus balik kot...lif tu bergerak menyendeng tapi kita duk dlm tu takdak efek apa la pasai dia design lif tu camtu
:f :D :) ;;) :x :$ x( :?
:@ :~ :| :)) :( :s :(( :o Post a Comment